Saturday, May 14, 2011

Besarnya !


Adiq tak berapa sihat dari kelmarin. 
Muntah-muntah.  
Mulalah risau. Boleh ke tak dia pergi trip tadika ke Pusat Sains tu.
Dahlah festaim.
Aku cuak jugak.
 Pagi semalam Adiq memang 'lembik'. 
Bila ditanya; kejap nak; kejap tu tak nak.
 Dia takut muntah lagi. Lepas bagi ubat tahan muntah terus nak pergi.  
Dalam keta kata tak nak pergi. 
Dah sampai di tadika; nak pergi pulak...heeee.. macam siapalah tu ..



..senyum terpaksa..



 kat rumah semuanya tak nak. "nanti muntah", kata dia
Bila ajak ke 7E terus bertenaga dan tersenyum simpul
dapat upah nano-nano!  mau kena jeling kalau tau dek abi

Adiq bekfes Choco Pops & Yakult 




beratur nak ke bas
Adiq & gudfren; Tasha
(selalu cerita pasal dia)



...kalau dah jumpa kengkawan.. lupa ibu dia dah...


bas ke rombongan

tengok dari luar nampak kepala aje sebab semua kecik comel belaka

Petang tu tak payah tanya terus cerita..... "gggrhaaaaauuuuu..... T-Rex macam nak makan Adiq ....! Takut...  Besarnya dia "!   Along & Angah dah tak sabar . Mak Tam ! Kita pergi minggu ni lah...




Note : aku yang mula-mula  cuak terus senang hati bila tengok Adiq happy + gelak-gelak  jumpa kawan-kawan.

25 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Reen.

Kita memang macam tu kan. Kalau anak sakit, memang susah hati.

Alhamdulillah adiq dah sihat.

kak long said...

op kos dah jumpa kengkawan hilang terus sakit nya...!

kakngah said...

mesti sakit jiwa along dgr adiq citer
kehkehkeh!!!

Wanita Mutalib said...

sonoknya gi rombongan :)

Kakzakie said...

Budak-budak walau demam kalau jumpa kawan-kawan mesti macam tak demam. Tapi bila malam mulalah panas badan. Walau kuyu pun masih boleh senyum dan jalan dgn kawan-kawan kan...

Suka tengok anak-anak...

Ms.Lilies said...

jalan punya psl mestila bertenaga kak hihihi...

mcm zarala...trip punya psl pg terus bgn sendiri

Yunus Badawi said...

Bila dah nampak dinasour dan jumpa kawan2 sihatlah budak2 ni.

Yunus Badawi said...

bila nak bawa along dan angah pulak?

Yunus Badawi said...

botol air siapa pulak yg tertinggal tu?

Yunus Badawi said...

Nape abi tak kasi makan nano nano? Sedap gula2 tu ngeeee

Yunus Badawi said...

ok cukuplah 4

oooppss 5.

Bagi can org lain jugak

ibuintan said...

wah... YB tamak koso lak... nak pengomen terbanyak la tu... tak aci tau


akak pun patut ikut rombongan TKRS tengok dinasour hari ni... kansel mata sakit

kasihredha said...

sure best dapat gi dengan kawan2 kan...pengalaman baru buat adiq

Tie said...

Bestnya, dapat gi tengok dinosaur. Kak tie tak ada peluang la. Bertuah anak-anak sekarang, ya.

azieazah said...

Memang seronok sekali sekala anak tadika dibawa melawat. Rombongan Lawatan Sekolah!



*pstttt... bulan lepas Kak Azie sms pasal tart Nenas, tak respons pun. Tukar no ker?

zulkbo said...

salam..
apa yang besarnya Reen..?
opss..ermmm..Avanza 1.5 G
sama la pula dengan Mrs saya
he he..

Sz said...

comei adiq senyummmm...
adiq tadika 5 tahun ke 6 tahun k reen?

Umie said...

Salam kak reen,

manis aje adiq senyum..takde nampak muka tak sihat langsung..seronok la tu pegi jenjalan dengan kenkawan..ye tak?..;-)

Ann Huda (Ate) said...

Ate suka tengok Adiq senyum...Tambah semangat di Isnin yang ceria.

(Apa kabar adiq hari ini? Masih muntah2? Sakit perut tak? Takut kena Rotavirus. Mudah2an dah bertambah sihat)

wahida said...

akakkkkkkkkkk!! anak ko pun pegi ye Pusat Sains tu? anak aku pun pegi kak...anak ko kelas apa kat Smart Reader tu? umur berapa tahun?
silap2 anak ko ngan anak aku satu kelas kak...

makin tak sabar aku nak jumpa ko...

Hamizah said...

comelnya adik..

DrSinga said...

cepat pergi sebelum dinosor2 itu balik kampung hujung bulan lima ni!!!

DrSinga said...

ada orang gilo kosa!!!!!!

Kak Long Mawar Merah said...

Alhamdulillah, berjaya juga Adiq mengikuti rombongan tu.
Hahaha...sampai tergodalah pulak Along dan Angah.

Ati Masrif said...

kita laki bini ni
fobia skit bab2 rombongan sekolah

psl anak2 buas terlajak
tk pernah bg lagi ...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget