Saturday, July 23, 2011

Kata-Kata Sang Motivator


 Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku . Aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteriku."

Hadirin terkejut dan terpaku.

Kemudian dia menambah , "Orang itu adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan ketawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istreiku."

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...

 
Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.


Credit to Mamat @ Ceritalucu.






Note : Tunggu Abi & Anak2 sampai dari kampung...petang nanti nak ke rumah emak aku pulak... 

18 comments:

kakngah said...

erk!
kan dah tempah bala..

Cik Ina Do do Cheng said...

kelakar, kang dah dapat.

reen akak dah email,akak bagi reen je tau,

Kakzakie said...

Pandai copy tapi tak pandai nak paste itulah jadinya reen...:)

kaklong said...

dah tau bini dia mcm tu, sape suruh?
hahahah!

akuanakpahang said...

Salam, sudah dpt feadah :)

ainnoraini said...

baru padan muke dia...main ckp lepas jer...kan bininye dah meroyan...

Dearie Pearls said...

bengong ar mamat..
kan dah kena..

Ann Huda (Ate) said...

Hahaha...kelakor. Boleh share ngan member2 dan org2 di umah. Thanks Reen.

Acik Erna said...

adui reen..tergelak beso akak..kalau dah tak berapa nak ingat tu..tok sah le nak meniru..he he..

eLLy said...

haha .. betul tu dont copy i you cant paste ;p

Eyra Rizal: Your MUA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cheqna said...

hahahahahahaha
amik nok teh..=)

wahida said...

kahkah...kan dah kena masuk spital!!

gee ryder said...

kahkahkah...tak pasal2 kena jirus ngan air panas!

hanez said...

salam,

saya follow blog anda..

Queenie said...

hahahaa....gelak tp sedih!
maknanya nak ckp kena pandang orang dulu kan?....

Ku Tak Sempurna said...

wakakakaka! adoiiiiilaaaa...


simpati ngan mamat.

moral of the story : tak dinamakan air panas klu tak panas

:D

DrSinga said...

hahahaaaa!!
terbaek beb!!!

Linky's Magical


ShoutMix chat widget