Friday, November 11, 2011

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu....



Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"
 

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

 
Kawan yang pertama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.


Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.
 

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro!
Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.


Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.
 

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.
 

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.
 

Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kalau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"
 

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun 
is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."


Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.
 

Namun dia tidak sedar isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"
 

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ..ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"





Note:  Cer pilih ...nak singular ke plural ? hehe..



Sumber : Ceritalucu@Google

14 comments:

bujal X said...

saya tak mampu.maka saya tak mampus.keh keh~

kaklong said...

mampus kena belasah,berani lah!
heheheh!

Ati Masrif said...

ohh...sedap betui lelaki buat
cerita lawak deh..

memang nak mampusss..ha ambik 3 's'
hehe~

gadisBunga™ said...

ya Allah ya Tuhanku....

*

sebab tu saya ada masalah kepercayaan yang sgt serius terhadap org lelaki.

takut kang fobia terus tak kawin kang. heheh~

Hamizah said...

sy pilih plural di pihak is3..cuba klu brani..haha..

Unknown said...

tu dia, siap singular plural semua keluar...macam-macam je kan..=)

Ms.Lilies said...

org laki mmg suka cite2 pesen gini...

amirah said...

hahaha...cubala kalo berani..

Ros said...

Salam ,

ha.ha.....kalau nak mampus cuba try test tengok......

mak encik | SZ said...

hahahaa...
igtkan kena sumbat pisang goreng tu encik suaminya kak...kekekeke

secangkir madu merah said...

hahahaha.. jadi bahan lawak lah cerita macam ni ya... dan lelaki pun dah mcm takde cerita lain nak buat sidang hehehehehhe... cerita is three jugak yang paling seronok di debatkan... last2 terkena juga ke muka sendiri hehehe

Siti Noor Aminah said...

sy pun cakap kat suami, sy bg je dia kawin lg 1 kalau mampu.. haha..

*dia gelak2 je

Zaitun said...

Hubby kak Zai pernah juga buat lawak, kak Zai jawab kena jadikan 4 sekali gus...mampu ke? gurau aje.

terokai seni said...

ooo sibaek lawak koi dengan bini tak gitu walopon slalu mancing kena, sudahnya apa pon dapekkkk

Linky's Magical


ShoutMix chat widget