Pada asalnya, aku tidak begitu teruja untuk mengikuti slot drama ini yang disiarkan pada jam 9.00 malam setiap hari Jumaat. Entah kenapa, mungkin rasa ‘terpanggil’ untuk menonton drama ini selanjutnya selepas aku yang tanpa sengaja menonton siri kedua selepas buletin utama beberapa minggu yang lalu. Secara jujurnya, aku tidak begitu gemar menonton drama atau filem Melayu bersiri kerana bagi aku kebanyakan drama dan filem yang disajikan terlalu stereotaip.
Mungkin juga pengaruh ceritanya yang ’kehindustanan’ sedikit yang menyebabkan aku berminat kerana sejak dari kecil aku memang disajikan dengan cerita-cerita hindustan dan hanya dikurangkan sejak berkahwin kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak-anak dan rumahtangga.
Pada pandangan aku , Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi ini telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Beliau seorang yang bijak mencari dan dapat membaca apa yang penonton inginkan. Bahkan juga, beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Tahniah juga kepada penulis skripnya, Mira Mustaffa. Jalan cerita yang menarik, lain dari biasa. garapan yang tersendiri, Moga-moga menjadi teladan dan iktibar.
Nama Tiz Zaqyah kurang mendapat perhatian, drama terbitan Filmscape itu pastinya membuka mata ramai peminat, oleh lakonannya sebagai gadis kampung, Nur Amina. Mendengar suaranya sahaja sudah membuatkan aku merasa sedih dengan penderitaan yang ditanggung. Dalam drama Nurkasih ini, Tiz beraksi di samping Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah.
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tenaga produksi drama Nurkasih ini daripada pengarah sehinggalah kepada pelakonnya kerana telah mampu membuka hati aku untuk menonton drama bersiri ini.. Semoga mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton. .
Till Now.

2 comments:
adik saya juga sudah gila dengan nur kasih. saya kadang layan juga. tapi x ppe.. nanti ada org tukang cerita..
tp kak krina. better kan yg pegang watak nur tu. bg lah pd mereka yg beteul2 bertudung.
menyampah pulak bila tgk tiz tu bila dia x bertudung dan seksi meksi. ilang feel sket
Ted :
ingatlak cam KRina muda-muda dulu.. Ada kakak jd tukang citer..hehe
ye ker ? KRina tak pernah nampaklak ctiz seksi-meksi. ni yang tak bez nie...
Post a Comment