Thursday, October 22, 2009

Pernahkah anda terfikir untuk berjimat-cermat ketika ke SINI?

Malam semalam selepas pulang dari kerja aku ke pasar malam untuk membeli bihun sup utara yang memang aku tak pernah ‘missed’ setiap minggu. Memang aku selalu mengayakan orang utara itu. Sebelum sampai, sempat buat panggilan pada hubby dan tanyakan 'order'nya pula .


Sebelum kaki keluar dari kereta dah semat niat di hati tak nak membazir pada pasar malam kali ini. Dah dapat bihun yang dihajati dan nasi ayam hubby, mata suruh singgah jugak di tempat jualan tudung & kain ela. Tempat ini memang tak pernah ’missed’ setiap minggu. Tangan di kiri memegang bihun & nasi ayam dan di sebelah kanan memegang wallet. Pelik betul difikirkan . Sampai tak sempat masuk handbag. Aku ke itu ? Memang aku. Akhirnya terjerat jugak dengan membeli 3 jenis kain pasang. Raya dah lepas tapi beli kain lagi. Nak cuba tukar imej lepas ni. Umur dah tinggi jadi ke ofis tak yah selalu berseluar dan berskirt lagi. Boleh buat tambahan bagi baju-baju kurung yang dah berumur lebih 13 tahun di almari.

Jalan-jalan dan jalan lagi cari yang berkenan di hati. Tiba di gerai yang menjual putu piring. Ini pun mesti beli. Kegemaran anak-anak. Tanda jualan 5 keping –Dua ringgit lima posen. Kenapa tak tulis sekeping lima posen ? Kan sama. Mungkin itu biznes strategi dia. Bila mintak lapan keping, penjual kata 5 -RM2.50. Selalu memang beli 10keping tapi hari ini aku nak lapan keping saja. Sambil bungkus , mulutnya terkumat-kamit… Kalau ikut hati- mati aku tak nak beli. Takpe sabarkan diri sebab untuk anak-anak aku dan untuk anak-anak dia juga. Balance seringgit tu beli taufufah di gerai sebelah . Aku ternampak-nampak taufufah tu mintak untuk dibeli... aik..

Jalan lagi. Tiba di gerai murtabak & kuih menderam(telinga keling) aku berhenti beli. Gerai buah pun berhenti lagi. Sampai jalan senget kiri-kanan pun boleh beli lagi. Perhentian terakhir di gerai jualan daging lembu gantung. Minta ½ kilo bahagian peha RM9. Bahagian batang pinang dah naik harga jadi aku tak nak beli. Setiap kali beli mesti penjual akan kata dah terpotong lebih; RM10 boleh? Takkan kata tak boleh, dah tentu-tentu RM10 yang dihulur nanti. Macam ni pun boleh!.. Tak pe jugak utk perut keluarga dan perut keluarga penjual juga. Untuk ke pasar malam RM50 tak cukup sebenarnya.


Parah poket kalau setiap minggu macam ni. Macam mana nak berjimat-cermat atau menjadi pembeli yang berhemah. Nampak semua nak !. Lepas ni ambil langkah terbaik untuk minta hubby ke pasar malam pula. Yang pasti hanya barang yang diminta saja dibeli dan kadangkala ada yang terlupa beli !...hehehe...


Till Now.

5 comments:

sueanne said...

parah juga kRIna ni..hahahah

tapi cam sue, lebih kepada makanan..kalau selain dari tue, memang susah sikit nak membeli..heheh


Soalan kRIna :
Pernahkah anda terfikir untuk berjimat-cermat ketika ke pasar malam?

Jawapan sue :
Yup mmg ada terpikir tapi semua kelauttttt.hehehhe
jadi kalau nak berjimat, sue akan elakkan pergi kesitu selalu..sbulan sekali ok la..hehehhe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bleh pitam kalau minggu2 camtu~


hahaha~

Unknown said...

ahhahha..manyak bebeno membelinye...
ambe pong slalu gak kalu g pasor malam, menghabiskan duit..pahtu ajak ank2 sedara join skali..dowangnye makanan lebih plak dari mak sedara...pokai ambe...ahaha

cheqna said...

akak..

jadi macam cheqna..

bihun sup 2 bungkus

pastu siap...balik...

tape kenkadang terlajak gak beli baju selai dua

hehehehehe

biasanya kalau ada niat memang chqna beli..

kalu tak memang tak beli r..

pegangan teguh sket

hehehehe

Watierman said...

Salam Azrina...akak nak berterus terang...dalam setahun adalah kot sekali atau dua kali akak ke pasar malam..jarang sangat2....infact not more than 5 times kot in a year...tak tahu membeli apa di sana....prefer gi Tesco or other Hyper Market..untuk barang2 dapur...infact tak suka kesesakan kat pasar malam juga....walaupun rumah mummy akak betul2 depan pasar malam....hahaha...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget