Tuesday, November 10, 2009

: Insiden di Nursery ::

N3 ini panjang berjela.. luahan hati seorang ibu..


Pada mulanya tak rasa pun nak buat n3 ni dan sumer gambar disnap untuk ditunjuk pada hubby tapi bila difikirkan geram, bengang dan tak puas hati aku semalam, aku buat juga.

Hari Sabtu lepas. Setelah mengemas dengan anak-anak, aku hendak ke saloon untuk gunting rambut. Singgah di nursery untuk menghantar anak-anak.. Hari Sabtu memang boleh dihantar ke sana jadi dalam fikiran aku sekejap sahaja mungkin takpelah.. Semasa hantar tu..Assistant di situ dah tanya dua-tiga soalan.. Lama ke kak?, Sampai pukul berapa kak? Cepat sikit eh kak .. Geram jugak aku tapi aku kata sekejap jer...

Takkan dorang tak tahu yang hari itu memang hari bekerja bagi dorang.. Mulanya ingin bawak semua ke saloon tapi bila fikirkan balik.. ..budak tengah lasak..tak boleh duduk diam nanti kat saloon tu.. Dalam keta aku terpikir jugak kenapa tak bawak Adiq jer sekali ..dan tak sampai lima belas minit lepas tu..aku patah balik sebab rasa tak sedap hati. Rambut tak jadi digunting. Sampai depan nursery, aku tunggu dalam keta sebab on the phone dengan Kak Ndak.

Pintu dan grill dibuka. Ketiga-tiga berjalan dengan pandangan yang pelik.. eh..Adiq mandi ? (dalam hati..sebab sekejap sangat..) Assistant nursery tu dengan muka pucat kata kat aku yang Adiq terjatuh dan kepala kena dinding.. Mulanya aku diam jer.. (tapi dalam hati berkata-kata jugak.. yelah tadi macam takde hati nak jaga..) Muka Adiq pun macam pucat jugak.. dan bila Adiq masuk keta jer.. aku ternampak kepala dia berdarah.. Zuupp darah terus naik ke kepala... Ya Allah..macam mana boleh kena ni?... "Saya..saya.. kat atas tadi.., turun jer tengok Humaira tengah nangis… "dia kata.

Kalau jadi kat kamu.. nak marah ke? Nak jerit ke? Nak apa ke? ..Aku tak cakap apa..hanya suruh anak-anak masuk keta dan terus ke klinik....Dalam keta tanya kat Adiq sapa yang buat... yelah dorang adik-beradik kengkadang berkelahi jugak.. Adiq kata dinding yang buat... Dinding buat macam mana ?..Aku tanya lagi..Adiq terus diam..

Nasib memang tidak menyebelahi aku tengahari tu...Ada tiga klinik berdekatan tapi dua tutup dan satu tiada doktor. Terus ke Bdr Country Homes yang jaraknya dalam 11km dari rumah. Dan di klinik, Adiq kena dua jahitan… kesian Adiq.. lepas satu-satu .. Menangis dia sambil pegang tangan aku dengan kuat masa doktor masukkan jarum di kulit kepala. Aku tak sampai hati nak tengok… Doktor menasihatkan supaya makan makanan yang sejuk-sejuk. Doktor juga berpesan kalau pitam, pening, muntah-muntah dan selalu rasa nak tidur datang semula untuk pemeriksaan lanjut sebab itu mungkin tanda-tanda pendarahan di dalam.. Ya Allah..mintak dijauhkan lah... Kena datang semula selepas 2 hari untuk dicuci.

Sampai di rumah..Adiq dah bermain dengan Along dan Angah macam biasa... Along jaga betul dia sampaikan Angah tak sengaja terlanggar pun kena marah...


Apa yang menyebabkan aku geram? Pagi semalam semasa hendak antar Adiq.. aku berpesan kepada sorang lagi assitant (takde masa kejadian hari tu) supaya Adiq tidak perlu mandi basah kepala. Dia tanya ..kenapa kak ? Kebetulan Ketua di situ (dia juga tiada masa kejadian) ada dan terus berkata ...alah hari tu Along main-main dengan Humaira pastu dia jatuh kena dinding...) Aku punyalah bengang !!... Dahlah salah dorang..ntah kemana ..pulak tu tak nampak pastu nak menyalahkan orang lain pulak.. Aku kata… eh…mana ada kak .. Along tak buat dia..Along tengah main dengan Angah masa tu.... Humaira sendiri kata dia terjatuh sendiri.. (Adiq ni memang pandai mengadu dan takkan dia nak tipu…) Ketua tu diam jer..


Aku ni jenis seorang yang kalau tak puas hati aku akan confront orang tu. Aku mintak advise dari hubby tapi dia tak izinkan.. "takpelah dah nak kena" kata dia.. "lagipun dah lama budak2 tu kat situ.. nanti tak bertegur pulak dengan semua".. ..yelah aku akur jer tapi aku kata aku nak tanya pada assistant yang ada pada hari kejadian hari tu.

Petang semalam aku tanya pada assistant tu kenapa dia bagitau pada ketua dia yang Along buat Adiq padahal dia pun tak nampak masa tu... dia terdiam jer... tanpa kata sorry..dia aah-aah..mmm..mmm.. Aku tambah lagi "akak tak marah tapi tak elok lah kata macam tu., walhal awak pun tak nampak dan akak tak suka jugak lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan Along dengar ...dorang akan mengejek dia nanti.. ."..Dia diam jer...


Malam tadi hubby bawak Adiq ke klinik semula untuk dicuci.


Note : Sebelum kami bertolak ke KLIA, baru Adiq beritau macam mana dia boleh kena dinding tu... "Adiq pushing-pushing badan pastu Adiq jatuh....” Aku kata," kita takyah pegi amik abahlah, Adiq sakit".... terus dia kata dia " dah baik... nak pegi-nak pegi..." merayu-rayu dia, aku pun tak sampai hati... anak kann...



Till Now.



27 comments:

Watierman said...

Eh besar juga luka tu kan Rin...

Hopefully no internal injuries!

Inilah antara kekuatan Akak...tatkala meletakkan surat perletakan jawatan...dulu...its been 7 years back...with no regrets!!!

cheqna said...

eh kak..teruk gak luka adik tu..

harap2 tak de ape2 kesan sampingan la kak ye..

budak2...tapi still kena tgk n pantau gak kan kak???

Ummi Hanie said...

ish nmpk teruk gak tu kak
hurm..rase dah xleh nk caye sgt bg org jage ni kak,kecuali kaum krabat sndiri..depa cuai,xberat sgt sbb ank org len kan..
jom le kak,work from home..leh jaga anak2 sndiri...

E-na Zarina said...

teruk jugak lukanya tu...errmm ni lah dugaan bg kita ibu yg bekerja ni kan...moga xde ape2 pendarahan kt dlm...

sueanne said...

isyk teruk gak luka tue kRina..
apsal org nursery tue tak terus terang je kepala adiq luka time tue?..
hisyhhhh..

heharap luka adiq tue cpt sembuh..kesian nye adiq...

idura said...

uhhh... teruk gak luka tu... semoga takde pape...

Chenta said...

Rina... bersabar okeh .

Kena pantau luka tuh . bagi dia sembuh betul .

harap Adiq cepat sembuh.

Unknown said...

cam kene bucu dinding..
luka agak besar..

hopefully xde effect kat dalam kepala...

get well soon adiq..

chec said...
This comment has been removed by the author.
cikwan said...

alahai kak rina..kesian nyer adiq..mmg ada pro n kontra kan kalau letak anak2 di nursery..selalunya budak2 terlebeh ramai dan pengasuh tak cukup org..tu yg derang jaga gitu2 jer..sabarla yer..harap2 luka tu x dalam dan cepat sembuh..

myQza said...

aduhai kak... luka besar juga tu..

kalau saya mmg dah bersoal jawab kat situ kak..

semoga adiq x de apa2...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Kak Watie:

memang berharap sangat takde internal injuries kak...


ni yang buat saya bersemangat ni.. saya plan dalam 4-5 tawun lagi.. bila Adiq dah start sekolah..insyaallah..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ cheqna:


memang selalu kena pantau ... tengah nak membesar..semua hendak dicuba.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Ummi Hanie :

tulah tu nak buat camne kann..
menjaga bukan sebab sayang tapi sebab uang..


ada gak planning utk work frm home tp..ada suggestion ker wat ape ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ E-na Zarina:


ya lah.. nak hantar pada baby-sitter..ada gak keburukannya..nnt manjang nak cuti..kita pon kena cuti..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Sueanne:

camne dia nak terus terang..dia pon ntah kat mana masa adiq jatuh tu..

kalau cakap lebih kang..takut nanti tak dilayan elok2 pulak anak kita..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Idura :

insyallah tak memudaratkan..
berdoa jer lah ..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ LiNda:

timaseh ye..

doktor pon kata dalam seminggu akan ok..

dah nama pon budak,.. tak reti dok diam..jenuh bgtau dia..kita ni risaukan dia ..asek2 kata dia dah baik...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Che Adlia:

timaseh Lia..

betul juga ..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ ashie023 :

betul tu Ashie..memang kena bucu dinding

Mmg mintak2 sangat takde effect kat dlm pala..

timaseh ye..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ cikwan"

mmg budak terlebih ramai dlm 40 org termasuk transit. Pengasuh ada 3 orang je..

tapi Cikwan, masa ari tu hanya anak KRina jer yang ada kat situ.. mana lah tak sedih ..rasa macam salah sendiri jugak sbb elok2 dok umah pegi antar pulak ari tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Ted :

ikutkan hati memang nak marah jer tapi fikirkan balik kesan kat budak2 lepas tu..

Nak tukar tempat..leceh pulak sebab dorang dah besa kat situ ..serba-salah dibuatnya..

Pagi tadi dan petang tadi..dorang tak berani angkat muka langsung kat KRina..rasa bersalah agaknya..elok jugak tu..biar jadikan pengajaran buat dorang.

cheryna zamrinor said...

berapa umo assistant tuh Krina?
sha tak puas ati kenapa diorang yang tak bawak anak krina pergi ke klinik. dah berlaku dalam premis mereka, patutnya mereka bertanggungjawab.

bila dah kerja, kena sentiasa bertanggungjawab. tak boleh cari alasan je.

sabar ye, krina...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ cHeRyNa PiReS @ SHA :

rasanya umo dia 23-24 tahun kot.. pelik jugak sbb dia mmg dah lama kat situ.

selalunya mmg dorang yg bawa ke klinik tapi masa jadi tu mmg 5 minit sblm KRina sampai..

tulah tu..sampai pagi ni pon dorang tak berani pandang muka KRina..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...anak perempuan saya pon penah jadi cenggini...kena jahit 4 jarum.....sampai la ni rambut tak tumbuh kat tempat luka tu.....

Wan Amalyn said...

alaaa siannya kat adiq!

inilah salah satu masalah/akibat yg harus ibu bapa hadapi bila berdepan dengan nursery. So far alhamdulillah my Aysha masih ok, tapi sering mengadu dia selalu kena tolak dgn budak2 lelaki yg juga transit kat sana spt Aysha... dan oghang selalu cakap 'tolak la budak tu balik! hahaha jahat sungguh mak nih!

& lagi 1, suka hati mereka aje nak tutup! nak2 bila hujung tahun... tension sungguh!! kita yg bekerja nih terpaksa cari alternatif lain (selalunya sirman yg jadi mangsa kena ambik cuti... hehehe sbb cuti dia byk!)

Ummi Hanie said...

sy ade plan wat newsletter ala2 panduan work from home gitu..tp masih dlm proses

group work at home wannabes pun dah buat dlm FB

meh le join kak

Linky's Magical


ShoutMix chat widget