Tuesday, December 1, 2009

:: Menggodi @ Mengorek Jadi Tajuk ..Boley ? ::


Pernah dengar orang panggil kulit sambar ? Masa kecik-kecik selalu kena suruh cari kat padang @ rumput-rumput. Rupanya yang ada empat cabang tu..atau memang bunga rumput (?) Kalau jenis besi arwah nenek panggil cucuk sanggul.. tak tau sebab apa panggil camtu . Nak tau buat apa dengan kulit sambar ni ? .. Untuk menggodi telinga atau bahasa sedap didengar iaitu untuk mengorek telinga. Cara nak gunanya.. kedua-dua kelopak dibahagi dua tidak sampai putus dan bahagian yang dibahagi dua tadi ditarik dan dipisahkan dari bahagian bawah.. Susah jugak nak eksplen kat sini ..kena ada praktikalnya baru boleh paham.. Dah tak guna lagi kulit sambar tu sebab susah nak cari rumput sekarang ni dan kini digantikan dengan cotton buds dan besi pengorek telinga.

Teringat masa kat kampung hubby ari tu...

hubby, along dan adiq punya tabiat yang sama. Setiap kali mengorek telinga mesti asyik sekali.. Kalau tengok.. memang kita dapat rasa tersangatlah gatal telinga tu sampai begitu gaya dan rupanya.. Rupa2nya MIL serta adik2 ipar di kampung pun sama.. Angah bila nampak adik ipar mengorek telinga, dengan selamba dia kata "hissh..abah ,anak dengan mak cu..sumer sama jer... ". (gaya mereka yang sama~asyik + gatal sesangat..) Setiap kali kalau nak korek telinga along dan adiq, kena siapkan tisu, kalau tak air liur akan meleleh pada bantal lah jawabnya... bertambahlah peta kat bantal tu nanti..


Nak jadikan cerita, disebabkan boring tak hingat kat kampung ari tu.. (nak tenet gak tapi padamkan niat.. nnti apalak kata MIL ..), aku panggil along untuk bersihkan cuping telinga dia.. memang betul-betul tak tau nak buat apa..mati kutu dibuatnya.. mak ooi ...memanglah terlepas pandang... berdaki sampai kena guna 5 batang cotton buds yang dibasahkan (kalau kering sakit pulak telinga dia)..


Kebanyakan sikap Angah sama macam aku.. ibu borek anak rintik niy... atau mana lagi kuah nak tumpah kalau tak ke mee.... salah satunya.. susah sikit bila nak korek telinga..... tak tahan geli.. baru sampai cuping telinga dah geli tak hingatt..hehehehahaha... kegelian yang tak boley tahan.. cian hubby.. kena tunggu geli hilang baru boley korekkan ..hehehe... kalau tak caya tengok gambar kat bawah niy..

..Angah sampai terduduk kat lantai..

Till Now.

5 comments:

PuanPepel said...

xpenah dgr pon kak kulit sambar tuh....

erm...comel jek angah kene korek tinge..ekeke

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ mier@merr :

kRina cuba gugel gak tapi xjumpa..senang2 nanti snap gambarnya..

bila tengok jer ..mesti nak ketawa ..

Watierman said...

Kalau Reena ...dah jadi satu cara untuk tidorkan dia....!!! Abah dia korek telinga sekejap jer...dah lena!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Muahaha~
dasat ni kak~
hehehe~


guling2~

sueanne said...

kulit sambar?..rumput ke besi kak?..heheh..confius lak..first time dgr ni..igtkan kulit binatang tadi..kehekhek..

dulu, mak sue gune bulu dari ayam jer..gune tue je dah menggelikan sbb berbulu kan..heheh..mau melentok2x badan gak la..kehkehkeh..

alaaaa comel lak tgk angah tue kak..hahaha..geli sakan betul die..hahahah..ikut gen ibu rupanya..hahaha

Linky's Magical


ShoutMix chat widget