Tuesday, June 8, 2010

Dah Seminggu Lebih ...Baru Nak Apdet.. Cuti-Cuti Malaysia @ Cameron Highland

Suka sokmo bila berjaya mengecilkan saiz sumer gambar-gambar. Barulah rajin nak mengupdet pasal cuti-cuti Malaysia hari tu. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Terima kasih kepada kengkawan yang mendoakan




Suspens ? Maunye tak. Pertama kali setelah dekat 10 tahun bercuti jauh tanpa hubby di sisi...yea..aku tak tipu... Jangkanya memang hubby pergi sekali. Hotel dah ditempah bulan februari lepas. Seminggu sebelum bertolak, hubby terpaksa ke oversea lagi, lagi dan lagi.. Nak tak nak... pergilah jugak. Terima kasih bang, bagi green light... Hati berdolak-dalih jugak mulanya. Bila anak-anak dah tuntut janji, memang tak boleh nak elak. Weakness seorang ibu lah ni !




Adik aku, SA hantar mak jam 1.30 pagi..seperti yang dijangka. Bila dah jumpa.. mulalah berborak hingga 3.3o pagi. Hari Jumaat, lepas siap sarapan beli, packing sumer bagai; jam 1130 pagi aku mulakan perjalanan. Condition keta insyaAllah ok, hubby dah hantar servis seminggu sebelum tu.




Bagi menyenangkan keje, aku tak payah mengangkut banyak beg; setiap sorang bawak beg sendiri kecuali adiq. Haaa.. memang banyak beg tapi takpe...keta yang bawak. Tiba di hotel ada bell boy tolong angkat dan tolakkan. Mana tak banyak.. beg susu, beg bekalan makanan dalam keta, beg itu, beg ini. Faham-faham jelah budak-budak, macam-macam nak dikunyahnya walaupun perut baru lepas isi.




Ikut jalan kampung macam yang hubby suggest. Masuk Tol Tg Malim dan terus hingga ke Tapah dan naik ke Cameron Highland. Pesan banyak kali pada anak-anak suruh tidor tapi sumernya tak nak. Nasib baik tak muntah + pening-pening lalat. Nak teman ibu, kata dorang.





Sampai kat atas belum masa nak check-in, jadi terus ke medan selera di Tanah Rata. Perut dah berbunyi lagu riang-rock dah! Check-in pukul 3.30ptg. Rehat secukupnya macam tak mau bangun weh... Start meronda hari esoknya. InsyaAllah kalau pergi lagi, aku nak ajak lagi sebab mak macam tak berapa enjoy membeli.

Yelah..henbeg aku yang tiga orang tu nak kena tengok-tengok. Dengan nak membeli, mengangkut... tak cukup tangan.. Kalau ada hubby, boleh dia tengok-tengokkan anak-anak, aku pulak bolehlah mengangkut apa-apa yang dia nak beli.





Pagi Ahad dah check-out; Lepas bekfes terus ke Pasar Pagi Brinchang lagi. Jammed !...Sebelum turun, singgah di Bharat Tea House.. Along nak amik gambar dekat daun teh.. haiya….. Dekat pukul 2 lebih baru turun. Waktu tu hujan.. jadi slow moving... kereta yang turun pun berderet-deret... Dah tak sabar-sabar nak balik... rindu wehh .





Singgah di Bidor sekejap untuk beli buah-buahan pulak...harga buah naik agaknya..Jambu Batu Madu sekilo lima henggit.. Murah lagi kat pasar tani rumah aku, baru 4 henggit. Mak nak jugak...angkutlah jugak dalam 3 kilo. Lepas tu terus zasss tol Bidor kuar hiway.. Jammed pulak.... Tersangkut-sangkut sampailah di Slim River... Ada eksiden rasanya kat situ. Biasalah rakyat Malaysia yang prihatin.... Sumer pakat tengok termasuk aku ni.. Dekat 6.15petang sampai depan rumah.





Alhamdulillah. Lega sungguh. Anak-anak berlari keluar dari keta bila nampak Abah depan rumah .Ibu dorang tak lari pun..senyum jer..hehe..



@ Rose Valley






































"laaa...daun betul rupanya..Mah ingatkan plastik" kata mak.
*memang macam daun plastik kat kedai bunga tu..





"kenapa air k*nc*ng dia tak habis-habis ibu?" haha..
Alahai Angah..




Wanginya ibu !



..susah betul nak snap gambar dorang sekarang ni..






dah 39 tahun cactus ni !



@ Taman Rekreasi, Brinchang



kat sini pun nak ke playground..Layankan saja!



@ Tepi Jalan, Brinchang


Kelapa Laut Afrika
Sebiji 6 hengget !



..dekat 11 malam mengadu lapar...kesian ..
..lega tempat makan dekat..





@ Nurseri





















@ Ravi Strawberry Farm, Brinchang






..stroberi tak masak lagi..
kuciwa anak-anak





ubatnya..milkshake stroberi
..sedap sampai lupa nak pelawa ya anak-anak..



..hari ketiga baru dapat...
stroberi + whipping cream + gula ising








Segar & Murah !









temptingnya !


..seperti biasa...
..si ibu tukang habiskan..

















..menikmati air teh lemon madu...
*kat umah lagi sodap..





perkampungan orang asli




Jagung Mutiara. Manis !

Note : memang penat sungguh. Nasib baik sambung cuti.






Till Now.






14 comments:

PuanPepel said...

sis...beshnye dpt oliday ngn family!!

pic2 yg anda snap itu sgt santek...menarik...tertarik.... :)

Kakcik Seroja said...

Cantiknya gambar-gambar tu.. suka kakcik memandangnya. :)

Masih sejukkah udara di CH tu?

E-na Zarina said...

waaa hebat u boleh drive with kids sampai ke CH! Kagummm ni.....tapi mesti kureng skit enjoynya sbb hubby xde kan? ngeeee

indahhouse said...

salam kak rina,
ala ciannya kena holiday tanpa hubby. bravo la kak... berani nak drive sejauh itu... dr rawang tu gi cameron...fuh...
happy holiday ya kak...

Nerzhul said...

bestnyer gi cameren.

myQza said...

cayalah,
saya x seberani akak untuk drive jauh2.

nak g KL pun tak lepas lagi. ha ha ha ha

dah tgk gambar2 kat FB kakrina

Chenta said...

Salam Rina,

Beshnya ... Sibbaik ada Emak sbg peneman .

Cantik arr gambar2 awak..

Relevan said...

Hai Rina..

Menarik ni..cuti cuti Melaysia kat tempat sejuk lak tu..

en_me said...

sakannns.. ehehe

Ms Pearl said...

I love that strawberi pic
I dah lama tak C. H.land too
lovely pictures yes :D

ms pearl

Zaitun said...

Oohhh... holiday rupanya.Dalam banyak2 gambar tu kak Zai tetap pilih petai dan jagung.
Cantik rosesnya tapi bia tanam kat sini bunganya jadi kecik2.

Dearie Pearls said...

Sis..

macam kat ove-c je kameron nie.
lawa sungguh.

gua dengan beraninya mengakui, gua tak pernah sampai lagi kat sana.
haha..
next time, ajak gua sekali tau.
hehe..


*Saya seorang Christian. Hope Sis don'n mind. hehehe.. ramai gak yg silap beri salam. hehehe..

MamaFaMi said...

Cayalah ibu berani drive sampai Cameron Highlands! Macam ni, anak-anak leh lah tuntut nak gi holiday tempat lain pulak kan... gosok je ibu tu lebih sikit, mesti ibu cair punya... hehehe

kasihredha said...

suka tengok bunga2 tu & jagung mutiara tu

Linky's Magical


ShoutMix chat widget