Saturday, July 10, 2010

Kilat ,Ribut dan Petir..

Hari rabu keluar awal dari ofis. Tiba di kawasan lepas kundang hutan paya kereta berderet2 slow moving. Ingatkan roadblock, rupanya ada 10 orang bomba tengah bersihkan jalan. Bomba ? Mesti pelikkan.. Aku lagi pelik sebab kawasan tu macam lepas ribut padahal masa di ofis hujan gerimis aje. Tengok kiri-kanan banyak dahan & batang pokok patah .. Terang jer kawasan tu. Aku rasa mungkin ribut petir.



Kalaulah lalu masa kejadian tu mesti seram giler. Tiba jer rumah, takde letrik , terus ke main suis dan on kan semula. Check semua ok, hanya ASTRO jer yang kaput.. Telefon ASTRO, katanya kena panggil technician datang check. Memang kena tunggu abi balik lah jawabnya. Dekat dua minggu berdvd ajelah..



4 bulan lepas kejadian yang sama; kena pada PC. Masih tak beli baru lagi. Nak hint kat abi malu pulak sebab masa kena tu baru sebulan dia upgrade + tukar motherboard.. Buat masa ni guna laptop abi jerlah, maka bila dia takde....aku pun takdelah blogwalking @ berFB di malam hari.. huhu..



Agaknya kawasan dekat dengan rumah aku ni kawasan tembakan kilat @ guruh agaknya..hehe..




Gambar-gambar yang disnap pagi tadi



















Till Now.

29 comments:

Chenta said...

Reen,

cam kelakar plak . sbb n3 kita betul2 kontras ...

Suami awak takde ,

Jaga diri and anak baik2 tauuu ...keselamatan harus diutamakan ..

al-lavendari said...

Saya baru buat komen diblog abu muaz tentang air dan angin. saya kopipes ajelah dibawah ini kerana ianya berkaitan. jimat sikit belanja. hehe

‎"air juga boleh bersifat ganas dan bila dia mengganas tiada siapa yang boleh menahannya hatta gunung atau api sekalipun kecuali angin yang juga bersifat lembut yang boleh menolaknya kesana kemari"

Yunus Badawi said...

Kalau tak silap keluar kat Buletin Utama tentang ribut tu.

Patutlah lama tak nampak Reen sebelah malam. Tak boleh nak blogwalking rupanya. Kesian huhuhu

en_me said...

jangan kena tsunami sudahhh.. uhuhu

My Life My World said...

Salam Rina :)

Abis lah monyet monyet kat situ pun kena hangkut dengan angin sekali agak nyer yer. Laluan akak tu, bila nak pergi ambik anak sedara kat Tasik Puteri.

Anak anak akak suka lalu situ, sebab boleh jumpa banyak monyet. Tengok pada gambar ni, teruk jugak yer.

hentian said...

orang tua-tua kata kilat ni menyambar syaitan.

arghh .... hati-hati reen...

PuanPepel said...

klu ikot cite dolu2..pokok yang kena sambar petir tu byk setan kat atas dia..sebab tu kena sambar..hehe

myQza said...

dasyatnya kak dari gambar tu dah tau. tgk yg lasttu. terangkat akar

Acik Erna said...

alhamdulillah..reen tak lalu masa kejadian kan..
cubaan dan dugaan masa HB tak de kat umah..macam2 ye reen...

ibuintan said...

dugaan masa tiada suami lak di rumah, memang orang2 tua kata petir tu panah syaitan.. elok juga tu biar kurang sikit yang bertanduk tu

Hamizah said...

reen,
bodek la ganti yg rosak tuh..hehehe

Eine Frau aus Botnang said...

Salam Azrina, kita pun seram kilat kilat ni!! Ada satu hari minggu lepas waktu subuh guruh tak berhenti-henti berdentum dalam 20 minit. Gabra sat!!

Zaitun said...

Tentu kuat angin tu kalau tidak takkan sampai pokok besar pun tercabut.

Ayu Hussien said...

ish3x...
dasyat ekhh..
smg lain kali pun bhati2 yek.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda;


selalu sama jer kan ...


timaseh.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

al-lavendari :


komen yang bernas sungguh ! terima kasih.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yunus Badawi ;

malam tu terus tak boleh tengok tv dah...


huhu..kesian saya kan ?kan?kan?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me ;

tsunami perasaan jer sekarang ni !

hehehe...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

My Life My World @ Kak Jaf Fairos;

W'salam Kak,

Yelah kot...ntah mana monyet2 tu lari..

Selalu jugak akak ke BTP ye? Anak sedara akak di Jalan berapa ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Insan Marhaen ;

yelah kan...

timaseh.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

mier@merr;


hehehe...

mesti berderet setan2 kat pokok tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sI tEDI ;


memang dasyat Ted.

ada banyak lagi tapi susah nak snapo pasal jalan tu sempit.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak Erna ;

alhamdulillah kak.

yelah kak, dugaan dan cobaan. hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ibuintan;


haha.. kalau patah lagi bagus kak.. kurang sikit orang buat dosa..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Hamizah ;


kena dengan gaya menggoda lah kan Miza..

hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Eine Frau aus Botnang @ Fasha

W'salam Fasha ;0)

memang seram dibuatnya.. Kalau D & N dah bangun mesti dorang berlari takut kan ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Zaitun ;

betul lah kak.

Ada pulak zink dari kilang berdekatan melayang sampai ke jalan yang saya lalu tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ayu Hussien ;

ish3.. betul lah ..

memang kena berhati2...

Yunus Badawi said...

Dah betulkan ke tv tu?

Linky's Magical


ShoutMix chat widget