Wednesday, October 20, 2010

Perlu Ke Tukar Kereta ?

Sana sini citer pasal keta baru Proton~ Inspira. Nama dah sedap. Minta-minta rupa pun sesedap namanya. Itu baru soft lauch.. Kalau betul-betul launch tentu lagi ramai yang bercerita. Nak beli keta ni ?.... eh tak lah. Kalau nak beli ;kena tunggu tahun depan baru boleh dapat staff price.


Aku pun tak amik tahu sangat. Abi citer sikit-sikit aje. Abi kata yang buat keta tu mahal sebab enjin keluaran Mitsubishi~ Lancer. Bumper aje tukar sikit. Kalau sebijik Lancer pun dah garang dah. Bukan Evo tau... Kalau yang itu aku pun nak. Memanjang speeding jer lah... hohoho... bez-bez-bez...

Abi ada ura-ura nak tukar keta yang dia pandu ke ofis. Keta tu lama dah.. semput sana- semput sini. Repair sana-repair sini. Berhibu-hibu habis tapi baru-baru ni Abi dok usha keta lain pulak....Dah macam termimpi-mimpi pulak dia. Asyik ke sana-sini tengok keta idaman dia tu. Kalau bertenet pulak, asyik ke blog keta aje... Risau aku dibuatnya..

Bab ni aku memang tak nak cakap banyak sebab keta-keta dia yang bayar.. Aku tukang bawak aje.... (^__^) Pernah bila komen lebih... dijawab... "oklah tu abang tukar-tukar keta dari tukar-tukar isteri".... haaaa amik kau.. takmoh cakap lagi lah.... serram !



Note : apa-apa pun kena settlekan belanja untuk sekolah next year baru boleh citer..

Till Now.

52 comments:

Hamizah said...

betul juga tu, reen..dia xminat nak tukar bini kira oklah hehehe

drp byr maintainence tinggi, baik tukar br..

Kakcik Seroja said...

Kalau bayaran penyelenggaraannya terus meningkat, eloklah ditukar sahaja. :)

eelobor said...

hehehe, ada pengajaran kat situ kan?

Chenta said...

Reen, saya dah buat budget keluarga . Now , dah boleh tarik nafas legaaaa...

Wahh..kereta baru ..lalalala

Relevan said...

Jangan tukar Rin..tapi tambah..kereta lama tu bagi tau hubby ..buat drift jer..
Avanza tu buat jalan jalan ronda ronda makan angin :)

kak long said...

kaklong pakai kete lama jer...malas nak pikir pasal utang...enjin masih ok..janji boleh jalan sudah...lagi pun kaklong ni tak bekerja...engak cukup ongkos nya...!hihihihi...!

YanDarwisy said...

yan & hubby's memang x bercadang nak tukar keta. ni pun nak mengabiskan lagi 3 thn pun terasa lama...setakat ni blum ader planning nak tukar mpv or some else. Lagi cepat habis hutang...lagi lega. Fuhhhh....

sekadar satu coretan said...

baru jer tukar kereta 3 bulan lepas...sebab kete lama buat hal...maintenan nye tinggi dah mcm byr bulanan kat bank jer..pas tu asyik buat hal jer...

terokai seni said...

huuu letih juga kalu asyik tuka bini... nak kena tengok dipasaran jugak ke?

Unknown said...

ahhahha..alamak !! jawapan yang mendebarkan....
kete lama ke baru, asalkan sedap naik , okehlah...tp dah kalu slalu sgt rosak, pahtu kalu baiki plak beribu riban, baik tuko jelah...

zulkbo said...

salam..
bukan nak kutuk jenama
tempatan..saya prefer
Honda mahupun Toyota..
enjin baik..servis lepas jualan
mantoppp...tak caya cuba,saya
dah gunacproton 8 tahun..ermm
pengalaman mengajarku..


New Entry "Palestine Will Be Free?"

wanita mutalib said...

wow..tukar kereta kak :)

cheqna said...

hahahahaha
jawapan yang sangat mendebarkan kak rina oi...

Siti Noor Aminah said...

tp lawa lah inspira tu. tp mahey plak. tak mampu nak pakai. pakai keta kecik tu pun semput nak bayar.

*drive keta kecik pn dh dpt kena saman 3x, ini kan plak bawak inspira

Aku Anak Pahang said...

Kadang kete baru tengok memula semua cantik pas 2-3 bulan hmmm...

* jangan rambang mate :)

julietchun said...

tak dapat evo, dapat skyline ok juga kan :P

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Miza,


ayat yang sama abg kata lah...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakcik ;


tengoklah kak...

harapnya ni yang terakhir kalau nak tukar..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

eelobor ;


yes boz!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ;

dah baca. impress !

budget utk rumah abg yg buat. saya tokok tambah aje garam dan gula.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

relevan ;

mana nak letak keta banyak2 abg Syed ooi..

Yg saya bawak tu tak tukar rasanya. dah 3 tahun lebih .

Buat drift ? Anak2 memang suka sangat lah tu.. Kwn abg ada sorang pakai Subaru; dia beli masa study kat Jepun. Sampai taknak turun dorang dari keta tu...

kakngah said...

kalau tak tukar.. tak ngasa lak guna kete spesis lain pulak..
:P

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;


janji boleh bawak kita ke mana2...kan? kan? kan?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

YanDarwisy ;

elok lah tu Yan..

bayar sampai habis baru tenang fikiran..

lainlah kalau anak2 dah berderet2 baru fikir tukar ke MPV.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ainnoraini ;

padanlah saya terbau-bau kedai ni....



tu yg abg saya kata tu..daripada bayar utk maintenance, elok byr keta lain.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cemomoi ;

hahaha..
lawok aok ni.

cuba cari kalau ada..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ashie023,

huhuhu.. memang mendebarkan.. tak cakap banyak sekali cakap ...aigoooo..

yelah kann....

indahhouse said...

Salam kak reena,
itu yang buat seram tuh. my hubby pun ada ura2 nak yang baru juga, henpon baru. hihik... moga2 tercapai hajatnya tu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

zulkbo ,

wsalam.

Betul sebenarnya. Masa dua2 bujang dulu kami pakai keta proton, Iswara & Satria. Bila rezeki lebih sikit abg tukar Vios masa tahun 2004. Tukar lagi MPV kecik pada tahun 2007 sebab anak dah ramai dan masa tu ada maid.

Keta yg dia pandu beli masa tahun 2004 tapi keta 2nd hand continental.

Semua dah rasa dan kesimpulannya kereta tempatan memang sesuai dengan harganya dan bagi yg mampu, belilah keta import.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wanita Mutalib ;


nak ke tak..nak ke tak...nak ke tak...

hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna ;

hahaha... memang mendebarkan jiwa dan raga tu !!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

GaDis CoMeL ;


haaaa..dah macam kRina masa bujang dulu lah ni..saman ada aje.

Dah beranak pinak ni dah kurang pun saman...

simpan duit tu buat beli barang dapur aje lah...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

enYassin @ akuanakpahang ;


hehe... apa agaknya yg buat tak cantik tu ye..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

julietchun ;

kita nak caldina lahhhh...

huhuhu...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakngah ;

betul tu kak ngah !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

indahhouse ;


huiiiyai.... ingat apa yang baru tadi..


hphone rupaya... kuss semangat !
hehehe...

Yunus Badawi said...

Hah ambik ko! Eloklah dia minat kat kereta dan masuk blog kereta. Dibantainya masuk blog anak2 dara tak ke haru hehehe

Acik Erna said...

salam reen..itulah jawapan orang lelaki kan..bukan apa tu..sebab tak nak bising je..
kalau tukar pun..kan reen juga yang dapat naik kereta baru..ye tak..

afzan said...

sedakla dapat kete baru

ibuintan said...

okeylah tu reen... caldina sebijik.. mengancam tu

zhrhtoodem said...

hehehhehe. ape lagi kak rina
ehehehehe. haah. sebijik lancer. tuka luar sikit2 je. memamng wow lah.

Aku adalah aku said...

Asal dia yang bayar...ok kan je lah....

PuanPepel said...

kat cni tgk org nek lancer cm nek wira jer...bersepah..hahaha

Yunus Badawi said...

Bawa laju2 tak kena saman ke?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yunus Badawi ;

huisshh..

tak baik tau..

rasanya tak kot.. ntahlah orang teknikal ni mmg minat menda cenggitu aje agaknya..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

W'salam Kak Erna,

Bukan tak suka kak tapi menambahkan hutang lagi....

Anak2 dah suka betul dah kak. Minggu lepas abg bawak dorang pergi test drive. Kejap2 tanya bila nak beli. Macam beli ikan agaknya dorang ingat... hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

afzan ;

sedak mende..
keh tak approve lagi ni.. hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ibuintan ;

adoi kak...

kalaulah commitment saya dah settle, mau jugak saya caldina tu kak....

takyah amik 2.4, 2.0 pun jadik... hehehe...
berangan ajelah..

pandang ajelah..macam biasa saya buat sekarang; jeling-jeling pastu abg mesti berdehem atau buat2 batuk bila terserempak dgn caldina.. huhuhu... Dekat 4 tahun saya minat keta tu....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

zaradgreat;

xyah tuko-tuko dah
lancer sekarang dah cantik dah.

poket ni byk sangat yg nak kena salurkan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

elly ;

ha yea...
ko memang betul
pastu sambung bayar 5-6 tahun lagi..


sayang duitlah elly...
(macamlah duit aku kann?)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

mier@merr ;

eeeeee tak suka tau !

kita taulah awak dok Langkawi.

Duty FEREEeeeeee...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

YB lagi,

Zaman dapat saman masa saya keja USJ dulu jer. 4 tahun lepas kali terakhir. Speed trap.140km/jam masa tu. Menggeleng abang dibuatnya.. kekeke..

2 kali kena di antara Subang Tol ke Shah Alam Batu 3. Nasib baik masa tu boleh diskaun. Sekarang saya dah kurangkan laju.

Keje sini kan lalu kampung, jadi takde polis. Speeding pun tak leh cecah 110..Mau dihamun orang kampung kat saya nanti...

selamat jugak poket ni YB.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget