Friday, December 23, 2011

Genap Seminggu : Kebakaran Yang Ada Hikmahnya

31 kawan yang bezz
Genap seminggu insiden ni.
Alhamdulillah tak melibatkan nyawa.
Balik kerja, ambil anak-anak macam biasa di nursery lebih kurang jam 710 malam.


Along buka pintu  dan  jerit ... "ibu ! rumah ada asap...api kat dapur"
Aku dah mula panik,  ambil fire extinguisher di belakang pintu..
Allah hu akbar.. terketar-ketar sampaikan tak tercabut pin.... aku lari keluar.
Tengok keliling.. jiran yang lain;  tak balik lagi..
Aku terus ke rumah jiran selang sebuah rumah yang baru pindah
Alhamdulillah suami & ayah jiran ada
Fire extinguisher yang ada...kecik  jadi api masih tak terpadam
Mereka siram guna air sementara aku berlari  keluar lagi..
Kebetulan jiran selang dua buah rumah baru balik dari pasar malam.
Gunakan fire extinguisher jenis powder & besar...
Syukur ya Allah..api padam.


Abi sampai lebih kurang jam 7:50 malam.
Call bomba & TNB untuk pantauan.


Terima kasih tak terhingga buat Normahayuda & suami (jiran selang dua buah rumah)
Malam tu makan malam & tempat tidur kami di sediakan di rumah mereka.
InsyaAllah jasa korang berdua akan kami balas.



Lepas seminggu baru boleh kemas di bahagian dapur.
- tunggu bomba datang untuk tindakan susulan
- tunggu insurance adjuster datang evaluate kerosakan





1/2 jam lepas sampai










30 biji telur masak sepenuhnya!

baju-baju dalam almari penuh debu


dinding ruang tengah bahagian atas 


kesian dia.... penat bekerja

tak tau boleh guna ke lagi hi-fi tu.
serupa cat siling warna hitam

yang putih jadi kelabu

hantar ke dobi yang mana perlu

Dua hari lepas insiden ( Ahad )
Anak-anak hantar ke rumah emak

Minta tolong 2 orang cleaner di ofis
Buat mana yang sempat  dalam tempoh 4 jam

buat sementara..

sampai ke hari ni masih di luar..


Add caption

mungkin dari sini .

en QC in the house... hehe..

dapat staff price dari kakak.
murah !

tinggal ini aje..

semalam
seminggu berlalu.... rumah masih berbau asap...




Hari Jumaat balik lambat sebab cuti hujung minggu tu  kami sekeluarga akan ke Langkawi dari 17hb - 22 hb Disember.
Bila dah jadi macam ni... tak rasa pun nak pergi.
Kesian anak-anak.

Aku call Air Asia dan bagi tau sebab-musababnya.
Kalau ada rezeki dapatlah refund kalau tak .. ... redha ajelah..



Boleh tengok gambar-gambar yang lain di sini :-https://www.facebook.com/media/set/?set=a.338376559512930.99998.100000217659346&type=1
dan sini
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.341434519207134.100726.100000217659346&type=1






Note : mohon maaf pada kengkawan. kotak komen ditutup pada entri sebelum ni atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Wednesday, December 14, 2011

ALAHAI ANAK....

0 kawan yang bezz
Adik : ibu, berapa hari ibu cuti ?
Aku : 3
Adik : ala sekejap je.... kan best kalau ibu tak kerja...  balik sekolah nanti, Adiq boleh balik rumah...
Aku :  kalau ibu tak kerja, ..ibu takde duit nak beli macam-macam yang adik nak..
Adik :  mintak kat Abah lah...
Aku : kesian kat abah.. macam-macam lagi abah nak bayar....
Adik :  ...... adik tak mintak apa-apa lah lepas ni...
Aku : alahai....














Note : Anak mana lah yang tak happy, bila mak-pak ada kat rumah...

Thursday, November 24, 2011

Selepas Tawar, Masin, Payau dan Pahit... baru dapat Manisnya....

25 kawan yang bezz
Sambungan entri sebelum ni.
Salah aku sebenarnya. Pantang nampak.
Mata pulak dah bertambah ravun bila nampak handbag 'idaman' tu murah giler berbanding harga retail
Boleh beraya sakan masa raya haji hari tu lah kononnya...
Hambik ko...jangankan raya haji, annual dinner pun tak dapek pakai..

Tetiba macam vodoh pulak dok biarkan lama nau duit  kat budak tu.



Padahal masa nak bayar tu..macam-macam rasa ada..
Tawar, masin, payau, pahit...

Bila difikirkan balik.
Dah kerja bertahun-tahun
Apa salahnya untuk diri sendiri.. kan ?


Bila dah tak dapat
Tengok mereka yang usung sana-sini

Huisshhh... merana jiwa ni... tehehehe...
Tak apalah.. Takde rezeki.




Haaa.....rupanya kecewa aku tu berbaloi..





Timaseh bang.





Note : Ingatkan takde hadiah anniversary tahun ni....

Monday, November 21, 2011

SEBELUM TERKENA > BERHATI-HATI...

78 kawan yang bezz
Edited : 22 Ogos 2013


Assalamualaikum semua,

Tak sangka sungguh, ramai yang terkena dengan seller yang sama ni..
Walaupun 'refund' dah diterima, aku rasa aku perlu letakkan nama seller tu di sini supaya adik2 @ kawan2 lain tak terkena.

Ini  link seller   > https://www.facebook.com/coachbagzwonderland
Ada kemungkinan dia dah tukar ke akaun lain.


Bagi yang bertanya :  Seller yang aku berurusan sekarang yg boleh dipercayai. InsyaAllah.



https://www.facebook.com/pages/Princess-victoria-stylo   (ready stock received within 2 days)
http://www.facebook.com/orkid.syah  (pre-order from US received latest within 2 & 3 weeks)
https://www.facebook.com/orangesummercloset (from UK by sea latest 2 months, by air 3 weeks).




Untuk dikongsi dengan kengkawan.

Bayaran pada 28/ Ogos / 2011




Pagi tadi : 19/November/2011



Tinggal di TAMAN UNIVERSITI, JB ?
Info kat bawah ni  > Selangor




Tak sempat nak publish di Facebook > KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT HARAM , Alhamdulillah duit dapat semula.








Note :  Wallahuakhlam dia menipu atau tidak. Bila tengok SOLD item dia, huiyai...punyalah banyak tapi takkan sorang pun tak kata "TERIMA KASIH" @ BARANG DITERIMA.

Friday, November 18, 2011

Tak Ramai Yang Minat Projek Macam Ni...

19 kawan yang bezz
Orang kata, kalau dah minat ....sanggup. Mungkin genetik dari arwah ayah dan emak yang suka 'menanam' turun pada aku...  Penuh satu rumah dengan pokok bunga masa mula-mula pindah dulu. Adalah dekat 30 ke 40 biji pasu. Cakap aje kat mana... depan, kiri, kanan. Penuh. Balik kerja mesti singgah nursery untuk tengok pokok baru. Myanmar workers kat nursery tu sampai dah kenal.  Sampai aje rumah mesti belek, siram dan cakap dengan pokok dulu...  hehe... tin-tong ke hapa..?



Masa tu ada dua orang jiran  yang minat menanam jugak ; Kak Jah dan Yati. Kalau nak ke nursery di Sungai Buloh, kitorang mesti pergi bertiga. Penuh bonet kereta isi dengan pokok-pokok dan kantung tanah. Tapi sekarang ni tak macam tu lagi sebab diorang dah pindah. Bila dah takde kawan, mood pun dah kurang, nak buat apa pun jadi tetangguh.


Bila teringat balik memang seronok. Boleh tukar-tukar anak pokok, gembur sana-gembur sini. Lepas 'projek' sama-sama, pergi pulak ke rumah salah seorang yang memang  rajin ke dapur; Kak Jah.  Mesti ada habuan tekak disediakan.



Memang paling best bila waktu malam.  Sebab ? Bau-bauan dari bunga Melati, Monday-Tuesday, Kesidang dan  Kerak Nasi. Huiyai.... memang harum ! Silap-silap kalau yang lalu-lalang  terbau, mau diingatnya  bau menyeramkan.. hehehe..




Tahun 2004 - Along; 3 tahun lebih
Tak cukup tempat di lantai,  gantung pun ada...



Tahun 2007 - Angah ;3 tahun lebih



Tahun 2007 - penuh sampai depan pintu !




Tahun 2007 -  bila  kawasan rumah sekangkang kera; atas longkang pun jadi..




Tahun 2008 - Tinggi pokok dah melebihi bumbung porch
Di gambar pertama,  pokok ni baru setinggi 1 meter.


Tahun 2010-  sedih bila tengok kosong macam ni
Pokok-pokok yang ada aku bagi pada emak dan kawan-kawan

Tak berseri langsung....




 Masa tak mengizinkan.... tak bermaya dah 'diorang'
-lebih-lebih lagi bila dah duk belakang rumah..




Tinggal yang ini aje sekarang kat depan rumah



Dapat 2 pasu pokok ni dari emak
*  mungkin sebab aku bagi tau aku nak mulakan projek  'menanam'  



Baru ambil mood untuk mulakan bulan lepas ...
Habis daun-daun dari 6 batang pokok bunga ni dikerjakan dek musuh..



Siput Babi si musuh ketat  terbaru ! Tiap-tiap pagi mesti ada...
Petua  : tabur garam kasar 

Note : bila pergi kerja lalu, waktu lunch lalu, waktu balik lalu......... mood yang hilang pun boleh datang balik.
*sejak nursery berdekatan  Hospital Sg Buloh dipindahkan dekat dengan kawasan ofis.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget