Sabtu dan Ahad sibuk mengemas bagai peluang bila TM@tenet problem
Projek bilik Adiq baru separuh siap
Rak buku dalam bilik tu tak tau nak letak mana.
Rumah sekangkang kera tapi barangnya lebih dua kangkang kera
Itu baru duduk dekat sepuluh tahun. Kalau dua puluh tahun, gamaknya kena tereban entah apa lagi.
Itu pun abi dah bising sebab semua pun aku kata aku sayang..
nak tak nak terpaksa let-go
Aku bagi pada kawan ofis yang selim
Penuh luggage bag !
Adalah dua tiga pasang aku simpan untuk Adiq nanti
Semalam projek di dapur pulak.
Betul punya citer, memang dua minggu sekali; kengkadang tu tiga minggu sekali baru kasi bersih habis-habisan tang dapur tu. Kalau tak, gitu-gitu aje
Mana taknya, kalau Sabtu aku kerja, Ahad tak sempat nak buat semua kerja
Bila Sabtu tak kerja pulak, ada aje projek lain ke sana dan ke sini yang datang.
Lima tahun lepas adalah panggil pest control untuk elak anai-anai. Dah tamat tempoh pun.
La ni belum buat balik jadi anai-anai belum nampakkan muka tapi semut pulak yang banyak .
Macam-macam jenis ada.
Aku risau jugak pasal anai-anai ni. Katil & kabinet dapur pernah hancus dek menatang ni. Masa tu baru dua tahun kitorang tinggal. Tu yang kabinet sekarang ni atas lain, bawah lain. Katil pun terpaksa beli lain.
Tengok pun geli sebab bila banyak, bunyi anai-anai ni makan pun boleh dengar.
Malam tadi
Aku tengah basuh pinggan-mangkuk
Angah datang kat aku mintak span.
Dia bukak kabinet bawah sink dan amik kiwi spray serbaguna
Tengok apa dia buat.
curi-curi snap |
Sampai berkilat Angah kerjakan meja botak tu.
Nampak tak line putih tu. Itu kapur untuk elakkan semut tapi semut yang datang ni spesis degil gamaknya. Tak di herannya. Macam-macam aku dah cuba.
Serai wangi jenis spray pun pernah.
Yang paling berkesan tetap ubat dari rentokil yang selalu datang spray kat ofis.
Cari di kedai hardware; tak jual pulak.
Control item kata tokey tu. Nak free selalu seganlah pulak...
Ehhh...melalut pulak.
Sambung citer; Bila puji dan cakap timakasih sebab tolong aku,
Angah datang dan bisik "Ibu kena belanja tau".
Huiyai..bertuah punya budak.
Dia dah bersungguh-sungguh lap meja dan sapu lantai kat dapur tu,
kalau aku geleng mahu masam mencuka dia.
Angah kata dia nak bola baru. Huh..nasib baik bola aje..
Lenkali kena slowtalk dengan dia.
Iklan : Kengkawan ada tak sedara-mara yang nak kerja untuk tolong kemas & tolong tengokkan anak-anak aku (10,7 & 5 tahun). Lima hari seminggu. Kalau tinggal dekat-dekat Rawang nak balik hari pun boleh tapi kalau nak tinggal sekali pun okay. Weekend cuti. Anak-anak aku tak nak duk nursery lagi. Aku tak nak amik indon maid lagi; dah serik.
22 comments:
reen..budak2 dah besar tak mau dok nursery ye..susah jugak tu reen..
masa anak akak kecik2 dulu memang tak pernah dok nursery..sebab ada yang sanggup datang rumah..balik hari..
rumah kaklong pun byk semut reen...
mcm2 spesis ada...naik menyampah pulak!
sebaik angah nak bola jer...klu dia nak kasut bola yg mahal tu..mesti ibu beli kan?
wahh... kemas bagai macam nak sambut raya .. hahaha
Reen, baju time anak dara tuh, awak gantung kat almari . Jadikan semangat utk awak diet and slim .. tak banyak turun , dapat sikit pun jadilah kaans...
mmuach..miss u
uihhh..
sesi kemas mengemas la ye..
semut halus tu ke kak reen ..ke semut api tu..bahaya ni..
he~~yang penting mesti ada upah~~haha~
kite serupa la..
suka meja botak. abem rimas meja berlapik ni.
amboi.. rajinnya angah. biasa la anak2.. buat sesuatu mesti nak reward.
kak,
1) aku pun kalau betul2 free, baru sental habis dapur aku tu, kalau tak mmg gitu2 je la...huhu...
2) aku pun takut satu hari nnt kitchen cabinet aku musnah sbb anai2...adeh la...
3) angah rajin la kak...ringan tulang...alhamdulillah dpt anak yg menyenangkan org tua...
4) kenapa anak2 ko tak nak duk nursery lagi? ada masalah ke kak?
kak reen diet lah .so boleh guna lagi baju anak dara tuh..hehehe
reen
dulu akak ada beli sejenis kapur(macam kapur tulis) kat Indonesia. Akak sapu kat bawah2 meja dan kabinet. Alhamdulillah semut dan lipas mati.
Kalau akak ke Indonesia lagi, insyaallah akan beli banyak sikit :)
Sekarang ni susah nak cari orang kita nak buat kerja rumah dan jaga budak2,konon tak glemer.
Sama macam kak Zai serik dan menyampah.
sibbaik x mintak game bola dalam psp kanns.. ehehe
patutlah angah rajin ye..
rajin reen simpan brg2 lama.sy ni kalau mengemas je habislah segalabrglama sy buang..hehe
dok nursery kan ramai kawan. :P
Kakak duduk JB tak dapatlah nak tolong. Heee kakak sendiri dulu duna main Indon 13 tahun tau. Baru masuk 2 tahun tak guna lagi bila yg kecik dah 7 tahun sekolah sehari suntuk so... tak perlulah lagi....
Betul, kita sebenarnya terlalu banyak menyimpan barang2 yg tak boleh guna/tak boleh pakai....kalau dibiarkan, rumah besar istana pun boleh penuh! ekekekke..
Reen pasal anai-anai ni memang tak boleh elak , rumah cik ina , pintu bilik air habis rompong di makan anai-anai.Rajin angah besihkan meja.
aku dgn semut mmg selalu je gaduh.air masak pun dia sebok nk masuk.apelarr..
alah,ko antar anak2 ko kt aku.6bulan skali aku bawak balik msia.buleh?tihihihi!
Angah kidal eh??
kreatip tu..
sejuk ati bila anak tlg buat keje kan..
alahai sejuk perut kReen tgk anak rajin cemni. saya ni pulak panas mata tgk adik lelaki yg dok malas2 kat umah. huhu~
nape dgn nursery tu reen
ada gaduh2 ke sana
Post a Comment