Sabtu malam minggu.
Suami : yang, kalau tukar plan boleh tak ?
Isteri : plan apa ?
Suami : kan abang dah janji nak belikan PC baru ...kita tukar beli water treatment baru ok tak ? dari kita tukar ceramic filter + yang lain-lain, elok kita beli baru lagipun dah 8 tahun guna yang lama tu.
Isteri : muncung serupa itik..
Suami : lagi pun nanti 2 minggu abg takde lagi, leceh aje yang nak kena beli pastu angkut air R.O tu..
Isteri : tak kisahlah.. duit abang.. (kontrol...sebenarnya duit sendiri yang dikumpul dah cukup pun)
Petang Ahad, selepas di ekplain oleh mamat air-techno, si suami bersetuju untuk tukar ke water treatment yang baru dan trade-in yang lama. Kena tambah duit jugaklah..dan sebab itu lah PC tak jadi dibeli.....

..tempat yang tak sesuwai..
..tak kisahlah...janji tak perlu bersusah payah mengangkut @ beli air lagi..
tempat asal. tak muat lepas pecah tingkap ni.
Lewat petang itu juga si suami menyuruh semua bersiap2.
Bila ditanya...jalan-jalan katanya.
Dalam perjalanan.. tiba di Jln Sultan Ismail, si isteri apat agak... tambahan pulak lalu hadapan Pavillion.. lagilah confem..tapi senyap jer..buat-buat dono..
Si suami pandang si isteri sambil tersenyum2..
Masuk ke tempat parking di Low Yat, si isteri tersenyum sengeh.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaa !.. Abi beli juga desktop baru ....
Bila ditanya... saje nak tengok reaction aku kata dia..
Timaseh bebanyak bang !
Note : Bil telefon bulan lepas mencecah RM450 hanya utk telefon ke rumah selang sehari selama 2 minggu. Kalau 4 kali pergi, jumlah dah boleh beli satu PC. Jadi, lepas ni nak jimatkan kos bolehlah berskype, webcam dan seangkatan dengannya.
YB, saya mmg prefer PC dari laptop. tak nak dikata lawan tokey pulak... xoxoxo.
**************************************************************************
Citer lain pulak. Sibuk mengalahkan menteri di ofis dua tiga hari ni. Mana yang sempat aje di jengok. Sori ye.
Hari ni berdating dengan abi. Pergi kerja sekali . Balik singgah makan malam jam 5.30 petang. Huissshh cepat sungguh. Jam 9 malam perut dah merungut lapar.. segala bunyik pun keluar..
Nasib baik Pisang Nipah lagi yang aku beli di pasar tani semalam dah cukup masak. Makan goreng pisang ajelah malam nii...
Goreng & Makan sampai dapat tengok Isabella 5 minit aje... *baru nak mula ni...
bila dah lapar...goreng dengan tepung gandum semata pun langsai..
Till Now.