Monday, August 9, 2010

Dah Nasib Badan Daaa...

23 kawan yang bezz
Siang tadi bawak anak-anak ke Tesco. Baru nak beli stok bulan ni . Lagi beberapa hari nak mula Ramadhan. Kalau bawak anak-anak nanti takut ada yang tak larat pulak. Along dah ok hanya Angah baru nak mula tahun ni. Excited dia nak puasa. Masa aku sibuk ganti puasa hari tu pun sibuk membebel tak kejut dia makan.. eh..opss... ke seberang pulak..



Masa kuar pagi tadi keta ok jer. Hanya mula-mula jer.. krkkrkrkr ..cranking .. pastu zassss.. boleh aje..

Anak-anak nak makan roti canai untuk makan malam. Semua dah masuk keta. Nak start enjin... lampu dalam kelam-kelip. Sudah... Aku ingatkan lupa letak gear kat P. Dalam gelap tu terbongkok-bongkok tengok.. Betul, memang P. Tengok dashboard... laaa....tang-tang bateri tu blinking.. Mesti kong-kiok lahh tu... Mula lah gabra.

Start keta yang Abi besa pandu. Pergi rumah mekanik yang selalu Abi hantar keta tu. Tak ada orang. Terus ke kedai yang jual roti canai,. Tutuplah pulakkk. Kesiannya Along, Angah, Adiq (AAA). Hati pun dah tak senang lenang jadi pergi kedai runcit beli roti paun jer.. Dorang nak makan dengan susu. AAA ni memang kureng sikit telan nasi untuk makan malam.



Minta tolong nebor. Jumper dari keta A ke keta B. Bukan ai tak boleh buat tau.. tapi tak nak tunjuk pandai. yolah tu.. Itu pun jenuh cari button untuk bukak bonet keta Abi tu... Teruk betul kan ? Nampak nau tak amik tahu...tehehee. Otak dah fikir camne nak pergi keja esok. EL ? AL? 1/2 day ?.. OS dah lah melambak-lambak. huaaaa...



Berpoloh-poloh dibuatnya, padahal berdiri je. Ada dua sang nebor sudi tolong sorang isteri yang takde suami di sisi ni haa. Tunggu sampai sejam.. pun takleh start. Gelap-gelap camni takut tak tercaj. Tak lampak...kata adiq. AAA apa lagi, amik kesempatan main kat luar. Aku bagi jelingan berhantu pun dorang tak layan.. Bertuah sungguh !



Bila Abi tepon lagi sekali, sesi mengadulah kann.... bla..bla..bla...tak dapat kontek mekanik besa tu...bla..bla..bla.. Maka, esok.. Abi suh aku ke workshop panggil apek mekanik lain datang rumah bawak bateri spare.



Jadi... tunggu esok jelah.


Note : masa bujang no-hal itu-ini pasal keta tapi bila dah kawen ni malas sungguh !


Till Now.



Saturday, August 7, 2010

..marang kerapu kepunden parang sekeper..

25 kawan yang bezz
Pagi ni nenong-nenong bangun. Orang yang tolong kejut takde..huh..mengada-ngada. Kaflam kabut di buatnya.



Dah siap-bagai nak angkut beg-beg yang nak bawak ke nursery; teringat baju tak jemur lagi. Adoiyai..


Bila basuh baju anak-anak, faham-faham jelah... banyak yang cinonit-cinonit. Ambil banyak masa. Ikutkan hati nak aje masuk dryer tapi fikir yang sekarang musim panas... rugi pulak. huiii...memang rugi...


Along sepatutnya sekolah hari ni. Replacement utk Deepavali.. Raya pun belum dah nak ganti Deepavali..hehehe... Kesian Along terpaksa ponteng sebab aku kerja. Telefon minta tolong van sekolah yang selalu Along naik.. Tak boleh. Dia ada hal lain.


Kurang sehari attendance dia tahun ni. Kalau tahu awal boleh juga aku swap kerja Sabtu depan. Hari Khamis baru dapat notis. Tak dapek den nak nolong..



Kat ofis pulak memang terhangguk-hangguk ; tergeleng-geleng dibuatnya. Semua sebab sand pit kat Selangor kena tutup.. Bila harga pasir naik dah tentu-tentu harga simen pun naik. Jadi aku ni haaaa…. Orang penting kann.. cett. gerenti lah sibuk. Baru jer bulan Mei naik harga tup-tup ..Ogos pun naik lagi. Kalau gaji pun ikut naik, naik dan naik camtu kan bezz ...



Harga satu tan simen sebelum ni RM275 sekarang dah cecah RM300… lepas ni kalau nak buat rumah atau tambah rumah pakai kayu jelah jawabnya.





Note : relevan ke tajuk entri tu eh ?..


Till Now.



Friday, August 6, 2010

10 hari...

32 kawan yang bezz
Malam Pagi tadi dekat jam 3 pagi baru tido. Tolong Abi mem'packing'. Abi pulak sibuk menggosok baju2 yang hendak dibawa.




Biasa pergi hari cuti, kali ni pulak hari kerja...kelam-kabut dibuatnya.



Jam 645 pagi tadi Limo sampai. Abi terbang lagi ke chayanunalif. Follow-up dari 1st visit hari tu. Nasib baik tak macam hari tu, kali ni hanya 10 hari. Kurang 4 hari dari yang sebelum ni.. Tapi.... lamanyaaaaa....



Akan bermulalah lagu tema Airwolf setiap hari.




..kesian anak-anak...

..dikejarnya limo tu ...




kalau boleh tak nak lepasss.... haha..


macamlah sorang ada laki..






Note : hari ni whole day bozz ada. la ni dia out for lunch... malam nanti aku jengok yea..



Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget