Friday, November 11, 2011

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu....

14 kawan yang bezz


Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"
 

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

 
Kawan yang pertama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.


Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.
 

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro!
Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.


Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.
 

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.
 

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.
 

Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kalau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"
 

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun 
is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."


Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.
 

Namun dia tidak sedar isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"
 

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ..ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"





Note:  Cer pilih ...nak singular ke plural ? hehe..



Sumber : Ceritalucu@Google

Wednesday, November 9, 2011

GANDUS

18 kawan yang bezz
Pernah dengar kuih Gandus ?
Mungkin ada yang pernah makan tapi tak tau nama aku lah tuu..

Aku pernah buat entri pasal kuih ni kat entri ni sebelum ni..
Ada jual kat pasar malam di BTP, tapi bukan jenis yang asli

Masa pergi jengok kakak aku dua minggu lepas.
Dihidangkan kuih ni...
MasyaAllah punya lah excited .....
Kuih zaman kekanak riang katakan.....

Puas aku makan hari tu...


Rupa-rupanya kuih ni ada lagi dijual di tempat yang sama
Dan orang yang menjualnya pun orang yang sama di Pasar Datuk Keramat


Berderet-deret orang beratur semata-mata nak beli kuih ni

Abang ipar aku borong  sampai 3 bungkus @ 15 biji hari tu..




Kuih GANDUS Asli  di Pasar Datuk Keramat
Kena pulak dengan Nescafe panas.....

beli kat Pasar Malam di rumah




 
Nak tahu apa perbezaan kedua-dua kuih  yang serupa tapi tak sama ni ?

Yang asli : tepungnya di gaul dengan kelapa ; inti nenas - terasa lemak kelapa
Yang baru : tepung  aje ; inti yang sama, nenas  -  rasa macam apam inti nenas
Tak banyak beza tapi disebabkan kengkonon 'sentimental value'; ..yang biasa-biasa pun terasa sedap ya amat..


Agaknya apa kuih feveret kengkawan masa zaman kekanak riang dulu ?

Friday, November 4, 2011

BERKORBAN

12 kawan yang bezz

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Antara lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


Operasi 1

Bila kedudukan rumah di kawasan rendah
Macam ni lah jadiknya
Orang hujung sana sangatlah bernasib baik sebab kawasan tinggi


10 tahun dulu tak berapa sangat
Sejak jiran-jiran renovate rumah diorang
Baru ler nampak


Dua tiga minggu ni hujan tak berhenti-henti
Segala yang tersorok  pun timbul



plywood pun ada !

nasib baik lepas !

..separuh dari sampah sarap yang dikeluarkan..



dah jadi tugas  mingguan @ bulanan abi 2-3 bulan ni




Operasi 2

Bila pasir berkumpul
Secara otomatiknya jadi tempat  pot 'toilet' si kucing  jiran-jiran  yang ada.

Dari anak-anak terpijak atau tayar basikal diorang terpalit taik kucing; hendak tak hendak kenalah buang..


Jadi kerjalah pulak...hari-hari aku mesti  pesan.... ''elok-elok jalan, tengok taik kucing".. "elok-elok kayuh basikal, tengok taik kucing" sebelum keluar rumah.

sehari, dua hari , berhari-hari.... hangin dan gewwam gak kannn ?

 

Kalau nak bela, kenalah tahu caranya. ye tak ?
Ada jugak kengkawan blogger yang bela kucing;  elok aje aku tengok ..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget