Saturday, March 27, 2010

~ Kerja-Kerja Terakhir ~

10 kawan yang bezz
Entri ni khas buat adik-beradik. Nak tunggu sampai ...tak taulah bila kannn.. Korang tengok kat sini jelah ye...Kak Lang, Kak Ndak, Azura.. kalau sudi datanglah.. Mesti aku masak special.. nak Laksa ? Nasi Minyak ? Nasi Jagung ? Nasi Dal ? call jek mesti aku buat ..wokey ! Jangan tengahari nak datang; pagi baru tefon.. Berantakan aku nanti.. hehe.



Alhamdulillah. Dah siap ! Apa yang siap? dapur aku ler...

Kira okeylah sebab buat sumer ni unplan dan harga yang dibayar pon memang berbaloi-baloi ..

Sumer berjalan lancar walaupun ada gak sikit2 yang kena buat balik. Pekerja kontraktor tu gunakan cat yang salah. Cat Internal dorang gi guna untuk luar. Hubby kata dia nak buat semula.. Tak sampai hati nak suruh dorang buat balik sebab dorang pun untung tak banyak. Tersilap kira masa bagi quote dulu. Hehe.. huishh nasib baik tu ! Peluang hanya sekali.



Terima kasih buat hubby; Tak perlu bayar extra untuk buat kerja-kerja terakhir. Kipas dah siap dipasang. Hanya tinggal kerja mengecat di luar saja dan touch-up sikit bagi kat bahagian dapur.


Terima kasih bang, sanggup bersusah-payah tanpa merungut.
Bertambah-tambahlah sayang saya pada abang !
Segan nak cakap depan2..macam mentel lar pulak..biar hubby baca & senyum !




beli kipas pun unplan !
Ingatkan nak beli cooling tower jek pastu tengok yang ni ada lampu sekali..zasss jerlah..
Kena pergi Pekan Rawang sampai dua kali pasal nak ukur takut kena siling.... .adoiyai..




Note :gambar sepenuhnya tungguuu... eh! ada ker orang nak tengok..hehe..
yang benornya aku tak sempat snap lagi ...





Till Now.


Thursday, March 25, 2010

Kebakaran Yang Bermula Dari Rumah

5 kawan yang bezz
Baru-baru ni ada Safety Talk di ofis. Mula-mula bila dengar jer macam tak rasa pape..Benda yang sama kan.. Konon macam dah tau tapi lama-lama perasaan takut pun datang . Lebih2 lebih lagi bila Organiser tu kata percentage bagi kebakaran adalah bermula dari rumah. Huissh ! Semangat aku macam dah takde bila dia edarkan gambar2 kebakaran yang berlaku kebelakangan ni.





Paling aku sedih kes 4 adik-beradik kaum Tionghua mati dalam kebakaran di Melaka baru-baru ni. Aku menangis ! Bab-bab ni memang aku fail betul.. cepat betul merebeh.. Habis tudung jadi mangsa ..huhu.




Sini aku nak share antara yang aku ingat dan kena ingat sampai bila-bila pasal ni..sebab ini antara yang kena sangat dengan aku...


~ Charger Handphone ~ kes berlaku kerana mangsa hanya mencabut cable tanpa mematikan suis & mencabut charger dari plug . Lebih2 lagi bagi yang menggunakan multi-plug point/extension plug. Walaupun dah matikan suis di extension plug, main suis masih HIDUP ! … ~ Aku kena lakukan..aku kena lakukan.. macam Kapten Boleh lah pulak.. ... ops ..serius !


~ Pastikan barangan elektrik 1000watt ke atas menggunakan direct socket dan bukan dikongsi dengan mana-mana barang elektrik. Kalau terpaksa, pastikan tidak digunakan pada masa yang sama.
Waduh... susah ni ! ..Fridge kena sentiasa on.. kena alihkan jug kettle ke tempat lain lahh jawabnya ... Sekarang ni aku back tu zaman menggunakan flask dan dah tak guna Thermal Pot atas sebab2 keselamatan jugak. ~ Hai... sumernya risau aku ni !


~ Rumah yang lebih dari 25 tahun digalakkan untuk membuat pemeriksaan ke atas wiringnya. Kena panggil wireman/electrical man check bagi pastikan segala wayar dalam keadaan baik. Lebih-lebih lagi pada atas siling. Segala bagai makhluk kecik tinggal kat atas tu..Mana tau kena gigit ker… ~ Ni takpe banyak masa lagi ..

~ Pastikan kunci grill bagi tingkap disimpan di tempat yang senang dicapai ketika berlaku kebakaran. ~ Aku simpan di drawer yang berkunci…. Kena cari tempat yang sesuwaiii… !


~ Bagi basic knowledge pada anak-anak tentang kebakaran & langkah-langkah keselamatan.



Pada akhir sessi tu tanpa fikir panjang terus jek beli fire extinguisher yang memang di bawa untuk dijual. Dapat subsidi maka murahlah dari harga pasaran. Di rumah memang ada satu tapi simpan di kereta hubby, yang jenis powder tu.. maklumlah keta tua (tak sia-sia simpan.. masa keta dia problem beberapa bulan dulu.. spark tu bermula di accelerator..tp tak sempat keluar api dah disembur oleh hubby..alhamdulillah, takde major problem).



.. jenuh ditanya anak-anak pasal fire extinguisher nih!.. layan dengan penuh penjelasan..





Note : Teringat kisah tiga tahun lepas. 1st degree burns atas kesilapan sendiri. 3 minggu MC dan alhamdulillah tak de kesan yang memudaratkan.



Till Now.



Tuesday, March 23, 2010

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

4 kawan yang bezz
Sumbangan sumbangan: Lan; Ceritalucu @ goggle



Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa. "Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertaya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.


"Apakah kelakuan kamu baik disini?""Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."



Note: adehh.. siannya.



Till Now.





Monday, March 22, 2010

Apa Ni ! ..Perlu Hati-Hati Tak Kira Masa ..

3 kawan yang bezz
Memang hangin ! Apalah !


Hari Khamis lepas aku cuti. Nak dijadikan cerita, Hubby minta aku membeli beberapa barangan tambahan di Kedai Hardware berdekatan. Memandangkan bahagian dapur aku yang punya bukan Ahmad Albab yang punya... maka barang yang dipilih mestilah pilihan aku.


Aku ke Bdr Country Homes jarak dalam 10 km dari rumah. Dalam perjalanan tu adalah satu kereta depan aku. Naza Citra Plet WNP####. Berhenti di simpang untuk ke kanan. Simpang ke main road tu ada dua lane. Situ jer dia dah makan jalan belah kanan pastu bawak teramat lah perlahannya dengan macam orang tersengguk-sengguk.. dalam 10-20km/j. Kereta dia tak lurus pun masa bergerak.. Kejap ke kiri pastu lurus semula. Dalam hati dok kata ..ni mesti pompuan.. Aku follow jer lah..follow pun perlahan dan jauh sikit.. tak berani aku nak dekat-dekat. Aku memang dah start hanginn masa tu..


Tiba simpang BCH tu aku nak ke kiri dan dia hendak terus dan berhenti di Traffic Light. Aku tak lepas peluang mesti nak tengok orangnya. SAH memang perempuan. Cett ! Yang buat aku marah dan bengang tu, dia memangku anak dalam setahun lebih. Memang meluap-luap marah masa tu. Sampai keluar perkataan ba-nga-nga dan ba-wau-dal-wau-ha hari tu. Dah kena tegur dengan Adiq pasal cakap macam tu. Kalau ye pun nak tunjuk bagus atau sayang anak janganlah sampai macam tu. Tak sayang pada anak-anak lain di belakang dan diri sendiri ke?

Aku pernah baca satu kes di suratkhabar beberapa tahun dulu. Disebabkan memangku anak sewaktu memandu kemalangan berlaku. Kalau tak silap anaknya menendang steering.


Walaupun kita berhati-hati semasa memandu , kita tak tahu pemandu lain macam mana.


Note : alert tak kira masa.




Till Now.




Thursday, March 18, 2010

..Kreativiti @ Kreatif @ Aktiviti Si Anak-Anak..

4 kawan yang bezz
Tengah fikir-fikir nak masak apa masa hari isnin balik dari kerja hari tu.. aku pun bukalah freezer. Laa..ada pulak menda-alah ni kat dalam tu.

Mesti dorang buat masa aku kena migrain hari Sabtu ngan Ahad lepas.. bila aku tidur; diorang pun mulakan projek... tak kira kecik atau besar mesti ada jer..






Aku : Siapa buat? Along, Angah & Adiq senyum pastu terseringai.

Along : Ibu dah lama tak buat eskrim..


Aku : bukan tak nak buat, tapi nanti sumer batuk. (pernah buat eskrim Mesia, habis sumer pakat batuk)



Along : jadi tak ibu ?



Aku : memang lah jadi.... tapi.. Along tau tak tu untuk apa ?



Along : diam.. tundukkan kepala..



Aku : Ibu ada mould untuk eskrim.. nanti kita buat.. (nak sedapkan hati dia)



Along : senyum... Janji tau.. tipu dosa ..mati siksa..



Ibu :hahaha... ke situ pulak budak ni.. ya lah.. tunggu Adiq & Angah baik selesema & batuk dulu..







ni hasil eskrim Along ..perisa jambu batu pink..siap ada tooth-pick lagi..



diterbalikkan..ini adalah tempat drying-botol susu Adiq dulu..




Note : Ada saja idea anak-anak ni..

Aku tak beri anak2 minuman berais, bergas...pastu dalam fridge pon takde air sejuk !..hehe..seminggu sekali sahaja dibenarkan.. mendera tu... Kalau dah besar nanti terpulanglah pada dorang nak minum ke tak..



Till Now.







Wednesday, March 17, 2010

..PROGRESS... EXTENSION CIPUT..

5 kawan yang bezz
Citer apa ya kali ni ...

Pasal extension rumah lagi boleh ? Bolehlah ya ... Nanti boleh recall balik bila buat extension niy.. Aduhai.. macam lah besar sangat yang nak dibuatnye ye... ghee.. excited semacam.. walhal sekangkang kera aje.. dalam 10 kaki je. Tak pelah kan ..bersyukur dari yang takde. Ni sumer unplan. Dari nak lepa simen sesaje..aleh-aleh sampai tutup sumer..


Harap-harap dalam dua-tiga hari ni semua beres. Hari Khamis hingga Ahad kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan. Habuk satu rumah !.. berdebu sana-sini. Jenuh lar...


Nampak aku tak ! Adeh.. lalang tinggi dari aku .hehe..
Pintu belakang ni boleh dikira berapa kali aku buka dalam sebulan..



structure dah naik. frame tingkap dah ready.



..siap plaster..





pintu di alih ke tepi sedikit, supaya tak nampak direct ke dapur dan ruang tamu.
Di sini mungkin nak letak washing machine dan dryer.



Nanti sambung lagi..




Till Now.


Note :.lepas ni bermula lah projek mengumpulkan kembali uang2 yg dah digunakan..huhu.. kalau nak cepat kena skip the lunch lar jawabnya...





Tuesday, March 9, 2010

Macam-macam cari.... Handphone, Camera, Meja, Rumah... huissh..

6 kawan yang bezz
Salam tengahari yang ceria buat semua. Sejak kebelakangan ni rasanya macam kebanyakan blogger citernya suam kuku jer …lebih kurang macam aku pulak. Ye ke ? atau aku je yang pepandai.. padahal tak jengok pun... jangan marah ye.. Cerita memang banyak tapi nak mulakan tu memanglah M.. Kali ni aku nak citer untuk dua tiga minggu lalu. Ada yang dah basi pun. Layan jelah..




Aku kan pernah citer yang aku keluar untuk cari sesuatu di KL. Ke Low Yat Plaza, Jalan Bukit Bintang. Tujuannya ialah untuk mencari Handphone untuk hubby. Akhirnya gara-gara Adiq menyumbatkan plastesin di charger telah berjaya membuatkan hubby menukar handphone yang sememangnya dah uzur. Handphone yang sama dengan aku pada tahun 2005 i.e. Motorola Razr V3 keluaran pertama masih dipakai oleh hubby ! Sayang sungguh dia..hehe.. Kalau tolak kat kedai gerenti tak nak.. Hubby dah terpikat pada Blackberry; Celcom promotion tapi kena tunggu stok dalam sebulan. Lambatlah pulak. Alang-alang kalau pakai handphone macam hubby, biar betul-betul berbaloi yelah.. sampai lunyai-banyai barulah tukar..hehe… Lagipun memang susah nak call dia kalau di obersea.. (takde 3G) antara sebab yang menyebabkan dia kena tukar jugak. Akhirnya hubby amik Nokia E latest tu... Sumer ada..




Barang yang kedua adalah Camera. Rasa macam tak sempurna bila ke mana-mana tanpa kamera dan hanya bergantung pada camera handphone aku tu. Cybershot yang ada dah rosak; masuk air semasa kami ke PD bulan Disember lalu. Hendak hantar repair rasanya tak berbaloi lagipun hati dah terpaut dengan kamera jenis ni. Bagi sesiapa yang hendak beli jenama Sony; bukan tak galakkan tapi saja nak share experience.. untuk snap gambar pada waktu malam tak sharp gambarnya. Malap je tak sepadan dengan jenama dan harganya. Hubby beli 5 tahun lebih dulu . Semasa mula-mula digital kamera slim berada dipasaran. Nak up to date lah kononnya tapi indah khabar dari rupa. ..frust jek.




Dah ada kamera baru ni, boleh lah snap projek terbengkalai aku. Brooches dari Korea yang hendak dijual @ publish pada sesiapa yang nak beli. Saja suka-suka. Nak biar orang lain nampak cantik jugak. Kenalah belajar cara nak menggunakannya. Segan pun ada gak, mana taknya besar bagak. Kena assisgn hubby jadi camera manlah jawabnya lepas ni.. Mula-mula tu sayang gak nak kuar ongkos... huissh.. tak habis-habis dengan kafdalkafwauta aku tu.. tapi tutup sebelah mata jelah bila pikirkan boleh guna lama. Terima kasih pada CIKWAN for the advise. Ingatkan nak Nikon tapi hubby dok search forum kat tenet tengok ramai yang prefer brand ni.






Banyaknya barang yang hendak dicari ye... Akhir sekali, dapat juga meja makan. Anak-anak dah bising kerusi tak cukup, maka pejamkan mata lagi... huhu.. janji anak-anak gembira. Kali ini aku bagi warning jangan pandai2 guna alan-key untuk buka skru kerusi ; kalau tak pisang berbuah dua kali.; habis patah 2 kerusi dikerjakan. Seronok bukan main dorang. Masing-masing berebut-rebut nak bersihkan meja selepas makan. Tak boleh letak barang walaupun tudung saji atas meja.. macam-macam.. Suka bukan main dorang bila dapat makan sekali pada satu masa. Tapi yang peningnya..memasing berebut nak duduk sebelah aku. Kena rotate..hehehe.





Projek akhir sekali .. Kononnya nak panggil orang buat simen kat belakang rumah. Boleh jadi tempat menyidai baju. Semak-samun dah kat situ. Lagipun kerap sangat lipan masuk kat dalam rumah. Sekarang ni tempat menyidai di depan rumah. Sejak dah ada jiran baru ni... Dulu tumpang di rumah sebelah. Selama tinggal kat sini dalam 8 tahun ni; kiri dan kanan aku memang tak de orang duduk lagi.


Dari simen bertukar ke tembok ... akhirnya buat full extension ... kini dalam pembikinan.






pasu-pasu kesayangan.. ada lebih 20 biji sumernya.

..inilah antara sebab2 aku suka sangat ngan Farmville tu..

..kat rumah memang tak sempat sangat sejak bibik dah takde ni..


ba-bai pokok pisang ku ! huhu..


Petang Sabtu, kontraktor hantar ..
Pagi Ahad dorang start buat..





Note : nanti update lagi.

entri ni dari minggu lalu draft dan tambah pasal umah je semalam.. huh..



Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget