~ Bunga Kesidang~ Berbunga btul hati aku bila tengok pokok kesukaan dah berbunga. Lama tul aku tanam, baru kali ni berbunga.
Tak saba nak tunggu pokok tu memanjat sebab memang cantik dan wangi sesangat... Aku dah terikut-ikut mak aku dan arwah nenek yang suka ngan pokok bunga-bungaan niy. Aku terpaksa slowkan xtiviti ni skang sebab tak cukup masa...
Infor tentang bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan boley didapati
disini :
Sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Bunga kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun.
Setiap jambak terdapat 10 - 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi. Di waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran.
Nama saintifiknya Vallaris glabra. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun.
Ada yang menanam di dalam pasu, namun biasanya ditanam di halaman. Dengan habitatnya yang memanjat dan menjalar elok disediakan para. Pokok ini sesuai dijadikan penutup pada gazibo untuk tujuan redupan di taman-taman.
Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan.
Till Now.