Tag ini diberikan oleh
Suealeen, seorang ibu yang tabah. Semoga persahabatan di alam maya yang baru ini akan berpanjangan.
gamba amik dari http://media-2.web.britannica.com
1.Berapa umur anda?
Pejam-celik-pejam-celik dah pun berumur 35 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu...
2. Anda berasal?
Asal keturunan sebelah Ayah dari Acheh (Nenek) dan India Malbari (Datuk) dan Sebelah ibu berasal dari China (Nenek) dan Indonesia (Datuk) Kalo soalan ni tanya pasal kampung... kampung ibu dan Arwah Ayah aku di Melaka (Bachang dan Durian Daun @ Bukit Cina (Belakang Maktab Perguruan Melaka)..
3.Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
Adik-beradik 9. Aku kat tengah. 6 perempuan dan 3 lelaki.
4.Sekolah terakhir anda?
Sekolah menengah lar…. selepas sekolah rendah . ghee...
5.Bila terakhir anda memotong rambut?
Tahun lepas. Kali ni cuba nak bela panjang walupun hubby prefer aku rambut pendek.
6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Dulu Sunsilk tapi skarang Clear. Banyak kmomo skang nie.. (pakai tudung dekat 10 jam dan itu mungkin penyebabnya...) Bila kmomo dah banyak tahap gaban, aku pakai Nizoral jer... Boley jumpa kat Guardian tapi kena jumpa pharmasist.
7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab..
Yezza.. sonok bila tengok yang dijahit menjadik...
8.Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri ?
Tengok mood. Kalu mood ok, pegi beli ikan pun aku touch-up. Kengkadang bila dah malas pulak...mandi pagi pun pukul 12 tengahari (lepas keje rumah berezzzz)...
9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
Lipat baju dan susun baju. Sebab memang menimbunnnnn...sekali lipat....3-4 bakul. Tak lupa jugak basuh pinggannnnnn tapi dalam keterpaksaan kena buat jugak walaupun kengkadang kena ozomm ngan hubby bila penyakit M tu datang.. hahahaha kesian suamiku...
10. Soalan terakhir.. bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila.
i) Bermain dengan rakan sepermainan masa kecik2 dulu. (baling selipar, police & thieves, teng-teng, chopping (with tennis ball),guli, rope jumping (guna rubber-band), chim-peng (penutup air botol ) galah panjang, baling tin, pistol kayu ngan buah ceri M’sia, pergi mandi kat perigi, konda-kondi dll). Memang bezz giler .. dunno now if kids know how to play the games stated above...
Aku memang agak lasak dan kasar serta sikit staben dulu.. ala-ala tomboy gitu tapi perwatakan jer.. Nasib baik skang dah bertukar ...mak ngan kakak aku pun risau dulu. Sebab tu hubby berkenan kat aku... gheeee...kata dia aku ni independent. Tak yah terlalu bergantung kat dia...har..har..har... perasannyer !!!
ii) Masih ingat pembelajaran pertama dan apa yang diajar oleh cikgu masa darjah satu dulu di Sekolah Rendah Padang Tembak (1), KL (Skang ni dah dipanggil Jalan Semarak) Cikgu Selvam ajar English (udang tu prawn – cikgu tu siap warnakan udang tu warna oren...masih ternampak2 lagi ) Dan yang paling bez ialah kepala aku kena ketuk masa nak angkat gambar untuk lekat kat buku laporan sebab ada kaf wau ta wau oleh cikgu kelas aku Puan Shahrom. Dia pakai keta Daihatsu Charade warna kuning...itupun aku ingat..har..har.. har.. har...
iii) Berjalan kaki dari sekolah ke Kampung Datuk Keramat disebabkan aku habiskan duit belanja yang mak aku beri. (dulu ada jual haw-flake bentuk kupu-kupu besar .. memang sedap..) Tak berani tunggu kakak2 aku yang balik lambat sikit .. tapi berani jalan kaki dan kalu dipikirkan... distance...dekat 20-30km kot..!! (nasib baik waktu tu takde kes culik-mulik nie). Elok2 aku sampai kat Bus-Stop Pasar Datuk Keramat tu...kakak aku pun turun dari bas Sri Jaya (dolu2). Sampai skang ni.. sorang pun tak tau kecuali hubby aku)
iv) Menjadi pilot mak aku kalu dia nak kemana-mana. Cakap jer nak gi mana pasti aku bawak dan yang pasti Jalan TAR keutamaan mak aku. Itu cerita zaman bujang. Kesian mak aku skang sebab terpaksa tunggu anak-anak teruna choti baruleh kuar beli barang dapur.. padahal Tesco tu tak sampai 1km pun dari umah.
v) Berkenalan, bertunang, bernikah dan beranak-pinak dengan suami dan sahabat terkasih, tersayang dan tercinta aku. Encik Husnulhafizin Bin Mohamad Yassin yang kini dikurniakan dengan tiga orang cahayamata.
Tag ini aku tujukan kepada kengkawan serta adik-adik yang baru aku kenal (??) akhir-akhir ni yang menceriakan lagi hari-hari aku yang agak bosan kat ofis ( ye ker !!)
1) Nita - misti buat ? dah pending 2 niy..
2) Wan Amalyn. - tau ko tak suke ...tapi kena buat gak..
3) Omar @ messyroom - kan KRina dah kata !
4) Ted the cat lurver - sile-sile..masukkan citer Dak Putih sekali yek !
5) Adelaideninasense - skali-sekala kena tag..buat eh ..
Nota kakiku dan yang pasti bukan tanganku...
Tag ini mengingatkan aku tentang zaman kanak² aku yang lasak.. Budak2 zaman sekarang hanya leka pada PS2, PSP dan seangkatan dengannya. Akan hilangkah segala permainan tradisional di zaman kanak-kanak aku dulu ?
Dari segi pembelajaran pula, aku dan hubby tidak memaksa kerana budak-budak sekarang memang agak bijak. Bak kata hubby, tak semua tahap kepandaian budak-budak sama.
Apa yang penting... anak-anak patuh pada agamanya-agamanya dan agamanya kerana akhir-akhir ni kebanyakan anak-anak melayu sudah hilang perasaan malu mereka. Itu yang lebih penting... Semoga anak-anak aku dijauhkan dari sikap sebegitu...Insyallah.
Till Now.