Wednesday, April 28, 2010

Kokorikulum Sekarang Di Sekolah Rendah

7 kawan yang bezz
Sekolah rendah sekarang ni dah advance. Masa zaman sekolah aku dulu KO-KO ni untuk sekolah menengah jer. Mana lah cikgu-cikgi sekarang tak penat dan berload-load lah keje dorang. Kesian pada cikgu-cikgi tu.. * Lang, Abg Mie korang pun ! hehe..



Along yang Tahun Tiga tahun ni join Pasukan Beragam.. eh..Seragam.. ntah..aku pun tak berapa pasti lak.. Beragam ke Seragam eh? Tu kategori Ko-ko ker ? Apa-apalah, yang penting dia happy.


Along mintak kat abahnya untuk join taekwando..tapi tak diizinkan. Rasanya abah dia takut di taekwandokan adik2 dia kot… hehe… Pepandai jer aku kann. Sebenarnya kelas tu clash dengan kelas Abacus Along dulu.


Ko-ko setiap hari Rabu jadi malam tadi kaflam-kabutlah projek apa-apa yang patut. Belinya dah seminggu lebih., Sedia maklumlah ibunya yang konon sentiasa sibuk… *sibuk buat-buat jer… Sekarang ni dah kena slowkan sikit… Dah kena perli secara tak sengaja dek budak2 tu..

Tau perli apa ?

Along melukis gambar satu famili.
Tukang explain adalah Angah the bomb.


~Abah depan tv tengok bola ke berita....tu jer..

~Ibu depan komputer jerrrr... > *kwang-kwang-kwang- bisa niy !


~Along buat homework… kena suruh baru buat .. *hehe


~Angah & Adiq tengah main menan .. main mak-mak..


ni dia projeknya...
jahit apa-apa yang patut !....







Wah..pagi ni sungguh kachak rasanya Along.. hehe…
..kalau tak ibu dia, sapa lagi nak puji kan. .
..tersipu-sipu dia bila aku kata dia ensem..




Till Now.





Tuesday, April 27, 2010

Ulang tahun Perkahwinan ke 25

3 kawan yang bezz
Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya:


"Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"



Suaminya menjawab:


"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."



??



sumbangan: Aliya @ ceritalucu, google




Note: tobat2.... hehe..


Till Now.


Monday, April 26, 2010

TIME tu DARAB

7 kawan yang bezz
Sambungan citer malam tadi.


Sampai rumah dah jam 9. Budak-budak pergi tukar baju tido pastu tengok tv. Masing-masing dah kenyang dengan roti loaf / bun + kaya + naturel soft marjerin + teh o panas + susu yang aku sediakan lepas sampai. ~ tengah cuba ajar anak-anak makan nasi sehari sekali jer.. Lepas tu aku menyibukkan diri dengan stok2 yg kena simpan. Penuh lah pulak kabinet. Bukan sendiri bayar kann… jadi amiklah apa-apa yang patut dan tak patut… hehe..



Hubby naik atas untuk menggosok. Aku ikut naik dan lepas siap mandi turun semula. Wuishh.. jam dah dekat jam 10.00 malam. Tengah nak turun tu..apalagi soalan biasa dan lali pada telinga budak-budak pada waktu-waktu macam ni..



Aku : Along , Angah sekarang ni tengok jam dah pukul berapa ?

Along : jeling jam..

Aku : time to apa ?

Along: hmmm..

Aku : kan ibu Tanya ni… time to apa ?

Along : time tu darab Ibu !


Aku : tak cakap apa.. tapi tahan senyum … terus naik balik, bgtau kat hubby…
hmmm..apa lagi, kena gelak lah..



Note : jawapan yang aku harap ..sleep bukan darab.. adehh anak-anak..



Till Now.





Dah Pandai Menyampuk Yea..

7 kawan yang bezz
Petang semalam kami keluar. Dua hari terperap kat umah. Mengemaslah kononnya.. haa..yea.. kalau nak ikutkan sampai bila pun kemas takkan habis. Jadinya.. tak habislah jugak dan pasti kena sambung minggu depan dan depan.. hehe..


Mulut anak-anak pun dah macam murai tercabut ekor. Berminggu-minggu tak bawak jalan.. Along hari Sabtu kena sekolah. Replacement Raya Pose.. Huiissh cepat sungguh. Malamnya pulak kena tuisyen..Balik jer tak sempat buat apa..dah menganga tido kat sofa...Adehh.. kesian betul..


Gaji tak masuk lagi. Bodek-bodek hubby, berjaya jugak kami ke Tesco. ..Amin.. nasib baik gaji hubby masuk 23hb on the dot. Cadangnya nak beli susu budak2 tu... akhirnya... bukan susu lagi..mak-anak-nenek susu pun diangkut sekali..


Segan jugak kat hubby... tapi sekali sekala kan bangg.... kalau selalu2 pun bezz gak.. boleh shopping ke lain...


Owh..lupa nak cakap. perbelanjaan & segala pembayaran kami kongsi bersama .... Bak kata Wonderpets...Kerjasama ! Yang berat dan besar cam umah, keta2, tuisyen budak2 & kafa, hubby yang bayar; aku lak hanya bayar duit nursery dan barang dapur... eh..sikitnya...huahuahua..mesti pandai ngelat...


Masa balik, dalam keta aku dok ngong-ngeng-ngong-ngeng kata harga barang2 kat Tesco dah mahal. Kata murah... yo-yo-owh... jer.. Susu Along, Angah & Adik sumer naik harga... grrrr.. Barang lain pun naik juga...grrr lagi.. tapi bulan depan pergi lagi .. abis camne ?

Sambil cerita aku bagi contoh lain : creamer f&n (sumer jenis) biasa dalam RM2.09- RM2.19 semalam RM2.59 ..

Aku kata aku amik susu cap teko biasa RM2.59-RM2.69. semalam RM2.59.. pilihan ramai..

Tiba-tiba Adik menyampuk... ibu ni..shalah lar... ada ke TEKO.. TESCO..lar... nanti pegi lagi ek.. Adiq shuke.. ! Nanti beli menan lagi ek..


Hmmm...curik-curik dengar dia rupanya..



Note : makin besar , makin banyak komen & cakapnya..



Till Now.


Wednesday, April 21, 2010

Vogue ?

9 kawan yang bezz
Kawan, aku memang busy banggattt minggu ni !..Boleh tak aku punya wish-list dapat dapat boz yg independent ... Sikit-sikit...Rina ! Rina !.. Kemarin Aku halfday pasal Angah demam.. Tak perasan yang dia call ; handphone memang jarang kuar dari handbag kalau kat rumah.. End up dia mintak tolong orang lain..huahuahua.. baguss.. Esoknya dia bagi tau aku yang dia call.. alaaaahaii..ciput punya hal , havoc satu ofis .. Gewwam betul tapi padan muka dia hehe.. tak baik betul aku ni..walaupun dia macam tu..bila appraisal ngan bonus.. dia memang okey .. jadi terima jerlah...


Member- member pun pelik camne aku leh tahan dengan dia. Boz laki macam mana teruk pun dia tak amik hati beza dengan boz pomfuan.. Itu pendapat akulah.. Tak tahulah korang . Malam tadi kuar ofis dah pukul 9. Aku jer kuar lambat tapi dia hmmmh..6 setengah dah cabut.. Tolong dia buat 1st quarter review report, ED datang minggu depan. Manjang jer edit… tu yang buat lambat... undpredictable & freaked minded boz aku ni ! Eh-eh..soriler aku dah tersimpang jauh dari tajuk niy ..


Tak tahulah korang pernah buat ke tak macam aku ni.. Pagi ni bahagia lah konon dapat pegi keje dengan hubby. Agak-agak manja gitu.. Tinggalkan dia di R&R Sungai Buloh. Kengkawan amik dia kat situ, ada training di Concorde Shah Alam.


Rushing punya pasal, aku buat perkara yang tak pernah aku buat sebelum ni dalam keta.. Mungkin ramai yang biasa buat tapi bagi aku yang konon nak sentiasa vogue ni sanggup buat dalam keta.. Vogue ker ? hehe. . Mana tau sampai ofis nanti dah macam cekodok basi dengan mata sepet lagi.. Buat apa?.... touch-up jer..hehe.. Tergoyang-goyang dan terhoyong-hayang aku tengok cermin .


Puas punggah multi-purpose handbag aku tu.. carik cermin kecik tak jumpa... Nak cari apa sumer ada..kali ni yang dicari takde pulak.. Betul.. nak cari handphone, alat make-up..itu sudah semestilah ada ya.... gunting, multi-purpose screw lagi ubat-ubatan.. aku ni kan selalu sangat kena megrenlah, sakit pewotlah ..hmmm ubat lain.. cream halia ..haa yang ni bila sempat pergi washroom tepek pada perut ngan part2 yang dah membesorr tu.. banyak lagi ni..lagi spare benda2 maklah tu..alaaa... itu-itu mana tau datang tanpa diundang.. dan macam-macam lagi yang ada...

Mula dengan tepek toner pastu day cream ngan lipstik.. Tang lipstik yang tak boleh tahan tu..sampai terlebih-lebih keluar dari bibir.. Siap! Sekejap jer.. Hubby senyum-senyum jer tengok aku.... kua-chong ! huhu..


Note : Minggu ni dan minggu depan confirm lambat lagi ! Cement price increase !..Adey !
Till Now.

Thursday, April 15, 2010

Fadhilat Bercium ???

9 kawan yang bezz

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?




credit to google. *Satsuke & Sakura @ Naruto



* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. ..wuiii..




* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. ..sihat lah hendaknya ..




* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. ... laaa...baru perasan dah lama xde gigi berlubang ..




* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. ..yezzzzza ...










ADA LAGI....




1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini. ~ Alhamdulillah..





2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri... gagagarararamamama..




3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali setiap hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan. ~ harap-harap betullar!





4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress. ~ yezzzzz... tapi bahaya...





5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. ... awet muda sudda..






6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol. .. alahai..kalau dah low blood pressure..cane ?




7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut. .. ye ke ni? musykil..




8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit. .. sakit apa ek ? musykil lagik..





NOTE :

1)maafya . n3 ni praktikal bagi yang sudah bersuami jer maka, bagi yang belum tu sebagai info lah ya.. boley praktikkan bila tiba masa nanti !

2)aku gerenti para somi memang sukaaa bila cerita pasal ni ! hmmm..



Till Now.




Tuesday, April 13, 2010

Berkumpul di Hari Jadi Emak

3 kawan yang bezz

Hari Jadi Emak pada 10hb April lepas.






Memasak secara gotong royong seperti biasa.



Tong-tong adik-beradik.







Menunya :

Nasi Putih / Gulai Rebung Daging / Sambal Ikan Bilis Petai / Ikan Sembilang Goreng Bercili / Sayur Campur /Ikan Cencaru /Sambal Belacan / Buah Tembikai / Laksa



Lain dari menu tahun lepas.


Sambutan tahun lepas meriah lagi rasanya .. .







Semua adik beradik ada kecuali Kak Lang yang di Pagoh, Muar.

Anak-anaknya kena ganti sekolah.

Ko tengok kat sini jelah Lang...











banyaknya tangan !



itu yang membuatkan laksa tu makin shhedap !






banyak tangan lagi !

..senang keje aku..


kusyuk & lekanya Along cari kutu beras !


huh.. model tak berbayar.. adik aku; Azura


aku memang dah tamimbaba..huaaaaa...







..memasing dah tak sabor-sabor nunggu PakCunya bukak kotak Brownies..





...Dua-dua anak aku ni makan coklat macam kunyah nasik...



tungguuuuu.... azan tengah berkumandang...



nenek potong!


Selamat Hari Jadi Mak !
Semoga sihat senantiasa.





Note : banyak gambar tak menjadi~ kabuurr... Ramai sangat nak jadi camera man/lady.. Ntah apa yg ditekannya dek anak-anak buah aku tu. Balik umah jenuh aku cuba-cuba nak betulkan balik functionnya ! La ni dah okey.







Till Now.





Friday, April 9, 2010

Penat Sudah ..Makan Pulak Lah...

7 kawan yang bezz
Salam Jumaat yang panas terik di sini ....



Semalam citer kononnya macam superwoman ...
Hari ni nak citer pasal masak-memasaklar pulak.. asyik citer pasal penat jer,
orang yang baca pun ikut penat.. hehe.



Menu simple jer malam tadi bak kata mak aku ..main campak-campak jer..
.. alhamdulillah aku ngan anak-anak kenyang ..






ni aku punya : ikan bilis goreng cili padi... sempoi...


untuk anak-anak : sawi tumis air + daging



telur dadar ! sempoi lagi..



dessert : buah mangga dari pasar malam.. 2kg RM5 !



pagi ni, bergegas bangun utk kurma daging ni..

..balik nanti panaskan jer..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



... si Adiq nangis panggil abah sebab jatuh dari kuda tu... huhu..
abahnya mesti baca sambil senyum ni..


Note : esok ada makan-makan di rumah emak sempena harijadi emak tersayang.
Till Now.



Thursday, April 8, 2010

SUPERWOMAN !

7 kawan yang bezz
Salam Petang semua !

Minggu ni selalu aku lagukan muzik Airwolf berulangkali…Kenapa ? Hubby takde lagi. Patutnya bulan lepas last ler dia pergi tempat si JungPyo @ Lee Min Ho tu.. Alih-alih dapat tahu company tu; yang dipilih untuk supply parts bahagian enjin di tempat hubby keje tu..dah bankrap !...laaa… wat penat ke sana ulang-alik tahun lepas.. Kali ini Hubby ke tempat lain pulak; katanya di Busan dan company lain pulak.. Buat menda yang sama..dari mula…. verify-verify-verify… huaaaa….kesian memang kesian tapi aku kat sini pon kesian jugak.. huhuhu...



Rutin harian setiap hari aku hantar Along ke sekolah Agama & Adik ke Nursery dan Angah pulak hubby yang hantar ke nursery sebab Van Tadikanya datang awal.


Kalau hubby ada kann..memang bezz...; tau-tau beg sekolah, kasut sekolah dan baju sekolah Along memang dah ada jer dalam keta. Aku hanya siapkan baju pakai basahan di nursery aje.. Bila takde ni…huaaaaaa..memang penat dan kelam-kabut aku dibuatnya… Bangun jam lima pun ada jer yang tertinggal.. huaaaaaa lagi.. *macam mana lah suri-rumah tangga tu kann..lagi lah penat.. respek betul kat dorang..



Semalam hantar Along dulu pastu tiba depan nursery jer, Angah tanya kenapa pakaikan baju sukan…alaaa.. aku mati-mati ingatkan semalam hari Khamis..yelah Khamis dah dekat dengan Jumaat pastu dah dekat weekend…..weekend ? hubby balik .. hehe.. tak sesabau..


Nasib baik sempat patah balik gi amik uniform sekolah dia.. depan pintu jugak aku pakaikan baju tu.. seluar terbalik lah pulak.. Si Angah ni memang laser sikit ..Ibu ni… asyik lupa jer pastu salah jer…Alahai anak… *ibu dia yang tak fokus sebenarnya..



Malam tu pulak... jam lapan hantar Angah gi mengaji.. malaslah pulak nak patah balik ..tunggu depan pagar jek... Tak sampai berapa minit Angah bukak pintu keta... Ibu! ni Iqra’ 6 , Along punya lah...Angah punya mana ?..huhu..Anak-anak... mesti dia bawak keluar buku Iqra’ tu pastu lupa nak masukkan dalam beg dia lah tu...Aku memang check tapi tak tengok pulak no Iqra’ tu.. tu lah pasal ...selalu hubby yang hantar .. hhmmm.. jangan kutuk ye.. tapi nak kutuk pon takpe.. it's a fact bout me!



Pagi ni pulak ..hantar Angah & Adiq dulu.. Nak selitkan duit sekolah Along kat poket baju dia ..cari-cari handbag …laaaa…tertinggal pulak… Aduuuhh… ada-ada jer.. Pesan kat penjaga budak tu bagi Along belanja dulu. Balik nanti aku bayar balik.. macam-macam halllll.... memang berhal-hal...



Malam lain pulak citernya...
Tunggu Along balik dari tusyen dalam kul 10 malam pun mata dah tak boleh angkat..berat nau ! Walhal bila ngadap Laptop sampai dua tiga pagi pun no-hal... … hua-hua-hua.. PC confirm tak boleh repair; dah..memang hangus-rentung motherboardnya.. padahal baru jer tukar 3 bulan lepas.. Meja komputer yang baru beli tu penuh ngan habuk je…sedey tul.. Hubby bawak laptop dan itulah sebabnya aku mati kutu di malam hari tanpa FB& FV…huhu…





Note : jumlah bag yang nak diangkut ke nursery ialah 6 bag.... bag sekolah, bag sekolah agama, bag tadika, bag baju kotor, bag baju bersih dan bag adiq(toys).... bla..bla..bla..




Till Now nak balik dah..



Monday, April 5, 2010

Kedai Online ~ FizRin Shoppe

9 kawan yang bezz
Bismillahirrahmanirrahim..




Salam buat semua.





Pada hari ini aku ingin melancarkan kedai on-lineku, yang dimulakan secara kecil-kecilan dahulu dengan beberapa jenis produk.













Kedai ini sudah dimulakan pada bulan Julai tahun lalu tapi masih tercari-cari barangan yang hendak dijual. Ini hanya permulaan. Di masa hadapan, aku bercadang untuk mengambil tempahan jahitan juga.





Doa kan aku berjaya !




Aku telah menaja satu contest di blog rakan, Ted, "Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik ". Hadiah tajaannya adalah di sini.



Bolehlah joint contest tersebut, mana tahu pemenangnya adalah anda !



BROOCH ASLI DARI KOREA








PRODUK TUPPERWARE






PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN ~ ALYA




Note : Rezeki di tangan Allah. Insyallah, jika ini akan membuahkan hasil, aku berhasrat untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Demi suami dan anak-anak tersayang.






Till Now.




Saturday, April 3, 2010

Model Terhangat Di Pasaran !

4 kawan yang bezz
Modelnya memang kenal lah sangat .
Anak dara aku sorang niy.
Sekarang ni pantang nampak aku pegang kamera.
Mesti nak suruh snap.



Kononnya dia bergaya ala-ala model yang comei-comei.
Bila tengok balik; gaya lawak pun ada.
Sebelum snap ok jek dia buat muka slamba..
bila tekan jek button sudaaa..
dia mula tukar mimik muka ; herot sanalah.. senget sana lah, senget sini lah..



Pastu nak tengok cantik ke tak dia ..hmmm..
Bila muka pelik dan lawak.. dia bantai ketawa panggil abang-abang dia..
haii... layan kan jelah..
Nasib baik tak guna film roll macam dulu-dulu ..
kalau tak hanggusss...













































..tudung aku tudung dia..
"ibu, beshar lar... ibu guntinglah bagi kecik eh..."








NOTE : Hari Rabu lepas aku emcee, apa lagi..migrain datang lagi. Ingatkan nak hantar Adiq ke nursery tapi bila dia kata nak jaga aku , tolong picit kepala aku... terharu rasanya, umur camtu dah terpikir nak tolong aku.



Till Now.


Friday, April 2, 2010

GooGle ... Teringat Pada Dia..

4 kawan yang bezz
..Rindduuuuuunyaaaaa...



Buka google pagi tadi..

..Ternampaklah sedara-mara dia..

..Teringat aku kat dia.. mesti dah berabuk covernya..



..Lama sungguh tak pegang dan guna..

..Kali terakhir pun bulan puasa ..



..Rasa nak guna untuk cantikkan tingkap baru..


..tapi ntah bila... aku pun tak tahu..


..Kesian mesin jahit aku..




Note : tolong datanglah semangat !



Till Now.



Linky's Magical


ShoutMix chat widget