Pagi Ahad selepas 'brunch' kami sekeluarga ke Ikea. Adalah 2 tahun tak pergi sana. Pergi pun selepas adengan pujuk-memujuk...hehe.. Hubby tak berapa suka big crowd. Dia cadangkan aku pergi sorang tapi kesian pulak anak2 tak bawak pergi memana pada hari minggu jadi semualah pergi. Pergi sana kalau semata-mata untuk menjamu mata rasa tak syiok pulak; paling kurang pun mesti capai dua tiga barang...
Keperluan/Kelengkapan rumah kat situ tak semuanya mahal malahan ada yang murah juga. Adik-adik bujang bawa emak ke sana minggu lalu dan emak yang beritahu aku ada barang yang murah dan pesan kalau aku pergi dia nak kirim.. hehe...mak-mak.. (mak aku memang pantang cakap ada barang murah kat situ, mesti dia ajak pergi..dah hint tu...kena pergi belikan..)
Hajat ke sana pada mulanya hendak mencari meja makan jer*. Meja yang ada sekarang ni dah tinggal 4 kerusi jer. Dua lagi tu dah patah. Hasil engineer kecik kat rumah . Dilonggarkan screw di kaki kerusi gulakan alan-key. Satu kerusi diduduk oleh FIL terus patah. Satu lagi dah sedia ada longgar di panjat2 terus patah. Hari Sabtu cari di Rawang tapi tak ada yang berkenan. Aleh-aleh anak2 yang berkenan kek Secret Recipe kat sebelah kedai perabot tu.. Belilah ... untuk anak kann... Adalah dekat tujuh bulan tak makan kek kat situ sejak besday Adiq dulu.
macam-macam ragam.. semua disuruh beli.. haa...yea.. anak2..
Insiden lucu dari Angah. Aku tengah sibuk membelek barangan yang hendak dipilih. Along & Angah ke sana-ke mari jer kerjanya. Di satu section tu adalah satu pintu emergency. Tiba-tiba alarm berbunyi... memang kuat. .aku pun terperanjat. Aku menoleh.
Staff kat situ tengah tutup pintu tu dan pada masa yang sama aku nampak Angah ngan Along kelam kabut berjalan ke arah hubby. Angah sempat kata Oh ! No.. Aku tanya dia.."Angah bukak pintu tu ke?" dia tunduk je... Aku ngan hubby menahan senyum sebab muka Angah dah takde darah dah ! Pucat.. Lepas tu setiap kali nampak pintu emergency hubby suruh Angah bukak..hehe..sabar jer lah...abah dorang ni kalau tak menyakat memang tak sah.. haaa lepas tu, elok je dorang jalan. ..yelah kan budak2 tengah membesar cam ni...paham-paham lahh..
Meja makan entah ke mana aleh-aleh meja lain yang dipilihnya.. Murah-murah je.. tapi habis jugak lah sebelah tangan..Adeh. Kedua-dua barang ni masih elok dalam kotak di bawah tangga. Tak sempat pasang lagi. Sampai rumah dah lewat petang. Hubby bertolak ke KLIA jam 8 malam; Limo service. Flight jam 11malam.. laa ni dah start windulah maklumlah takde geng nak borak...huhuhu..
Dah nangis...mintak apa pon boley.. Kesian Along. Lepas kuar dari Ikea kami ke Ikano. First time pergi niy !... Tak favour nak ke sini.. Rasanya macam tempat hi-end jer .hehe..perasaan aku jer ni ..orang lain tak rasa macam tu pun.. Aku nak belikan baju untuk anak2 . Kononnya member kata kat Brands Outlet bajunye ok dan harga pun so-so. Hubby tunggu di situ sebab Adiq nak terkucil. Along pun nak ikut.
Nak dijadikan cerita, Along ke gents manakala aku dan Adiq ke ladies. Biasalah weekend..queue punyalah panjang.. Dalam lima minit sorang cleaner masuk toilet dan di sebelah dia Along dengan mata merah, baru lepas menangis. Terus dia peluk aku dan kata "lambatnya ibu, Along tunggu lama pastu Along pergi keluar cari abah tapi tak jumpa. Along pusing sini balik.. ada sorang makcik tu tanya nama ibu pastu suruh Along cari kat dalam toilet... ". Alahai. "Sori ye Long, ramai orang tadi. Ibu kena beratur", kata aku. Dia mengangguk.. Aku saja usik dia, kenapa tak nak ikut ibu masuk toilet perempuan ?..Pastu dia jawab, "tak nak lah ibu, nanti ada yang terlupa tutup pintu ke..Along nampak pulak. Pandai anak ibu.. Along ni banyak diam dari becakap. Kena selalu tanya dan bercakap dengan dia.
Dari Mutiara Damansara ke Kota Damansara untuk ke Pizza Hut. Tiba di sana, black-out. Ajak ke McD dan A&W, anak2 taknak..jadi terus ke Sg Buloh, The Store untuk makan Pizza. Dapat juga dorang makan. Hubby kata kat Angah," Angah, abah mintak air milo sikit boleh ?" Spontan dia jawab, kau bagi aku, aku bagi kau.... eh..salah pulak.. tu Angah cakap dengan Sharmin lah..bila dia mintak air Angah". huissh..kecik2 dah melalut ..
Menggayakan baju baru...
Adehh.... kenapa lah baju budak2 mahal eh?
hehe.. bukan kaf dal kaf wau ta tapi made in malaysia pon berfawaulamwauha2 reganya..
Note :
bulan ni masyuk. Alhamdulillah dapat alif ya mim ba wau ha alif nun @ ba wau nun wau sin.. Surat baru dapat tadi.. tersenyum simpul bila boz kata aku dapat the highest among the team.. Better dari last year. Syukur. On9 bank-in nampak cam kurang dari last year rupanya epf & income tax yang ditolak banyak sungguh !
Till Now.