Tuesday, June 28, 2011

GI EE EL EY PI ...

29 kawan yang bezz
..berguna di waktu terdesak..

..lama pulak tak gi candle light dinner...

...macam nak raya lah pulak  ..


Nasib baik ada stok lilin/bateri  bila takde bekalan letrik semalam.

Dengar citer dari petang
Dari main road kat luar dah gelap gelita tanpa lampu jalan
Aku & Abi sampai rumah  berbeza 10 minit aje dalam jam 8 lebih


Lega bila jam 10.30 malam bekalan letrik dah okey.

Saturday, June 25, 2011

Yang Ditanya Lain Jawapannya Lain..

29 kawan yang bezz
Mula terpikir nak buat entri pasal mendealah ni bulan lepas. Tapi tak jadi. Mendealah ni yang buatkan aku penat tak hingat. Agaknya dah masa dia. Hari tu Ain Noraini pun sama dengan masalah ni. Baru-baru ni Ati Masrif pulak yang kena macam yang dia citer di entri yang ini.




komen aku  di blog Ati




komen Ati di entri olok-olok hari tu


Alang-alang dia dah suh aku citer...
Meh aku citer betapa frustnya aku mulanya sebab tak dapat benda yang  berkenan di hati.


Dalam bulan lepas bila  nak mula membasuh;
Air & sabun semua keluar balik... Bila boleh spin tak boleh rinse..
Kengkadang tu O.K, kengkadang K.O.  aku sendiri K.O. minggu tu sebab kena basuh dengan tangan
Teringat masa emak dulu ... haiiih...




Mind set  nak yang lagi besor..ceh!


Tapi abi berkenan yang lain
Jenuh aku pujuk bagai..
Aku kata senang nak  basuh semua langsir, cadar, sarung sofa, narita




Akhirnya aku ikut aje ..

Pilihan hati abi berbaloi-baloi jugak walaupun kurang 500gm dari dulu.
Sejak 2 tahun lepas, Kitorang tukar-tukar duty kat rumah
Duty baru Abi;  berus baju sekolah & kasut sekolah.
Bila laki yang buat... memang bersih !


Tahun ni  Angah dah sekolah
Baju kena berus dalam 18 pasang (Untuk Sekolah& Kafa)
Setiap pagi Sabtu abi  memberus bagai nak rak !


Alhamdulillah....
Yang baru ni; front loader, Elehtolak. ;o)
Tak perlu cuci tangan dulu.

Sekarang ni , cuti memang hari senggang dia....tengah fikir-fikir nak mintak tolong apa pulak lepas ni... ehehehe..




..yang lama..



Ati, harga untuk yang kita berkenan tapi tak dapat tu  dalam RM1k-RM1.5K (Toshiba, 13kg)

Thursday, June 23, 2011

Olok-Olok

44 kawan yang bezz
Ada satu hari di rumah nenek
Semua mati kutu mati sebab nenek tak subscribe kartun di astro

Lagipun nenek tersangat suka layan citer Tamil & Hindustan
Kitorang ajak ibu ke swimming pool dekat ngan rumah nenek
Ibu tak nak sebab Ibu sibuk memblogging sambil menonton hindustan  memasak
Abah pulak  di luar kawasan


Ini kerja kitorang
Punggah kabinet nenek





..doktor-doktor pilih peralatan yang sesuai..




baru mulakan pembedahan
si pesakit tak tahan sakit geli

..doktor pertama dan kedua ikut giliran untuk membedah..


sudah mau gam ke baru mau bius ?


Emoticon


..peralatan yang digunakan..



Note: ada aje projek kitorang yang buatkan ibu selalu potpetpotpet. sebab..... selalu tak kemas balik...

Wednesday, June 22, 2011

Kirim Nafas..

29 kawan yang bezz

Asyik citer aje..
Meh tengok iklan pulak..






Note : ok ?  huahuahua...

Tuesday, June 21, 2011

Lelong ! Lelong ! Macam-macam pun ada...

50 kawan yang bezz



Gambar 1 : dua tahun lepas sejak diorang pindah masuk
Tembok jadi tempat rak kasut anak-anak dia 
Aku tak suka  bila orang laki orang suka sangat pandang dalam rumah
Dalam rumah sendiri pun rasa tak selesa nak berlenggeng
Jadi, tahun lepas tembok pemisah didirikan.

Gambar 2 & 3 : baru-baru ni

Tak sensitif.. kan ?
Kengkadang tu kain buruk pun ada.
Abi  kata kalau dia jemur cadar, dia nak paku kan ... hehehe



Bukan apa..tak sedap mata memandang..
Yang peliknya depan & belakang rumah diorang ada tempat jemuran.
 Aku sendiri pun tak buat macam tu.



Semalam baru aje abi bersihkan longkang belakang rumah yang tersumbat.
Baunya..... huh.
Merungut  dia bila tengok macam-macam pun ada...
Jiran aku  ni suka basuh pinggan mangkuk kat belakang rumah.
Habis basuh, sampah sarap tu habis dibuang dalam longkang.




Nak aje masa berborak aku bagi tahu pasal longkang tu. Ok tak ?

Monday, June 20, 2011

Ada Udang Sebalik Mee

22 kawan yang bezz

Sabtu dan Ahad sibuk mengemas bagai peluang bila TM@tenet problem
Projek bilik Adiq baru separuh siap
Rak buku dalam bilik tu tak tau nak letak mana.
Rumah sekangkang kera tapi barangnya lebih dua kangkang kera
Itu baru duduk dekat sepuluh tahun. Kalau dua puluh tahun, gamaknya kena tereban entah apa lagi.


Itu pun abi dah bising sebab semua pun aku kata aku sayang..
baju masa  anak dara pun aku simpan lagi.. hehehe
nak tak nak terpaksa let-go 
Aku bagi pada kawan ofis yang selim
Penuh luggage bag ! 
Adalah dua tiga pasang aku simpan untuk Adiq nanti


Semalam projek di dapur pulak.
Betul punya citer, memang dua minggu sekali; kengkadang tu tiga minggu sekali baru kasi bersih habis-habisan tang dapur tu. Kalau tak, gitu-gitu aje
Mana taknya, kalau Sabtu aku kerja, Ahad tak sempat nak buat semua kerja
Bila Sabtu tak kerja pulak, ada aje projek lain ke sana dan ke sini yang datang.



Lima tahun lepas adalah panggil pest control  untuk elak anai-anai. Dah tamat tempoh pun.  
La ni  belum  buat balik jadi anai-anai belum nampakkan muka tapi semut pulak yang banyak . 
Macam-macam jenis ada.
Aku risau jugak pasal anai-anai ni. Katil  & kabinet dapur pernah hancus dek menatang ni. Masa tu baru dua tahun kitorang tinggal.  Tu yang kabinet sekarang ni atas lain, bawah lain.  Katil pun terpaksa beli lain.
Tengok pun geli sebab bila banyak, bunyi anai-anai ni makan pun boleh dengar.


Malam tadi
Aku tengah basuh pinggan-mangkuk 
Angah datang kat aku mintak span.
Dia bukak kabinet bawah sink dan amik kiwi spray serbaguna


Tengok apa dia buat.



curi-curi snap



Sampai berkilat Angah kerjakan meja botak tu. 
Nampak tak line putih tu. Itu kapur untuk elakkan semut tapi semut yang datang ni spesis degil gamaknya. Tak di herannya. Macam-macam aku dah cuba.  
Serai wangi jenis spray pun pernah. 
Yang paling berkesan tetap ubat dari rentokil yang selalu datang spray kat ofis. 
Cari di kedai hardware; tak jual pulak. 
Control item kata  tokey tu. Nak free selalu seganlah pulak...


Ehhh...melalut pulak. 
Sambung citer; Bila puji dan cakap timakasih sebab tolong aku, 
Angah datang dan bisik  "Ibu kena belanja tau".
Huiyai..bertuah punya budak. 
Dia dah bersungguh-sungguh lap meja dan sapu lantai kat dapur tu, 
kalau aku geleng mahu masam mencuka dia. 
Angah kata dia nak bola baru.  Huh..nasib baik bola aje.. 

Lenkali kena slowtalk dengan dia.




Iklan :  Kengkawan ada tak sedara-mara yang nak kerja untuk tolong kemas & tolong tengokkan anak-anak aku (10,7 & 5 tahun). Lima hari seminggu. Kalau tinggal dekat-dekat Rawang nak balik hari pun boleh tapi kalau nak tinggal sekali pun okay. Weekend cuti. Anak-anak aku tak nak duk nursery lagi. Aku tak nak amik indon maid lagi; dah serik.


Friday, June 17, 2011

FIRMING

32 kawan yang bezz
Moh kita merelekskan muka
Jangan kata nak ke gym, nak ke beautican pun tak sempat-sempat.



Umur dah meningkat
Konon nak memudakan wajah kurangkan double chin, sagging cheeks, darkened skin, firmness dengan masker 3 dimensi ni..ceh-ceh-ceh...



Kesannya; entah..aku baru pakai 3 kali je. ...huahuahua...






..garisan-garisan khatulistiwa sudah banyak kelihatan..


Thursday, June 16, 2011

Marathon

18 kawan yang bezz
Kitorang marathon sepanjang minggu kedua cuti sekolah hari tu
Festaim Along, Angah & Adiq kata " bestnya!"
Sebab ? 
Aku & Abi cuti panjang


Kampung Abi @ Benta, Kuala Lipis
..belajar jadi pekebun tegar..

..menangis sebab tak dapat join ..

..luar panas terik sambung main kat dalam pulak..



On da way ke CH
..ke sini pulak..  (tiap-tiap tahun anak-anak mesti ajak pergi sini..nasib baik tak ajak ke GH)

..anak bapak..

..sekarang ni mesti berebut nak duduk tengah..kena ikut turn.. abanza dah tak laku dahh...


di KHM Strawberries



Malim Nawar, Perak
Rumah Adik Ipar


Pusat Sains Negara
Tertunai jugak janji aku.....ghaaauuuuu...

..dengar jangan tak dengar..

.."abah !!! jangan........"  Adiq menjerit tarik abi masa ni.. kekekekee...

..Dari pagi sampai jam 4 petang kat sini..  Itu pun Along tak puas lagi..

..tak lepas peluang..

.. mulut pecah & hidung berdarah..

..kenangan penyebab...  aku pun nyaris-nyaris kena dinding penuh cermin ni..
..Adiq dah mula boring tunggu Abi & Along main chess..



Kg Kuantan ,Kuala Selangor
..Jeti..


kalau nak pergi masa awal bulan. Masa ni bulan terang, jadi kelip-kelip kurang

"kak, kalau boleh jangan guna flash, nanti kelip-kelip tu macam terperanjat jadi nanti kurang berkelip" bagitau pembantu pelancong tu. Jadi,takdelah aku amik gambar kelip-kelip tu.
jom balik !






Pada sesiapa yang berminat nak pergi Kampung Kuantan, Kuala Selangor :
* seeloknya dari 8.30-9.30malam kat sana. Waktu makan si kelip-kelip. Sambil makan daun berembang tu sambil tu lah si kelip-kelip tu berkelip. 
*kalau pergi atas 10:00 malam, masa tido kelip-kelip tu jadi mungkin tak banyak yang berkelip.
*jangan pergi masa bulan terang. tak berapa cantik  bila kita tengok kelip-kelip tu berkelip.
* harga bagi satu sampan : RM40







Note:  fuhhh-fuhhh...amik semangat berblog .. ;o)

Friday, June 3, 2011

Siap

25 kawan yang bezz
Luggage bag beso - Abi, Along & Angah
Beg hitam besar sikit - Aku & Adiq
Beg hitam kecik - pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, bla-bla-bla aku punya
Beg baju kotor

Semua siap !



Anak-anak dah bowing-wing di nursery
Ajak jenjalan
Kami akan berada di luar kawasan
Bertolak malam ni
Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik


Cuti sampai Khamis depan
Yeay !




Note : Sori ye kengkawan. Masa bertenet  di ofis limited. Sekarang ni dalam sebulan macam2 jenis meeting ada. 

Wednesday, June 1, 2011

Dia

26 kawan yang bezz
Tak tahu apa yang ditunggu
Rumah dah ada
Keta pun dah habis bayar
Kerja pun dah stabil
Alhamdulillah, jadi kepercayaan boss
Dah rezeki dia.


Bukan nak puji
Tapi beruntung emak dapat anak macam dia.
Kesiankan emak turun naik dari tingkat dua di BBSentul dulu
Dia beli rumah yang sekarang emak duduk di TPSemenyih
Emak nak cantikkan rumah, dia buat
Emak nak besarkan rumah..cucu ramai... dia buat
Emak nak kerusi itu, kerusi ini ...dia beli



Aku dah lama teringin makan nasi minyak dia
Kali terakhir abang dia 8 tahun lepas.
Tak sabar tunggu kesibukan buat kenduri kawen



Kejap ada gelfren, kejap tu macam tak ada
Ingatkan bila dia ada 'orang rumah'
Boleh temankan emak
Tapi bila ditanya .... "PHOBIA"
"Tengok kawan-kawan bercerai-berai, ...seram oghang " kata dia.

Ingatkan takut jadi macam dulu lagi..
macam yang pernah aku citer di entri ni pasal dia disantau dulu



Hari ni 1 June, Hari Jadi dia


"Selamat Hari Jadi buat adik ke lapan aku... Shamsul Affendi
Yang ke 31 tahun.
Semoga  segera terbuka hati untuk berkawen "



gambar atas : SA tahun lepas; kurus aje
gambar bawah : tahun ni ;emak & tiga hero (SA sibuk ke gym pulak sekarang ni)







Linky's Magical


ShoutMix chat widget