Friday, December 31, 2010

A N N O Y I N G ...

27 kawan yang bezz
Bila kena berhadapan dengan orang macam ni   5 hari 1/2 seminggu dan dari jam 8-5 .



Apa yang patut dilakukan?






ini ?





Atau Macam Ni !






Yang Ni ?





Atau  ini...




atau-atau yang ini ?





Note : bila depan kita pijak semut pun tak mati...



Till Now.



Thursday, December 30, 2010

Dah Tukar...... Best..

29 kawan yang bezz
Pagi ni Angah ke sekolah untuk Orientasi.
Ceria aje dia pagi tadi.
"Angah dah tukar sekolah... Best !" kata dia pagi tadi.



Abi hantar.
Tahun depan aku kena plan cuti  betul-betul.
22 hari pun tak cukup !



Ramai betul murid tahun satu.
7 kelas dan satu kelas average dalam 35 orang



Masa beratur ke kelas
Angah terlepas pandang Abi



Budak-budak yang sedang berjalan utk ke kelas berhenti
Rupa-rupanya Angah tak bergerak .
Mata dah mula merah.
Abi datang kat dia, baru Angah mula jalan sambil gosok mata.



Waktu break dah okey
Pandai turun sendiri ke kantin cari Abi.





Angah siap awal dari aku pagi tadi !


Note : lega....dari petang semalam sampai petang ni baru tenet kat ofis ni ok..




Till Now.


Wednesday, December 29, 2010

Selamat Sudah... Tunggu Masa Aje...

39 kawan yang bezz
Lega bila semua dah setel
Sabtu lepas pulun duit  habis-habisan


Lepas bekfes terus ke sekolah
Beli buku-buku tulis dulu.


Tunggu mula kelas; baru beli buku sampingan.
Tak nak jadi macam tahun lepas. Banyak buku latihan  yang tak berapa guna.


Lepas tu gerak mencari baju-baju sekolah dan lain-lain.
Tak jauh mana pun mencari
Di The Store Sg. Buloh aje.
Semua ada !
Lain kali jangan under estimate * akulah tu....
Tak jammed dan tak sesak !
Yang pasti poket Abi hujung tahun ni kering betul.


Along  nak masuk Tahun 4 jadi baju sekolah hanya beli dua pasang .
Tahun lepas ada lagi lima pasang.
Angah Tahun 1 jadi belanja memang lebih untuk dia.
Adik pulak dah mula tadika.
Sudah daftar bulan lepas; tinggal nak ambil uniform aje minggu ni.


SRA/KAFA  awal bulan October dah daftar.
Kalau terlambat, memang tak dapat tempat. Sentiasa penuh !


Aku cuti 3 hari  minggu depan untuk tengok-tengokkan Angah dan Adiq.



kita cuci dulu !

Note :  semua dah tak sabar nak masuk sekolah !




Till Now.



Tuesday, December 28, 2010

Peha Yang Mengancam ; Yang Lain Pulak Buatkan Tergoda...Cancel Niat !

37 kawan yang bezz
Memang tak menahan  seksa seksi  tengok peha ni.
Yang kononnya  berdiet macam aku ni pun kalah..
Join makan sekali..
Cancel Diet !


Bogel aje peha kali ni
Dah terbiasa beli  tanpa kulit, jadi seksi sikitlah peha kali ni..




..Ayam Panggang kena Siram dengan Kuah Percik Cili Kering ..




Kali ni nak share resepi.. 
kalau-kalau ada yang nak cuba resepi campak-campak aku ni..


DiPanggang
Kali ni aku guna 1/2 ekor ayam  dara mulus


Perap dalam 15-20 minit  sebelum di masukkan ke dalam oven dengan bawang merah, 
bawang putih, halia, lengkuas (kisar) ,  sos tiram dan madu




Kuah Percik 
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai yang dititik sampai naik bau.
Masukkan cili kering yang dikisar sampai naik minyak.
Masukkan santan  pekat (RM1) dan   sedikit serbuk kunyit dan sehelai daun kunyit (simpul). 
Tabur garam dan gula.
Untuk lebih manis dan sesuai dengan rasa percik, lebihkan gula.
Bagi yang ada Diabetes adalah tidak digalakkan berlebihan ye..
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.


-Bahan-bahan tumis ikut sukatan seperti masak lauk biasa-



makan petang hari Ahad
Kek Gula Hangus / Sarang Semut.   
(semut tak banyak jadi sarang tak berapa menjadi...hehe)





..Kek yang tak banyak hal nak buat...
Tak perlu guna tepung naik sendiri kalau tetiba rasa nak makan kek..  >_<

Aku amik cara nak buat kek ni di Mesra.Net .
Telur 5 biji  ,Gula 2 cawan , Tepung gandum  2 cawan  , Air suam 2 cawan, Buttercup / Margerin  2 sudu, Soda Bikarbonat  2 sudu, Susu Pekat  1 tin  (aku kurangkan sikit), Esen Vanilla  setitik-dua  (xde stok jadi aku guna esen pandan)

Hanguskan gula hingga kekuningan. Matikan api . Tuangkan air dan masukkan butter. (Jauhkan tangan sebab air gula akan meletup/merecik). Kacau.  Biar seketika.

Pecahkan telur satu persatu. Kacau. Masukkan susu , esen, tepung, soda bikarbonat. Kacau lagi dan tuangkan air gula hangus tadi.  Tapis ke dalam acuan. Jangan lupa letakkan marjerin di sekeliling acuan.
Bakar 40 minit . Ikut kesesuaian temperature oven masing-masing.


Kalau nak kukus pun boleh. Guna cara yang sama. Tapi kena coverkan kek tu dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam. Gerenti jadi !





Spaghetti Sambalnese.


Cara yang sama seperti bolognese tapi aku tambahkan cili kering kisar bagi sesuaikan 
dengan tekak melayu aku ni ler... tihihi...

..Bekfes hari Ahad ..





Note : bila anak dah depan PC, banyaklah masa aku di dapur.....



Till Now.



Monday, December 27, 2010

Sini, Sana, Situ , Sinun.....

22 kawan yang bezz
~*auto publish*~



Sejak kebelakangan ni, dah pandai dah..

Hari cuti aje, pagi-pagi dah cop

Yang lain kena beralahlah kan..

Kalau tak,  bingit telinga dengar bebelan dan raungan dia.



..Kena bagi time-frame setiap sorang..

kalau tak..... PERANG !





..Dah nama pun pomfuan... itu saja yang dia suka..


Bila turn Along @ Angah guna laptop abi; dia naik atas pulak..

Semuanya dia conquer !


Bila ditanya;
 "kan Adiq nak shekolah tadika, kena lah pandai ...."
Aku iya kan saja cakap dia, kalau tak merajuk pulak..


.




Note : turn aku dan abi ?  bila  dorang dah masuk tidur ..... dan itu pun kalau kami tak tertidur sama.. >_<



Till Now.



Friday, December 24, 2010

Panas ! Panas !

69 kawan yang bezz



Cuaca Panas Boleh Mandi..



Kalau Hati Panas ?











Jom.. Pekena Milo Ais ..!



...Chill... menggigil-gigil perut..



Note : ofis lengang.... mud takdak tapi keja banyak !



Till Now.




Thursday, December 23, 2010

Tercapailah Hajat...

15 kawan yang bezz
Entri aku dah berterabur.
Gambar draft dah berderet tapi tak jugak publish.





Aku tanya Along nak hadiah apa untuk hari jadi dia minggu lepas (11/disember)



pix kat bawah  itu aje yang dia mintak

"tu je ?"
.."tak nak bazirkan duit ibu", kata dia..

"tapi Along nak mintak Chess Set kat abah"  kata dia lagi





..low mentenen betul Along ni...
.Alhamdulillah.




koleksi komik sains keluaran negara Korea yang dialih ke bahasa kita

Aku belikan 4 buah sebagai tambahan yang sedia ada dan juga untuk koleksi buku lain selain
 Komik Detektif Conan & Ana Muslim kesukaan Along










aku pun baca ! .. ..
..ada part yang  buat aku gelak terbahak-bahak..
serius + pengetahuan+ humor




..minggu-minggu terakhir dapat bermain game online..
leka ya amat dengan mendealah ni..

Greenlight utk PSP atau PS bagai akan aku bagi kalau Along dapat straight A's..

ok tak camtu ?


Note : ibu borek anak rintik kalau dah mengadap ....

Till Now.


Wednesday, December 22, 2010

Lain Yang DiRancang Lain Yang Jadinya....

83 kawan yang bezz
*Entri tertunggak.


Tengahari Isnin bergegas ke kedai kek
Balik kerja terus ke rumah sebelum amik anak-anak

Nak sorok dulu... kalau tak mesti pecah rahsia


Sementara tunggu abi balik.
Mata asyik-asyik tengok kalau anak-anak ke fridge


Angah ke dapur…
Tak sempat cakap apa dia dah buka fridge
(dah jadi habit ..asal balik aje mesti bukak fridge)
Mata dia terbeliak…. sebelum dia sempat cakap apa.. aku bagi signal jari telunjuk kat mulut... dia sengeh-sengeh....


“Untuk abah..jangan bising-bising ..kita surprisekan abah tau.. “ kata aku
Dia angguk..


Abi sampai aje terus ke dapur untuk letak stokin bagai kat laundry basket.
Angah mengedeng aje kat dia..



Abi naik mandi.
Aku cepat-cepat keluarkan kek dari fridge
Along nak cucukkan lilin
Angah cadangkan suh but macam Afi & Abah..
Padamkan lampu pastu buat surprise..



Along jaga kat atas
Angah pulak tunggu kat bawah.
Adik pulak macam biasa nak mintak dukung.
Dorang  suh tunggu dulu..
Dah tentu-tentu Abi dapat agak..



Nampak aje kek…terus senyum lebar..
Nak jadikan cerita…
Tak jadi tiup-tiup.. terus potong kek



Rupa-rupanya
Angah dah bukakan fridge masa ikut Abi ke dapur masa balik kerja tu..huhuhu..
Surprise untuk Abi dah jadi surprise untuk aku lah pulak..hehehe..






Selamat Hari Lahir Buat Abang ..
Genap 37 tahun pada 20hb Disember lepas

Semoga Dimurahkan Rezeki dan Di Panjangkan Umur





...Masa untuk bergambar...




Masing-masing nak amik gambar : Along


..turn Angah..Adiq dah tunjuk muka..


Adiq pulak... Masing-masing puas menahan gelak tengok gaya camerakid...


..Syeddapnya....
Aku suka pisang jadi pilihannya tetap kek + pisang !...hehe..

Note : Seronok tengok anak-anak suka macam tu..





Till Now.



Monday, December 20, 2010

Biar Penat Tapi Berbaloi-baloi

40 kawan yang bezz
Sabtu lepas emak datang menjenguk cucu-cucu.

Angah telefon hari-hari suruh datang tengok dia

Dua tiga minggu bertangguh, datang jugak nenek..

Suka betul dorang.


Adik aku, SA, hantar emak di ofis Sabtu lepas.

Permintaan pertama emak ialah ke nursery untuk cari pokok-pokok bunga. Tak dapat yang dihajat, pesan suruh aku beli dan bawak kalau ke rumah dia nanti.


Pagi semalam pulak  ke NSK untuk cari sayur-sayur segar. Kesian jugak kat mak aku tu. Kena tunggu anak2 bujang dia balik baru boleh ke mana-mana.

Jam 2.30 pagi baru adik datang amik emak.


emak dan cucu-cucu


Antara menu simple yang sempat aku masak semalam
1)Gulai Lemak Ikan Kerisi 2) Mee Kari
3) Sayur Campur + Tempe (ada geng baru masak !) 4) Bubur gandum (dapat jugak!)

Note : rindunya kat PC ngan korang..  huhuhu...


Till Now.





Thursday, December 16, 2010

Berduyun-Duyun Orang Sign....Celcom Murah Giler Buat Masa Tapi Hanya Di Sini..

68 kawan yang bezz
Hari ni Celcom Authorised Dealer datang Ofis.
Satu hari dia tunggu kat sini
Semua melopong dengar.
Majoriti ambik plan ni.
Memang murah giler !
Tapi khas untuk Hong Leong  Group aje.


Aku sain untuk tiga  .
Muahahaha...tamak haloba ...
Aku nak remain nombor sekarang, jadi aku amik plan RM48/sebulan dan dapat  rebate RM15.
Zero Commitment Plan untuk yang lagi dua tu.Sebulan hanya bayar apa yang guna aje dan kalau tak guna, bayar 2 hengget aje ! Maximum 2 saja untuk Zero Commitment Plant tu.



Satu untuk aku, satu untuk Along dan satu untuk emak.
Digi yang ada tu spare ajelah untuk Angah.. Bagi dorang pakai masa cuti sekolah aje.. Lepas tu simpan !
Lepas ni emak takyah tunggu top-up credit TM untuk telefon sedara-mara atau anak-anak dia..


Peluang hanya sekali ni..
Aku amik broadband jugak !
3.5G hanya RM68 aje compare RM98 kat luar.
Takde additional charges.
Lepas ni nak ke rumah emak atau kampung...
bolehlah sesuka hati bertenet....  (^_^)





Note : tengah tunggu turn dipanggil untuk pilih nombor dan registration.




Edit jam tiga petang :   Hanya amik 2 line ...Satu untuk Aku dan Satu untuk Emak...huhuhu. Nak remain line lama, banyak pulak prosesnya sebab aku subsidiary aje. Sesapa yang ada nombor lama tu, nanti aku bagi nombor baru  ! ...






Till Now.


Wednesday, December 15, 2010

Jiran-Jiran Macam Ni.. Ko Ado ?

31 kawan yang bezz
Jiran depan selang dua buah rumah
Bising dan kecoh
Macam nak gaduh pun ada



 Abi ada bagi tau kemarin
tak teringat lah pulak




Kenmain lagi 
ala-ala kedai mamak
Jengok luar jap
wahh..penuh jalan !...





..pix : timaseh pada Along..

Malaysia Vs Vietnam


Melayan bola sesama jiran




Note :   bini tuan rumah mesti muncung kena sediakan air milo .. ;0)




Till Now.

Monday, December 13, 2010

Lentik Yang Mengalahkan Ziana Zain...

36 kawan yang bezz
Semalam ke PWTC. Last day Motor Show. Angkut semua  pergi. Mula-mula se-lo aje Along & Angah jalan ; tak lama lepas tu terus laju !





Sampai awal memang best sebab tak payah nak berhimpit-himpit. Kalaulah sampai tengahari ke petang, gerenti macam-macam bau pun ada...


Lets picas do the talking...





Lucky Draw ~ fuh ! fuh ! marang kerapu parang sekeper... ada rezeki dapat Prius !



..senyum-senyum sebelum masuk..



..Model tak berbayar bersama Lotus..




.."Buat pacak Long !" kata Angah..



..gerenti tak lambat ke ofis kalau pakai ni..




" takut dia jalan; taknak lah ..." kata Adiq



berkenan ke?

..Hyundai Sonata  ni dah ada di market Korea pada tahun 2008 lagi..
setiap kali balik dari sana, mesti  bercerita..



 


"Nissan Ju-ke" kata Angah. Sebutan dia Jiuk kott..
..macam kasut lah pulakk..




..sukanya ! tapi harga sejibik keta !..



"Angah, keta ni power.. ada ekzoz empat.. " kata Along





..Malu pulak dia ..ada amoi seksi ..



..pelik betul ..budak-budak memang kenal  keta ferrari kan ?..





...Model-model yang muram bersama keta Kia baru..






.. muram berpanjangan bila udah mula boring..



..Tak penat ke melentikkan diri dengan paksaan ? ..
..Mata naik juling tengok kelentikan dorang ..haha..




Kia Sorento facelift
Belum ada di pasaran Mesia
Sudah tukar ke 7 seater
SUV = MPV ~ 4WD

Rega RM150K ++
2200 & 2400 cc ~ petrol

Minyak mungkin akan naik lagi dan lagi
Sekarang  se-tong sudah USD90++

Ada berani mau beli ?  huh..




memang mantops!




..nak gak enterprem sebelum balik..hehe..


Singgah lunch di persimpangan Tmn Datuk Senu & BBSentul . Zass ke rumah Kak Ndak dekat-dekat situ. Lepak-lepak...petang baru gerak balik.






Note : Motor Show kali ni tak menarik sangat. Paling best tahun 2004.




Till Now.







Linky's Magical


ShoutMix chat widget