Friday, February 25, 2011

Seram ? : Pintu Bilik Tak Diketuk Lagi...

82 kawan yang bezz
*auto publish.


Dah dua bulan lebih sejak Along & Angah sunat .
Sejak tu diorang  tidur atas tilam-tilam ! baru  tapi atas lantai .
Sebelum ni  kongsi satu katil  kuin .


Tilam dulu tu ada macam-macam bau..
Cakap aje...bau masak lemak cili api ? kicap ? tomyam ? kurma? .. ada sokmo...
Angah  ada penyakit KM
Walaupun sebelum tidur dah ke bilik air
Mesti kena.


Sejak dah sekolah ni,  takde pulak
Memang lega !
Tapi kena berjaga-jaga jugak.
Kena lapik sepanjang masa.



dulu




Ahad lepas.
Nak ke Tesko.
Nampak banner satu kedai perabot di simpang jalan.
" Jualan Murah Separuh Harga untuk 3 hari"  ....yolah tu !
Lalu depan kedai tu... wah..banyaknya  keta !
balik terus singgah
Tak terfikir pun nak beli apa
Ingatkan saja nak tengok-tengok.


Pusing-pusing
Mata boolat..
Set Jati RM4K turun ke RM2K  ...sold !
Itu ..sold ! Ini ..sold !
Biar betul....?

Tetiba....ceh-ceh-ceh..
Nampak yang berkenan
Terus tanya
Nak dua kaler putih.
Ada stok !
Bayar untuk satu tapi dapat dua !


Berbaloi-baloi dari ke situ Ikea
Tentu-tentu lebih sebelah tangan terbang !









..dua hari ni Along dah tak ketuk pintu bilik aku lagi..

Note : kena carik bedsheet pulak lepas ni... kat mana ada yang -murah-murah ? 





Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Thursday, February 24, 2011

MAYBANK .....Fraud !

30 kawan yang bezz
Terima email pagi tadi.
Pelik
Aku tak pernah bagi email address ofis kat mana-mana bank.



aku saja cer cuba.. aku klik pada CLICK HERE


Keluar yang ini.
Serupa sih !



cuba tengok addressnya.

Confem TIPU !





..Maybank punya..
sebijik kan ?

ini address yang betul.




KTS, mau komen ?




Note :  ramai betul orang yang bijak pandai sekarang ni !




Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, February 23, 2011

Berdua-duaan Yang Tak Haram..

53 kawan yang bezz
*auto publish.


Citer 1
Pergi dan balik kerja hari Selasa semalam memang best. Sebab x-boyfren hantar dan amik aku di ofis. Bukan senang dapat peluang berdua-duaan macam ni. Pagi bekfes sama-sama sebelum masuk ofis. Aku tenung dia ; dia tenung aku; kenyit-kenyit mata..macam dulu-dulu.. haha. Aku tipu. Tak dannya. Makan dan minum cepat-cepat terus bayar.  Tau tak  siapa x-boyfren aku ?  Dulu memanglah dia boyfren tapi dah tukar title jadi husband..so dialah x-boyfren aku..... huahuahua...


Abi ada meeting di HQ, jadi  setiap kali kalau macam tu memang akan lambatlah dia amik aku. Bila dah lambat ...semua jadi lambat.. Apa lagi?...... beli looh...nasi kukus tip-top untuk makan malam.  Kalau selalu pun best jugak. Rileks sikit dari berkuntau kat dapur tu..


Citer 2
Adiq pulak sekarang ni dah pandai potpetpotpet.  Dua-tiga hari ni cakap benda yang sama. Dia kata dah lama aku tak buat kek. Padahal baru aje bulan lepas buat untuk pot-luck kat ofis. Kalaulah  tak buat lagi  dan dia nampak aku depan PC mesti  ni ayat standard dia..  "Ibu ni asek-asek men kompeter"...haaaa...memang menusuk kalbu dibuatnya..  


Berdiri atas bangku dan perhati aje step yang aku buat sambil mulut tanya itu-ini malam tadi.  Layankan saja. Kek siap jam 11 lebih malam. Tak sabar-sabar dia nak makan. Siap amik bekal untuk bawak kek tu ke tadika. Tak reti-reti nak tido dia ni. Nasib baik senang bangun pagi.






Kek Oren







 tak sempat kek tu sejuk







Muka orang dah kenyang
Dua beranak ni  (abi&adiq) habiskan separuh kek !






Note :  di ofis memang bzgiler. Pada kengkawan yang nak renovate rumah; elok cepat. Harga simen dan raw-mat akan naik lagi  !



* n3 ni aku draft jam 3 pagi lebih. Tak sempat bw pada semua. Priority pada yang ada 'embedded comment box' saja. InsyaAllah aku singgah.


Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Monday, February 21, 2011

GOODMAID !

37 kawan yang bezz
*auto publish



Aku :Siapa nak tolong kemas ?
Along : Along !..
Aku : Tolong ibu bersihkan tingkap nak ?
Along : Nak guna apa Ibu ?
Aku : Amik spray warna biru ada tulis goodmaid dalam kabinet bawah sinki. Ibu baru beli tu..
Along : ok.. kain ?
Aku : dalam stor.



Tak lama tu aku turun tengok



Aku : haaah !...
Along : kenapa ibu ?
Aku : tak de pape.......bersihnya Along buat..









huiyai...kena guna 4 ke 5 botol agaknya kalau Along cuci semua tingkap  !


Note : satu rumah bau wangi !






Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Sunday, February 20, 2011

Tergugat

49 kawan yang bezz
Tak kira masak dengan apa
Janji yang dinamakan
Asam Pedas
Cancel diet !







Asam Pedas @ Gerang Asam Daging







Asam Pedas Tenggiri




Note :  cicah dengan roti pun sodap..



Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Saturday, February 19, 2011

Musuh Ketat

34 kawan yang bezz
Dulu.
Memang teramat banyak
Macam bela lah pulak.
Lebih-lebih lagi waktu malam.
Memang geram.


Ikut cara mak.. yang cakap dengan pokok
Jadi aku bagi amaran pada mendealah ni..  hehe .. pelik ?
Mungkin dulu tingkap di dapur jenis nako.
Senanglah mendealah ni  masuk.

Dah tukar jenis lain pun... sama jugak
Tak tahu dari mana


Kalau sikit takpe
Memang banyak betul hasil peninggalan  yang ditinggalkan di hujung atau kaki dinding
Rumah aku ni kan dekat dengan ladang kelapa sawit...
Mungkin sebab tu ke ?


Adalah satu hari tu aku ke Cosway untuk cuci mata poket.
Bila ke sana biasanya untuk beli pencuci lantai khas untuk elakkan serangga.
Memang aku syorkan !
Kalau lepas mop.
Dalam minggu tu mesti akan jumpa si lipas terbongkang di dalam bilik mandi .
Kalau nampak depan mata pulak... si lipas tu merangkak tinggi tak seperti biasa.
Nak gelak pun ada bila tengok gaya lipas tu merangkak.


Tengah membelek-belek katalog, ternampaklah perangkap mendealah ni.
Suka betul aku.
Satu kotak dalam RM6.90. Ada 5 keping di dalam.

Sejak aku pakai dua bulan ni.
Musuh ketat aku berjaya dikalahkan.
Buat masa ni sudah 10 ekor berjaya diperangkap.

Kalaulah boleh dijual macam Tokek..
Mau  jadi tokey cicak aku lepas ni.. huahuahua...









Note : risau tentang koloni anai-anai  pulak. tempoh waranti baru je lepas.





Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Setelah 20 Tahun.... ....Teringat Kisah Lama

29 kawan yang bezz





Jumpa kawan-kawan lama pada Cuti Maulidur Rasul hari tu.


Terpaksa merentas hiway
kesian kawan-kawan yang tinggal di NS



Selepas 20 tahun tinggalkan alam persekolahan baru jumpa
Gamat !
Itu belum jumpa kawan kolej lagi.
Gembira ?
Maunya tak.

Berbual tanpa henti







Ibu-Ibu orang














Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Friday, February 18, 2011

MAKHLUK YANG PALING COMEL, HENSEM DAN BERGAYA !

25 kawan yang bezz
Rupanya bukan manusia saja yang comel, hensem dan bergaya
Makhluk lain pun ada






hensem kan ?


ANTARA MAKHLUK ALLAH YANG PALING COMEL







Cuba teka apa tu ?
Betul ke lukisan ?

Subhanallah.
Terima kasih pada Kak Jai Ros.
Aku minta izin untuk publish gambar ni 
Nak kongsi dengan kawan-kawan.
Cerita lanjut boleh ke SINI atau link di atas. 



Note :  takdenotakakiharini..




Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Thursday, February 17, 2011

Aok Pandei Cakak Sini ? Kaeh Tok Pandei.... Ntah bilalah Nak Pandeinya...

25 kawan yang bezz
Kalau dulu sebelum anak bersekolah selalulah  balik ke kampong abi di Tanjung Besar, Kuala Lipis. Sekarang 2 bulan belum tentu  sekali. Lebih-lebih lagi sejak aku dah tukar tempat kerja 4 tahun lepas , kenalah rancang hari Sabtu alternate off day aku untuk balik ke kampung.



Biasalah kan bila nak balik, kenalah pastikan kerja-kerja “pemberusan“ dan “penyentalan“ setel. Tahun ni Along  dah mula basuh kasut sendiri. Aku rasa pun dah lambat suruh dia buat . Mana taknya.. dah Tahun 4! Menunggu siap rasanya macam kita pulak nak buatkan. Sampai Lencun Along main air basuh kasut!



Tahun-tahun sebelum ni abi yang bereskan.  Duty yang abi ambil tahun lepas ~ sental baju sekolah sebelum masuk ke mesin basuh masih dalam kontrak.hehe.. Berbaloi-baloi sebab memang bersihlah sangat baju-baju Along & Angah yang  kotor-bolo tu ! Aku memang surrender.. Tengah fikir  untuk bodek mintak tolong benda lain nih... 



Adeh...ke laut mana dah aku ni .... lama tak buat entri panjang lebar camni..


Sebelum bertolak Sabtu lepas singgah di tempat servis kereta dulu untuk servis rutin. Singgah lagi di Mydin Rawang sebab nak beli bahan-bahan untuk Along buat  projek Sains di Kampung. Kali ni lalu Batang Kali terus keluar di Genting Sempah. Singgah lagi untuk makan petang di Raub.


Persinggahan terakhir sebelum sampai. Ada Pekan Sehari di Pekan Benta. Jumpa Abah & Emak Abi di sana . Anak-anak aku apa lagi...bising sebab banyak sangat tempat persinggahan . Terus nak ikut aki diorang.  Jadi berdua-duaan ajelah kami... Ada benda yang nak sangat aku cari. Yang dulu ntah hilang ke mana. Aku tau gerenti ada. Si Parang Kontot tu senang untuk tebang potong pelepah pokok depan rumah. Asyik melambai-lambai mintak dipotong !




Mesti beli BAHULU kat Kg Gali Di Raub

Harga : RM12.50
Aku : Biasa RM10 kak..
Mak Long : Barang semua dah naik..
Aku : ...oooo .. (naik macam harga sebungkus gula pasir tu)


Ke sini saja dorang main
Adik kelek aje bantal tu takut tertinggal lagi



Tau apa yang diorang tengok tu ?
Along suruh Angah cari kain merah
berlari si Angah cari
Tapi Angah bawak kain biru

Mana boleh! kata Along

Macam tulah bila jarang dapt tengok kerbau depan mata

"Kalau lembu bolehlah guna kain merah tu Long, kata aku
"Tapi jangan buat macam tu..kena kejar nanti"


Adik-beradik abi

MIL aku tu baru 54 tahun tapi rambutnya dah putih.
Abi ikut genetik emak dialah kot. Tapi dia sejemput aje kat jambul.. hehe.

Tak sampai 1/2 jam bertolak dah ZZZZZZ....
Selamat sampai di rumah jam 9 malam esoknya.

Note : Dah 10 tahun kahwin, aku tak berapa nak paham lagi dialek sana. Selalu  kena gelak bila mak & adik-beradik abi berborak.



Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Saturday, February 12, 2011

Jawatan Kosong : Gerenti Tak Ada Yang Berani Nak Pohon

30 kawan yang bezz
email dari ofis-mate




Note :  Ke kampung abi nanti. Doakan kami selamat dalam perjalanan. Emoticon


* jalan-jalan ke rumah kengkawan kalau ada coverage kat sana. 
   1st time bawak si cilkom brukband ke sana.



Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Friday, February 11, 2011

Semuanya Ada : Dangai, Apam Inti Nenas, Putu Mayam, Marshmallow, Tinted Sliding Door

29 kawan yang bezz

Setiap hari Rabu biasanya aku tak masak
Keluar awal dari ofis
Terus singgah Pasar Petang Malam  di kawasan rumah .


Pasar Malam sekarang memang 'happening'
Ko cari apa pun...semua ada.
Dari bahan basah hingga ke tinted sliding door /tingkap rumah
Kena kuatkan semangat poket aje taknak singgah sana,sini, situ, sinun..



Nasi kerabu @  tomato @ beriani @ dagang, Yong Tau Foo dan Tau-Foo-Fah antara yang mesti beli selain gambar-gambar di bawah ni. gambar itu perlu...sebagai bukti pembelian..hihihi.





Marshmallow


DrSinga Izatol, lama nau nak buat n3 ni kan? kan?
ada certificate ha-lam-alif-lam tau..


takdelah beli setiap minggu
kalau tak, kena tadah telinga nanti...hehehe..

sekali hadap dah langsai
manis dan kenyal..




Putu Mayam


Faveret Along & Angah
lepas makan nasi pun boleh makan lagi
Sebungkus : RM2/6 keping



masa kecik-kecik dulu 'ane' yang jual putu mayam + putu bambu ni naik motor keliling kampung..
"... putuuuuuuuuuuuuu  mayaaaaaaaaaamm ...  "



Kuih Apam Nenas (nama sebenar  ??)
Sedap ! Inti nenas  masam-masam manis
Harga : RM2/5 keping


DrSinga Izatol lagi :  kuih ni kan ?  kalau tetiba rasa nak makan , datanglah BTP.. 



Dangai


Susah nak jumpa ni


Pernah terfikir nak cuba buat dan cari acuan macam  Noorma
Tapi bila dah ada jual beberapa bulan lepas
terus kansel niat ..


Harga : RM0.50/sekeping




takdelah secantik brooch dari Korea yang blink-blink tu
yang penting....Murah bangat !
Harga : RM10 untuk 2 @ 3 @ 4 @ 5/ biji



 

IKLAN TAK BERBAYAR :
Ada tak sesiapa yang berminat brooch dari Korea ?
Aku ingat nak let-go balen stok
Nak jual harga kos aje.






Note : half day leave hari ni. Panjang langkah : mahu ke epf, ke sini, ke situ, ke sana...






Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Linky's Magical


ShoutMix chat widget