Tuesday, May 31, 2011

Turun Naik ..

21 kawan yang bezz
Rata-rata budak sekarang pandai baca sebelum mula sekolah. Sebab ? Parents beli macam-macam jenis bacaan atau program untuk bagi anak-anak pandai baca.  Aku yang konon tak nak ketinggalan, ikut beli.


Masa tu empat tahun lepas; Along umur 5 tahun  lebih,  Angah 2 dan Adiq 5 bulan. Aku beli abi bayar program Disney Magic. Bagus ? Program tu memang bagus tapi orang yang belinya kalau takde masa untuk mengadap DVD dan buku-buku tu dengan anak-anak; yang bagus jadi tak bagus membazir.


Masa tu ada si Siti lepas tu Leha. Jadi,  ada orang di rumah melayan tolong on kan tv dan si Along & Angah mengadap . Mula-mula ok tapi sejak si Siti & Si Leha takde,  terus hantar diaorang ke nursery. Terperap aje semua 20 keping DVD tu. Buku yang se-rak tu jadi tempat pengumpulan habuk.


Ehh…apa topik aku sebenarnya nih ?


Siang
Ahad lepas. Minggu ni Ahad hari ‘tak masak’. Abi gi kedai dan Angah nak  ikut. Sementara tunggu,  Angah bacalah apa-apa yang dia nampak sekitar kedai makan tu.  Saje nak bagi tau yang Angah ni kalau bercakap suara dia memang hi-pitch. Selalu jugak kena tegur. Ikut belah-belah Melaka agaknya.. Belah Pahang suara macam di peram-peram...kan bang ?hehehe...


Dia nampak  sign  DI LARANG  MASUK KE DAPUR. Dia baca kuat .  Abi senyum tunjuk ibu jari. Lepas tu abi tunjukkan  menu kat dia.

Angah baca  ni pulak..

T   O   M   Y   A   M

Dengan kuatnya dia sebut.... TOM YOM !

Orang kat meja sebelah ..tersenyum-senyum .


Malam
Sementara  tunggu lagi, Along & Angah nak makan kat kedai tu. Nasi Goreng Pattaya sampai.  Berasap-asap.

Along dengan lafaz bismillah mula makan.


Angah letak garfu ngan sudu kat tepi terus mula baca bismillah dan doa makan dengan kuat. Sekali dengan maksudnya sekali pulak tu ...sampai Aamin. Tak tengok kiri-kanan, terus dia mula makan. Orang meja sebelah senyum jugak..


Biasanya kalau lapar sangat, Angah akan makan sampai licin campur nasi di pinggan Adiq separuh. Kalau roti canai pulak mesti dua keping.


Alhamdulillah Angah back to normal. Sejak 5 bulan dia sekolah ni, bulan ni badan Angah dah naik sikit. Awal-awal tahun hari tu susut betul badan dia. Makan pun tak berapa lalu.  Balik aje aku tak sempat nak tanya ada homework ke tak;  dia dah…..zzzzzz. Di lantai pun jadi...







Note : Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Tak perlu paksa.

Monday, May 30, 2011

Kira-Mengira

27 kawan yang bezz

Dengan bersemangat


Adiq mula mengira

One, two, three
four, five, six

seven, eight, nine
ten, eleven, twelve
thirteen, forteen, fifteen
eighteen, nineteen….


"Salah tu…
Ikut Ibu,

Fifteen, Sixteen , Seventeen,
Baru …Eighteen, Nineteen, Twenty"

"Ooooh…"


Adiq kira lagi sambil keluarkan balik telur-telur tu.


"Aikk.... salah lagi diq… meh cuba kira  lagi.."

“Tak nak lah.. Adiq dah penat.…Ibu susun sendiri lah…"

Angah dengar terus datang nak tolong
Adiq terus sambung duduk
sambung susun sambil kira lagi

"Adiq kata penat ?"

"Dah tak penat dah.."



Note : tak kira apa, sekarang ni asyik nak celen-mencelen aje tapi biasanya Angah mesti mengalah ..

Saturday, May 28, 2011

Reki-Reki

35 kawan yang bezz
Hari Rabu
Abi bukan hantu tv @ movie .
Jadi Abi suka melepak di luar sensorang 
 kalau jiran-jiran takde yang berborak dilorong rumah

Kengkadang aku join kalau takde CSIs .
Lepak sambil minum  Teh-0-buah-free-Sri Lanka dari Anis...layannn..

Masa ni tengah melepak sebelum Abi amik Along dari tuisyen


"Asyik ibu aje....Adiq nak jugak "
"..Alaaaa....goyanglah Ibu ..."

(tau pulak tu..)



"Maira boleh.. Angah nak jugak.."


"Ala... Goyang jugaklah...."

Aku : "itulah... kena ibu aje amikkan.." huahuahua...


* Bangku  kat luar  yang dah masuk 10 tahun skru dah loheh; papan dah tercabut, dah selamat ditereban. Tengah reki-reki mana yang berkenan. Mana aku nak terjah ni....?



Note : Dua-dua puas hati bia dapat amik gambar...

Friday, May 27, 2011

3 Serangkai Yang Berjangkit..

27 kawan yang bezz

Sana sini ada mangga
Minggu lepas kawan ofis balik kampung di Perlis
Kirim suruh belikan
Dah rezeki
Dia takmo amik duit



Konon nak tunggu ranum
Tapi teringat hari tu  jalan ke 'rumah' Kak Kasih
ada lassi mangga
Jalan ke 'rumah' Kak Yati
berlassi mangga jugak
Haihh...mana boleh tahan



Potong malam tadi
Tak sempat berlassi 
dah langsai..
Ingatkan boleh makan dengan pulut dan santan
 ..huhh..
kena tunggu mangga lain lah jawabnya


Sebiji tinggalkan untuk Adiq
Adiq demam







Mula-mula Along
Lepas tu Aku
baru je sihat dari sakit 3 serangkai 
Tinggal sok-sek-sok-sek aje
Malam tadi berjangkit pada Adiq pulak
 Bawak gi klinik. Temp 38.5°
Ubat-ubat jugak; 
Tradisional guna jugak..
Tengah malam tadi jaram dengan air asam jawa
kurang sikit panas pagi ni.
Lega.



Bila Adiq demam
Tido nak berselimut tapi dengan jaket abi 
Yang bagusnya mulut dia tak berhenti bertanya itu-ini
bukan tone biasa tapi tone tinggi 

..syiannn anak ibu..








Thursday, May 26, 2011

2-3 bulan

50 kawan yang bezz
Adiq dah minta bilik sendiri

Agaknya sejak dah sekolah ni kawan-kawan bercerita.

Plannya Ahad lepas nak mula memunggah semua barang-barang dalam bilik menggosok/solat untuk jadikan bilik dia. Bersebelahan dengan bilik yang Along & Angah kongsi. 

Buat masa ni Adiq tido di day bed sebilik dengan aku.

Pagi Ahad tu; dapat panggilan tefon dari Adik Ipar Abi.  Bagitau FIL&MIL ada di rumah diorang di Puchong. Kansel lagi rancangan.

Makan tengahari masakan MIL memang bikin aku semput dan mengah ! Kenyang Giler.


Punyalah leka sampai terlupa  nak amik gambar. heeee...



Kitorang balik lebih kurang jam 3 petang.


lalu sini (belakang USJ21)  
dah 4 tahun tinggalkan tempat cari makan masa 10 tahun dulu.
Sayu.




Singgah di Mydin USJ. Borong stok alat tulis untuk 2-3 bulan. Senang citer. Budak-budak sekarang tak macam kita dulu. Kita dulu, jaga barang macam jaga emas. 


Bila potong duit belanja, kesian pulak. Bila tak dipotong, macam-macam dibelinya di luar sekolah. Pesan jangan beli makanan yang takde logo halal di belinya mainan.  


Dah banyak kali MPS terjah Penjaja Haram tu, tapi dorang ni tak serik. Setiap hari kena pesan kat Angah. Dia macam biasa; angguk-angguk tapi balik macam-macam di belinya.



Sebelum sampai rumah, singgah makan dulu. di kawasan rumah aje.  Sedap. Nama sama seperti rupa. Betul-betul Mee + Udang tapi ada telur. Vege yilek.



Note : Sabtu ni kerja. Projek bilik Adiq kena tunda lagi.


Saturday, May 21, 2011

APA KE HAL ?

28 kawan yang bezz
Apa kedehal mamat sorang ni?



Iya ?

tak larat nak jalan jumpa doktor  gamaknya..
buasir ke sembelit ?
sakit....? 
sempat pulak ko menebeng kat sini..




Spender anak-anak hero aku sampai tak muat drawer dah ...





Note:  kalo ko baca, banyak ayat lain untuk up-trafik lah bro. Dari nak klik terus tak hingin..

Friday, May 20, 2011

Seminggu Sekali

45 kawan yang bezz
Sejak kebelakangan ni setiap hari Jumaat mesti makan di ofis. 
Tempat kerja aku ni takde lunch break 2 jam pada hari Jumaat. 
Nak keluar ;sana-sini ramai , jadi yang mana close dengan aku;  masak dan bawak ke ofis.  dulu berlima.. orang tu aku dah lempar dia jauh-jauh ! 


rupa kerang yang berenang dalam sink .
kehkehkeh..macam takde besen lah pulak...

kerang yang bertukar menjadi rendang
tengah menggelegak atas dapur !




sambal tumis ikan bilis

menu untuk hari ni ialah Nasi Lemak

kesian kat sorang tu yang tak merasa Nasi Lemak Sabtu lepas

Gulai Tempoyak + Keledek
Ini takde kena mengena dengan lunch hari ni
Masak malam tadi untuk abi.
Sekian lama dia tunggu baru dapat.
Bukan susah nau nak buat tapi bila aku tak makan....lambat sikit jadiknya... hehehe.
Abi sapu bersih tiga heko ikan kembung 

Ubi Kayu Rebus

cicah dengan sambal ikan bilis 





Menu hari Sabtu lepas di ofis






DUA MINGGU LEPAS






Aku masak Nasi Dal
Nita ~ Sambal Ayam




Nita ~ Daging Masak Kicap
Gee ~ Keropok 





Ana ~ dessert
Sedap ni !


Note : masa untuk bersiap! Nanti lambat lagi macam semalam..

Thursday, May 19, 2011

The Cool Blog Ever After...

38 kawan yang bezz



seriously cool
sambil sedut pastu kunyah 
rasa kenyal

4 tahun lebih ada di jual
sejak kebelakangan ni baru femes


kawan-kawan pernah cuba ?




..ambil angin malam kat luar masa minggu panas hari tu ..

sambil makan kaya balls & minum air berblog
aku & abi ~ teh hong kong blog
along ~ bandung ice-blended blog
angah & adiq ~ oreo coklat ice-blended blog


..nyaman..


Note : auto publish

Wednesday, May 18, 2011

Seumur hidup, Ini 1st Time......Berlendir Ya Amat...

32 kawan yang bezz
6.30 pagi semalam. Along  bagitau nak bekfes roti canai. Aku tak pernah pandai tebar roti canai  jadi kena ke kedai.  Abi kerja semalam, jadi lepas Along tutupkan pagar terus naik mandi. Awal tak awal jugaklah tapi lepas Angah & Adiq bangun dan mandi, baru kitorang pergi.


Biasanya kalau nak makan Roti Canai, kitorang ke Medan Putra. Kedai mamak tapi pior mamak from Penang. Kedai Tuan Haji Shaharudin kalau tak silap aku. Tinggal di sini jugak rasanya. Mamak yang 'itu ' tak boleh nak pergi dan telan sekarang ni sejak kes itu-ini-begitu-begini. 


Capai 6 biji donut dengan coklat-rise kat meja pintu masuk.  Pembuka selera diorang. Untuk Along, Roti Telur;  Angah & Adiq roti kosong . Aku pulak capati. Semua air milo panas.  Nasib baik kitorang cepat sebab masa keluar tu, kedai makan  dah serupa pasar borong. Penuh !


Dalam kereta, Along tanya bila aku nak masak ikan yang dia tanya minggu lepas. Makan kat sekolah kata dia. Masa pergi rumah mak sedara dia petang Ahad hari tu,dia tanya lagi. Mana lah Mak Tam dia nak cari dan masak ikan tu. Balik dari sana  singgah di NSK untuk cari bahan tumis. Ikan tu ada jadi aku beli sekali. 



Seumur hidup... tak pernah masak ikan ni. Bila dari kecik tak diajar makan ikan jenis cenggini, maknanya takdelah masuk dapur aku.  Punyalah geli-geleman masa nak cuci. Berlendir. Tak tau cara yang betul jadi aku kikis aje kulit ikan tu.  Pastu tepek dengan asam jawa. Pastu lumur pulak dengan  garam kasar. Itu pun nasib baik beli dah siap siang, kalau tak, mau aku pakai glove.  kehkehkeh.  Dah namanya Ibu..bila anak nak makan apa pun.. boleh aje... Anak-anak aje yang makan, aku mengadap tengok aje pun dah kenyang.


..semoga aku cekal lepas ni..

..buat gulai aje.. letak asam keping ngan serai. takut bau..

Along.. round kedua.. puas diratah-ratahnya ikan tu.

"Gambar Angah tak amik ke ?.....  " amiklah..kang merajuk pulak dia..

Adiq akan makan kalau ada sup dan kurma.
Kali ni nak pulak dia tapi tak nak ikan.


Petang tu pulak buat Mi Kari. Tetiba teringin. Punyalah susah cari kerang sekarang ni. Plan  untuk makan petang tapi abi balik lambat sikit. Makan petang jadi makan malam. Tengahari tu kan  aku tak makan jadi 2 mangkuk aku layan..  Boleh kurus ke macam ni .?



Note : Mulakan entri macam dulu-dulu. Baru sesuai dengan tajuk blog ni. Aku tukar ke entri pendek macam sebelum-sebelum ni sebab  aku fikir orang tak suka baca entri yang panjang lebar. Tapi bila difikirkan balik punca aku berblog ni untuk bacaan adik-beradik dan kawan-kawan lama  yang nak tahu perkembangan kami anak-beranak. Jadi, siapa rasa nak baca, bacalah dan siapa yang tidak.. aku no hal. 

Saturday, May 14, 2011

Besarnya !

25 kawan yang bezz

Adiq tak berapa sihat dari kelmarin. 
Muntah-muntah.  
Mulalah risau. Boleh ke tak dia pergi trip tadika ke Pusat Sains tu.
Dahlah festaim.
Aku cuak jugak.
 Pagi semalam Adiq memang 'lembik'. 
Bila ditanya; kejap nak; kejap tu tak nak.
 Dia takut muntah lagi. Lepas bagi ubat tahan muntah terus nak pergi.  
Dalam keta kata tak nak pergi. 
Dah sampai di tadika; nak pergi pulak...heeee.. macam siapalah tu ..



..senyum terpaksa..



 kat rumah semuanya tak nak. "nanti muntah", kata dia
Bila ajak ke 7E terus bertenaga dan tersenyum simpul
dapat upah nano-nano!  mau kena jeling kalau tau dek abi

Adiq bekfes Choco Pops & Yakult 




beratur nak ke bas
Adiq & gudfren; Tasha
(selalu cerita pasal dia)



...kalau dah jumpa kengkawan.. lupa ibu dia dah...


bas ke rombongan

tengok dari luar nampak kepala aje sebab semua kecik comel belaka

Petang tu tak payah tanya terus cerita..... "gggrhaaaaauuuuu..... T-Rex macam nak makan Adiq ....! Takut...  Besarnya dia "!   Along & Angah dah tak sabar . Mak Tam ! Kita pergi minggu ni lah...




Note : aku yang mula-mula  cuak terus senang hati bila tengok Adiq happy + gelak-gelak  jumpa kawan-kawan.

Wednesday, May 11, 2011

Mat Cool

31 kawan yang bezz
..banyak cerita tapi tak tahu nak mula yang mana ..



kita layan  eskrim 'kesukaan' budak-budak kat lorong rumah  
termasuk anak-anak, ibu dan abah anak jugak



eskrim spesel ni !

hanya ada jual di moto dan lori eskrim "Mat Cool" aje..
jenuh carik di tesco..nan ado .



eskrim pisang


Note : boleh bernafas lega, selega-leganya lepas ni........ *harapnya lah..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget