Thursday, July 28, 2011

SALAM TERAKHIR KENGKAWAN.....

29 kawan yang bezz
Tunggu punya tunggu dari awal tahun lepas
Sabtu ni, 30hb Julai; ofis akan berpindah ke bangunan baru.


Sori pada yang tak sempat singgah
Sibuk 'mempacking' minggu ni

Tengok pada layout, tempat baru aku nanti macam TAKDAK privacy
Jadi  faham-faham ajelah ya...

Mana tau HOD tukar fikiran.


Kalau sempat pun mungkin dari rumah ;o(. 
Kena adjust masa lepas ni.





Tak siap packing lagi !

Bangunan Baru ! - Di Main Road




Ofis lama - bahagian belakang / Renting KTM land
Takkan dengar lagi bunyi komuter dan keretapi angkut simen lepas ni

Tempat sekarang
Takde bilik . Semua level dalam cubicle

Yang Paling Penting !


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Sebelum mula berpuasa, nak jugak letak entri makan-makan lagi.




Khamis lepas masak sambal udang petai
Bila berbogel.....laju aje masuk ke tekak.. 

Sabtu lepas . Lepas kami makan-makan di Sg. Buloh, petang tu terus ke rumah emak.





Misi minta emak masakkan  pulut . 
Semua bahan aku angkut dari rumah
 Ingatkan nak tengok dan tolong. 
Bangun pagi Ahad...tadaaaaa....
kena siapkan perut aje... hehehehe..
Bertuah punya anak !



Pulut 2 kilo dan Pengat Seperiuk Besar.

Kak Long! Kita tepon masa onda way balik tu sebab kita dah bekalkan untuk Kak Long & Famili .
Tapi takde rezeki...  ;o(



Note :

Tuesday, July 26, 2011

10.00 PM - 12.45 PM - Tak Berjumpa

26 kawan yang bezz
Entri sebelum ni aku ada bagitau yang abi & anak-anak balik ke kampung pada hari Jumaat malam.  Ada urusan kecil-kecilan. Sampai masanya nanti aku citer.


Sabtu tu, 12.45 tengahari diorang dah sampai di kawasan Sungai Buloh. Aku keluar ofis terus ke tempat yang diorang tunggu.


Yang paling best tu.... keta aku masuk jer kawasan parking tempat makan tu; Along,  Angah & Adiq berlari sambil jerit ...IBU ! IBU ! dan terus peluk.  hehehehe.. rindu sangat tu...


Tak sampai lima minit duduk, hidangan sampai.Angah  pot-pet-pot-pet... seronok citer pasal Aki dia dah tak bela kambing..tapi bela ayam pulak..



Apa yang kami makan hari tu.


Tomyam +

Udang  Petai

Siakap 3 rasa tapi kurang rasa ;o)

Kailan Ikan Masin  

Telur dadar  - harus ada !

Tembikai Laici - All time faveret

Along & Angah

Adiq


Note : Adiq tanya; " Ibu nangis tak Along, Angah, Adiq takde?"...

.

Saturday, July 23, 2011

Kata-Kata Sang Motivator

18 kawan yang bezz

 Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku . Aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteriku."

Hadirin terkejut dan terpaku.

Kemudian dia menambah , "Orang itu adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan ketawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istreiku."

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...

 
Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.


Credit to Mamat @ Ceritalucu.






Note : Tunggu Abi & Anak2 sampai dari kampung...petang nanti nak ke rumah emak aku pulak... 

SERAM.......

16 kawan yang bezz
Jam 2.55 pagi
Layan TV sampai kebas 
Tahan mata berbekas


Sunyi
Sepi
Seram


Esok nak kerja
tapi
Wallet tertinggal dalam keta
yang 250km dari rumah


Adehhh...
Mintak-mintak pagi esok takde roadblock.



Note : Abi & anak-anak balik kampung malam tadi.

Friday, July 22, 2011

LAGI WALAUPUN PENING

27 kawan yang bezz
Bangun masa pagi Rabu aku sakit kepala. Rasa cam nak amik MC tapi  tak jadi. Tahun ni dah 3 kali MC. Penangan durian lah kott..

Sudah puas makan dengan kengkawan blogger hari tu; aku beli 3 biji untuk bawak balik.
Agak frust di situ.

Dapat komen free dari Abi.
"Tu Durian Daun... isi kurang sedap "kata dia.
"Alahai..manalah saya nak tau durian daun ke durian menda, nyonya tu kata semua ok" kata aku... huhu..
Tengok sama aje..  ;o)


Jadi, nak puaskan hati tekak, Pasar Malam hari Rabu kami terjah. Abi  tunjuk jenis-jenis durian. Terasa masuk kelas jenis durianlah pulak hari tu. Budak yang jual tu pun tersengeh-sengeh.

Balik terus kopek.


jeng-jeng-jeng...
Durian jenis apa kah  ?
MUSANG KING !
Sana-sini orang bercerita tapi kami tak gak rasa-rasa.
Tak boleh jadi...mesti rasa jugak

Buah yang terakhir
Sekilo 25hengget
Sebiji dalam sekilo setengah.


Festaim makan  

..........................
takleh nak bayangkan dengan kata-kata
kalau tak caya, cer rasa dulu.

Memang sedap tapi bagi yang tak suka durian jenis pahit, takyah lah beli



Dalam sebiji  durian Musang King ni ada 19 ulas !
Cantik, molek & tebal  isinya




Biji  MK berbeza dengan durian biasa.. nipissss.
Durian buah fevret Along tapi si MK ni dia tak gemar
"Pahit lah ibu....." kata dia

Durian Kampung Spesel pun nak jugak
Beli 2 biji durian kampung spesel (D2)  ?
Dapatlah 2 biji free durian kampung biasa 




Kampung Spesel VS Musang King
Siapa menang ?
Tekak masing-masing

Aku suka kampung spesel !


Tak larat dah..
Kenyang gayalam-alif !
Simpan dalam fridge
Sebab Along & Angah dah terlelap


Teringat entri CT  . Untuk bagi isi durian stay fresh, perlu disimpan dalam slingwrap. 


Stok bo-liao. Sejak bulan puasa tahun lepas tak beli lagi.
Jadi, Tupperware lah mangsanya.


Buah-buahan kat kampung tak menjadi tahun ni
Orang yang paling  puas hati kelmarin
Si MK aje, dah selamat  8 ulas  dalam perut .

Tak masuk yang kampung spesel
Bangun pagi ...suara serupa itik serati..kekekeke..




Note : Takde pening-pusing pun esoknya. ;o)

Thursday, July 21, 2011

SESSI BERTEMU BLOGGER LAGI

35 kawan yang bezz
Dunia ni memang kecik. Siapa sangka dengan blogwalking jumpa jiran. Sah-sahlah tak kenal kalau dah pergi dengan bulan dan balik dengan bulan.

Adalah aku follow sorang blogger masa blogwalking. Dari sehari ke sehari macam biasa sampailah satu entri dia nih macam kat kawasan rumah aku.  Aku terus terjah tanya dia kotak  komen.. SAH! dia duk di kejiranan aku rupanya. Tu satu..dan bila aku buat entri pasal Adiq ke Pusat Sains hari tu dia pulak terjah kata anak dia pun di tadika yang sama. Siapa sangka ?


Di Sports Day hari tu kitorang festaim jumpa. Itu pun dia sms bagi tau nak jumpa. Aku kalau pasal menda-menda camni kengkadang blur. Lupa. SMS kengkadang esok baru baca... hehe.







di Extreme Park Shah Alam



SELASA lepas jumpa lagi. Timaseh pada  Wahida & Suami. Diorang belanja BUFFET DURIAN.  Suami dia memang sporting habis. Ada blogger lain join makan durian nih jugak. Dee dan Elly. Festaim aku jumpa diorang. Rupanya si Elly ni duk di kejiranan aku jugak. Selama ni dok ingatkan aku sorang aje tinggal di tempat jin bertendang ni.  


Dee dari Bangsar. Sanggup datang all the way  dari ofis di Jalan P.Ramlee. Dee datang dengan kawan dia , Kak Tina yang low profile.(takmo bergambar)  Sanggup meredah jammed. Memang tegar !


"Makan sampai lebam kau nok" kata si Wahida



Apa-apa pun memang best sebab dapat jumpa kengkawan blogger yang lain. Buat masa ni aku dah jumpa Sueanne, Abg Syed(Relevan Sokmo), Yunus Badawi (YB), Elly-Raub, Kak Long, Dr. Singa,  Mimi, Anis-Sri Lanka, Kak Ngah, Wahida, Dee & Elly.

Wednesday, July 20, 2011

DRAFT

26 kawan yang bezz
Elok juga bila ada 'draft post' ni. Berguna bila tatau nak cerita apa atau bila memory card tertinggal. Macam tak lengkap bila entri takde gambar..
Emoticon


Semua gara-gara buffet durian dengan tiga orang blogger petang semalam. Pergi keja tadi blur aje.


Meh layan kek carrot & kek pisang yang aku buat tiga bulan sudah. Draft ni 30/4/11. Apakedehal aku simpan lama-lama ntah.... 


ikut cara2 & bahan  dari Haneliza Cooking

kek carrot yang di kukus

ini masuk oven


tak letak cream cheeze pun sebab yang suka hanya aku & along aje.

kek pisang + almond + choc chip (sepatutnya walnut tapi takdak stok)


Note : Oven & Periuk kukus tak berasap selagi anak-anak tak mintak...  Emoticon

Tuesday, July 19, 2011

Ayam CapKelekuk

26 kawan yang bezz
credit to google


Ayam.
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar
 

Itu lagu Jalil Hamid.
Tetiba aku teringat  sorang kawan yang cerita berkaitan ayam ni.


Cerita pertama.
Tahun lepas masa dia buat open house-Hari Raya. Ramai jugaklah jiran yang datang. Kawan aku ni masak takdelah banyak tapi salah satu menu ialah bihun tomyam.  Kebanyakan Jiran yang datang makan yang lain kecuali bihun tomyam ni. Dia pelik. Dia terus tanya.

Sorang jiran dia kata,  “ayam kau tu ayam capkelekuk ke ?“ Kawan aku ni pelik tapi bila jiran dia bagitau yang dia hanya makan ayam keluaran HP* aje. Ayam yang lain tak halal kata dia . Puas jiran dia promote sebab dia ajen/stokis kawasan tu. Baru dia paham. Kesian dia.  Nak jamu orang dah jadi membazir.



Cerita kedua
Adik kawan aku ni kahwin baru-baru ni. Memandangkan Ayah dia sakit (stroke) di kampung, emak dia minta dia buatkan kenduri di rumah dia kat sini aje. Adik dia kahwin dengan mualaf jadi buat satu pihak jelah. Nak dijadikan cerita di sebabkan jiran tetangga dia yang hanya makan ayam HP* aje jadi dia terpaksa berbelanja lebih untuk beli ayam-ayam tu. Dia pun bukan orang senang. Suami kena buat part-time sebelah malam lepas balik kerja sebab tak cukup belanja.


Cerita ketiga.
Dari cerita kawan aku; jiran yang lain pernah buat kenduri kahwin anak  yang beli ayam selain dari ayam HP*  diboikot.  Suami jiran dia ni kerja di Colgate sebelum pencen. Satu keluarga dicop makan & pakai hasil haram .Ingat tak kes “colgate”  yang dorang heboh-heboh di email dulu ? Orang macam ni pun ada.



Cerita keempat
Bapa mertua aku memang makan & beli ayam HP* ni tapi tak pernah mengutuk atau mengata-ngata pasal ayam yang lain. 




Note : Kalau aku; aku tak beli di stokis kawasan tu...aku cari di kawasan lain.  Emo aku dibuatnya.

Sunday, July 17, 2011

ULANG-ULANG

18 kawan yang bezz
Dah lama tak buat entri makan-makan
Kokya ada pun simpan dalam draft jer.. ;o)
Aku dah buat 'perjanjian baru'. Weekday masak 3 kali dan weekend sekali
Tapi minggu ni baru dua kali dapur berasap. Nasib baik abi tak cakap apa... heeee..

Plan nak ke Tg Karang untuk cari lauk segar dekat 2-3 minggu .
Asyik tak jadi aje.


Pagi ni goreng mee
Buat dua bungkus sekali
Mana tau nak makan ulang-ulang nanti
Biar semua makan puas hati



Banyak projek hari ni
Ke sini, ke situ, ke sana



 

Friday, July 15, 2011

BOLEH DIMAKAN TAPI BOLEH JUGA DIBUAT PELURU

29 kawan yang bezz



Kenal buah apa ni ?
Kalau zaman kanak-kanak dulu, tak heran yang masak
Dok cari yang muda
Untuk buat peluru pistol kayu
Kenapa ? Tak caya ?


Kecik-kecik muda remaja dulu sifat 'tomboy' memang terserlah
Berkawan dengan lelaki aje
Main pondok-pondok tak nak
Nak main permainan yang lasak-lasak aje.
Emak & kakak aku orang yang paling gumbira sebab aku  dah berubah ..hehehe..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Mula-mula anak-anak pelik bila aku petik buah tepi jalan hutan.
Bila makan.... Sedap !
Sekarang ni pantang nampak pokok ceri, mesti suh aku cari yang masak.





Note : Aku berhutang dengan Along pistol kayu. Ko belilah pistol menan canggih mana kat diorang, yang kayu ni jugak dituntutnya..

Thursday, July 14, 2011

BERSATU

53 kawan yang bezz
Ahad lepas Sports Day Tadika Adiq
Dari Jumaat dia ingatkan
Bagi bekfes roti coklat & air kotak dutchlady aje
Registration pukul 8.30pagi.


Sports Day ni di Shah Alam Extreme Park, Sect 13.
4 Kindy dari Bkt Rahman Putra, Bukit Beruntung, Puncak Alam & Bdr Tasik Puteri bergabung sekali


Yang tak bestnya parents langsung takleh dekat dengan anak
Kena duk luar kawasan; ada 'guard' jaga tak bagi parents masuk.  :(



beratur sebelum marching


 

Marching
*pagar/net  ni mengganggu betul !*

Nyanyi lagu patriotik

*dua minggu sebelum tu asyik praktis aje kat rumah

susun AEIOU

Setiap sorang hanya main 3 games

*Disebabkan dek pagar/net & cikgu menghalang; dapat snap yang ini aje..

..rehat jap..

Acara ikat kaki


cepat ! cepat !


grooming..
kenmain lagi..




Adiq dan mineral

*kalau takde milo suam, air mineral aje yang dia nak..

beratur untuk penyampaian hadiah
*semua dapat

Adiq & Gudfren; Tasya
Hari-hari ada aje citer pasal kawan dia nih..
kejap baik, kejap gaduh



Siapa sangka si ensem Aril ni anak kawan blogger !


Note : Sangka kan tenet di rumah problem sejak dua hari lepas.... rupa-rupanya bila angkat tepon malam tadi suara tu berkata "service anda di hentikan sementara" ..sebab aku lupa bayar ! huahuahua.. Nampak nau dah tua.





Pagi ni bodek abi tolong pi TM bayarkan...
*taktik menyelamatkan poket sendiri.. hehehe

Thursday, July 7, 2011

ANAK YATIM

26 kawan yang bezz
Aku pernah citer pasal 'dia' di entri kat bawah nun.
Minggu lepas ke rumah emak.

Tengok berdua aje 'dia' sekarang.
Ayah 'dia' dah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.
Emak aku pun sedih.








..si kecik ni...takut-takut lagi dengan orang..


..emaknya main cak-cak dengan Along..
.





Ingat tak gambar di bawah yang aku minta teka minggu lalu..






Ini dia rupa sebenarnya..
Sugar Glider...  namanya dalam melayu tak jumpa pulak. 
takpun kalau ditranslate jadi Ngensot- Gula.. hehehehe...
Nak kata tupai terbang ..tak jugak..



Ada dua tempurung untuk tempat tidur tapi ke-empat-empat ekor tu nak melanding di satu tempurung ni aje..
Emak, Bapak dan Dua Anak.


tengok muncung dia... comel betul ..




Joan nama yang adik bongsu aku beri
*kenmain lagi nama omputehnya..

Asal hanya sekor...
Kesian takde kawan.. Adik aku beli lagi sekor ..
untuk dia beramah-mesra..
Si Joan tu bunting dan dapat 4 ekor anak...
Dua ekor tak hidup lama. Tinggal dua aje.
..Mak aku sedih betul bila 2 ekor tu mati..



kenal betul  tuan dia.. jinak sangat..


..aksi-aksi..


..Along tak lepas peluang..


..mata jernih betul..

..aksi lagi..


.. jinak..berlari-lari kejar dia..


 ..dengan partner..


..badan kecik tapi bunyiknya bising ya amat..




Note :  Sayang sangat Adik aku dengan dorang ni..orang nak beli pun dia tak nak jual..






Linky's Magical


ShoutMix chat widget