Friday, May 22, 2009

~ Sale Oh Sale ~

Rabu yang lepas ex-colleague called dan dia bagi tau yang Jusco Mid Valley ada Member Card Sale pada hari Khamis @ 21-Mei-2009. Biasanya discount sampai 70-80% . Aku memang pelik sebab selama aku jadi member, tak pernah dapat invitation dari Jusco samada Invitation Card atau pun SMS. Kena tunggu member-member bagi tau jer… baru boleh pergi.

Hati dok berkira-kira nak pergi ke tak nak...Nita kata kat One U pun Member Card Sale jugak tapi memandangkan aku maleh nak cari parking kat sana membuatkan aku bercadang untuk ke Mid Valley je sebab tak payah bersusah payah nak drive ke sana. Naik Komuter je.

Macam 2 tahun yang lepas, Dari pukul 8.30 pagi sampai 4.00 ptg kat sana. Itupun nasib baik pergi sorang dan janji dengan sumer member-member jumpa kat sana. Beli..belek..beli.. simpan barang kat keta member pastu sambung balik beli-belek-beli lagi. Lunch time kita stop pastu sambung lagi... sampai kaki dah tak boleh berdiri baru ingat nak balik...

Semalam aku minta opinion dari Nita ngan Wan (ex-colleage gak..) samada nak pergi ke tak… Dua-dua pun kata kalau murah apa salahnya pergi. Tanpa fikir panjang aku pun terus call boz aku sebab nak minta half day leave. Boz tanya “Why ?” Aku pun katalah “I’ve something on at KL” . (Ha..ha..ha.. inilah sale nye penangan, sanggup minta cuti segera) Boz pun kata OK dan minta aku inform HR. Biasanya AL kena minta dua hari in advance.

Aku call Hubby untuk minta permission. Mula-mula dia macam tak bagi sebab tengah darurat, @ belom gaji lagi tapi aku pun kata "selama nie Abang tak pernah tak bagi saya pergi mana-mana. Ni first time nie". Akhirnya berjaya jugak pujuk dia dan bagi tau dia kalau beli masa dekat raya memang tak banyak discount compared dengan sekarang dan sempat aku bagi contoh macam 2 tahun lepasnyer shopping. Banyak dapat beli. Hubby pun kata ”boleh, tapi dengan syarat within RM200 je, Yang tu kalau membeli, Jusco tu pun nak bawak balik.”. Aku pun mengiakan jer... Bila pikir-pikir balik berapa helai je boleh beli dengan RM200 tu. Kalau anak sorang takpe jugak, ni dah tiga.

Tepat jam 12 belas aku terus cabut ke komuter Sungai Buloh. Dah lama tak naik tren, saspens gak. Kejap-kejap tengok route. Sesampai je kat sana aku dah pelik sikit sebab biasanya kalu Member Card Sale orang berduyun-duyun tapi kali ni cam biasa je.. Masuk je kat dalam Jusco.. Laaah.. sale biasa je… Aku terus call ex-colleague aku tu, dia pun terus kata ”Sorry lah, Reen… Jusco baru hantar latest SMS to apology pasal the earlier SMS.. Sebenarnya Membercard Sale tu kat One U”. Bengangnye aku !! Akhirnya aku ke F.O.S jer. Nak patah-balik ke One U memang dah maleh. Belilah jugak baju untuk dua helai sorang. Dalam pukul 4.00 petang aku dah sampai kat rumah. Bila shopping, lunch pun terlupa.....baru rasa perut lapar.

Ingatkan kalau sempat malam semalam nak pergi jugak kat One U tu.. tapi hubby sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Memang tak sempat nak pergi...

Sedih aku.. Inilah akibatnya tak nak dengar cakap suami.. Daulat tu.!!.


Till Now.

No comments:

Linky's Magical


ShoutMix chat widget