Showing posts with label Kidz. Show all posts
Showing posts with label Kidz. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Dekat Pun Jadi lah...

10 kawan yang bezz
*entriflashback*


Dari gambar yang ada  berkepuk kat dalam external hard disk, elok lah taruk kat sini...boleh gak ditengok atau dijenguk.

Masa kejadian kebakaran (penghujung 2011) hari tu, percutian ke Langkawi cancel.*sampai la ni AirAsia tak reply pun..lebih2 lagi tentang refund :(

Nak jugak bagi anak-anak happy, jadi kitorang cari tempat yang dekat2 ajelah masa tu..


Nama aje kampung kat Melaka, tapi kali ni festaim sampai.. :)

Secara keseluruhannya : berpuas hati tapi pihak pengurusan kena baik pulih kawasan persekitaran. Takut jadi macam Bukit Cahaya Shah Alam.



seronoknya...

apartment ni aje yang ada bila tempah last minute
sesuailah untuk kami 5 orang

halwa mata

anak teruna ni yang bila pergi mana2 memang suka serve ibu abah eh..

adiq - 5 tahun masa ni

se'tangan' ngan ibu dia..

Apa Along ambil, dia pun nak...tapi tak habis..

suka nya !

ok lah ; life show

watak utama

semua watak

ngauuummm...

berani-berani lalat

Note : Cuti sekolah hujung tahun 2011

Wednesday, December 14, 2011

ALAHAI ANAK....

0 kawan yang bezz
Adik : ibu, berapa hari ibu cuti ?
Aku : 3
Adik : ala sekejap je.... kan best kalau ibu tak kerja...  balik sekolah nanti, Adiq boleh balik rumah...
Aku :  kalau ibu tak kerja, ..ibu takde duit nak beli macam-macam yang adik nak..
Adik :  mintak kat Abah lah...
Aku : kesian kat abah.. macam-macam lagi abah nak bayar....
Adik :  ...... adik tak mintak apa-apa lah lepas ni...
Aku : alahai....














Note : Anak mana lah yang tak happy, bila mak-pak ada kat rumah...

Thursday, July 14, 2011

BERSATU

53 kawan yang bezz
Ahad lepas Sports Day Tadika Adiq
Dari Jumaat dia ingatkan
Bagi bekfes roti coklat & air kotak dutchlady aje
Registration pukul 8.30pagi.


Sports Day ni di Shah Alam Extreme Park, Sect 13.
4 Kindy dari Bkt Rahman Putra, Bukit Beruntung, Puncak Alam & Bdr Tasik Puteri bergabung sekali


Yang tak bestnya parents langsung takleh dekat dengan anak
Kena duk luar kawasan; ada 'guard' jaga tak bagi parents masuk.  :(



beratur sebelum marching


 

Marching
*pagar/net  ni mengganggu betul !*

Nyanyi lagu patriotik

*dua minggu sebelum tu asyik praktis aje kat rumah

susun AEIOU

Setiap sorang hanya main 3 games

*Disebabkan dek pagar/net & cikgu menghalang; dapat snap yang ini aje..

..rehat jap..

Acara ikat kaki


cepat ! cepat !


grooming..
kenmain lagi..




Adiq dan mineral

*kalau takde milo suam, air mineral aje yang dia nak..

beratur untuk penyampaian hadiah
*semua dapat

Adiq & Gudfren; Tasya
Hari-hari ada aje citer pasal kawan dia nih..
kejap baik, kejap gaduh



Siapa sangka si ensem Aril ni anak kawan blogger !


Note : Sangka kan tenet di rumah problem sejak dua hari lepas.... rupa-rupanya bila angkat tepon malam tadi suara tu berkata "service anda di hentikan sementara" ..sebab aku lupa bayar ! huahuahua.. Nampak nau dah tua.





Pagi ni bodek abi tolong pi TM bayarkan...
*taktik menyelamatkan poket sendiri.. hehehe

Thursday, June 23, 2011

Olok-Olok

44 kawan yang bezz
Ada satu hari di rumah nenek
Semua mati kutu mati sebab nenek tak subscribe kartun di astro

Lagipun nenek tersangat suka layan citer Tamil & Hindustan
Kitorang ajak ibu ke swimming pool dekat ngan rumah nenek
Ibu tak nak sebab Ibu sibuk memblogging sambil menonton hindustan  memasak
Abah pulak  di luar kawasan


Ini kerja kitorang
Punggah kabinet nenek





..doktor-doktor pilih peralatan yang sesuai..




baru mulakan pembedahan
si pesakit tak tahan sakit geli

..doktor pertama dan kedua ikut giliran untuk membedah..


sudah mau gam ke baru mau bius ?


Emoticon


..peralatan yang digunakan..



Note: ada aje projek kitorang yang buatkan ibu selalu potpetpotpet. sebab..... selalu tak kemas balik...

Monday, June 20, 2011

Ada Udang Sebalik Mee

22 kawan yang bezz

Sabtu dan Ahad sibuk mengemas bagai peluang bila TM@tenet problem
Projek bilik Adiq baru separuh siap
Rak buku dalam bilik tu tak tau nak letak mana.
Rumah sekangkang kera tapi barangnya lebih dua kangkang kera
Itu baru duduk dekat sepuluh tahun. Kalau dua puluh tahun, gamaknya kena tereban entah apa lagi.


Itu pun abi dah bising sebab semua pun aku kata aku sayang..
baju masa  anak dara pun aku simpan lagi.. hehehe
nak tak nak terpaksa let-go 
Aku bagi pada kawan ofis yang selim
Penuh luggage bag ! 
Adalah dua tiga pasang aku simpan untuk Adiq nanti


Semalam projek di dapur pulak.
Betul punya citer, memang dua minggu sekali; kengkadang tu tiga minggu sekali baru kasi bersih habis-habisan tang dapur tu. Kalau tak, gitu-gitu aje
Mana taknya, kalau Sabtu aku kerja, Ahad tak sempat nak buat semua kerja
Bila Sabtu tak kerja pulak, ada aje projek lain ke sana dan ke sini yang datang.



Lima tahun lepas adalah panggil pest control  untuk elak anai-anai. Dah tamat tempoh pun.  
La ni  belum  buat balik jadi anai-anai belum nampakkan muka tapi semut pulak yang banyak . 
Macam-macam jenis ada.
Aku risau jugak pasal anai-anai ni. Katil  & kabinet dapur pernah hancus dek menatang ni. Masa tu baru dua tahun kitorang tinggal.  Tu yang kabinet sekarang ni atas lain, bawah lain.  Katil pun terpaksa beli lain.
Tengok pun geli sebab bila banyak, bunyi anai-anai ni makan pun boleh dengar.


Malam tadi
Aku tengah basuh pinggan-mangkuk 
Angah datang kat aku mintak span.
Dia bukak kabinet bawah sink dan amik kiwi spray serbaguna


Tengok apa dia buat.



curi-curi snap



Sampai berkilat Angah kerjakan meja botak tu. 
Nampak tak line putih tu. Itu kapur untuk elakkan semut tapi semut yang datang ni spesis degil gamaknya. Tak di herannya. Macam-macam aku dah cuba.  
Serai wangi jenis spray pun pernah. 
Yang paling berkesan tetap ubat dari rentokil yang selalu datang spray kat ofis. 
Cari di kedai hardware; tak jual pulak. 
Control item kata  tokey tu. Nak free selalu seganlah pulak...


Ehhh...melalut pulak. 
Sambung citer; Bila puji dan cakap timakasih sebab tolong aku, 
Angah datang dan bisik  "Ibu kena belanja tau".
Huiyai..bertuah punya budak. 
Dia dah bersungguh-sungguh lap meja dan sapu lantai kat dapur tu, 
kalau aku geleng mahu masam mencuka dia. 
Angah kata dia nak bola baru.  Huh..nasib baik bola aje.. 

Lenkali kena slowtalk dengan dia.




Iklan :  Kengkawan ada tak sedara-mara yang nak kerja untuk tolong kemas & tolong tengokkan anak-anak aku (10,7 & 5 tahun). Lima hari seminggu. Kalau tinggal dekat-dekat Rawang nak balik hari pun boleh tapi kalau nak tinggal sekali pun okay. Weekend cuti. Anak-anak aku tak nak duk nursery lagi. Aku tak nak amik indon maid lagi; dah serik.


Tuesday, May 31, 2011

Turun Naik ..

21 kawan yang bezz
Rata-rata budak sekarang pandai baca sebelum mula sekolah. Sebab ? Parents beli macam-macam jenis bacaan atau program untuk bagi anak-anak pandai baca.  Aku yang konon tak nak ketinggalan, ikut beli.


Masa tu empat tahun lepas; Along umur 5 tahun  lebih,  Angah 2 dan Adiq 5 bulan. Aku beli abi bayar program Disney Magic. Bagus ? Program tu memang bagus tapi orang yang belinya kalau takde masa untuk mengadap DVD dan buku-buku tu dengan anak-anak; yang bagus jadi tak bagus membazir.


Masa tu ada si Siti lepas tu Leha. Jadi,  ada orang di rumah melayan tolong on kan tv dan si Along & Angah mengadap . Mula-mula ok tapi sejak si Siti & Si Leha takde,  terus hantar diaorang ke nursery. Terperap aje semua 20 keping DVD tu. Buku yang se-rak tu jadi tempat pengumpulan habuk.


Ehh…apa topik aku sebenarnya nih ?


Siang
Ahad lepas. Minggu ni Ahad hari ‘tak masak’. Abi gi kedai dan Angah nak  ikut. Sementara tunggu,  Angah bacalah apa-apa yang dia nampak sekitar kedai makan tu.  Saje nak bagi tau yang Angah ni kalau bercakap suara dia memang hi-pitch. Selalu jugak kena tegur. Ikut belah-belah Melaka agaknya.. Belah Pahang suara macam di peram-peram...kan bang ?hehehe...


Dia nampak  sign  DI LARANG  MASUK KE DAPUR. Dia baca kuat .  Abi senyum tunjuk ibu jari. Lepas tu abi tunjukkan  menu kat dia.

Angah baca  ni pulak..

T   O   M   Y   A   M

Dengan kuatnya dia sebut.... TOM YOM !

Orang kat meja sebelah ..tersenyum-senyum .


Malam
Sementara  tunggu lagi, Along & Angah nak makan kat kedai tu. Nasi Goreng Pattaya sampai.  Berasap-asap.

Along dengan lafaz bismillah mula makan.


Angah letak garfu ngan sudu kat tepi terus mula baca bismillah dan doa makan dengan kuat. Sekali dengan maksudnya sekali pulak tu ...sampai Aamin. Tak tengok kiri-kanan, terus dia mula makan. Orang meja sebelah senyum jugak..


Biasanya kalau lapar sangat, Angah akan makan sampai licin campur nasi di pinggan Adiq separuh. Kalau roti canai pulak mesti dua keping.


Alhamdulillah Angah back to normal. Sejak 5 bulan dia sekolah ni, bulan ni badan Angah dah naik sikit. Awal-awal tahun hari tu susut betul badan dia. Makan pun tak berapa lalu.  Balik aje aku tak sempat nak tanya ada homework ke tak;  dia dah…..zzzzzz. Di lantai pun jadi...







Note : Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Tak perlu paksa.

Monday, May 30, 2011

Kira-Mengira

27 kawan yang bezz

Dengan bersemangat


Adiq mula mengira

One, two, three
four, five, six

seven, eight, nine
ten, eleven, twelve
thirteen, forteen, fifteen
eighteen, nineteen….


"Salah tu…
Ikut Ibu,

Fifteen, Sixteen , Seventeen,
Baru …Eighteen, Nineteen, Twenty"

"Ooooh…"


Adiq kira lagi sambil keluarkan balik telur-telur tu.


"Aikk.... salah lagi diq… meh cuba kira  lagi.."

“Tak nak lah.. Adiq dah penat.…Ibu susun sendiri lah…"

Angah dengar terus datang nak tolong
Adiq terus sambung duduk
sambung susun sambil kira lagi

"Adiq kata penat ?"

"Dah tak penat dah.."



Note : tak kira apa, sekarang ni asyik nak celen-mencelen aje tapi biasanya Angah mesti mengalah ..

Saturday, May 28, 2011

Reki-Reki

35 kawan yang bezz
Hari Rabu
Abi bukan hantu tv @ movie .
Jadi Abi suka melepak di luar sensorang 
 kalau jiran-jiran takde yang berborak dilorong rumah

Kengkadang aku join kalau takde CSIs .
Lepak sambil minum  Teh-0-buah-free-Sri Lanka dari Anis...layannn..

Masa ni tengah melepak sebelum Abi amik Along dari tuisyen


"Asyik ibu aje....Adiq nak jugak "
"..Alaaaa....goyanglah Ibu ..."

(tau pulak tu..)



"Maira boleh.. Angah nak jugak.."


"Ala... Goyang jugaklah...."

Aku : "itulah... kena ibu aje amikkan.." huahuahua...


* Bangku  kat luar  yang dah masuk 10 tahun skru dah loheh; papan dah tercabut, dah selamat ditereban. Tengah reki-reki mana yang berkenan. Mana aku nak terjah ni....?



Note : Dua-dua puas hati bia dapat amik gambar...

Friday, May 27, 2011

3 Serangkai Yang Berjangkit..

27 kawan yang bezz

Sana sini ada mangga
Minggu lepas kawan ofis balik kampung di Perlis
Kirim suruh belikan
Dah rezeki
Dia takmo amik duit



Konon nak tunggu ranum
Tapi teringat hari tu  jalan ke 'rumah' Kak Kasih; 
ada lassi mangga
Jalan ke 'rumah' Kak Yati
berlassi mangga jugak
Haihh...mana boleh tahan



Potong malam tadi
Tak sempat berlassi 
dah langsai..
Ingatkan boleh makan dengan pulut dan santan
 ..huhh..
kena tunggu mangga lain lah jawabnya


Sebiji tinggalkan untuk Adiq
Adiq demam







Mula-mula Along
Lepas tu Aku
baru je sihat dari sakit 3 serangkai 
Tinggal sok-sek-sok-sek aje
Malam tadi berjangkit pada Adiq pulak
 Bawak gi klinik. Temp 38.5°
Ubat-ubat jugak; 
Tradisional guna jugak..
Tengah malam tadi jaram dengan air asam jawa
kurang sikit panas pagi ni.
Lega.



Bila Adiq demam
Tido nak berselimut tapi dengan jaket abi 
Yang bagusnya mulut dia tak berhenti bertanya itu-ini
bukan tone biasa tapi tone tinggi 

..syiannn anak ibu..








Saturday, May 14, 2011

Besarnya !

25 kawan yang bezz

Adiq tak berapa sihat dari kelmarin. 
Muntah-muntah.  
Mulalah risau. Boleh ke tak dia pergi trip tadika ke Pusat Sains tu.
Dahlah festaim.
Aku cuak jugak.
 Pagi semalam Adiq memang 'lembik'. 
Bila ditanya; kejap nak; kejap tu tak nak.
 Dia takut muntah lagi. Lepas bagi ubat tahan muntah terus nak pergi.  
Dalam keta kata tak nak pergi. 
Dah sampai di tadika; nak pergi pulak...heeee.. macam siapalah tu ..



..senyum terpaksa..



 kat rumah semuanya tak nak. "nanti muntah", kata dia
Bila ajak ke 7E terus bertenaga dan tersenyum simpul
dapat upah nano-nano!  mau kena jeling kalau tau dek abi

Adiq bekfes Choco Pops & Yakult 




beratur nak ke bas
Adiq & gudfren; Tasha
(selalu cerita pasal dia)



...kalau dah jumpa kengkawan.. lupa ibu dia dah...


bas ke rombongan

tengok dari luar nampak kepala aje sebab semua kecik comel belaka

Petang tu tak payah tanya terus cerita..... "gggrhaaaaauuuuu..... T-Rex macam nak makan Adiq ....! Takut...  Besarnya dia "!   Along & Angah dah tak sabar . Mak Tam ! Kita pergi minggu ni lah...




Note : aku yang mula-mula  cuak terus senang hati bila tengok Adiq happy + gelak-gelak  jumpa kawan-kawan.

Thursday, April 28, 2011

Budak Sekarang vs Budak Dulu

35 kawan yang bezz
* Auto publish.

Beruntung budak-budak sekarang
Tak macam budak-budak dulu


Kenangan Aku dulu
Kali pertama
Darjah enam
Ke tempat bersejarah di Bukit Melawati
Kawan-kawan yang 'ada-ada' bawak kamera
Bila masa diorang berposing
Aku  tukang jaga beg-beg
Bila gambar dijual
Aku beli sekeping
Balik tunjuk kat emak ..
"Kesian" kata dia..
Gambar tu aku berdiri sambil pegang beg-beg  kawan-kawan kat hujung gambar
Masa tu mana terfikir apa..
Lama-lama baru aku faham kenapa mak cakap camtu...

..Adiq tak sabar-sabar nak pergi..
























Korang atau anak-anak ke mana masa  lawatan sambil belajar  KALI PERTAMA ?


Note :
1) Dekat sebulan tak jadi pergi; tengok-tengok Adiq dapat pergi dulu. Along dah panas punggung.


Saturday, April 23, 2011

RoYaNunDalWau

21 kawan yang bezz
Malam tadi  tengah layan citer Around The World in 80 Days @ TV3
Citer lakonan Jacky Chan, jadi adalah lawak + lawan-lawan sikit
Tiba-tiba Angah tersedu-sedu nangis
"Rindu Along"  kata dia ..
Selalunya Along yang ingatkan citer apa malam tu dan dia yang panggil semua untuk tonton
Tengah malam sikit, Adiq pulak.
Aku yang tengok pun ikut sedih


Malam Jumaat hari tu
Buatkan kek peberet  Along
Suka betul Along dapat makan kek  carrot tu masa bekfes
Tapau sekali ke sekolah Kafa


Tak sabar tunggu Ahad .




bab-bab tolong kat dapur ...Along memang boleh harap

Jengok sekejap malam tadi
..Tak nampak Along, nampak khemah pun jadilah..



Note : Ni kali pertama Along join perkhemahan Pasukan Pakaian Beragam  Sekolah.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget