Tuesday, March 31, 2009

** Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia **

0 kawan yang bezz
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.



Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya...


Peringatan buat ku juga....

Friday, March 27, 2009

** Cuti **

0 kawan yang bezz

Dunno what to rite... but tak sabar tunggu weekend... nak g umah mak. Lama tak jumpa, mesti banyak citer.. gossip2 adik-beradik... memang bborak sampai pagi.. lebih2 lagi kalu 2 3 famili bjumpa...






Aku plan nak bawa my kidz g swimming pool baru kat sana... Skang nie kat umah mak aku tu sumer ada n dekat lak tu. Tesco @ Semenyih baru buka, Sooner KFC & Pizza Hut lak.. Tak rugi adik aku beli umah kat ctu.. Dulu kat BBSentul tu ok sumer dekat tapi orang tua .... kena turun- naik apartment tu ke tingkat dua... sian dia.. Arwah ayah aku beli masa dia ada dulu... Kitaorang baru tinggal dlm 3 tahun je.. dia meninggal dunia.. jadi mak aku tak perlu sambung bayar... Kalu difikirkan balik, memang susah dulu... kesian mak aku membesarkan 9 orang anak... Sekarang nie memang alhamdulillah.. sumer anak2 & menantu memang ingatkan dia...






Aku yang kat Rawang nie.... ??? Tak happening langsung..since aku tinggal 7 tahun lebih nie... Tunggu jelah..
Till now..

Thursday, March 26, 2009

My Kidz - Dulu Dan Sekarang..

0 kawan yang bezz
Bila tengok balik topik sebelum nie "Refresh" aku pun terfikirlah nak letakkan some of my kidz pics masa baby till now...


ALONG















ANGAH















ADIK












Sumer Ni Buah Hati Pengarang Jantung Ibu ..... U light Up My Life













Refresh

0 kawan yang bezz
Thiz morning reached office quite early …actually this week memang very the early sampai…Saja kuar cepat kalu tak… terkejar2 nanti.. Kat office ni memang flexible … but dun wanna take for granted.. Mana tau the big boz keep eye on you lebih-lebih lagi kat main entrance tu ada CCTV… tu yang tak best tu …..

Semalam aku terlupa bawak pen drive…ari ni lak terlupa bawak handphone…hai….memang lately ni aku selalu terlupa yang bukan sikit-sikit. Kengkadang letak tempat lain cari kat tempat lain….. Adakah ini tandanya umur yang semakin meningkat membuatkan aku jadi camnie??? Oh..No! … Atau orang tua-tua kata urat bersalin dah terputus banyak kali yang jadikan aku camnie ?? Aku baru tiga orang anak.. kalu orang yang banyak tu camna erkk...

Citer pasal anak nie… aku nak share sikit about baby…. Nak refresh balik ingatan ni…yealah my doter pun nak masuk 3 tahun this year…

Why Babies Need To Use Their Own Toiletries ?

Babies’ skin is thinner and more fragile; that’s why is so important to use products that are especially formulated and proven mild enough for their delicate skin. In adults’ toiletries, the surfactant (cleaning effect) is harsher, causing dryness to baby’s skin and skin irritation. However, mild surfactant used in baby toiletries cleans without removing natural moisture, maintaining skin hydration and leaves baby’s skin soft and smooth after use.

When should a baby to use a Pacifier and Rattle Teether ?

Baby show various desires immediately following birth and throughout their various growth phases. These products are designed to be use according to the different stages of development.
Paficier – From birth
Satisties the baby’s need to suck and promotes jaw development
Rattle Teether – From around 3 month
Satisties the baby’s need to touch things with its mouth and hands. It also promotes sensory perception and a sense of touch.
Teether – From 5-6 month
Satisfies the baby’s need to bite and teaches baby to chew.

How Should I Care For My Baby?

Eyes
The eyes of babies, from newborns to one-month olds, may produce frequent discharge. Use a wet, clean, soft cloth to wipe the eyes. Gently wipe the eye moving from the inner to outer corners. A new, clean wipe should be used for each eye.

Ears
After giving baby a bath, clean his or her ears with baby cotton swabs and behind the ears with a soft, wet cloth. Never insert cotton swabs into the baby’s ear canal. Doing so may damage mucous membranes.

Nose
Baby’s nasal mucous membranes are extremely delicate and fragile. Do not insert cotton swabs inside the nose when cleaning the nostrils. Use nose cleaner when baby sniffles. Warm baby’s nose with warm towels when the nostrils are severely blocked.

Nails
Baby’s nails grow quickly and should be trimmed once a week. If not trimmed properly, a baby’s long nails may scratches his or her face. Cutting nail while a baby is sleeping is best.
Till now.. to be continued..

Wednesday, March 25, 2009

Ciri-Ciri Pasangan Sejati...

0 kawan yang bezz

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahawa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Kisah-Kisah Para Ambiya - Nabi Musa a.s

0 kawan yang bezz
TAHUKAH ANDA APAKAH DOSA YANG LEBIH HEBAT DARI ZINA???
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan duka cita. Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah melanda hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......mati", ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat."Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"" Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina. Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyed ari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya di banding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Dasyatnya azab neraka.Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.

Insyallah...

Monday, March 23, 2009

Weekend

0 kawan yang bezz


Semalam ikut hubby ke Tanjung Malim, ada football match dengan kengkawan ofis dia.. Sampai kul 2pm kat sana… On the way back singgah kat Kerling bawak my kidz g mandi sungai ngan air panas.. Sekejap je kat sana coz tak plan… Sampai rumah dekat kul 6 petang… Rasanye hari ni cam tak wat apa pun…

Malam semalam… Along asyik Tanya je bila nak buat kek… Memang ada janji kat dia yang dia boleh tolong aku bila wat nanti… Nak tak nak kena buat jugak… Dalam kul 10.00mlm baru start nak kukus kek tu…. Dalam kul 11.45pm masaklah kek tu… Angah tak sabar2 nak makan.. tapi bila cakap kat dia esok baru boleh makan sebab panas lagi... masam je muka dia... sian anak ibu....

Friday, March 20, 2009

Balik Kampung - School Holiday

0 kawan yang bezz

It was almost a week tak jenguk blog nie. So damn bz… At home, office…etc.. Last week memang tak menang tangan when my hubby was not around. Memang miss him a lot.. Baru takde seminggu.. Anak-anak jangan cakaplah…kesian sangat asyik dok bye-bye kat aeroplane yang memang sentiasa terbang pass-by our housing area.. He reached home at 0120am, Sunday. He bought for me few souvenirs i.e.a Korean scarf, Korean silk fabric (tu.. aku plan utk baju raya aku n adik this year), Brooches. And for the kids he bought them a Tee Shirt. Kat mulut aku cakap kat dia jangan dok membazir… tapi kat hati memang gumbira giler...





Pagi tu bangun quite early coz nak hantar Along g Abacus class dulu. Around 1000am ambil Along and straight away balik kampung. My kids memang dah tak sabar2 sangat…kat simpang rumah lagi dah tanya jauh lagi ker..! Sabar jelah… Sampai kat kampong around 130pm.. . My kids ni xcited pasal nak tengok Aki punya anak-anak baru…kaf mim bay a nga. Bapa mertua aku jadi penternak kambing ‘bo’. Baru start dalam 4 months. Ada lebih kurang 15 ekor. Along ngan Angah sampai je terus gi kat kandang memain ngan kekambing tu… Adik tak nak coz dia takut… Memang happy betul my kidz at kampung…

Tuesday aku n hubby cuti lagi.. On Tuesday, balik dari kg plan nak g EPF utk tukar existingnye pewaris. Baru je nak kuar, keta my hubby memang confirm xleh start… Dah few days tak bergerak. Last Wednesday aku try pun takleh… So have to wait for the mechanic to come….. On Wednesday he has to send me to office coz the car tak ready lagi. Sib baiky ada one of my colleague stay nearby. My hubby sent me at the Mobil station at Bandar Country Home and Ai Ling fetch me to office. We breakfast at McD sebab too early…Balik oso she dropped me at the Mobil station.

At last, on Thursday evening baru his car ready. Ntah apa yang rosak pun aku kurang pasti tapi dia ada mentioned fuel filter or fuel timer… Mechanic tu kena cari spare part kat KL. Terbang lagi $$$$$$$$$.... Sabar jelah.. lelaki memang kalu pasal kereta…. Takleh komen….. Bang.. jangan mare...

Pregnancy Tag

0 kawan yang bezz
1.WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
I got pregnant after 6 months of marriage. (kosong 5 bulan je..tu pun my hubby worried…

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER
NAME?

( It was 7 years ago and the preffered name was Nureen Batrisya)
3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
I was quite happy even a bit worry. Yealah no experience before. I had
No problem with my early pregnancy. Quite healthy.
4. HOW OLD WERE YOU?
26 years old.
5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
My gud friend tak tunjuk muka for two months. Pergi Guardian and bought the pregnancy test…Mak oi..that was the first and last time I bought… punyalah mahal… RM25++ If not mistaken… Maklumlah first time tak pernah beli n the pharmacist suggest terus beli… Balik when I cakap ngan my sis, she said ada yang murah nye…
Bila confirm je terus my hubby ajak g Pusrawi, Jalan Ipoh for further confirmation.
6. WHO DID YOU TELL FIRST?
My hubby
7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Nop. But during check-up the doc told me it was a boy …
8. DUE DATE?
18th Dec 2001
9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Alhamdulillah... sihat walafiat...
10. WHAT DID YOU CRAVE?
Nothing
11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
One of my ex-colleague .. She was a cha-ya (that’s why my bb look like a cha-ya)
12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
Boy
13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Nop. Preferred to have a baby boy first so that can look after his future sister or brother.
14. HOW MANY KG. DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
14kg
15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Not in the agenda
17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Pedih Ulu Hati due to makan pedas banyak kot.. Alhamdulillah not too serious
18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Pusat Rawatan Islam ( Pusrawi) at Jalan Ipoh
19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
From 9.30am till 6.18pm The contraction start at 2.00pm.
20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Luvly hubby
21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Of Course him.. He’s the one who excited bagi semangat.
22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural
23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Bukan ease the pain…. Tapi menambahkan pain adalah when they induce me….
24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.55kg
25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
11th Dec 2001.7 days before EDD. A week before Hari Raya Aidilfitri
26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Hariz Fa’izin (Ketua yang Membawa Kejayaan)
27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Today, 7 years 3 months.
28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Yeap … Now he got a brother and a sister.

Note : thanx Nita... bila wat nie leh flash-back keadaan masa tu...

Saturday, March 7, 2009

Movie

0 kawan yang bezz
Thiz morning terlewat bangun… tot nak prepare breakfast for my hubby n kidz… Yealah today is my working Saturday.. Quite boring gak.. sebab for almost 10years keje 5 days a week…Takpelah as long as the office quite near compared to my ex-office. Rush-out cam ribut ari ni… tapi sempat gak g tapau breakfast for me and my colleage.. Aku call hubby lepas reached office, makan roti n jem je…cian tul… Adik tengah nangis pasal tak nak pakai baju siang… nak pakai baju malam pulak c kecik tu… Plan to bring them to watch ‘Geng’ movie ari nie … Upin-Ipin tu… betul-betul-betul… My hubby memang xnak g awal2.. mesti full house.. tapi kena confirm back ngan him whether jadi ke tak… Kalu jadi g kat cineleasure mutiara d’sara kot… tu the nearest n pot window shopping. Lagipun my hubby nak g beli few stuff for him before leaving to Korea this coming Monday nite… Kalu my hubby in a good mood, leh ajak sekali ke Ikea…he..he..he.. plan sendiri aku nie.. Hubby aku ni besalah.. tak suka big crowd.. sanggup tunggu at home rather than g tempat yang ramai orang..

Nie.. baru je lepas call my hubby, dia suruh aku bawak Along ngan Angah je g watch the movie tu… Risau kalu2 Adik boring… Ni yang wat aku serba salah nie… c what I can do… Bebudak tu dah xcited bila aku confirm jadi g…. Along kata yang dia akan siapkan Abacus nye homework b4 nak g nanti…. Bersemangat tul… Nanti my hubby will drive the kidz to Bandar Baru Sg. Buloh . Kite g lunch sesama then split… Aku, Along n Angah g watch the movie…. Hubby n Adik goin’ home…… Till now.

Thursday, March 5, 2009

** Teringat **

0 kawan yang bezz
Last nite tengah menunggu Along balik dari tuisyen aku tengok CSI at AXN. Aku memang takkan terlepas CSI series ni.. Dari New York ke Vegas sampai Miami nye even yang ulangan pun nak tengok gak... Sambil nengok tu... aku pun terperasanler to solve the investigation...he,,he,,he.. Sampaikan Angah tu,.. bila commercial break habis je terus panggil aku yang memang kat dapur kalu time tu… yelah..masa kyusyuk takleh wat keje lain….memang mengadap jelah… Along sampai dalam pukul 10.20am… dia kata lapar lagi… Aku g kitchen isikan nasi …bila panggil je dia…dah zzzzzz.... kesian tul aku kat dia…. Nak wat camne.. penat sangat kot… Bila difikirkan balik masa zaman aku dulu tak delah pressure camnie...

Dalam kul 12.00am aku naik atas... mata tak ngantuk lagi terus g iron baju for tomorrow... Baju aku je.. my hubby besanya dah iron baju dia n Along during weekend… Alhamdulillah..memang bersyukur aku dibuatnye…Weekend besanye kami wat housekeeping habis2an sebab during weekdays tak sempat… buat pun yang gitu2 je… Lepas iron je aku g on laptop jap…baru teringat nak download pics yang dari hphone/camera to my pendrive… Dalam gambar2 tu adalah gambar yang aku snap pic my hubby b4 masuk OT, flower bouquet yg dpt dari co. after my tonsil operation last few month…. Aku dapat mc for 3 weeks. Resume duty on 10th Dec 2008. Best gak stay at home.. jadi housewife jap.. Memang tu my hubbynye wish… Aku selalu cakap wait till Adik start schooling then I will quit Insyaallah.. n with the condition; our family economy more that stabil… Bukan mata duitan..tapi dah terbiasa belanja with kitanye pocket money ..nak minta2 rasa tak selesa.. Even sekarang pun aku takkan minta $$ from him unless really desperado… Shopping tak ingat dunia aku nie… pantang nampak sumer pun nak, lebih-lebih lagi during sale n warehouse sale… lagi kabur mata nie… Tapi selalunye aku shopping more for my kidz stuff and my hubby attire.. For myself… calculated sket… jarang2.. Back to the pics yang aku explore semalam… memang terlalu banyak… Aku rase ada more than 1k pcs kalu nak g develop.. All the pics tu since yr2004 ..masa Angah baru lahir … Sampaikan bile tengok sumer tu aku senyum sendiri...yelah banyaknye gambar all the kidz.. dari kecik till now… cute sangat.. ok lah.. Till now. To be continue…

Wednesday, March 4, 2009

** 04th March 2009 **

0 kawan yang bezz


Pagi tadi awal gak bangun... nak masak for dinner tonite. Aku masak simple je kari ayam letak kentang n tomato... Kalu rajin, balik ofis nanti nak goreng kobis tapi nampaknye takjadiler...pasal my hubby kata he might be late today..nak practice badminton for dept tournament nanti... yo yo oo je hubby aku tu... Tu yang dia spent for RM109 for the racket last week...sabojer... Mainnye belum lagi tapi excitednye kalahkan real badminton player...hee...hee...hee.. Aku tapau kan kari ayam tu n nasi tu utk lunch kat ofis nanti. Dah tentu2 dia akan dinner kat luar dengan colleagues. Takpelah sekali-sekala... Bila difikirkan balik, bila aku g hang-out ngan ex-colleagues dia tak kisah pun... Kekadang reached home at 11.00pm. Dialah g fetch the kidz, feed them, tidokan c kecik. Memang luv him so much more than word can say.... Dia memang sporting sangat so aku takkan take advantage di atas kebaikan dia...

He juz called me and say that he might goin' to Korea next week to visit new vendor ,on the Birthday Maulidur-Rasul kita i.e. 9th Mar 09. Flight mungkin malam and return on the 14th March 09. Boringler aku at home... Bertambah kelam-kabutlah aku nanti dengan all my kidz... Nak hantar Angah n Adik at nursery and Along to Agama school... Bukannye apa nak carry tu yang tak larat tu memandangkan Angah tu dah 'semangat'... maka aku pun kena bersemangatler utk angkat dia.. Nasib baik kat nursery tu dia mandi n terus ke kindergarten.. Aku rasa within a week kalu aku berterusan send and fetch the kidz memang slim down aku dibuatnyer... Mana taknye.. 6 kali turun naik tangga waktu pagi.. takyah xcercise lain dah... chow sin..

E-mail

0 kawan yang bezz
Semalam ms outlook aku out so pagi nie berderet2lah email masuk sampai full mailbox dan dapat reminder dari system administrator. Dalam bebanyak email tu adalah satu dari frenz yg aku jumpa masa training kat Dorsett Regency, KL few months back.. ni nak share sikit dan jadi reminder kat aku yang kadang-kadang lepa, lupa dan leka...

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

Linky's Magical


ShoutMix chat widget