Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Selamat Semuanya..

19 kawan yang bezz
Tepat jam 4 lebih terima tetamu pertama pada hari Sabtu. Ex-Colleague yang kebetulan nak ke Bukit Sentosa semes direction ke sana. Aku mintak dia singgah..



Tak lama lepas tu Kak Lang & famili ; bawak mak sekali....Kak Ngah dan Famili... Azura dan Famili. Kak Ndak lambat sikit sebab kereta ada masalah semasa dia & famili di Kuang.. Adik2 blogger kembar Nyza, Nita dan famili,dan yang terakhir Kak Long. Sampai jam 8 lebih.


Masing-masing membebel kata jalan ke rumah jem ya amat ! Memang teruk giler sejak tahun lepas tapi hanya pada bulan Syawal aje.. Lain-lain bulan okey je. Semua keluar & masuk ke rumah terbuka agaknya.




Waduh..memang penat tapi berbaloi. Maaflah pada semua kalau-kalau tak terlayan. *yg rajin baca blog aku ni ialah azura, kak lang dan kak ndak..



Jam 11.30 malam Kak Lang & Kak Long tetamu terakhir balik.



Zass..Layan gambar...itu sudah semestinya.. (*_*)




Tetamu pertama.. thanxs Julia.

Sudi jugak ko datang..


Ini aje yang sempat..

Nasi Jagung, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Baked Makaroni dan dadih




Azura & famili





Mak, Kak Long, & Abg Long ; Kak Ndak & Abg Fairuz.





Bila dah jumpa sepupu; turun-naik-turun-naik...main..makan..pastu main lagi...makan lagi..



Angah memang dah berisi sekarang ni..!




Bergambar dengan emak sebelum Kak Ngah balik. Jam 10 malam..

Semua ada kecuali 3 orang adik-adik lelaki.



huishh.. kaflam kabut sampai baju pun tak sempat tukar..



..kenyang sudah....

masa untuk melepak dan jugak berborak tanpa henti

sambil tengok cerekarama, Mak Mur..

Di luar hujan lebat..




naklah bergambar jugak ... hehehe.. (@_*)





Kak Lang & Azura.
lor..adalah pulak sikat kat situ ..





Menu yang diplan tak dapat dimasak semuanya. Along tak sihat dari Jumaat petang. Pembantu Nursery bawakan Along ke klinik. Dapat MC satu hari.



Aku tak jadi ke ofis pada hari Sabtu . Tukar dengan minggu depan. Keadaan Along yang memang lembik tak bermaya dek demam dan muntah-muntah.





Hari ni Abi bawa Along ke klinik lagi. Kesian Along. Lebih dari lima kali jugak dia muntah hari ni.



Note: .....



Till Now.





Saturday, September 26, 2009

:: Dugaan Di Lebaran Tahun Ini ::

13 kawan yang bezz
Pada Raya Kedua: Kak Long, Kak Lang, aku, & Azura sibuk di dapur dari pagi hingga ke petang sebab adik2 mak dari Melaka datang, maka kami tak jadi ke Melaka. Datang dalam 20 -25 orang... memang penat sangat.


Malam tu bawak adiq ke klinik sebab nampak ruam tebal kat leher dia. Doktor suspected chicken pox atau measles. Doktor beri ubat demam dan tahan gatal bagi melegakan sakitnya.


Pagi raya ketiga, on the way balik ke kampung hubby, kami singgah di klinik yang sama untuk minta calamine lotion untuk disapu pada kulit Adiq. Doktor kata ruams tersebut bukan simptom chicken pox atau measles. Doktor refer ke specialist.


Kesian kat hubby sebab tak jadi balik kampung dan tak rasa lemang MIL tahun ini. Pusing satu Kajang cari speacilist tapi semua masih cuti. Hubby cuba telefon Hospital Pusrawi KL, Putra Medical Centre dan beberapa panel company tapi jawapan memang mendukacitakan.. Hanya Specialist di Kajang Medical Centre sahaja akan mula bekerja pada malam raya ketiga jadi kami pulang semula ke rumah emak.

Pada malam tu Adiq tak boleh tidur dari jam 2 hingga ke 6 pagi. Menangis kesakitan. Hubby ambil tuala yang direndam ais lap di badan Adiq bagi melegakan sakitnya. Aku dan hubby tak tahu nak buat apa bila tengok keadaan Adiq... hinggakan aku turut menangis tersedu-sedu barulah Adiq perlahankan tangisan dia... Hubby pujuk dan beri susu barulah Adiq tidur.


Bila Adiq dah bangun keesokan harinya, kami ke hospital kerajaan. Bukan tidak mahu memilih hospital kerajaan pada awalnya tetapi hubby fikirkan keselesaan di hospital swasta ditambah lagi kanak2 boleh keluar masuk tanpa sekatan.



Tiba di bahagian kecemasan pada jam 2 petang. Kami bernasib baik kerana tidak ramai pesakit hari tu. Dalam jam 430petang Adiq ditempatkan di wad pediatrik. Setelah membuat pemeriksaan, keputusan tisu dari kulit Adiq akan diperolehi dalam jangkamasa terdekat. Buat masa tu doktor hanya mengatakan skin infection sebelum sakitnya disahkan.

Aku dan hubby bergilir-gilir menjaga Adiq di hospital. Along dan Angah ditinggalkan di rumah emak. Kesian pada kedua-dua anak aku tu tapi keadaan tak mengizinkan.



Semalam hubby meminta kebenaran agar Adiq ditukar ke hospital berdekatan rumah memandangkan minggu hadapan sudah mula bekerja. Aku bergegas ke rumah emak pada jam 4 petang untuk mengemas baju2 yang hendak dibawa pulang. Tiba di Hospital Kajang pada jam 640petang terus ke Hospital Sungai Buloh.


Kak Long mengajak emak ke rumah Kak Lang jadi aku tidak perlu risau mengenai kedua-dua anak aku tu kerana emak membawa mereka sekali.

Tengahari Sabtu FIL & MIL dan juga Kak Ndak & Famili datang melawat Adiq. Tersenyum-senyum jer Adiq tadi bila ada orang melawat dia. Sekejap-kejap Adiq ambil baju untuk tutup muka dia..Malu agaknya..


Pada masa aku menaip ini, baru jer selesai bercakap dengan Adiq di telefon. Adiq masih di hospital ditemani hubby. Aku pulang untuk berehat setelah beberapa hari tidak cukup tidur. Bila sampai di rumah tanpa anak2 dan suami di sisi memang sunyi. Tak boleh bayangkan hidup tanpa mereka .


Esok aku akan ke hospital semula. Aku juga akan menunggu Along dan Angah dihantar oleh Pak Cik mereka.
tanda2 bermula di leher dan mulut
selepas proses pemeriksaan, Adiq tido kepenatan..
Seluruh muka berparut akibat dari peel-off dan garu.
kesian kat Adiq bila dia tengok cermin dan kata yang dia dah tak cantik...

Di Hospital Sungai Buloh. Doktor mengesahkan Adiq menghidapi SCARLET FEVER dijangkiti Streptococcus Bacteria. Tak pernah aku dengar sebelum ini.

Adiq kelihatan sihat di sini.
Kesemua kulit bahagian badan beransur kering dan mengelupas.
Faktor persekitaran yang sejuk turut membantu.



Gambar yang disnap pagi tadi.


INFO TENTANG SAKIT ADIQ SILA KLIK


Till Now.

:: Suasana Ceria Di Lebaran Tahun Ini ::

3 kawan yang bezz
Gembira anak2 di lebaran tahun ini. Raya tahun ini Kak Lang & Famili dari Pagoh, Aku dan Famili, Azura & Famili serta adik2 teruna aku beraya di umah emak . Kak Ngah dari Cheras dan Kak Ndak dari Sentul datang tengahari tuh.. Kak Long datang pada raya kedua dan Shaiful & Famili datang petang raya. Adik ipar aku masak Nasi Beriani dengan Ayam Masak Merah petang menembak tu...

Antara gamba2 yang sempat disnap selepas bersalaman untuk tatapan kengkawan semua.







Kak Lang dan Famili bergamba dengan emak (yg bongsu tiada - tido)

Aku dan Famili dengan mak





Azura dan Famili dengan mak



Shamsul dan Shafiq dengan mak


Anak & Menantu dengan Mak

Beratur collect duit raya dari Pak Cik.

Pak Cik suh sume salam dengan ucapan baru boley dapat angpau...




Nenek dengan cucu2 yang ada ari tuh..






Kat umah dah abis dua bekas...

Kat umah nenek Along perabihkan satu bekas tart nenas ...hehehe..




Angah 'mud' tak baik pagi raya tuh...




Adiq ceria sekali pagi raya tuh..







Beraya ke rumah mak saudara emak di Keramat pada hari raya pertama.

KLCC dan Jalan Ampang @ 5 petang .... LENGANGNYER..











Till Now.


Linky's Magical


ShoutMix chat widget