Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, June 7, 2010

Sakit; Mari Belajar Cara-Cara Mengecilkan Saiz Gambar In Group

7 kawan yang bezz
Salam Semua.


Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya pagi ni.



Seharian pada hari Sabtu sakit kepala tahap maksimum. Tak pernah kena seteruk ni. Rasanya tak perlu ambil pil penahan sakit tapi mengalah jugak . Jam 8malam terpaksa telan sebiji ponstan. Terjaga jam 1230malam. okey.





Pagi Ahad rasa dah sihat, tapi jam 5 petang sakit datang semula hingga tengah malam lagi. Hubby ajak ke pakar untuk pemeriksaan. Aku kata tunggu hingga bulan depan. Mungkin hormon bertukar semasa kawan baik datang menjengok bulan ni.




*********************************





Hari Jumaat lepas 1/2 day bagi replacement hari Sabtu Public Holiday; Sultan Selangor's besday. Gugel-gugel jumpa cara-cara nak resize image. Biasanya resize manually jer, tapi bila fikir berlambak2 gambar yang kena edit.. mesti ada alternative.





Bagi mereka yang hi-tech mungkin dah tau camna nak buat tapi mana tau ada kengkawan yang tak berapa nak tahu boleh cuba cara ni. Senang dan mudah. * Kakak-kakak dan Adik ku sila cuba ya !




Klik sini Axiom @ http://www.axiom.com/




Atau ikut step di bawah ni.





Download PicSizer 3.0 ; File Size : 1.98mb




C: Program File/PicSizer


Klik Setup / Next>




Close


retrieve file


~ pilih dari mana dan ke mana hendak simpan semua gambar @ folder

~ klik yang mana berkenaan



~ tekan process batch







tadaaa.... total size dari 441 mb > 7.08mb




Note : kenapalah tak terfikir nak buat sebelum ni...



Till Now.





Thursday, April 15, 2010

Fadhilat Bercium ???

9 kawan yang bezz

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?




credit to google. *Satsuke & Sakura @ Naruto



* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. ..wuiii..




* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. ..sihat lah hendaknya ..




* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. ... laaa...baru perasan dah lama xde gigi berlubang ..




* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. ..yezzzzza ...










ADA LAGI....




1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini. ~ Alhamdulillah..





2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri... gagagarararamamama..




3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali setiap hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan. ~ harap-harap betullar!





4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress. ~ yezzzzz... tapi bahaya...





5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. ... awet muda sudda..






6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol. .. alahai..kalau dah low blood pressure..cane ?




7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut. .. ye ke ni? musykil..




8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit. .. sakit apa ek ? musykil lagik..





NOTE :

1)maafya . n3 ni praktikal bagi yang sudah bersuami jer maka, bagi yang belum tu sebagai info lah ya.. boley praktikkan bila tiba masa nanti !

2)aku gerenti para somi memang sukaaa bila cerita pasal ni ! hmmm..



Till Now.




Tuesday, September 1, 2009

:: RON 95 ::

2 kawan yang bezz
Adakah ini tanda-tanda awal harga petrol akan naik ??

Mungkin ya mungkin tidak. Semalam buat kali ketiga aku mengepam petrol menggunakan RON95 setelah sekian lama menggunakan RON97.

Harganya memang murah dibandingkan dengan RON97. Harganya RM1.75 seliter dan hari ini harganya dinaikkan sebanyak 5 sen seliter yang menjadikan RM1.80 seliter. Untuk lebih lanjut, boleh baca di sini.

Walaupun sebanyak RM5sen dinaikkan pasti terdapat perbezaannya. Kita tunggu dan lihat samada harganya akan naik lagi dalam tempoh terdekat.

Harap-harap harga petrol tidak naik lagi seperti tahun lalu yang mencecah RM2.78 seliter. Seram mendengarnya... kerana pada waktu tu aku telah mengisi RM250-RM350 sebulan dan hubby RM400-RM650 sebulan.

p/s: aku hanya bergerak 70km pergi-balik berbanding dengan hubby sebanyak 145km pergi-balik setiap hari.


Till Now.

Friday, August 28, 2009

:: SHARING IS CARING ::

8 kawan yang bezz
Ada sesiapa yang pernah cuba niy ? Maaf gambar tak berapa clear... ada satu bulb kat bilik aku kong.

Pada sesiapa yang pakai spek boley cuba pakai. Aku bukan nak promote sebab aku tak dapat apa pon tapi bak kata kawan aku niy.....'sharing is caring'.

Kebetulan jer hubby aku beli sebab promoter yang jual tuh puas menghabiskan air-liur dia suh hubby beli.. Hubby yang memang jarang 'menyopping' atau memang tak suka sopping niy boley terbeli jugak mende-alah niy. Mamat tuh titiskan kat mata hubby dan dia urutkan sikit kedua-dua mata dan suh biarkan dalam lima menit.. Lupa nak cakap... power spek hubby dalam 375-400...

Alhamdulillah...memang berkesan. Hubby aku rupenya ada 'silau' problem masa drive malam.. Aku baru tau bila dia bagitau aku yang problem dia dah okey sket . Padanlah selama niy dia suh aku drive bila balik malam dari mana-mana @ ke mana-mana ... abang-abang....simpan rahsia yer...

Jadik, bagi sesiapa yang nak cube, boley beli sebab harganya reasonable. Mamat tuh jual RM40 sebotol kalau amik dua botol RM75. Kandungan 24ml jer. Antara bahan2nya ialah mutiara. Kalau aku bohong maknanya Mamat tuh pon bohonglar yer..

Kesannya mungkin sama dengan yang ada kat market sekarang tapi untuk toner niy tak payah beli dari step1 ke step 3 bagi satu set untuk kegunaan yang sama .


Tak salah mencuba kannn..

Nama Produk : Toner Mata Ainun Theraphy edaran Pusat Rawatan Inabah, KTgganu.

No. telefon : ...ada tapi tertinggal kat umah lah.... nanti yek..



Till Now.




Thursday, August 20, 2009

:: HINDARI ASMA DENGAN JUS EPAL ::

1 kawan yang bezz

Kajian yang dilakukan oleh The National Heart dan Lung Institute mendapati jus epal berupaya mengubati penyakit asma.

Pengambilan jus tersebut sebulan sekali akan menurunkan risiko untuk mengalami sesak nafas, tanda terpenting serangan asma. Penemuan tersebut dibuktikan menerusi penelitian ke atas kanak-kanak berusia lima hingga sepuluh tahun yang tinggal di kawasan Greenwich, London.

Para penyelidik telah bertanyakan ibu bapa kanak-kanak terbabit tentang penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka serta jenis buah-buahan yang sering dimakan oleh kanak-kanak tersebut. Hasilnya, anak yang meminum jus epal memiliki risiko sehingga 50 peratus lebih rendah untuk mendapat sesak nafas berbanding anak-anak yang tidak meminum jus tersebut.



petikan dari Harmoni.

Till Now.




Tuesday, August 18, 2009

:: Strike Through Text ::

9 kawan yang bezz
Bagi owang baru cam aku niy.. consider barulah kannn...baru 6bulan jer...

Aku suke xplore dan bega mcam2 untuk blog aku niy... rasanya template jer aku dah tuka 4 kali...teruk betulkann..



Ari niy aku berjaya mencarik camne nak wat STRIKE-THOUGH-TEXT...
Dah lama gak aku perati blogger len punya.. yang penting aku tak tiru dan ini adalah hasil usaha aku sndirik.... hanya copycat jer.... hehehe...


kalu stakat ms office...memang terrer lah kann.... eksyennyer aku.... tapi blogging niy tak bape pandai sangat....


aku jumpa kat sini.








atau nak senang kan citer, aku paste kan cam kat bawah niy...




Bagi sesape nak gune boleylah buat...

Till Now.

Saturday, August 15, 2009

:: MAKAN SAMBIL BEKERJA UNDANG PENYAKIT ::

8 kawan yang bezz


Mungkin malas. Barangkali juga terlalu khusyuk. Atau pun tiada masa kerana kerja yang bertimbun. Jadi ramai yang makan sambil menyiapkan kerja.


Sekali atau dua tiga sekali seminggu tidak mengapa. Tetapi bagaimana jika lebih kerap atau setiap hari? Ini kerana makan sambil bekerja boleh mengundang penyakit.


Berdasarkan statistic American Dietetic and ConAgra Foods Foundation, 70 peratus warga Amerika Syarikat makan tengah hari di meja kerja beberapa kali dalam seminggu.


Makan di meja kerja membuatkan kita kurang focus pada makanan. Akibatnya, kita makan secara berlebihan. Selain itu kebersihan meja juga perlu dipersoalkan.


Tahukah, meja kerja merupakan salah satu tempat yang kaya bakteria selain tandas.

info dari harmoni.


Till Now.



Friday, July 31, 2009

~ Kenapa suka cium anak? ~

4 kawan yang bezz
Keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.


Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.


Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."


Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.

Wallahualam bissawab.



Friday, July 24, 2009

~ Bertudung Tapi Bukan Muslimah ~

4 kawan yang bezz
Email from frenz.



SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majority bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman..

Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh.

Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelakuan seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di butik pakaian, Wall meminta pelayan butik itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi.

Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristian. Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall.

"Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan untuk tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja.. serta menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.



Di petik dari Blog Ibnu Hasyim, Komennya : Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam.





Till Now.





Thursday, July 16, 2009

Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia

3 kawan yang bezz
Email dari sorang kawan.
Rujukan bagi yang dah berumahtangga atau yang nak mulakan hidup berumahtangga...


1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anakanak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

• Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
• Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

• Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.

• Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

• Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
• Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

• Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

• Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

• Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
• Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

• Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

• Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.

Till Now.



Friday, July 3, 2009

WHIPPED OCEAN ...SOMETHING WE'LL NEVER SEE.....

0 kawan yang bezz
Receive an email from a frenz.



Amazing....



Suddenly the shoreline north of Sydney were transformed into the Cappuccino Coast . Foam swallowed an entire beach and half the nearby buildings, including the local lifeguards' centre, in a freak display of nature at Yamba in New South Wales .

One minute a group of teenage surfers were waiting to catch a wave, the next they were swallowed up in a giant bubble bath. The foam was so light that they could puff it out of their hands and watch it float away.



Boy in the bubble bath: Tom Woods, 12, emerges from the clouds of foam after deciding that surfing was not an option.

It stretched for 30 miles out into the Pacific in a phenomenon not seen at the beach for more than three decades. Scientists explain that the foam is created by impurities in the ocean, such as salts, chemicals, dead plants, decomposed fish and excretions from seaweed.


All are churned up together by powerful currents which cause the water to form bubbles. These bubbles stick to each other as they are carried below the surface by the current towards the shore. As a wave starts to form on the surface, the motion of the water causes the bubbles to swirl upwards and, massed together, they become foam.

The foam 'surfs' towards shore until the wave 'crashes', tossing the foam into the air.

Whitewash: The foam was so thick it came all the way up to the surf club

'It's the same effect you get when you whip up a milk shake in a blender,' explains a marine expert. 'The more powerful the swirl, the more foam you create on the surface and the lighter it becomes.' In this case, storms off the New South Wales Coast and further north off Queensland had created a huge disturbance in the ocean, hitting a stretch of water where there was a particularly high amount of the substances which form into bubbles. As for 12-year-old beachgoer Tom Woods, who has been surfing since he was two, riding a wave was out of the question. 'Me and my mates just spent the afternoon leaping about in that stuff,' he said.

'It was quite cool to touch and it was really weird. It was like clouds of air - you could hardly feel it.'

Children play among all the foam which was been whipped up by cyclonic conditions.




Till Now.



Wednesday, June 24, 2009

~ Bulan Rejab ~

0 kawan yang bezz
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI DAN MEMPERINGATI KELEBIHAN BULAN REJAB DAN AMALAN2 MULIA YANG PENUH BERKAT NI... BULAN REJAB .

Pada hari ini 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT.

Mari kita lihat ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka " :

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab iaitu hari Isra Mik'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga. 7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi Pada malam Mik'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril AS... "Ya Muhammad SUNGAI ini adalah untuk orang yang membaca Selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai Rasul, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Note : Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara. Ingatan untuk aku juga.
1~~MASA HIDUP SBLM MATI
2~~MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
3~~MASA MUDA SBLM MASA TUA
4~~MASA KAYA SBLM SUSAH
5~~MASA SIHAT SBLM SAKIT

Till Now.

Thursday, May 28, 2009

~ Mandi ~

0 kawan yang bezz
Email from frenz;
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki, lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Till Now.

.

Tuesday, March 31, 2009

** Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia **

0 kawan yang bezz
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.



Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya...


Peringatan buat ku juga....

Thursday, March 26, 2009

Refresh

0 kawan yang bezz
Thiz morning reached office quite early …actually this week memang very the early sampai…Saja kuar cepat kalu tak… terkejar2 nanti.. Kat office ni memang flexible … but dun wanna take for granted.. Mana tau the big boz keep eye on you lebih-lebih lagi kat main entrance tu ada CCTV… tu yang tak best tu …..

Semalam aku terlupa bawak pen drive…ari ni lak terlupa bawak handphone…hai….memang lately ni aku selalu terlupa yang bukan sikit-sikit. Kengkadang letak tempat lain cari kat tempat lain….. Adakah ini tandanya umur yang semakin meningkat membuatkan aku jadi camnie??? Oh..No! … Atau orang tua-tua kata urat bersalin dah terputus banyak kali yang jadikan aku camnie ?? Aku baru tiga orang anak.. kalu orang yang banyak tu camna erkk...

Citer pasal anak nie… aku nak share sikit about baby…. Nak refresh balik ingatan ni…yealah my doter pun nak masuk 3 tahun this year…

Why Babies Need To Use Their Own Toiletries ?

Babies’ skin is thinner and more fragile; that’s why is so important to use products that are especially formulated and proven mild enough for their delicate skin. In adults’ toiletries, the surfactant (cleaning effect) is harsher, causing dryness to baby’s skin and skin irritation. However, mild surfactant used in baby toiletries cleans without removing natural moisture, maintaining skin hydration and leaves baby’s skin soft and smooth after use.

When should a baby to use a Pacifier and Rattle Teether ?

Baby show various desires immediately following birth and throughout their various growth phases. These products are designed to be use according to the different stages of development.
Paficier – From birth
Satisties the baby’s need to suck and promotes jaw development
Rattle Teether – From around 3 month
Satisties the baby’s need to touch things with its mouth and hands. It also promotes sensory perception and a sense of touch.
Teether – From 5-6 month
Satisfies the baby’s need to bite and teaches baby to chew.

How Should I Care For My Baby?

Eyes
The eyes of babies, from newborns to one-month olds, may produce frequent discharge. Use a wet, clean, soft cloth to wipe the eyes. Gently wipe the eye moving from the inner to outer corners. A new, clean wipe should be used for each eye.

Ears
After giving baby a bath, clean his or her ears with baby cotton swabs and behind the ears with a soft, wet cloth. Never insert cotton swabs into the baby’s ear canal. Doing so may damage mucous membranes.

Nose
Baby’s nasal mucous membranes are extremely delicate and fragile. Do not insert cotton swabs inside the nose when cleaning the nostrils. Use nose cleaner when baby sniffles. Warm baby’s nose with warm towels when the nostrils are severely blocked.

Nails
Baby’s nails grow quickly and should be trimmed once a week. If not trimmed properly, a baby’s long nails may scratches his or her face. Cutting nail while a baby is sleeping is best.
Till now.. to be continued..

Wednesday, March 25, 2009

Ciri-Ciri Pasangan Sejati...

0 kawan yang bezz

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahawa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Wednesday, March 4, 2009

E-mail

0 kawan yang bezz
Semalam ms outlook aku out so pagi nie berderet2lah email masuk sampai full mailbox dan dapat reminder dari system administrator. Dalam bebanyak email tu adalah satu dari frenz yg aku jumpa masa training kat Dorsett Regency, KL few months back.. ni nak share sikit dan jadi reminder kat aku yang kadang-kadang lepa, lupa dan leka...

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

Tuesday, February 24, 2009

Ciri Ciri Ibu Bapa Cemerlang

3 kawan yang bezz
Recently aku g MPH dan beli few novels serta beberapa buku panduan untuk para ibu bapa. Nie nak share as a guideline... harap-harap aku ngan hubby dapat menjalankan duty nie sesempurnanya walaupun kadang-kadang tak semua dapat dipraktikkan....

50 CIRI IBU BAPA CEMERLANG
1) Ibu Bapa yang memiliki IQ yang cemerlang
2) Ibu Bapa yang menjadi Suami Isteri yang cemerlang
3) Ibu Bapa yang beriman
4) Ibu Bapa yang tahu membezakan Halal dan Haram
5) Ibu Bapa yang tahu kewajipan dan hak sebagai Ibu Bapa
6) Ibu Bapa yang amanah
7) Ibu Bapa yang adil
8) Ibu Bapa yang berilmu
9) Ibu Bapa yang peka dan prihatin
10) Ibu Bapa yang mesra dan penyayang
11) Ibu Bapa yang menjaga kebersihan
12) Ibu Bapa yang tahu ilmu psikologi
13) Ibu Bapa yang tidak menjadikan anak-anak sebagai mangsa
14) Ibu Bapa yang memahami ajaran Quran dan Hadis
15) Ibu Bapa yang mengelak perbuatan yang ditegah oleh Agama
16) Ibu Bapa yang tahu perkara yang boleh membatalkan Islam dan Iman
17) Ibu Bapa yang tahu Ilmu Tajwid
18) Ibu Bapa yang tahu menggunakan lidah
19) Ibu Bapa yang tahu menyembunyikan masalah
20) Ibu Bapa yang mengelakkan pergaduhan di hadapan anak-anak
21) Ibu Bapa yang tidak mendera fizikal dan mental anak-anak
22) Ibu Bapa yang suka menasihati dan dinasihati
23) Ibu Bapa yang mempunyai mentaliti ’kami serba kekurangan’
24) Ibu Bapa yang sering muhasabah diri
25) Ibu Bapa yang rajin mendidik anak-anak
26) Ibu Bapa yang menanam Iman ke dalam jiwa anak
27) Ibu Bapa yang tidak mendedahkan aib pasangan
28) Ibu Bapa yang mampu menjadi guru di rumah
29) Ibu Bapa yang merendah diri
30) Ibu Bapa yang menepati janji
31) Ibu Bapa yang bijak mengawal emosi
32) Ibu Bapa yang pandai menyelesaikan masalah
33) Ibu Bapa yang mengambil tahu masalah anak
34) Ibu Bapa yang menanam sifat hormat, bukan takut kepada anak
35) Ibu Bapa yang tidak suka mengungkit
36) Ibu Bapa yang suka menghadiri majlis ilmu
37) Ibu Bapa yang memiliki sifat mahmudah
38) Ibu Bapa yang menjauhi sifat mazmumah
39) Ibu Bapa yang memiliki hobi berfaedah
40) Ibu Bapa yang mengelakkan sifat suka menyalahkan anak
41) Ibu Bapa yang sabar dengan kerenah anak
42) Ibu Bapa yang suka membantu
43) Ibu Bapa yang berani mengaku kesalahan
44) Ibu Bapa yang rajin membaca
45) Ibu Bapa yang berfikiran positif
46) Ibu Bapa yang mempunyai buku catatan
47) Ibu Bapa yang bersifat tegas
48) Ibu Bapa yang berlemah lembut
49) Ibu Bapa yang pemaaf
50) Ibu Bapa yang menjadi Role Model yang baik kepada anak.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget