Showing posts with label Novel - Shopping. Show all posts
Showing posts with label Novel - Shopping. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Syukran Ya Allah

11 kawan yang bezz
BW ke blog kengkawan yang mana lama tak jengok  @ kengkawan yang komen minggu lepas.
Singgah di blog  Mak Su.
Baru tahu rupanya Mak Su seorang penulis.
Novel Pertama Mak Su dah siap cetakannya. Ada entri tentang novel tu kat sini.
Tak lepas peluang.
Beli untuk anak-anak.



Tengahari tadi dah selamat sampai.
Terima kasih buat Mak Su sebab sudi tolong belikan dan uruskan penghantaran.


Komen Pertama : Kaler kulit novel sangat menarik & tertarik.








P/s : Baru teringat  langganan Ana Muslim genap setahun belum  'direnew'  lagi..

Friday, December 3, 2010

Masa Yang Perlu Diisi Bila Internet 'Ka-put'

34 kawan yang bezz
Oleh sebab internet down minggu lepas dan lepas
dua novel ni jadi peneman
tak boleh tunggu
dari ofis sambung ke rumah

dari petang hingga ke pagi
habis kedua-dua tempoh dua hari
susah nak berhenti kalau dah mula ni
itu weakness dari dulu hingga kini

Cuba keluaran lain pula; AIT buat aku menangis.
teringat  pada novel yang buat aku menangis sampai sakit kepala !
Nyanyian Tanjung Sepi  dan Lili Untuk Najah  
wock-wock jugak tapi hati... kecik jer.....hehe


 Ketiga-tiga ini baru dibeli minggu lepas.
Kak Ngah, kita pun ada Karipap-Karipap Cinta tapi yang dibaca dan bukan dimakan... hehe..
..Mahu mulakan dengan Rumput Masih Hijau..

sila jimatkan penggunaan elektrik bila membaca di tengah malam..



Till Now.


Tuesday, July 13, 2010

Asyik Cinta Aje.... Tukarlah Pulak..

13 kawan yang bezz
Salam semua.


N3 kali nak apdet pasal buku terbaru. Ke kedai buku terbesar di Rawang Ahad lepas *3 branch di Rawang saja...kira besarlah tu tapi jangan bandingkan kedai buku lain tu yea.. Aku suka sebab di sini apa-bagai majalah, novel,buku teks, aktiviti khas untuk sekolah confem ada.



Ke situ untuk membeli buku aktiviti jilid kedua BM Tahun 3. Cikgu suruh beli sendiri kata Along. Lorr.. kata sebahagian dari buku teks... memanglah boleh beli tapi dah buat latihan hingga 5-10 muka surat baru disuruh beli sendiri... hmmm..


Percaya tak sekolah ni tak disediakan dustbin di dalam kelas. Untuk memupuk sikap bersih @ tak galakkan murid2 membuang sampah.. Bagus cara tu tapi penuhlah sampahsarap dalam beg sekolah anak2... Kena beli mechanical pencil aje untuk Along. Apa yang pasti setiap hari kena ingatkan dia agar tak hilang....
Opsss ke seberang pulak...



Asyik-asyik kisah cinta moden aje, tukar lah pulak kannn... Zasss...


Uthman Affan -Pengumpul Al-Quran keluaran PTS


Munajat Cinta - Keluaran PTS Sambungan dari Munajat Cinta 1 dari Penulis Indonesia terjemahan dalam bahasa kita.


Note : Yakjuj & Makjuj Bencana Di sebalik Gunung masih belum qatam. Perlukan ketenangan ketika membacanya.

Till Now.



Friday, May 7, 2010

Koleksi Buku Terbaru; Bagus ke Tak ..Lain Cerita.., Apa Yang Penting "BACA itu JAMBATAN ILMU"

3 kawan yang bezz
Ini koleksi buku terbaru aku.
Pernah cari di Popular tahun lepas. Out of Stock !
Jumpa di Pesta Buku PWTC.
Kirim pada Kak Lang yang sanggup turun dari Pagoh.
Minggu tu sibuk dengan xtension umah, terlepas lah peluang seperti tahun-tahun lepas… huhu..




Publish hari ni pasal rega buku dah bayar masa jumpa di Senawang ari tu..hehehe
Besalah adik-beradik …
ko nak beli aku bayar dulu..pastu bila ada duit ko bayar balik…
Bila jumpa… buka buku tiga lima masing-masing..huahuahua..



Esok baru nak mula baca; on the way balik kampung abang.
Dah selak-selak tapi tak nak mula… nanti terjebak.









Till Now.






Thursday, January 7, 2010

Y.E.S. cara OnLine..

6 kawan yang bezz
Lepas cuti lama,hari Isnin nak bangun pon emm.. mataku tak buley bukak. Kelat semacam. Kena sergah ngan hubby, baru boley bangun.. jangan percaya. P*nggu*ng dan kaki yang memang sedia ada dah berat ni pon susah nak gerak. Sampai jer ofis; atas meja penuh sungguh. Terus duduk penuh sopan..bukak flyer perlahan-lahan tapi mata melilau perhati orang... Tengok sambil tersenyum-senyum lagak si encik kacang ... Aku ssuka !

Kebelakangan ini kebanyakan cuti jatuh pada hari Jumaat . Cuti yang memang apply sudah lain hal, yang negeri bagi, yang anak sakit lagi, yang suami sakit ..eh..itu tak termasuk !.. Duduk rumah takde keje yang memberangsangkan tapi sebenarnya baaanyaak keje , maka masa dihabiskan di depan laptop ni untuk membeli-belah. Masa ni kan tengah Y.E.S ..tapi aku..secara online.

Aku suka dan senang dengan cara ni. Tak perlu bayar & pusing berkali-kali untuk mencari pot sesuai untuk letak kereta. Tapi kalau terpaksa pergi, park mesti dekat lift atau escalator. hehe..melampau ! Lagi, tak payah terjebak dengan queue yang berderet-deret seperti di mana-mana Jasko dan yang paling penting serta utama ialah jimat petrol. Bukan senang cari duit !..Haa ..aku tahu mesti korang kata menghabiskan duit memang pandai... Ya terima kasih..aku akui.. tapi aku habiskan duit untuk anak-anak . Bahagia tengok anak2 tersenyum gembira. Sendiri ? kadang-kadang belilah ..duit sendiri kann... ..itupun untuk magazine & novel2...

Oh ya..bagi mereka yang dah terkena fraud melalui cara online banking ni, aku turut simpati. Sejak bermulanya cara online dari bank cap harimau, aku dah gunakan hingga kini. Alhamdulillah, so far so good. Tak de yang mencurigakan. Hanya dua tahun setengah ni jer ..sejak join company lain. Gaji masuk bank heshelbee. Takkan tak guna; nanti melopong keje takde gaji.. Ala-ala sukarelawan tegak berdiri. Bank ni boley tahanlar functionnya @ optionnya (betul ke?..) tapi tak sebagus bank cap harimau tu.. mesti kembang semacam orang yang keje situ..takpe, bagi can sikit..…macam-macam ada.. macam Astro !

Lari topik. Kita ke topik utama. Apa yang membuatkan meja aku penuh ?

Parcel dari tukang jual yang guna PosLaju.

Gambar pertama : set baju+seluar jeans untuk Angah. Untuk Along takde saiz.

Gambar kedua : seluar jeans untuk Adiq. (Adeh..pening sekarang niy! Dia hanya nak pakai jeans ke mana2..no skirt..no dress ..)

Gambar Ketiga : Novel keluaran Jemari Seni. Penulis yang aku suka; Kak Noor Suraya~ the latest dari dia: Jaja & Din . Sumer novel2 dia aku dah baca. Novel Bintang-bintang dari Syurga dari keluaran yang sama tapi dari penulis lain~ Xarine. Nak cuba penulis lain pulak.

Gambar Keempat : Paling bez ! Tandatangan dari Penulis Novel ni, Kak Noor Suraya.

gambar candid credit utk Angah;
tunggang terbalik menggunakan handphone.
Bukti yg ada kerja dibuat semasa cuti..hehe.. opss..itu tugas seharian lar..


Till Now.



Wednesday, October 7, 2009

:: Sibuk @ See Book ::

19 kawan yang bezz


Aku sibuk.
Nak share apa yang aku beli kat MPH ari Ahad lepas.
Nak cuba penulis dari indon pulak ; terjemahan dalam bahasa kita.


Jangan salah anggap buku kedua itu yer... Tajuknya saja kalau sekali pandang dah mengancam...hehehe..
Kandungan hanyalah doa2 untuk kesejahteraan rumah tangga..


Berkenan dengan satu buku.
Tajuknya Yakjuj & Makjuj -Di sebalik gunung.
Sold Out.
Lenkali datang lagi.



Till Now.






Wednesday, July 1, 2009

Mula menerawang lah aku nanti….

2 kawan yang bezz
Hari ni hubby choti. Pagi tadi dia ke KL nak beli buku teks untuk Along yang hilang kat sekolah lama dulu. Nasib baik jumpa kat Minerva, Jalan TAR. Dah puas cari kat MPH, Popular dan kebanyakan kedai-kedai buku yang ada sekitar Sungai Buloh dan Rawang niy.


Dah tau dia ke sana, aku pun amik peluang minta tolong belikan novel. Novel terakhir aku beli ari tu masa pesta buku kat PWTC, 'Setiap Jumaat' dari Norhayati Berahim. Kali ni nak try penulis lain pulak. Aku pernah baca artikel pasal novel ni kat suratkhabar ntah bila ntah... sampai tajuk pun lupa.. Aku minta hubby aku tu tolong carikan novel yang islamik sikit. Hubby propose tiga tajuk. Aku kat ofis ni gi surf site, sementara dia gi cari buku Along. Akhirnya aku minta hubby belikan novel yang aku berkenan.

Balik dari KL, hubby singgah ofis dan kuar lunch ngan dia. Tak sempat-sempat aku terus amik novel tu ...

Akan mulalah projek aku menerawang ke dalam citer-citer serta watak-watak dalam novel ni nanti.... Kalau dah start membaca, alamat tak reti-reti nak tido lah aku sampai kena tegur dek hubby nanti...



Till Now.


Linky's Magical


ShoutMix chat widget