Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Projek Baru ~ 3.7 @ 37

38 kawan yang bezz
Dekat 2 tahun tapi  senyap aje
Sekejap rajin sekejap malas


"klik untuk look see-look see"


Sempena tarikh hari ni, 3.7
Aku  merajinkan diri
Untuk menghabiskan upload
Bagi projek terbaru aku



Aku memang pantang nampak baju utk anak-anak; terus jadi beli ... hihihi..
Dan sebelum ni aku sendiri beri atau terima clothes untuk anak-anak dari kakak-kakak & kawan.
Malu ?  Tak ahh.  Jimat sehh.


Bila tengok ramai yang menjual jadi aku pun nak join sekali.
Maknanya bila ramai yang menjual, mesti ada pembelinya... kan ?
Sebagai permulaan aku amik stok bundle dari USA
Proses asing dan mencuci aku buat sendiri..  huyaaaii
Biar wangi....... (@_@)



Cadangnya lepas ni nak ambil Brand New pulak
Mana tau lepas ni boleh tender resignation letter dan jadi SAHM.......... 


Kalau ada yang berminat untuk membeli baju bundle romper, jumper, shirt, dress for ur kiddos.
Semuanya  all the way from USA.
Dah siap cuci dari mesin basuh baru ituu !
Please feel free to jengok ke kedai aku tu eyk !
"FIZRIN SHOPPE ::FOR ALL ::MACAM-MACAM ADA::
Kalau terbekenan sila sms atau email



 

Note : aku suka tarikh ni.  3.7. @ 3Julai dan aku sudah 37. Tambah lagi setahun. Yang tak bestnya siangnya tak gi mana-mana.Tak sihat dek bulan mengambang...

Wednesday, December 22, 2010

Lain Yang DiRancang Lain Yang Jadinya....

83 kawan yang bezz
*Entri tertunggak.


Tengahari Isnin bergegas ke kedai kek
Balik kerja terus ke rumah sebelum amik anak-anak

Nak sorok dulu... kalau tak mesti pecah rahsia


Sementara tunggu abi balik.
Mata asyik-asyik tengok kalau anak-anak ke fridge


Angah ke dapur…
Tak sempat cakap apa dia dah buka fridge
(dah jadi habit ..asal balik aje mesti bukak fridge)
Mata dia terbeliak…. sebelum dia sempat cakap apa.. aku bagi signal jari telunjuk kat mulut... dia sengeh-sengeh....


“Untuk abah..jangan bising-bising ..kita surprisekan abah tau.. “ kata aku
Dia angguk..


Abi sampai aje terus ke dapur untuk letak stokin bagai kat laundry basket.
Angah mengedeng aje kat dia..



Abi naik mandi.
Aku cepat-cepat keluarkan kek dari fridge
Along nak cucukkan lilin
Angah cadangkan suh but macam Afi & Abah..
Padamkan lampu pastu buat surprise..



Along jaga kat atas
Angah pulak tunggu kat bawah.
Adik pulak macam biasa nak mintak dukung.
Dorang  suh tunggu dulu..
Dah tentu-tentu Abi dapat agak..



Nampak aje kek…terus senyum lebar..
Nak jadikan cerita…
Tak jadi tiup-tiup.. terus potong kek



Rupa-rupanya
Angah dah bukakan fridge masa ikut Abi ke dapur masa balik kerja tu..huhuhu..
Surprise untuk Abi dah jadi surprise untuk aku lah pulak..hehehe..






Selamat Hari Lahir Buat Abang ..
Genap 37 tahun pada 20hb Disember lepas

Semoga Dimurahkan Rezeki dan Di Panjangkan Umur





...Masa untuk bergambar...




Masing-masing nak amik gambar : Along


..turn Angah..Adiq dah tunjuk muka..


Adiq pulak... Masing-masing puas menahan gelak tengok gaya camerakid...


..Syeddapnya....
Aku suka pisang jadi pilihannya tetap kek + pisang !...hehe..

Note : Seronok tengok anak-anak suka macam tu..





Till Now.



Thursday, July 8, 2010

Siapa Yang Tak Suka Dapat Hadiah ?... Aku Suka .. Senyum Sampai Ke Telinga Dibuatnya..

29 kawan yang bezz
Salam Semua


Sorilah dekat 5 hari tak blogwalking. Pagi petang siang malam… teringat2 macam angau pulak dibuatnya..



Semuanya pasal kerja.. Macam yang pernah citer di n3 sebelum ni.. kena take over keje office-mate yang buat masa ni on maternity leave. 2 bulan tu!…. Manjang jer hectic. Lepas ni kena pandai ekjaskan masa. oppss ...ke seberang pulak.. hehe...


Sampai jer aku dari ofis Sabtu lepas, abi ajak kami makan di luar. Makan biasa2 aje sempena besday aku di Ikano, Mutiara Damansara. Balik dari sana abi ajak singgah di The Store, Sungai Buloh .Nak tengok currency rate kata dia. Dalam hati pelik jugak sebab di Ikano dah tukar dah duit2 yang nak dibawa ke Chayanunalif. Nak tengok apa lagi ek? Ikut jelah…



Abi tak ke forex tapi terus menghala ke Fawau-KafWauNga.. hehehe… Terima Kasih Bang,,.. walaupun dah cakap ari tu tapi nak cakap juga di sini sebab nak abang baca kat sini.


“harapan saya agar kasih sayang kita tidak berbelah bahagi hingga kehujung nyawa” , tulus ikhlas dari isteri a.k.a. kawan abang yang tersayang, tercinta, terkasih dan seangkatan dengannya ni..dot. Tak pandai nak bermadah2 saya ni…..yang penting pandai jaga perut dan hati abang…kan..kan..kan..





di MFM ..


.. Adiq & Abi tak boleh dipisahkan..

*malunya... nak cover pimple yg kuar masa bulan mengambang.. hehe..





..ni dia pilihan abi..


aku suka !


*dekat 9 tahun tak ke kedai emas.. mak aii 1gm beratus dah..!


*Kak Lang; ni ha...



.. hadiah untuk diri sendiri... hehe.. angkut 4lai..

1st time beli di Ariani.. kualiti tip-top !





Till Now.





Saturday, July 3, 2010

..Giveaway @ Contest Sempena Hari Jadi..

29 kawan yang bezz
Salam Semua.


Waktu dan ketika ini tiga-puluh-enam-tahun lepas di rumah beratap zink berdinding papan di Kg Bumiputera, Kg Datuk Keramat, KL aku dapat melihat dunia. Alhamdulillah kini masih bernyawa dan dapat melihat suami, ibu, anak-anak dan adik-beradik di depan mata.... ecece... macam nak beri talk pulak...


Rasa teruja pun ada. Semua disebabkan kawan-kawan di alam maya ni. Terima kasih yang amat sangat. Walaupun kita tak pernah bersua muka segala komen-komen sangat dihargai.


Sempena ulang tahun kali ini, aku ingin membuat GIVEAWAY @ CONTEST KHAS UNTUK KENGKAWAN BEZZ aku.





""kENANGAN hARI jADI yANG tERINDAH""




Syarat-syarat pertandingan :-





  • Buat satu entry tentang Hari Jadi dengan tajuk kENANGAN hARI jADI yANG tERINDAH dan

  • Sila sertakan gambar terbaik yang paling 'menarik @ happening' ( ketika memotong kek @ makan bersama keluarga dan yang sewaktu dengannya)

  • Soalan Yang Perlu Anda Jawab


Apakah maksud Reen's Diary ; Samohaeyo Gajok ?
Apakah nama di sebalik fizrin-fadhiamaira ?




  • Letakkan banner pertandingan di dalam n3 anda dan link kepada (http://fizrin-fadhiamaira.blogspot.com)

  • Tinggalkan link entry anda dalam kotak komen n3 ini.

  • Tarikh tutup pada 31 Julai 2010



HADIAHNYA :


1) Aksessori Asli (brooch, cincin) Dari Nandaemon,Korea berharga RM40-RM50
2) 2 Kotak Produk kecantikan Untuk Wanita dari Puteri Alya yang bernilai RM60.
Ketiga-tiga berharga RM120.00


** SILA KE FIZRIN SHOPPE UNTUK CONTOH2 BROOCH & CINCIN **



Till Now.



Wednesday, June 2, 2010

Buah Hati Pengarang Jantung ~ Selamat Hari Lahir Husna Humaira

11 kawan yang bezz
Jam 7 lebih pagi pada tarikh hari ini empat tahun lepas.

Selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.65kg.

Setelah berhempas pulas menahan sakit..*contraction
dari jam 10malam hari sebelumnya.


Adiq , Husna Humaira genap empat tahun hari ni.


Anak paling berat dan besar ketika dilahirkan...
*doktor sahkan berat hanya sekitar 3kg saja..


Semoga sentiasa menceriakan hari-hari mendatang di samping abang-abang tersayang.





2 bulan lebih


ketika dicukur ..

..selepas...
..sitap betul mata dia..




.. setahun lebih..



.. 2 tahun ..




.. 3 tahun ..
sambutan di SR, Rawang.
tahun ni kat mana abah nak bawak agaknya ..?






..minggu lalu di Cameron Highland..



Note : xboleylah cuti lama sikit, macam memanda menteri aje..

Till Now.

Wednesday, December 16, 2009

Terima kasih Kak Long..

2 kawan yang bezz
** Bulan Disember ada 3 orang dalam famili menyambut hari jadi **


Terima Kasih Kak Long.
Jasamu dikenang.
Semua pengorbanan Kak Long dan Kak Ngah dalam membesarkan kami
adik-beradik sepanjang ketiadaan emak & arwah ayah yang keluar berniaga untuk menambah pendapatan keluarga dari jam 2 petang hingga ke 10.30malam. Ketika itu Kak Long berumur 19-23 tahun.

Kini, bila melalui tempat tersebut di Jalan Chow Kit iaitu Plaza Selangor
dan kini Mydin kenangan pasti datang ... banyak kenangan pahit dan manis dahulu.


Alhamdulillah, hari ini genap umur Kak Long 44 tahun
dan masih bekerja di KDN, Putrajaya.
Kak Long bahagia kini di samping suami tercinta Abg Long Zainal Abidin;
bercinta selepas perkahwinan mereka.

Kini dikurniakan 3 orang cahayamata. Along- Muhammad Hafizuddin kini sudah 18 tahun,
belajar di Politeknik-Kajang, Angah- Muhammad Ruzaini kini menduduki SPM
dan yang bongsu, Nurul Izzah di tingkatan dua.

SELAMAT HARI LAHIR !
"Semoga panjang umur, dijauhi penyakit yang memudaratkan serta dimurahkan rezeki wahai Kak Long Aziza ku.."









Till Now.



Tuesday, September 29, 2009

:: Moga Panjang UmurNya ::

14 kawan yang bezz
N3 hari ini khas untuk Adik pomfuan aku. Hari ni tarikh istimewa buat dia.
Azurawati. Tarikh dia dilahirkan.
Dia tak suka nama hujungnya sebab maksudnya tak elok
tapi aku panggil jugak sebab dah terbiasa.
Dah genap pun 32 tahun maknanya dah 32 tahun aku membesar bersama dia.



Masa kecik2 dulu memang kecik orangnya sampaikan arwah ayah tak pernah
marah dia sbb dia ada lemah jantung…
tapi bila dah meningkat dewasa,
mak ooi..sumer orang ingat dia kakak aku…Jangan mare…Ti, this is the fact…. Hehehe..

Kami memang rapat sejak dari kecik, remaja hingga skarang.
Masa berpakto dulu, dia cover line aku dan aku pun sama…
Keluar sama2 tapi pergi tempat lain-lain. Kalau emak aku tahu ..masaklah jawabnya. Hahaha...Jahat betul dulu; nasib baik skang jadi orang..


Ada gak tak bertegur kalau pasal tefon.
Mana taknya, bila dah bergayut, haa tak ingat orang lain.
Sampai kena pot-pet-pot-pet..bla-bla-bla dengan emak, baru letak tefon.


Bila dia dah kahwin..sunyi ngan boring betul sebab tak ada kawan lain
kat umah melainkan emak..

Itu dulu…skarang bila masing2 dah ada keluarga sendiri…
nak pergi mana2 kami akan plan sama2.
Bila aku kering tiga-empat tahun lepas.. loan kat dia. Lebih2 lagi masa tuh dia tengah masyuk dapat vss dari x-co dia. Bila dia kering pulak...loan kat aku tapi masa bonus lah....
Memang bez dapat adik sekapla.



Dia ada aura tersendiri sebab bukan anak2 aku jer tapi sumer anak2 buah
memang rapat dengan dia. Bila jumpa jer dia, lebih2 lagi anak2 aku .. haaa... terus tukar ibu... nak susu lar, nak mandi, nak duk kat keta ...sumer dengan Mak Tam dorang...


Di sini aku amik kesempatan niy untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun pada dia. Semoga Panjang Umur dan Dapat Melihat Anak2 Membesar Hingga Ke Hujung Nyawa.
Hadiah untuk dia aku post kat sini dulu. Bila senang2 aku antar… Masa dia datang antar Along& Angah kemarin aku lupa nak kasi…

Sepatutnya Pak Cik dorang yang antar tapi Pak Cik antar skrat jalan kat Cheras dan dia bawa balik dorang ke rumah untuk melawat Adiq.


p/s : ko kata tudung dah bermacam fesyen..
ko bila lagi ? hehehe.. jangan mare…





Till Now.





Linky's Magical


ShoutMix chat widget