Showing posts with label Menjamu Selera. Show all posts
Showing posts with label Menjamu Selera. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

GANDUS

18 kawan yang bezz
Pernah dengar kuih Gandus ?
Mungkin ada yang pernah makan tapi tak tau nama aku lah tuu..

Aku pernah buat entri pasal kuih ni kat entri ni sebelum ni..
Ada jual kat pasar malam di BTP, tapi bukan jenis yang asli

Masa pergi jengok kakak aku dua minggu lepas.
Dihidangkan kuih ni...
MasyaAllah punya lah excited .....
Kuih zaman kekanak riang katakan.....

Puas aku makan hari tu...


Rupa-rupanya kuih ni ada lagi dijual di tempat yang sama
Dan orang yang menjualnya pun orang yang sama di Pasar Datuk Keramat


Berderet-deret orang beratur semata-mata nak beli kuih ni

Abang ipar aku borong  sampai 3 bungkus @ 15 biji hari tu..




Kuih GANDUS Asli  di Pasar Datuk Keramat
Kena pulak dengan Nescafe panas.....

beli kat Pasar Malam di rumah




 
Nak tahu apa perbezaan kedua-dua kuih  yang serupa tapi tak sama ni ?

Yang asli : tepungnya di gaul dengan kelapa ; inti nenas - terasa lemak kelapa
Yang baru : tepung  aje ; inti yang sama, nenas  -  rasa macam apam inti nenas
Tak banyak beza tapi disebabkan kengkonon 'sentimental value'; ..yang biasa-biasa pun terasa sedap ya amat..


Agaknya apa kuih feveret kengkawan masa zaman kekanak riang dulu ?

Tuesday, November 1, 2011

Angin

18 kawan yang bezz
Selama ni makan okey aje
Buat kunyah-kunyah @ kudap-kudap depan tv
Jumaat lepas bawak gi ofis
Makan dengan ofismet
Sorang erk..sorang burp.. sorang tuttt..
Berterusan sampai ke petang


Angin ke kacang kuda ni ?
Sakit kepala & kembung perut dibuatnya..


Angin ni boleh pilih-pilih pulak
Dulu pulut tak boleh telan dek tekak langsung
Laa ni dah boleh..
Kena cuba nangka  pulak lepas ni...


Kengkawan pernah kena 'angin-angin' ni jugak ?
Makan apa ?





Tuesday, August 23, 2011

Dengan Makan-Makan Biasa Boleh Tambahkan Rezeki Orang

37 kawan yang bezz
*Auto publish


Siapa sangka dengan order untuk makan-makan biasa boleh tambahkan rezeki orang. Aku pernah citer tentang 'keteringinan' dan  'keterujaan' mencari tart nenas sedap pada entri ni- pada Raya AidilAdha tahun lepas. Sejak tu, tak kira masa aku & ofismate order.


Sebelum puasa hari tu adik aku tanya kalau-kalau dia boleh tolong jualkan pada ofismate dia sebab diorang pernah rasa sebelum ni. Aku ke Cheras Jaya untuk amik sampel kuih dari Isteri kawan dari Plant di Balakong. Mak aaaiii... sampel punyalah banyak ! *tak teringat nak amik gambar masa tu.


Sebagai permulaan, jumlah semua yang order sebanyak 66 balang.  Jadi orang tengah pulak aku kali ni. hehehe....Semalam bahagian aku dihantar ke ofis. Adik aku amik 16 balang di rumah kawan aku tu  Jumaat lepas.


Niat nak tolong kawan aje tapi dapat saguhati pulak dari isteri kawan aku tu. heeeeee..Dia beri RM1 setiap botol. Jadilah ! RM66. Siapa nak bagi duit percuma...kan ? Bukan susah mana pun. Isteri kawan aku tu telefon lagi dan kata dia akan bagi lagi kuih tambahan untuk aku secara percuma lepas raya . Duit yang aku dah collect nanti, bila aku free baru bagi dia. Sampai macam tu sekali dia percaya kan orang. Kalau lah aku ni 'mata duitan'..hissh..  

Boleh jadi long-time bisnes nih ..hehehe..


*order awal tahun. makan suka-suka di ofis & rumah




semua ada; tart nenas, london almond, makmur, sarang semut & dahlia


makmur

sarang semut

Note :  Jumaat ni aku mula cuti, jadi baru nak mula 'mengukies'. Tak tau lagi nak buat biskut apa...

Thursday, July 28, 2011

SALAM TERAKHIR KENGKAWAN.....

29 kawan yang bezz
Tunggu punya tunggu dari awal tahun lepas
Sabtu ni, 30hb Julai; ofis akan berpindah ke bangunan baru.


Sori pada yang tak sempat singgah
Sibuk 'mempacking' minggu ni

Tengok pada layout, tempat baru aku nanti macam TAKDAK privacy
Jadi  faham-faham ajelah ya...

Mana tau HOD tukar fikiran.


Kalau sempat pun mungkin dari rumah ;o(. 
Kena adjust masa lepas ni.





Tak siap packing lagi !

Bangunan Baru ! - Di Main Road




Ofis lama - bahagian belakang / Renting KTM land
Takkan dengar lagi bunyi komuter dan keretapi angkut simen lepas ni

Tempat sekarang
Takde bilik . Semua level dalam cubicle

Yang Paling Penting !


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Sebelum mula berpuasa, nak jugak letak entri makan-makan lagi.




Khamis lepas masak sambal udang petai
Bila berbogel.....laju aje masuk ke tekak.. 

Sabtu lepas . Lepas kami makan-makan di Sg. Buloh, petang tu terus ke rumah emak.





Misi minta emak masakkan  pulut . 
Semua bahan aku angkut dari rumah
 Ingatkan nak tengok dan tolong. 
Bangun pagi Ahad...tadaaaaa....
kena siapkan perut aje... hehehehe..
Bertuah punya anak !



Pulut 2 kilo dan Pengat Seperiuk Besar.

Kak Long! Kita tepon masa onda way balik tu sebab kita dah bekalkan untuk Kak Long & Famili .
Tapi takde rezeki...  ;o(



Note :

Tuesday, July 26, 2011

10.00 PM - 12.45 PM - Tak Berjumpa

26 kawan yang bezz
Entri sebelum ni aku ada bagitau yang abi & anak-anak balik ke kampung pada hari Jumaat malam.  Ada urusan kecil-kecilan. Sampai masanya nanti aku citer.


Sabtu tu, 12.45 tengahari diorang dah sampai di kawasan Sungai Buloh. Aku keluar ofis terus ke tempat yang diorang tunggu.


Yang paling best tu.... keta aku masuk jer kawasan parking tempat makan tu; Along,  Angah & Adiq berlari sambil jerit ...IBU ! IBU ! dan terus peluk.  hehehehe.. rindu sangat tu...


Tak sampai lima minit duduk, hidangan sampai.Angah  pot-pet-pot-pet... seronok citer pasal Aki dia dah tak bela kambing..tapi bela ayam pulak..



Apa yang kami makan hari tu.


Tomyam +

Udang  Petai

Siakap 3 rasa tapi kurang rasa ;o)

Kailan Ikan Masin  

Telur dadar  - harus ada !

Tembikai Laici - All time faveret

Along & Angah

Adiq


Note : Adiq tanya; " Ibu nangis tak Along, Angah, Adiq takde?"...

.

Friday, July 22, 2011

LAGI WALAUPUN PENING

27 kawan yang bezz
Bangun masa pagi Rabu aku sakit kepala. Rasa cam nak amik MC tapi  tak jadi. Tahun ni dah 3 kali MC. Penangan durian lah kott..

Sudah puas makan dengan kengkawan blogger hari tu; aku beli 3 biji untuk bawak balik.
Agak frust di situ.

Dapat komen free dari Abi.
"Tu Durian Daun... isi kurang sedap "kata dia.
"Alahai..manalah saya nak tau durian daun ke durian menda, nyonya tu kata semua ok" kata aku... huhu..
Tengok sama aje..  ;o)


Jadi, nak puaskan hati tekak, Pasar Malam hari Rabu kami terjah. Abi  tunjuk jenis-jenis durian. Terasa masuk kelas jenis durianlah pulak hari tu. Budak yang jual tu pun tersengeh-sengeh.

Balik terus kopek.


jeng-jeng-jeng...
Durian jenis apa kah  ?
MUSANG KING !
Sana-sini orang bercerita tapi kami tak gak rasa-rasa.
Tak boleh jadi...mesti rasa jugak

Buah yang terakhir
Sekilo 25hengget
Sebiji dalam sekilo setengah.


Festaim makan  

..........................
takleh nak bayangkan dengan kata-kata
kalau tak caya, cer rasa dulu.

Memang sedap tapi bagi yang tak suka durian jenis pahit, takyah lah beli



Dalam sebiji  durian Musang King ni ada 19 ulas !
Cantik, molek & tebal  isinya




Biji  MK berbeza dengan durian biasa.. nipissss.
Durian buah fevret Along tapi si MK ni dia tak gemar
"Pahit lah ibu....." kata dia

Durian Kampung Spesel pun nak jugak
Beli 2 biji durian kampung spesel (D2)  ?
Dapatlah 2 biji free durian kampung biasa 




Kampung Spesel VS Musang King
Siapa menang ?
Tekak masing-masing

Aku suka kampung spesel !


Tak larat dah..
Kenyang gayalam-alif !
Simpan dalam fridge
Sebab Along & Angah dah terlelap


Teringat entri CT  . Untuk bagi isi durian stay fresh, perlu disimpan dalam slingwrap. 


Stok bo-liao. Sejak bulan puasa tahun lepas tak beli lagi.
Jadi, Tupperware lah mangsanya.


Buah-buahan kat kampung tak menjadi tahun ni
Orang yang paling  puas hati kelmarin
Si MK aje, dah selamat  8 ulas  dalam perut .

Tak masuk yang kampung spesel
Bangun pagi ...suara serupa itik serati..kekekeke..




Note : Takde pening-pusing pun esoknya. ;o)

Wednesday, July 20, 2011

DRAFT

26 kawan yang bezz
Elok juga bila ada 'draft post' ni. Berguna bila tatau nak cerita apa atau bila memory card tertinggal. Macam tak lengkap bila entri takde gambar..
Emoticon


Semua gara-gara buffet durian dengan tiga orang blogger petang semalam. Pergi keja tadi blur aje.


Meh layan kek carrot & kek pisang yang aku buat tiga bulan sudah. Draft ni 30/4/11. Apakedehal aku simpan lama-lama ntah.... 


ikut cara2 & bahan  dari Haneliza Cooking

kek carrot yang di kukus

ini masuk oven


tak letak cream cheeze pun sebab yang suka hanya aku & along aje.

kek pisang + almond + choc chip (sepatutnya walnut tapi takdak stok)


Note : Oven & Periuk kukus tak berasap selagi anak-anak tak mintak...  Emoticon

Sunday, July 17, 2011

ULANG-ULANG

18 kawan yang bezz
Dah lama tak buat entri makan-makan
Kokya ada pun simpan dalam draft jer.. ;o)
Aku dah buat 'perjanjian baru'. Weekday masak 3 kali dan weekend sekali
Tapi minggu ni baru dua kali dapur berasap. Nasib baik abi tak cakap apa... heeee..

Plan nak ke Tg Karang untuk cari lauk segar dekat 2-3 minggu .
Asyik tak jadi aje.


Pagi ni goreng mee
Buat dua bungkus sekali
Mana tau nak makan ulang-ulang nanti
Biar semua makan puas hati



Banyak projek hari ni
Ke sini, ke situ, ke sana



 

Friday, May 27, 2011

3 Serangkai Yang Berjangkit..

27 kawan yang bezz

Sana sini ada mangga
Minggu lepas kawan ofis balik kampung di Perlis
Kirim suruh belikan
Dah rezeki
Dia takmo amik duit



Konon nak tunggu ranum
Tapi teringat hari tu  jalan ke 'rumah' Kak Kasih; 
ada lassi mangga
Jalan ke 'rumah' Kak Yati
berlassi mangga jugak
Haihh...mana boleh tahan



Potong malam tadi
Tak sempat berlassi 
dah langsai..
Ingatkan boleh makan dengan pulut dan santan
 ..huhh..
kena tunggu mangga lain lah jawabnya


Sebiji tinggalkan untuk Adiq
Adiq demam







Mula-mula Along
Lepas tu Aku
baru je sihat dari sakit 3 serangkai 
Tinggal sok-sek-sok-sek aje
Malam tadi berjangkit pada Adiq pulak
 Bawak gi klinik. Temp 38.5°
Ubat-ubat jugak; 
Tradisional guna jugak..
Tengah malam tadi jaram dengan air asam jawa
kurang sikit panas pagi ni.
Lega.



Bila Adiq demam
Tido nak berselimut tapi dengan jaket abi 
Yang bagusnya mulut dia tak berhenti bertanya itu-ini
bukan tone biasa tapi tone tinggi 

..syiannn anak ibu..








Friday, May 20, 2011

Seminggu Sekali

45 kawan yang bezz
Sejak kebelakangan ni setiap hari Jumaat mesti makan di ofis. 
Tempat kerja aku ni takde lunch break 2 jam pada hari Jumaat. 
Nak keluar ;sana-sini ramai , jadi yang mana close dengan aku;  masak dan bawak ke ofis.  dulu berlima.. orang tu aku dah lempar dia jauh-jauh ! 


rupa kerang yang berenang dalam sink .
kehkehkeh..macam takde besen lah pulak...

kerang yang bertukar menjadi rendang
tengah menggelegak atas dapur !




sambal tumis ikan bilis

menu untuk hari ni ialah Nasi Lemak

kesian kat sorang tu yang tak merasa Nasi Lemak Sabtu lepas

Gulai Tempoyak + Keledek
Ini takde kena mengena dengan lunch hari ni
Masak malam tadi untuk abi.
Sekian lama dia tunggu baru dapat.
Bukan susah nau nak buat tapi bila aku tak makan....lambat sikit jadiknya... hehehe.
Abi sapu bersih tiga heko ikan kembung 

Ubi Kayu Rebus

cicah dengan sambal ikan bilis 





Menu hari Sabtu lepas di ofis






DUA MINGGU LEPAS






Aku masak Nasi Dal
Nita ~ Sambal Ayam




Nita ~ Daging Masak Kicap
Gee ~ Keropok 





Ana ~ dessert
Sedap ni !


Note : masa untuk bersiap! Nanti lambat lagi macam semalam..

Thursday, May 19, 2011

The Cool Blog Ever After...

38 kawan yang bezz



seriously cool
sambil sedut pastu kunyah 
rasa kenyal

4 tahun lebih ada di jual
sejak kebelakangan ni baru femes


kawan-kawan pernah cuba ?




..ambil angin malam kat luar masa minggu panas hari tu ..

sambil makan kaya balls & minum air berblog
aku & abi ~ teh hong kong blog
along ~ bandung ice-blended blog
angah & adiq ~ oreo coklat ice-blended blog


..nyaman..


Note : auto publish

Linky's Magical


ShoutMix chat widget