Wednesday, November 25, 2009

:: Hmmmm Shedapp !!... ::

27 kawan yang bezz
Kek yang ditempah selamat sampai di ofis tengahari semalam.

Kek Lapis Kukus Prune.

Terima Kasih pada Kak Watie yang menaruh kepercayaan pada aku.
Kebiasaannya bayaran diminta sebelum penghantaran tapi pertama kali aku membayar setelah menerima barang. Kak Watie memang bezz...

Dalam keta anak-anak xcited.. dan bila sampai rumah ;
belum sempat panas punggung dah merengek minta potong...
Tak sempat nak makan tiga kali ... Dua kali hadap jer dah tinggal suku..

Aku ada simpan sikit dalam tupperware untuk petang esoknya...Aleh-aleh pagi tadi dah di angkut oleh Angah ke nursery..... suke betul dorang..



Kalau sapa nak beli boley lah order pada KAK WATIE. Kek apa ada ? Ha...jengoklah ke sana..macam-macam ada..
Tak susah..klik jer kat nama dia kat atas tu..pastu kalau ada yang berkenan ; jangan malu-malu untuk contact @ email jer...
Senang jer kan ?
Memang berbaloi-baloi..




..sampai tepat waktu lunch..1200 ..

.."hmmm....shedapnya"...kata Adiq..


..ni jer yang tinggal utk bawak gi ofis...



Till Now.







:: Nak Kurus Dapat Ini.. ::

7 kawan yang bezz
Takutnya mati. Siapa yang tak takut mati. Pengalaman aku balik kerja tadi memang menakutkan...

Hari ni masih dihantar & diambil hubby..
Di kawasan perumahan.... lebih kurang 5 minit utk sampai ke nursery.. sedang berbual-bual, tiba2 aku sukar bernafas dan sakit yang teramat sangat di bawah dada sebelah kiri.. Hendak tarik dan hembus nafas pun sukar... Tangan terasa tegang bila menahan sakit dan airmata merembes keluar.. Ya Allah...memang sakit sangat.. Hubby berhentikan kereta dan bukakan seat-belt. .. Lama aku cuba bernafas seperti biasa... secara perlahan-lahan...tapi masih sakit walaupun sudah berkurangan.


Terus ke klinik. Nasib baik doktor ada.. Kebiasaannya doktor akan balik ke rumah sebelum maghrib dan kami sampai jam 650pm. Doktor membuat pemeriksaan. Ditekannya pada tempat yang sakit dan sekitar.. Perit dan sakit rasanya. Katanya itu tanda-tanda awal gastrik. Menjadi tanda tanya juga sebab setahu aku gastrik ni di sebelah kiri pinggang.. tapi doktor lebih arif tentang sakit2 ni kan... aku dengar aje..


Doktor nasihatkan supaya tidak mengambil minuman berkafein i.e Teh, Nescafe (aduss...habislah aku..), tak boley makan pedas-pedas dan asam. Semua yang doktor nyatakan mengandungi asid dan kegemaran pulak tu... Kena tahan lah lepas ni.. Doktor bagi beberapa jenis ubat yang perlu dimakan & minum.



Waktu sakit tu walau pun tiga ke empat minit... aku teringat pada anak-anak kalau terjadi apa-apa kat aku....sakit + sedih.. Alhamdulillah..sekarang dah okey . Suka sekali sebab buat pertama kali hubby membebel kat aku walaupun pendek.. katanya ".makan kena jaga.. jangan sibuk nak diet..cuba makan ikut masa , kalau tak nak banyak, makan sikit2.... akan aku ingat tu...pasal susah nak dengar hubby mengomel..


Till Now.

Sunday, November 22, 2009

:: TONSIL ::

23 kawan yang bezz
Semua orang ada tonsil. Hanya saiz saja yang berbeza dan biasanya bagi yang mempunyai tonsil yang agak besar pasti kerap demam. Aku pernah alami tonsillitis...dan telah selamat dibedah pada tarikh hari ini tahun lalu. ....Aku rasa apa yang doctor cadangkan memang tepat....

Aku hidapi tonsillitis dari remaja hinggalah tahun lalu.....terpaksa buat operation sebab sakit dan keadaan badan yang dah tak terkawal...kerapkali demam, batuk dan flu di tambah lagi sejak kerja di tempat baru 2 tahun lepas (cement co- nvironment berdebu..) 2 minggu sekali demam dan batuk yang berlarutan....setiap bulan mesti ada MC. Maka aku tak teragak2 untuk membuat pembedahan walaupun agak keberatan…takut… ..

Bagi sesiapa yang kena minor tonsillitis, kena banyakkan minum air suam @ air kosong dan kalau boleh elakkan minuman sejuk (berais) untuk mengelak tonsil ini bertambah teruk @ dibuang. Aku kerap kena ulser sebelum ini dan ini juga berkaitan dengan tonsil juga..

Selepas membuat pembedahan, doctor menasihatkan agar makan aiskrim dan minuman sejuk. (atas sebab salah faham, aku dok melantak eskrim setiap hari selama seminggu lebih sehinggalah jumpa doctor untuk next follow-up.~ rupanya makan & minuman sejuk hanyalah dua ke tiga hari jer untuk penyembuhan awal luka pembedahan.) Alhamdulillah ..selepas 3 minggu MC aku pulih sepenuhnya walaupun terasa siksa masa nak mengunyah dalam tempoh tu..

Paling menggembirakan …MC hanya 2 hari setengah saja pada tahun ini ! MC hanya disebabkan PMS & demam saja.

Maka, pada sesiapa ada yang rasa tak boleh tahan dengan sakit ni, aku sarankan agar segeralah buat pembedahan..

sebelum

selepas

gambar kredit :www.ehow.com

Till Now.


Friday, November 20, 2009

:: Sejarah Orang Tak Tau ::

9 kawan yang bezz
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik.

Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar.

Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!”

Tiba-tiba raja Inderapura mencelah.
”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakhir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.”

Demikianlah kisahnya.

---- sumbangan: Aziz- CERITALUCU@ Google

Note: ya ke ?


Till Now.

Wednesday, November 18, 2009

:: Operasi Habis-Habisan ::

17 kawan yang bezz
Semalam hari yang bezz.. boley berjoget-joget & melepak-lepak tanpa gangguan. Kenapa ? Kelmarin baru jer kata sibuk bangat... hehehe..


Terima kasih pada PC yang hang dari pagi semalam..... opss..bukan malas nak buat keje yer..tapi dah nak jadik..aku pasrah..hahaha..


Ms Office + Ms Outlook tak berfungsi seperti selalu....nak wat keje pon takde mud.. dalam hati melompat-lompat.. Adalah dalam seminggu lebih macam ni tapi tahankan jer... kali ni terpaksa pasal dekat 5 kali re-boot... buat report kat HQ IT dept; dorang buat secara remote jer dari Ipoh..


Tak tau apa nak buat ..mula lah operasi membersihkan meja keja .. habuk tak hingat punya tebal.. dekat 2 inci! Adalah dekat setahun kot.... 5Snye checklist ada tapi tak implement pon..... Cleaner yg datang hanya lap meja aje..bila suruh lebih2 ..membebel jer tp nasib baik dlm bahasa tamimyalam ..apa aku kisah....pasal aku tak paham hehe...... Nak tunggu diri sendiri ...haaa kena masa-masa macam ni lah..


..dimulakan mengembur sumer maklah kat sekeliling PC..


keta tomei ni hubby dpt masa gi factory Daihatsu @ Japan

..aku suke! sampai berebut dgn anak ..bawak lari gi ofis...hahaha..


sayang sangat jam pewter ni... dapat dari ex-co. masa farewell dinner utk aku dulu..

masa download ni baru aku perasan ...lorr takde bateri ...hehehe.

jeng-jeng-jeng...dah siap.. itu baru 1st batch... belom di tepi , di bawah dan di belakang meja...

meja keja ke meja hiasan ni?


concentrate snap gambar. Si Nita (colleague) sempat pulak candid..

cam over lakks.. hehehe..

Till Now.


Monday, November 16, 2009

Berita Gembira dan Berita Duka...

6 kawan yang bezz
Berita Gembira ...
1) Jahitan di kepala Adiq telah dibuka pada Sabtu lalu dan doktor mengesahkan insyallah tiada kesan sampingan...

2) CPUku telah selamat di fix @ di repairkan (rosak bahasa..) dengan jayanya.. Sangkanya hanya power supply yang problem ; anggaran dalam 60 hengget saja rupa-rupanya motherboard corrupted.. maka sebanyak 450 hengget hubby dikorbankan (rega termasuk power supply + motherboard + upgrade RAM + upah)...hehehe...
Lepas ni hanya guna desktop saja instead of lappy ni... pulangkan semula hak penggunaan sebenar kepada hubby......

3) Kereta hubby mungkin ready by this week (sebenarnya dua-dua pon keta dia...hehe..aku tau bawak jer...) ... dari last week hantar kat workshop.

Bagi sesiapa yang berangan nak beli keta continental tu ..aku sarankan agar berfikir panjang... atau senang kata ..tak payahlah... bila dah lebih 4 tahun sumer problem akan keluar ...sama jugak dengan keta local tetapi rega spare part dari keta camni yang akan mencekik leher dan tengkuk sampai tersedak-sedak..
(sowi bang... sharing is caring... biar kengkawan tak terkena.... )

Berita Duka ...
1) CEO HQ telah resign dan diambil alih oleh Chief Operating Officer dari HQ juga (dengar2 orangnya sarcastic...). Maka bila new management..ntah report bagai pun dimintak dari sekecil simen ke sebesar mixer truck pun nak.... Minggu ni saja kena submit 2 report untuk dipresent oleh boz aku... Aduss.. kalau macam ni lah...masak rentung aku... Tak tahu sampai bila....

JADI.....

masa aku untuk ke blog kawan-kawan, ke kebun dan juga ke kolam adalah terhad...(jangan kata curik tulang ye... aku contra balik bila working at long hours yer..hehe..boley ke ?) AKU HANYA AKAN JENJALAN PADA MALAM HARI SAJA SELEPAS ANAK2 TIDO...


Till Now.

Friday, November 13, 2009

:: Inai Oh Inai ! ::

20 kawan yang bezz
Setiap kali balik dari keje..anak-anak akan mengadap tv. Along pon dah habis peksa jadi dibenarkan menonton...


Kelmarin.
Seperti selalu aku akan pesan yang berbagai pesan kat dorang sebelum naik mandi.


Along, Angah, Adiq....

* tak boleh tengok tv dekat2 tau...nanti rosak mata..
~haaa ini memang setiap kali dorang menonton kena pesan..
~ada jugak aku kata... Adiq tutup tv tu...pastu macam tau-tau je.. kelam-kabut dorang ke belakang..


* Jangan sepah-sepah kan sofa tu..

* Mainan jangan bawak turun tau...

* Remote control Astro tu letak kat tempat dia balik... (selalu tercari2 maklah ni.. Along suka pegang sbb dia tak bagi Angah tukar channel lain... hmmmm...)



Dah siap jer aku nak turun. Angah ngan Adiq naik dan masuk bilik..
Angah : "Ibu kitaorang pakai inai...canteeeekkkk...."

Adiq : A'ah Ibu .. Adiq shuke..

Aku : Inai ? amik kat mana ? Ibu tak buat pon.. kan ibu kata tunggu cuti, baru kita amik kat umah Cik Zah pastu ibu buatkan...

Angah & Adiq : tengok ni...kan canteeek.....

Aku : Laaa...... macam mana ibu nak hilangkan ni.....


Kena cari cutex nail polish remover lah jawabnya.... jenuh cuci ngan sabun tak hilang...



Note : Angah bongkar handbag aku dan amik marker pen merah kat dalam pencil case yg mmg setiap hari aku bawak gi keje)



Till Now.


Thursday, November 12, 2009

Ole-Ole dari Seoul, Korea

16 kawan yang bezz

Adakah sebab hubby teringat n3 aku hari tu yang membuatkan dia membeli si comel2 ni... Bagi sesiapa yang tak baca n3 tersebut, tak perlu tercari-cari. Aku copy & paste je kat sini..





* ole-ole merangkap hadiah anniversary tahun ni..

~alhamdulillah..

~ timaseh bang.. saya suke sangat..



* Along & Angah dah kirim beli chopstick sebelum bertolak lagi...

~terpengaruh tengok citer dari Korea & Hong Kong ler ni...
~ setiap kali hubby tefon, dipesan berkali-kali..


* alat massage tu tak pernah nampak di sini..
~cara nak guna hanya perlu genggam saja..


* make-up pouch @ pencil case

* jam epal & strawberry (gift dari sorang supplier ~ factory tempat isterinya kerja produce jam ni..)


~~~~~~Antara gambar-gambar yang disnap di sana.. ~~~~~~






*demo buat sutera


* ikan bakar kat sana tak sepedas sini
* kimci (sayur jeruk)~ makanan harian di sana




* kain suteranya memang cantik

~ sutera berkilat dan tidak berkilat(ole-ole bulan Mac dulu)






* tempat shopping di Seoul seperti di cicongkai di sini (Petaling Street)

* Di M'sia ada TV Samsung, HP Samsung tapi di sana .. Keta Samsung.. sumer besar2..






* lunch & dinner seafood saja..

~susah nak dapatkan makanan halal di Jeounjo berbanding Seoul.

~jarak perjalanan ke situ dalam 4 jam dari Seoul.



Note : naik *giler* tengok brooch dari sana..memang cantik workmanshipnya .. berbeza betul dengan yg beli kat sini.. harga memang reasonable.



Till Now.


Tuesday, November 10, 2009

: Insiden di Nursery ::

27 kawan yang bezz
N3 ini panjang berjela.. luahan hati seorang ibu..


Pada mulanya tak rasa pun nak buat n3 ni dan sumer gambar disnap untuk ditunjuk pada hubby tapi bila difikirkan geram, bengang dan tak puas hati aku semalam, aku buat juga.

Hari Sabtu lepas. Setelah mengemas dengan anak-anak, aku hendak ke saloon untuk gunting rambut. Singgah di nursery untuk menghantar anak-anak.. Hari Sabtu memang boleh dihantar ke sana jadi dalam fikiran aku sekejap sahaja mungkin takpelah.. Semasa hantar tu..Assistant di situ dah tanya dua-tiga soalan.. Lama ke kak?, Sampai pukul berapa kak? Cepat sikit eh kak .. Geram jugak aku tapi aku kata sekejap jer...

Takkan dorang tak tahu yang hari itu memang hari bekerja bagi dorang.. Mulanya ingin bawak semua ke saloon tapi bila fikirkan balik.. ..budak tengah lasak..tak boleh duduk diam nanti kat saloon tu.. Dalam keta aku terpikir jugak kenapa tak bawak Adiq jer sekali ..dan tak sampai lima belas minit lepas tu..aku patah balik sebab rasa tak sedap hati. Rambut tak jadi digunting. Sampai depan nursery, aku tunggu dalam keta sebab on the phone dengan Kak Ndak.

Pintu dan grill dibuka. Ketiga-tiga berjalan dengan pandangan yang pelik.. eh..Adiq mandi ? (dalam hati..sebab sekejap sangat..) Assistant nursery tu dengan muka pucat kata kat aku yang Adiq terjatuh dan kepala kena dinding.. Mulanya aku diam jer.. (tapi dalam hati berkata-kata jugak.. yelah tadi macam takde hati nak jaga..) Muka Adiq pun macam pucat jugak.. dan bila Adiq masuk keta jer.. aku ternampak kepala dia berdarah.. Zuupp darah terus naik ke kepala... Ya Allah..macam mana boleh kena ni?... "Saya..saya.. kat atas tadi.., turun jer tengok Humaira tengah nangis… "dia kata.

Kalau jadi kat kamu.. nak marah ke? Nak jerit ke? Nak apa ke? ..Aku tak cakap apa..hanya suruh anak-anak masuk keta dan terus ke klinik....Dalam keta tanya kat Adiq sapa yang buat... yelah dorang adik-beradik kengkadang berkelahi jugak.. Adiq kata dinding yang buat... Dinding buat macam mana ?..Aku tanya lagi..Adiq terus diam..

Nasib memang tidak menyebelahi aku tengahari tu...Ada tiga klinik berdekatan tapi dua tutup dan satu tiada doktor. Terus ke Bdr Country Homes yang jaraknya dalam 11km dari rumah. Dan di klinik, Adiq kena dua jahitan… kesian Adiq.. lepas satu-satu .. Menangis dia sambil pegang tangan aku dengan kuat masa doktor masukkan jarum di kulit kepala. Aku tak sampai hati nak tengok… Doktor menasihatkan supaya makan makanan yang sejuk-sejuk. Doktor juga berpesan kalau pitam, pening, muntah-muntah dan selalu rasa nak tidur datang semula untuk pemeriksaan lanjut sebab itu mungkin tanda-tanda pendarahan di dalam.. Ya Allah..mintak dijauhkan lah... Kena datang semula selepas 2 hari untuk dicuci.

Sampai di rumah..Adiq dah bermain dengan Along dan Angah macam biasa... Along jaga betul dia sampaikan Angah tak sengaja terlanggar pun kena marah...


Apa yang menyebabkan aku geram? Pagi semalam semasa hendak antar Adiq.. aku berpesan kepada sorang lagi assitant (takde masa kejadian hari tu) supaya Adiq tidak perlu mandi basah kepala. Dia tanya ..kenapa kak ? Kebetulan Ketua di situ (dia juga tiada masa kejadian) ada dan terus berkata ...alah hari tu Along main-main dengan Humaira pastu dia jatuh kena dinding...) Aku punyalah bengang !!... Dahlah salah dorang..ntah kemana ..pulak tu tak nampak pastu nak menyalahkan orang lain pulak.. Aku kata… eh…mana ada kak .. Along tak buat dia..Along tengah main dengan Angah masa tu.... Humaira sendiri kata dia terjatuh sendiri.. (Adiq ni memang pandai mengadu dan takkan dia nak tipu…) Ketua tu diam jer..


Aku ni jenis seorang yang kalau tak puas hati aku akan confront orang tu. Aku mintak advise dari hubby tapi dia tak izinkan.. "takpelah dah nak kena" kata dia.. "lagipun dah lama budak2 tu kat situ.. nanti tak bertegur pulak dengan semua".. ..yelah aku akur jer tapi aku kata aku nak tanya pada assistant yang ada pada hari kejadian hari tu.

Petang semalam aku tanya pada assistant tu kenapa dia bagitau pada ketua dia yang Along buat Adiq padahal dia pun tak nampak masa tu... dia terdiam jer... tanpa kata sorry..dia aah-aah..mmm..mmm.. Aku tambah lagi "akak tak marah tapi tak elok lah kata macam tu., walhal awak pun tak nampak dan akak tak suka jugak lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan Along dengar ...dorang akan mengejek dia nanti.. ."..Dia diam jer...


Malam tadi hubby bawak Adiq ke klinik semula untuk dicuci.


Note : Sebelum kami bertolak ke KLIA, baru Adiq beritau macam mana dia boleh kena dinding tu... "Adiq pushing-pushing badan pastu Adiq jatuh....” Aku kata," kita takyah pegi amik abahlah, Adiq sakit".... terus dia kata dia " dah baik... nak pegi-nak pegi..." merayu-rayu dia, aku pun tak sampai hati... anak kann...



Till Now.



Monday, November 9, 2009

Ke KLIA

16 kawan yang bezz
Demam dah kebah pagi Sabtu ari tu dan hanya tanda-tanda flu nak datang bila hidung ni dah mula panas semacam... Pagi tu sumer bersemangat ..aku dan anak-anak bergotong-royong mengemas rumah ..

Bangun pagi Sabtu soalan yang ditanya oleh Along & Angah ialah hari apa hari ni .. Tak sabar-sabar nak pegi amik abahnya.. ibunya windu ker ?..ye windulahh.... ahh sudah ..nanti menyampah pulak yer..macam lah dia sorang ada laki.. yelah..bila dah demam ..mesti nak manja lebih..pada sapa lagi ..pada suami jer lah.. Selalu hubby naik limo tapi bila anak-anak dah mintak pergi amik.. ikutkan jelah, bukan selalu pun..

Malam dalam jam 9 tepat keluar dari rumah ke KLIA. Nak keluar awal lagi tapi tunggu Along habiskan tengok citer Dinasour kat Channel Disney.. Along sekejap2 toleh kat aku..yelah dari pukul 8.30 aku dah kata jomm..tapi aku pun sama tak gerak2...ibu dan anak sama jer...hantu kartun...

Hujan lebat kat Sg Buloh. Wahh ..dah lama betul tak drive long distance dalam hujan lebat ..malam pulak tu... adalah dalam dua tahun setengah sejak tukar tempat keje niy.... drive pun 70-80km/j jer kat hiway... Tiba di USJ jer.. tak hujan; baru selesa sikit nak drive..

Flight touch-down jam 10.30mlm. Dalam jam 11mlm baru nampak batang hidung hubby… Anak-anak macam dah lama tak jumpa ..punyalah kuat dorang menjerit ... Orang sekeliling pandang ..sambil senyum-senyum..


Hubby tak boley diri tegak.. Tak terpegang luggage bag & barang2 di tangan.. Adiq dah mintak dukung.. Angah pegang tangan kanan dan Along pegang tangan kiri. Aku...huhuhu... takpelah kat keta jelah.. sila jangan pikir lain yer ..pegang tangan tau... Hubby senyum jer kat aku.. alahai..gugur jantung rasanya ..macam masa berkapel-kapel lak rasanya...


Anak-anak ajak makan di McD on the way balik . Tak sampai suku jalan dari McD tuh, sumer dah terlelap kekenyangan. Sampai rumah dalam jam 2.30pagi..



* Nanti sambung citer yer..apa ole-ole dari Korea.




*sempat posing gak..sebelum ke KLIA


*di KLIA


@ McD.... aku tak laku..nak abah aje..





*wuii sedapnya ice-cream..

* tak ingat mengantuk dahh ....




Till Now.


Friday, November 6, 2009

Cuba Teka ?

12 kawan yang bezz





Sepatutnya dimasukkan pada n3 semalam tapi tertinggal.



Cuba teka apa dia ?



Setelah puas mencari merata-rata...

jumpa benda ni di Pasar Chow Kit pada hari yang sama aku ke Giant Batu Caves hari tu.

Di kawasan rumah memang tak ada.

Ada di Sungai Buloh tapi harganya dua kali ganda mahalnya.




Kebetulan hendak ke KL, maka terus ke Pasar Chow Kit dan seterusnya ke Giant Batu Caves... hahaha..banyak sungguh lencongannya...

itulah aku...




siapa teka dengan betul aku bagi token sket ..

tapi pada orang yang pertama menjawab saje yer...






Till Now.









** mungkin ramai yang tak tau rupa pie tee maka aku letakkan gambarnya.



*bukan hasil tangan aku yer..





Thursday, November 5, 2009

:: Sementara Dan Selagi Ada Masa .... ::

14 kawan yang bezz

n3 ini tiada cerita.

Gambar menceritakan semua.



Selasa, 2hb November 2009
Jam 6.00ptg
** balik keje ke klinik; Angah-flu > gaya macam sihat jer...
tengah citer panjang ngan doktor, dorang pau doktor multivitamin sorang sebijik..


Selasa, 3hb November 2009
Jam 6.30ptg
** lepas ke klinik terjah kedai gunting rambut..


*dah siap..suke jer..
aku enterprem jugak.....

Selasa, 3hb November 2009
lunch time ke SPP bookshop di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh..
Cari lain jumpa lain..
* lama tak baca buku engggeres
baca n3 dari blog Sha yang memberi semangat untuk baca balik ...
* novel & biography 2nd hand pon jadik..




Jumaat, 30hb October 2009
Jam 8.30mlm
hubby amik dari ofis terus dinner di Paya Jaras @ Ayeem Burger
Western Food > makanan OK.. boley bagi 3.5 star dari 5 star.
Paling bez mushroom soup dengan roti 4 ketul yang teramatlah besarnya....
(gambarnya tak sempat snap..)


Jumaat, 30hb October 2009

Jam 9.30mlm

sampai nursery..

tinggal dorang jer..

kesian anak2.. tapi terpaksa ..


Ahad; 25hb October 2009
*Tidak ke Tesco seperti biasa tapi ke Giant di Batu Caves;
misi mengumpul kupon ...kuang-kuang-kuang...


Aksi -aksi menunggu trolley. KOSONG ?? Memang panjanglah queue nanti.....


Sabtu; 24hb October 2009
lunch : Daging masak blackpepper & Peria goreng



Till Now.

Sunday, November 1, 2009

:: Caca-Marba Petang Ini ::

11 kawan yang bezz
Hari ini seperti semalam tidak ke mana-mana. Takde mud nak bergerak. Sibuk bercucuk tanam jer sekarang ni. Mula-mula memanglah excited semacam kot. tak lama lagi mesti boring. Dulu bila semua member dok ajak aku taknak haaa...sekarang dah terjeratlah pulak..


Semalam hanya hubby ke KL ~ Low Yat Plaza . Aku kirim belikan USB flash drive. Gambar yang disnap teramatlah banyak hinggakan tak dan nak develop. Simpan jer sampai dah penuh dalam external hard disk dan flash drive tu.. Bila senang-senang nanti barulah pilih dan pakai CD burner jer ..


Dulu memang rajin nak simpan dalam album tapi bila ada digital kamera sejak Angah lahir dulu, langsung tak develop pun.. Rasa-rasa ada beribu-ribu keping gambar..hulamak..punyalah banyak.. Hanya gambar Along yang beralbum-album. Almaklumlah anak pertama .. excited sangat....Rasanya kebanyakan orang pun camgitu.. Gambar Angah adalah sedikit masa awal-awal kelahiran. Adiq paling kesian... takde langsung gambar dia dalam album. Pernah bila mengemas dan belek-belek semua album.. Adiq mesti tanya kenapa gambar dia takde.. dan dia boleh kata gambar Along & Angah masa baby semuanya gambar dia.. kesian anak ibu ni... Akan letak juga gambar Adiq nanti tapi kena ambil masa ...


Caca-marba pulak aku ni.. berbalik pada citer sebenar.. hubby akan terbang ke Korea malam ni. Seperti besa...atas urusan kerja selama seminggu.. selang seminggu pergi lagi.. huhuhu.. Sedeynya aku...ini bukan sebab rindukan dia yer.. bohong lah aku kalau tak rindu..ahaks.. tapi fikirkan akan bermulalah misi aku menguruskan persediaan anak-anak sendirian. Pagi-pagi kenalah bangun sendiri tanpa kejutan dari hubby.. Melampau ker ? Sampai bangun pagi pun dikejutkan..tapi bukan setiap hari lah..kadang-kadang awal lah jugak. Hubby aku tak kisah pun sebab setiap malam aku orang yang terakhir tidur.

Biasalah kan kerja makan gaji; pulak tu di syarikat swasta... Pergi kengkadang dengan bulan dan balik pun dengan bulan. Bila balik sharp 5 kang..ada jer mata-mata yang menjeling..tapi kengkadang aku tak pedulik pun.. Kalau ada hal, balik cepat jugak.. Waktu malam lah nak masak, lipat baju, susun baju, basuh pinggan... haaa sekarang ada tugas baru..jaga kebun.. hehehe..


Tadi aku masak simple jer.. hubby dah tanya dari semalam lauk kegemaran dia yang aku tak berapa suka. Bukan tak nak masak tapi stok cili kering dah habis jadi kenalah projek kan dulu... Risau pulak bila hubby cakap macam tu.. segera aku masak tadi. Jangan ketawa yer tengok lauk apa kegemaran hubby aku..



Note : patah kaki lah aku nanti ...hubby bawak lappy ni sekali.. desktop pulak tak gi repair lagi..huhuhu..



*ni dia faveret hubby selain lauk gulai tempoyak;
..sambal sardin tin.. hehehe..


*sup tulang pun ada*




flash drive baru aku ! ..kalau tak cukup2 lagi tak tau lah....



Till Now.



Linky's Magical


ShoutMix chat widget