Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu....

14 kawan yang bezz


Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"
 

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

 
Kawan yang pertama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.


Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.
 

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro!
Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.


Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.
 

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.
 

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.
 

Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kalau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"
 

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun 
is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."


Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.
 

Namun dia tidak sedar isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"
 

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ..ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"





Note:  Cer pilih ...nak singular ke plural ? hehe..



Sumber : Ceritalucu@Google

Saturday, July 23, 2011

Kata-Kata Sang Motivator

18 kawan yang bezz

 Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku . Aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteriku."

Hadirin terkejut dan terpaku.

Kemudian dia menambah , "Orang itu adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan ketawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istreiku."

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...

 
Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.


Credit to Mamat @ Ceritalucu.






Note : Tunggu Abi & Anak2 sampai dari kampung...petang nanti nak ke rumah emak aku pulak... 

Tuesday, February 8, 2011

Rizal yang Insaf

62 kawan yang bezz
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.



Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .


Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



Sumbangan: Aiman dari Ceritalucu @ Google




Note :  'mood' baru baik dari koma ... Emoticon







Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, December 8, 2010

Umur Tinggal Enam Minggu

27 kawan yang bezz
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.




"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke SPA kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".



Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"



"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."


sumbangan: Amin@ceritalucu~google.




Note : Bila bozz takde ..siapa yang berlagak jadi bozz ?




Monday, October 18, 2010

Cara Peguam

18 kawan yang bezz
MOSTI sedang mencari angkasawan untuk dihantar ke marikh. Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.


Calon pertama, seorg engineer ditanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawabnya "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."


Calon seterusnya adalah seorang doktor. Dia juga ditanya soalan yang serupa.
Dia menjawab, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."


Calon terakhir adalah seorg peguam. Bila ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "tiga juta ringgit."


"Kenapa lagi banyak dari yang lagi dua calon?" penemuduga bertanya.


Peguam itu menjawab, "Kamu bagi saya tiga juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yang sejuta lagi tu, kita guna untuk hantar engineer tu ke marikh"
.
sumbangan Ari, ceritalucu @ google



Till Now.


Tuesday, June 15, 2010

Berlagak

13 kawan yang bezz
Empat orang duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi. Seorang warga Amerika, seorang Afrika, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.


Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 US Dollar lalu dibakarnya untuk menghidupkan rokok. Semua terkejut dengan tindakan si Mat Amerika dan belum sempat bertanya, si Mat Amerika ni kata „Its ok..too many dollars in America“.


Tanpa mengendahkan kata-kata si Mat Amerika tu, si Mat Afrika pula mengeluarkan sekotak cigar yang termahal di dunia...dibakarnya satu dan yang lain dibuang ke tingkap... tersentak dengan tindakan si Mat Afrika ni.


Si Mat Amerika bertanya, “Why?“ si Mat Afrika ni kata „Its ok..too many cigars in Africa“.


Si Mat Malaysia dan si Mat Bangla terpinga-pinga dengan perbualan Mat Amerika dan Afrika tadi. Belum sempat Mat Bangla berkata apa-apa, si Mat Malaysia terus campak si Mat Bangla keluar tingkap dengan selamba berkata…”Nevermind..too many Bangla in Malaysia”.



Note : ekeke... senyum & sengih sebelum mulakan kerja..

* misi menjenguk kengkawan lambat sikit hari ni... ada pezentesyen whole day dgn sumer boz


Till Now.




Thursday, May 13, 2010

Essei ~ Surat Memohon Cuti ...Gerenti Gelak !

6 kawan yang bezz
email dari boz.

layan.






tulisan cina > 1)lari 2) kejar > sesuwaikan dengan cerita..



Till Now.




Tuesday, April 27, 2010

Ulang tahun Perkahwinan ke 25

3 kawan yang bezz
Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya:


"Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"



Suaminya menjawab:


"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."



??



sumbangan: Aliya @ ceritalucu, google




Note: tobat2.... hehe..


Till Now.


Tuesday, March 23, 2010

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

4 kawan yang bezz
Sumbangan sumbangan: Lan; Ceritalucu @ goggle



Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa. "Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertaya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.


"Apakah kelakuan kamu baik disini?""Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."



Note: adehh.. siannya.



Till Now.





Wednesday, February 24, 2010

Mak Hilang !

11 kawan yang bezz
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua cover line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar-mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.
Gua punyala terperanjat!
"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira-kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewritter.
"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:
"Alhamdulillah....Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
"Dalam sinki pantry."
Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

"Bab*!"

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia-sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.



Note: sumbangan ? diperolehi dari email.



Till Now.




Sunday, January 17, 2010

Menantu Hantu

8 kawan yang bezz
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.



Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.



Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.



Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".



Sumbangan : Jas dr Cerita lucu, Google.



Note : pagi hingga ke petang tak dapat dikesan; jalan-jalan cari barang...

Till Now.


Thursday, December 10, 2009

:: Menantu Yang Luarbiasa ::

8 kawan yang bezz
updates dari ceritalucu @ goggle


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya.


Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya.

Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...


Till Now.

Thursday, December 3, 2009

:: Pembohong ::

13 kawan yang bezz
---- sumbangan: Arman @ Ceritalucu tapi tak lucu ~ Google



Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad."Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan..."."Cerita apa?"Cerita Papadom ayah".*PLANG*"Katakan dengan jujur cerita apa?!""Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad."Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG* Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya... dan semua terdiam...

Note : rasanya ramai anak luar nikah sekarang ni disebabkan kes-kes macam nilah.. mintak selisih..


Till Now.

Friday, November 20, 2009

:: Sejarah Orang Tak Tau ::

9 kawan yang bezz
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik.

Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar.

Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!”

Tiba-tiba raja Inderapura mencelah.
”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakhir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.”

Demikianlah kisahnya.

---- sumbangan: Aziz- CERITALUCU@ Google

Note: ya ke ?


Till Now.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget