Showing posts with label Hubby. Show all posts
Showing posts with label Hubby. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Mudah Memang Mudah...

35 kawan yang bezz



Mudah Memang Mudah !
Telefon berdering tak henti-henti 
Tak sampai 5 jam iklan dikeluarkan
Sorang  datang test drive 
dan sorang dalam perjalanan dari Klang petang tu jugak
Kesian yang datang dari Klang tu; Lambat 5 minit aje. 
Abi belanja dia makan.
Tepuk dahi dua tiga kali sebab terlepas.
Buyer dari Terengganu yang tak tengok keta terus bayar deposit.
Alhamdulillah.
Dua hari lepas tu terima separuh bayaran lagi
Dan semalam 1hb April 2011 bayaran dilangsaikan
Serahkan keta dan geran pada staff buyer tu di R&R Sungai Buloh lebih kurang jam 6.30 petang



..Keta lama... 
orang-orang sekarang tak pandang keta lama-lama ni
Yelah bila orang tengok...rasa 'down' sikit..
tapi... ada aku kisah...



6 tahun usia dia
Sebulan ada jugak dua-tiga kali aku bawak
Kalau tak bawak, gerenti skill manual nyorok celah ceruk mana




Mula-mula memang tak nak jual tapi lepas citer di entri ni , dia buat pasal lagi. 
Tak sampai pun sebulan lepas fixkan yang rosak tu. 
Abi tawar hati gamaknya.. 




.. kenangan terakhir dengan dia ..




..iklan Isnin lepas..




saat-saat terakhir
..tengah explain pasal keta ni kat staff buyer tu..


macam senyum paksa tu bang !


..pandangan terakhir..






Note :  kebetulan.. sama tarikh bertunang dulu.


Wednesday, November 10, 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga... Apa Nak Dikatakan ...Redha Ajelah..

23 kawan yang bezz

Kesian sungguh Abi. Pada entri ni bulan lepas  aku ada citer yang mungkin Abi nak tukar kereta yang dia pandu ke kerja. Nampaknya macam tak menjadi...


Petang tadi mekanik yang selalu repair keta Abi hantar kereta yang dah ok. Bila pakai keta lama... macam-macam problemlah yang datang. Kali ni aircond tak jalan pulak. Dekat berbulan-bulan jugak ke tempat kerja tanpa aircond. Sejak dua menjak ni hujan... terus Abi minta foreman tu datang untuk fix apa-apa yang patut.


Nak menangis pun ada aku dengar jumlah yang kena bayar tadi.... duaribulimaratus hengget ! Adoiyai.. Kena pulak cash takmo sain-sain. Antara yang kena tukar ...compressor, condenser, cooling coil, cut-off switch dan ntah apa benda lagi yang related dengan aircond. Padanlah Abi senyap ajer balik kerja tadi. Foreman tu dah bagitau dulu agaknya.  



Jadi kesimpulannya...tak perlu tukar keta dulu sebab dah spent banyak nau $$ untuk keta ni.....



Note :
1)Semalam TV hari ni keta....Alahai.. 


Till Now.



Sudah Sampai Masa Daa...

30 kawan yang bezz
Dari 1997 berkhidmat



Keluaran pertama  "saiz 29"



Dari Taman Medan Ke BBSentul Terus Ke Rawang



Tuan punyanya dari bujang hingga anak tiga



Tak pernah meragam



Walaupun berbagai keluaran terkini di pasaran



Dia tak heran



Sudah Sampai Masa



Tak Bernyawa



Termenung panjang




Note : apa lagi bang ?...yang gantung, yg lekat, pilih aje.. hehe..


.
.
.
.

..babai...


Till Now.



Wednesday, October 20, 2010

Perlu Ke Tukar Kereta ?

52 kawan yang bezz
Sana sini citer pasal keta baru Proton~ Inspira. Nama dah sedap. Minta-minta rupa pun sesedap namanya. Itu baru soft lauch.. Kalau betul-betul launch tentu lagi ramai yang bercerita. Nak beli keta ni ?.... eh tak lah. Kalau nak beli ;kena tunggu tahun depan baru boleh dapat staff price.


Aku pun tak amik tahu sangat. Abi citer sikit-sikit aje. Abi kata yang buat keta tu mahal sebab enjin keluaran Mitsubishi~ Lancer. Bumper aje tukar sikit. Kalau sebijik Lancer pun dah garang dah. Bukan Evo tau... Kalau yang itu aku pun nak. Memanjang speeding jer lah... hohoho... bez-bez-bez...

Abi ada ura-ura nak tukar keta yang dia pandu ke ofis. Keta tu lama dah.. semput sana- semput sini. Repair sana-repair sini. Berhibu-hibu habis tapi baru-baru ni Abi dok usha keta lain pulak....Dah macam termimpi-mimpi pulak dia. Asyik ke sana-sini tengok keta idaman dia tu. Kalau bertenet pulak, asyik ke blog keta aje... Risau aku dibuatnya..

Bab ni aku memang tak nak cakap banyak sebab keta-keta dia yang bayar.. Aku tukang bawak aje.... (^__^) Pernah bila komen lebih... dijawab... "oklah tu abang tukar-tukar keta dari tukar-tukar isteri".... haaaa amik kau.. takmoh cakap lagi lah.... serram !



Note : apa-apa pun kena settlekan belanja untuk sekolah next year baru boleh citer..

Till Now.

Saturday, October 16, 2010

Suami Alaf Baru.....

20 kawan yang bezz
Bersyukur rasanya…
Bukan nak memuji apatah lagi berbangga
Tapi kenyataan.. Alhamdulillah.


Sejak awal ..
Dia seorang yang tak banyak cakap..
Malah orang kata 'culture shock'..
bila masuk dalam keluarga yang berketurunan Orang Melaka yang mulut bising …*tapi baik hati .. >_<


Sekarang... sudah boleh berlawan cakap...

Terima kasih yang tak terhingga...
Membasuh baju sekolah kebangsaan & KAFA anak selama seminggu ~ Jumlah 5+3 pasang, yang memang bersih !
Membasuh kasut sekolah anak
Menjemur baju sebanyak 2 kali cucian kalau aku ke ofis pada hari Sabtu
Hari minggu pula memvakum dan mop lantai...
Dialah wiring man, dia jugalah plumber..


Sebab itulah terasa patah tangan bila dia tak ada di sisi..
Harapnya lepas ni yang terakhir....




aku ?
Masak
Lipat dan susun baju
Mencuci bilik mandi - itu pun seminggu @ 2 minggu sekali
Membasuh dan menjemur baju pada hari bekerja * washing machine
Menyapu lantai pada hari bekerja..
Senangnya kan ?
Wahai para suami kecuali IM....berani cuba ?


Sebagai balasan ..mesti masak masakan yang special pada hujung minggu..


Kerjasama !..bak kata wonderpets...


Pernah jiran kata...
"Suami saya takkan buat macam tu sebab dia kata itu kerja orang perempuan... "


Terima kasih bang...


Note : dah dekat dengan anniversary ni... Bodek ke? hehe..

Till Now.




Wednesday, August 11, 2010

Gembira, Suka, Duka , Sayu dan Sedih Di Bulan Puasa...

31 kawan yang bezz
Salam Ramadhan buat semua.

Gembira bila dapat jumpa lagi Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah.


Suka bila Angah sendiri bersemangat hendak mula berpuasa tahun ni.
*malam tadi berkali2 ingatkan aku suruh kejutkan dia untuk sahur.


Sahur tadi air milo yang tak habis terus nak dibawa ke tadika... Bila ditanya "eh..Angah lupa lah..takpelah bagi Maira.."



Duka bila teringat kehilangan arwah ayah sehari sebelum raya pada tahun 1990 . Walaupun genap 20 tahun pemergian arwah ayah, saat-saat akhir bersamanya memang menyedihkan.



Sayu bila buat kali pertama tak mula berpuasa bersama Abi sejak mula berkahwin pada tahun 2000.



Sedih bila Abi hanya bersahur maggi sahaja pada pagi ini. Setibanya dari Jianhua semalam, kini Abi di Chongxin tempat yang sukar mendapat makanan halal.


Bertambah sedih bila trip Abi ditunda hingga 20hb dari tarikh sebenar, 17hb.. * alahai.....


Note : azan berkumandang di surau berdekatan tapi aku dengar jiran sebelah sedang menumbuk lesung!



Till Now.


Friday, August 6, 2010

10 hari...

32 kawan yang bezz
Malam Pagi tadi dekat jam 3 pagi baru tido. Tolong Abi mem'packing'. Abi pulak sibuk menggosok baju2 yang hendak dibawa.




Biasa pergi hari cuti, kali ni pulak hari kerja...kelam-kabut dibuatnya.



Jam 645 pagi tadi Limo sampai. Abi terbang lagi ke chayanunalif. Follow-up dari 1st visit hari tu. Nasib baik tak macam hari tu, kali ni hanya 10 hari. Kurang 4 hari dari yang sebelum ni.. Tapi.... lamanyaaaaa....



Akan bermulalah lagu tema Airwolf setiap hari.




..kesian anak-anak...

..dikejarnya limo tu ...




kalau boleh tak nak lepasss.... haha..


macamlah sorang ada laki..






Note : hari ni whole day bozz ada. la ni dia out for lunch... malam nanti aku jengok yea..



Till Now.




Wednesday, July 21, 2010

Ole- Ole Dari China

32 kawan yang bezz
Salam Semua.


Citer malam minggu hari tu. Sepatutnya Abi sampai KLIA jam 8malam tapi 10malam hphone out of coverage lagi. Aku dah mula saspens. Dah macam cacing kepanasan.

Jam 1015 Abi tefon kata baru turun dari flight. Flight delay sebab Shanghai Airport penuh sesak masa tu. Aik..kapal terbang pun ada trafik jem jugak rupanya..


Sampai kul 1145malam. Belum sempat masuk, semua meluru keluar. Anak-anak jer yea.. aku menten kontrol. Hehe.. Abi senyum jek. Tu pun dah cukup ...huahuahua...luluh jantung dibuatnya.. ok. Stop. Nanti meluat pulak.



Abi ni bukan kaki shopping. Setahun sekali belum tentu dia bershopping kalau aku tak hajak !. Kali ni aku memang serprais. Banyak sungguh Abi beli.

Timaseh bang. Nanti beli lagik..





MP5
ada
*video
*games
*lagu sudah semestinya
Abi : kat Mesia takde lagi ni ..
Aku : Untuk sapa ?
Abi : saje beli... murah.
Aku : Saya punyalah... hehe..

Ada sesiapa nak kirim ?
Mungkin abi ke sana lagi..



2 minggu kat sana, 2 minggulah Along & Angah pesan heli ni.
kecek beli di booth2 Tesco tak dapat..mahal sangat !





.. bukan untuk aku ; untuk Adiq..
bila pakai
Adiq : shekshi lah ibu....
Aku : erk !


Adiq pesan suh beli bag
Abi terlupa.
Beli di airport.
Cekik darah..
Aku : laaa... beli kat sini dapat 4 bag lebih kurang camni..
Abi : ye ke ?



tak pernah misz beli coklat setiap kali terbang
beli di KLIA
beli dua kotak free satu kotak
tak makan semua, 2 kotak nak bg staff dia.


.. chinese tea..
..cepat lagi lah selim jawabnya ... hikhik..






Abi : ok tak ? dorang kata ni beg ni paling ramai orang beli
Aku : hmmmmmmmmmmmmmmmm...
Abi : nape ?
Aku : memanglah ramai beli...kalau beli ori, ribu-riban reganya..
Abi : ye ke?
Aku : berapa ni ?
Abi : 422 renminbi
Aku : lorrr....... orang memang tahu kita tak mampu beli PRADA !
nasib baik ada tali panjang... aku terus suke !

*lebih minat beg yang flat takde butang2

Yong, ko nak kirim tak ? PRADA tu !



Untuk sendiri, Abi beli belt , casing hphone, jersey Spain & German, sarung laptop, travelling beg * terpaksa sebab barang banyak sangat.
Abi : Takyah snaplah..
Aku : hokey. ngeeee...



Note : Bang, pc baru boleh ?



Till Now.



Friday, July 16, 2010

Senyum.... Girang...

11 kawan yang bezz






Gembira... Girang... Menghitung waktu...



Esok Abi balik !


InsyaAllah tiba KLIA jam 8 malam.


Lepaslah rindu-dendam kami anak-beranak.




Note : kita jumpa malam esok @ Ahad.

Hari ni balik awal untuk ke sekolah Along.





Till Now.










Tuesday, June 29, 2010

Alhamdulillah...Rezeki..

23 kawan yang bezz
Salam Semua.


Kebelakangan ni n3 asyik citer pasal abi jer.. Rupanya ada hikmah. Alhamdulillah.
Balik kerja petang tadi.. dating sekali lagi... wah...!. .



Aku sampai lambat sebab ke celcom dealer centre untuk bayar bil sebelum dipotong.bil tak pernah tengok,tunggu reminder aje..hehe. Lepas order makanan...*dapat jugak makan western food, abi buka mulut bercerita..


Big boz panggil utk beri surat dan ucapkan tahniah !
Aku tumpang gembira untuk dia.. ahhh...tak nak tumpang-tumpang, aku pun gembira sebenarnya!


Kata pada dia yang big boz percayakan dia sebab tu tak monitor langsung apa yang dia buat dua tahun ni... dia senyum jer...


Dapat 2 gred kenaikan = 20% + transportation allowance..
Gaji baru bermula dari April. Syukur.




Note: nak bodek apa ya? gelang besar? PC baru? PS3? apa lagi ye?.



Till Now.






Friday, June 25, 2010

Bila Dah Kalah ...

28 kawan yang bezz
Salam semua.


Aku tak berapa gemar bolasepak. Kalau masa kecik-kecik dulu minat jugaklah pasal arwah ayah dengan Kak Long memang hantu bola. Tak boleh lepas. Kali terakhir tengok beria-ia masa zaman Fandi Ahmad & Subadron Aziz main untuk Kolompo. Masa tu memang best betul sebelum Fandi Ahmad balik Singapore.


Tadi tengok tipu2 teman hubby. Mata dia depan tv; mata aku depan tv jugak tapi tv kecik ni... hehehe... Bila gol atau striker nak sumbat gol baru sibuk pandang dengan ayat skema aku.. "team mana bang? player tu main club mana ?"..konon amik tahu.


Baru berapa minit dah kena Satu.. .. mengeluh ..
Dua.. diam..
Tiga... terus monyok + masam ..



Aku menambah api lah pulak kan..
"Kenapa last minute baru nak beria-ia nak main...kalau dari mula dah tentu lebih dari Portugal"!
Lagilah masam.. kekeke... saja jer usik.



Kesian Italy. Kalau tak off-side dah tentu seri tapi takpe, Argentina ada lagi.


Note : hubby jarang bersuara masa tengok bola. Selalu jugak perhati.. cool jer manjang. Kali ni baru dia bersuara sikit. Apa nak buat 2nd team favret dia kalah dan disqualified.



Till Now.



Friday, June 11, 2010

Saat-Saat Tak Di Layan Suami ..

23 kawan yang bezz



aku : bang...

hubby : hmmm * mata kusyuk mengadap formula one..

aku : saya baru perasanlar..

hubby : hmmm...

aku : bang .. dengar tak..?

hubby : haa..

aku : tengok ni... tunjuk jari...

hubby : napa ? * jeling sekejap

aku : tak nampak ker ?

hubby : cincin, kenapa ?

aku : laaa.... batu dia dah jatuh lar..

hubby : kat mana ?

aku : tak tau... balik dari CH ari tu baru perasan...

hubby : owh...

aku : bang !.... ieshh...

hubby : apa nya ?

aku : tau tak tu cincin apa ?

hubby : tau.... cincin tunang ..

aku : habis camne ?

hubby : kita tunanglah balik...

aku : ish... mengada-ngada.. malas ar nak cakap... * terus bangun.





Note : jangan kacau kalau laki mengadap formula one @ football league.


Till Now.






Thursday, November 12, 2009

Ole-Ole dari Seoul, Korea

16 kawan yang bezz

Adakah sebab hubby teringat n3 aku hari tu yang membuatkan dia membeli si comel2 ni... Bagi sesiapa yang tak baca n3 tersebut, tak perlu tercari-cari. Aku copy & paste je kat sini..





* ole-ole merangkap hadiah anniversary tahun ni..

~alhamdulillah..

~ timaseh bang.. saya suke sangat..



* Along & Angah dah kirim beli chopstick sebelum bertolak lagi...

~terpengaruh tengok citer dari Korea & Hong Kong ler ni...
~ setiap kali hubby tefon, dipesan berkali-kali..


* alat massage tu tak pernah nampak di sini..
~cara nak guna hanya perlu genggam saja..


* make-up pouch @ pencil case

* jam epal & strawberry (gift dari sorang supplier ~ factory tempat isterinya kerja produce jam ni..)


~~~~~~Antara gambar-gambar yang disnap di sana.. ~~~~~~






*demo buat sutera


* ikan bakar kat sana tak sepedas sini
* kimci (sayur jeruk)~ makanan harian di sana




* kain suteranya memang cantik

~ sutera berkilat dan tidak berkilat(ole-ole bulan Mac dulu)






* tempat shopping di Seoul seperti di cicongkai di sini (Petaling Street)

* Di M'sia ada TV Samsung, HP Samsung tapi di sana .. Keta Samsung.. sumer besar2..






* lunch & dinner seafood saja..

~susah nak dapatkan makanan halal di Jeounjo berbanding Seoul.

~jarak perjalanan ke situ dalam 4 jam dari Seoul.



Note : naik *giler* tengok brooch dari sana..memang cantik workmanshipnya .. berbeza betul dengan yg beli kat sini.. harga memang reasonable.



Till Now.


Friday, October 30, 2009

:: Berkenan Lain Dapat Yang Lain.. ::

12 kawan yang bezz
Malam tadi ke Pekan Rawang.
Pegi beli contact lense.
Itulah tu...bila mata dah tak selesa- dah kering ngan pedih barulah nak pergi beli.



Lepas tu hubby ajak makan kat Secret Recipe.
Tiba kat sana tengok ramai sangat kat dalam SR tu maka tak jadi.
Lagipun aku tak rasa nak makan kat situlah... tak banyak choice kecuali kek2 yang menyelerakan tekak anak2 aku tu..



Kami ke Al-Ikhsan.
Hubby tanya gak nak beli apa.
Aku kata aku nak bagi prezent tapi yang tak surprise lar...
pasal dia dah nampak..hehehe ...



Aku dah agak hubby mesti tak nak..
Bila aku kata bukan selalu ..setahun dua kali jer dapat hadiah dari aku.. pastu baru dia okey..
Lama gak aku nak pilih baju yang hubby berkenan .. (mmg hubby suh aku pilihkan bila beli baju untuk dia) tapi bila dah jumpa tak de saiz pulak. XL habis dan tinggal L jer.
Takpe next time aku grab jugak..(untuk besday ker..)




Akhirnya hubby amik kasut .
Sempat lak hubby kata esok nak terbang boley pakai..hehehe ..



Adiq pon mintak kasut gak... Adui kasut raya Adiq jer dah dua pasang tahun niy.. dah pandai melawa dia sekarang..



Abahnya cuba..Angah pon sibuk nak cuba... Aku pon tak lepas peluang..amik gak tsert selai..ihiks..






Till Now.



Monday, April 20, 2009

~~ Hubbyku ~~

0 kawan yang bezz
Bez tul dapat email dari hubby baru sat nie.. Dia pun baru balik dari dinner kat sana .. Katanye
makan Kimci ngan Ikan... pebenda tu?? aku pun tak tau.. Baru reply email dia...

Dok citer pasal anak2 je... tanye dia ke tak.... Ibunye tak tanye punnnn.... he..he..he..

Hubby aku nie susah sket nak tunjukkan dia nye feeling thru words... Susah nak jawab... Segan jer bile aku tanye... Jawapan yang selalu dapat "TAKKAN TAK SAYANG" ... aku dah memorise jawapan tu.. Takpe ...janji aku faham hati budi dia ..cukuplah.

K. Till Now... nak g fetch my kidz..



Saturday, April 18, 2009

~..~ Terbang Jauh ~.~

0 kawan yang bezz

Tonite, hubby terbang ke Korea… tak beznyer… Kena tinggal lagi satu minggu.. huu..huu...huu..

Gerenti boring,bosan, lonely dan seangkatan dengannyer... chewah... dah start dah nih.

Mana tak boringnyer… aku nie jenis yang mulut tak berhenti2 bercakap @ bercerita…

diikuti dengan tangan2 dan perbuatan sekali.. (pernah hubby aku suruh releks sket jangan jadi ’makbut’ singkatan untuk mak yang kelam-kabut)

Takdak geng nak dengar dailynyer citer.. Kena kumpul lah citer untuk a week..

Mesti panjang lebar citer aku nanti… heh..heh..heh..

Till now.. takdak mood lar...




Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Linky's Magical


ShoutMix chat widget