Showing posts with label Cuti-CutiKu. Show all posts
Showing posts with label Cuti-CutiKu. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Marathon

18 kawan yang bezz
Kitorang marathon sepanjang minggu kedua cuti sekolah hari tu
Festaim Along, Angah & Adiq kata " bestnya!"
Sebab ? 
Aku & Abi cuti panjang


Kampung Abi @ Benta, Kuala Lipis
..belajar jadi pekebun tegar..

..menangis sebab tak dapat join ..

..luar panas terik sambung main kat dalam pulak..



On da way ke CH
..ke sini pulak..  (tiap-tiap tahun anak-anak mesti ajak pergi sini..nasib baik tak ajak ke GH)

..anak bapak..

..sekarang ni mesti berebut nak duduk tengah..kena ikut turn.. abanza dah tak laku dahh...


di KHM Strawberries



Malim Nawar, Perak
Rumah Adik Ipar


Pusat Sains Negara
Tertunai jugak janji aku.....ghaaauuuuu...

..dengar jangan tak dengar..

.."abah !!! jangan........"  Adiq menjerit tarik abi masa ni.. kekekekee...

..Dari pagi sampai jam 4 petang kat sini..  Itu pun Along tak puas lagi..

..tak lepas peluang..

.. mulut pecah & hidung berdarah..

..kenangan penyebab...  aku pun nyaris-nyaris kena dinding penuh cermin ni..
..Adiq dah mula boring tunggu Abi & Along main chess..



Kg Kuantan ,Kuala Selangor
..Jeti..


kalau nak pergi masa awal bulan. Masa ni bulan terang, jadi kelip-kelip kurang

"kak, kalau boleh jangan guna flash, nanti kelip-kelip tu macam terperanjat jadi nanti kurang berkelip" bagitau pembantu pelancong tu. Jadi,takdelah aku amik gambar kelip-kelip tu.
jom balik !






Pada sesiapa yang berminat nak pergi Kampung Kuantan, Kuala Selangor :
* seeloknya dari 8.30-9.30malam kat sana. Waktu makan si kelip-kelip. Sambil makan daun berembang tu sambil tu lah si kelip-kelip tu berkelip. 
*kalau pergi atas 10:00 malam, masa tido kelip-kelip tu jadi mungkin tak banyak yang berkelip.
*jangan pergi masa bulan terang. tak berapa cantik  bila kita tengok kelip-kelip tu berkelip.
* harga bagi satu sampan : RM40







Note:  fuhhh-fuhhh...amik semangat berblog .. ;o)

Tuesday, April 26, 2011

Lain dari Lain

48 kawan yang bezz
Budak mana yang tak suka tengok binatang. Kalau boleh nak tengok lama-lama.Yang si ibu pun seronok tengok sebab ada yang tak pernah tengok. Kat situ tak boleh amik gambar 'berflash'. Dengan skill yang memang takde; cincai snap aje.. entah bilalah nak belajar...


Kita layan ajelah gambar-gambar reptilia yang aku snap masa di I-City hari tu.Banyak jenis tapi aku snap yang mana aku jarang nampak aje.



..comel jer katak kuning ni..


..kura-kura tecit ni sebesar limaposen tau ..


..tarantula ..
saje tunjuk kat anak-anak.
kawasan sebelah rumah aku banyak semak-samun & kelapa sawit.
mana tau kalau ternampak diorang ingatkan spider biasa




kura-kura alligator 



...scorpion.. 
kat kampung abi warna hitam berkilat



iguana malas



..katak ensem..



..spesis cicak..



si tokek.. kalau terlepas mesti aku tangkap... 
jadi jutawan segera... hehehe.





Note : Nak buat entri pasal lain tapi  keluar pasal lain.. Korang pernah macam ni tak  ?

Saturday, November 27, 2010

Ada Map Tetap Tak Jumpa...Walaupun ada GPS; takde 3G Coverage Pun Tak Guna ...

50 kawan yang bezz
*Citer Minggu lepas..

Sampai di rumah Kak Lang di Pagoh dah petang. Anak-anak suka betul bila  jumpa sepupu-sepipi....  Aku saja bagi surprise kat dorang. Tak bagi tau nak pergi mana. Dekat-dekat sampai Along dapat agak..Apa lagi, menjerit bagai nak rak sambil joget-joget..


tak dapat main PS2 , komputer game pun jadi...

"tak suka main game" kata Angah sebenarnya tak tau main; Dia main bola aje...
...  sempat lagi nak bergaya..
"balik nanti jangan lupa pulangkan tau..." dia jeling aje..

Awal pagi minggu dah ke sini . Dekat sangat dengan rumah Kak Lang.
Hanya beli rempah bahan tumis ajer..
Apa orang tua kata.. buat cukup syarat sebab dah sampai.


....  muka suci aku tu gaya dah mandi tak rasanya ??..
..(^_^)..

..nak snap pix kat dalam restoran tapi tak boleh..
nak lawat ladang tak boleh
 kat luar pun jadilah..


* Dari Pagoh ke Felda Bukit Senggeh,Jasin
kenduri kawen kawan abi...
Jenuh mencari sebab map di kad jemputan tu ntah gugel dari mana
sekejap2 berhenti tanya orang...
sampai di kenduri  dekat 2.30petang.
Makan kenyang-kenyang
Majoriti kawan yang pergi semua pun letih mencari.
..nak amik gambar pun dah takde mud.


Dari sana terus ikut jalan menghala ke Alor Gajah *festaim ni
Rupanya keluar di belakang rumah Mak Lang (adik emak) di Pengkalan.
..Singgah Jap..
..pekena Kopi-O kaww..


Dapat percuma daun kari, daun limau purut dan pucuk ubi..
almaklumlah feree..aii like,  tapi ntah bila nak masaknya tu!




Balik mesti singgah  !
Maju dah bisnes mak cik ni....
Dulu pondok kecik aje sebelah Petronas tu..

Apa agaknya kesilapan aku masa leka membeli -belah  kat sini ..



Till Now.



Tuesday, June 8, 2010

Dah Seminggu Lebih ...Baru Nak Apdet.. Cuti-Cuti Malaysia @ Cameron Highland

14 kawan yang bezz
Suka sokmo bila berjaya mengecilkan saiz sumer gambar-gambar. Barulah rajin nak mengupdet pasal cuti-cuti Malaysia hari tu. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Terima kasih kepada kengkawan yang mendoakan




Suspens ? Maunye tak. Pertama kali setelah dekat 10 tahun bercuti jauh tanpa hubby di sisi...yea..aku tak tipu... Jangkanya memang hubby pergi sekali. Hotel dah ditempah bulan februari lepas. Seminggu sebelum bertolak, hubby terpaksa ke oversea lagi, lagi dan lagi.. Nak tak nak... pergilah jugak. Terima kasih bang, bagi green light... Hati berdolak-dalih jugak mulanya. Bila anak-anak dah tuntut janji, memang tak boleh nak elak. Weakness seorang ibu lah ni !




Adik aku, SA hantar mak jam 1.30 pagi..seperti yang dijangka. Bila dah jumpa.. mulalah berborak hingga 3.3o pagi. Hari Jumaat, lepas siap sarapan beli, packing sumer bagai; jam 1130 pagi aku mulakan perjalanan. Condition keta insyaAllah ok, hubby dah hantar servis seminggu sebelum tu.




Bagi menyenangkan keje, aku tak payah mengangkut banyak beg; setiap sorang bawak beg sendiri kecuali adiq. Haaa.. memang banyak beg tapi takpe...keta yang bawak. Tiba di hotel ada bell boy tolong angkat dan tolakkan. Mana tak banyak.. beg susu, beg bekalan makanan dalam keta, beg itu, beg ini. Faham-faham jelah budak-budak, macam-macam nak dikunyahnya walaupun perut baru lepas isi.




Ikut jalan kampung macam yang hubby suggest. Masuk Tol Tg Malim dan terus hingga ke Tapah dan naik ke Cameron Highland. Pesan banyak kali pada anak-anak suruh tidor tapi sumernya tak nak. Nasib baik tak muntah + pening-pening lalat. Nak teman ibu, kata dorang.





Sampai kat atas belum masa nak check-in, jadi terus ke medan selera di Tanah Rata. Perut dah berbunyi lagu riang-rock dah! Check-in pukul 3.30ptg. Rehat secukupnya macam tak mau bangun weh... Start meronda hari esoknya. InsyaAllah kalau pergi lagi, aku nak ajak lagi sebab mak macam tak berapa enjoy membeli.

Yelah..henbeg aku yang tiga orang tu nak kena tengok-tengok. Dengan nak membeli, mengangkut... tak cukup tangan.. Kalau ada hubby, boleh dia tengok-tengokkan anak-anak, aku pulak bolehlah mengangkut apa-apa yang dia nak beli.





Pagi Ahad dah check-out; Lepas bekfes terus ke Pasar Pagi Brinchang lagi. Jammed !...Sebelum turun, singgah di Bharat Tea House.. Along nak amik gambar dekat daun teh.. haiya….. Dekat pukul 2 lebih baru turun. Waktu tu hujan.. jadi slow moving... kereta yang turun pun berderet-deret... Dah tak sabar-sabar nak balik... rindu wehh .





Singgah di Bidor sekejap untuk beli buah-buahan pulak...harga buah naik agaknya..Jambu Batu Madu sekilo lima henggit.. Murah lagi kat pasar tani rumah aku, baru 4 henggit. Mak nak jugak...angkutlah jugak dalam 3 kilo. Lepas tu terus zasss tol Bidor kuar hiway.. Jammed pulak.... Tersangkut-sangkut sampailah di Slim River... Ada eksiden rasanya kat situ. Biasalah rakyat Malaysia yang prihatin.... Sumer pakat tengok termasuk aku ni.. Dekat 6.15petang sampai depan rumah.





Alhamdulillah. Lega sungguh. Anak-anak berlari keluar dari keta bila nampak Abah depan rumah .Ibu dorang tak lari pun..senyum jer..hehe..



@ Rose Valley






































"laaa...daun betul rupanya..Mah ingatkan plastik" kata mak.
*memang macam daun plastik kat kedai bunga tu..





"kenapa air k*nc*ng dia tak habis-habis ibu?" haha..
Alahai Angah..




Wanginya ibu !



..susah betul nak snap gambar dorang sekarang ni..






dah 39 tahun cactus ni !



@ Taman Rekreasi, Brinchang



kat sini pun nak ke playground..Layankan saja!



@ Tepi Jalan, Brinchang


Kelapa Laut Afrika
Sebiji 6 hengget !



..dekat 11 malam mengadu lapar...kesian ..
..lega tempat makan dekat..





@ Nurseri





















@ Ravi Strawberry Farm, Brinchang






..stroberi tak masak lagi..
kuciwa anak-anak





ubatnya..milkshake stroberi
..sedap sampai lupa nak pelawa ya anak-anak..



..hari ketiga baru dapat...
stroberi + whipping cream + gula ising








Segar & Murah !









temptingnya !


..seperti biasa...
..si ibu tukang habiskan..

















..menikmati air teh lemon madu...
*kat umah lagi sodap..





perkampungan orang asli




Jagung Mutiara. Manis !

Note : memang penat sungguh. Nasib baik sambung cuti.






Till Now.






Linky's Magical


ShoutMix chat widget