Showing posts with label Me... Show all posts
Showing posts with label Me... Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Bersihkan Segala Sawang-Mawang Yang Ada

2 kawan yang bezz
Bismillahirrahmanirrahim...


Ingatkan dah takkan singgah potpetpotpet kat sini lagi..
Memandangkan atas sebab musabab yang tertentu, kena mulakan semula..

Bolehlah asben  baca macam dulu-dulu semula.Dia pun setuju aku aktif 'berblogging' balik..
Boleh update kisah seharian  kat sini dan dia baca aje kat sana..

*macam mana nak post ..macam mana nak buat strike-out ..haha..semua dah lupa..

Monday, May 7, 2012

Thursday, November 24, 2011

Selepas Tawar, Masin, Payau dan Pahit... baru dapat Manisnya....

25 kawan yang bezz
Sambungan entri sebelum ni.
Salah aku sebenarnya. Pantang nampak.
Mata pulak dah bertambah ravun bila nampak handbag 'idaman' tu murah giler berbanding harga retail
Boleh beraya sakan masa raya haji hari tu lah kononnya...
Hambik ko...jangankan raya haji, annual dinner pun tak dapek pakai..

Tetiba macam vodoh pulak dok biarkan lama nau duit  kat budak tu.



Padahal masa nak bayar tu..macam-macam rasa ada..
Tawar, masin, payau, pahit...

Bila difikirkan balik.
Dah kerja bertahun-tahun
Apa salahnya untuk diri sendiri.. kan ?


Bila dah tak dapat
Tengok mereka yang usung sana-sini

Huisshhh... merana jiwa ni... tehehehe...
Tak apalah.. Takde rezeki.




Haaa.....rupanya kecewa aku tu berbaloi..





Timaseh bang.





Note : Ingatkan takde hadiah anniversary tahun ni....

Monday, November 21, 2011

SEBELUM TERKENA > BERHATI-HATI...

78 kawan yang bezz
Edited : 22 Ogos 2013


Assalamualaikum semua,

Tak sangka sungguh, ramai yang terkena dengan seller yang sama ni..
Walaupun 'refund' dah diterima, aku rasa aku perlu letakkan nama seller tu di sini supaya adik2 @ kawan2 lain tak terkena.

Ini  link seller   > https://www.facebook.com/coachbagzwonderland
Ada kemungkinan dia dah tukar ke akaun lain.


Bagi yang bertanya :  Seller yang aku berurusan sekarang yg boleh dipercayai. InsyaAllah.



https://www.facebook.com/pages/Princess-victoria-stylo   (ready stock received within 2 days)
http://www.facebook.com/orkid.syah  (pre-order from US received latest within 2 & 3 weeks)
https://www.facebook.com/orangesummercloset (from UK by sea latest 2 months, by air 3 weeks).




Untuk dikongsi dengan kengkawan.

Bayaran pada 28/ Ogos / 2011




Pagi tadi : 19/November/2011



Tinggal di TAMAN UNIVERSITI, JB ?
Info kat bawah ni  > Selangor




Tak sempat nak publish di Facebook > KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT HARAM , Alhamdulillah duit dapat semula.








Note :  Wallahuakhlam dia menipu atau tidak. Bila tengok SOLD item dia, huiyai...punyalah banyak tapi takkan sorang pun tak kata "TERIMA KASIH" @ BARANG DITERIMA.

Tuesday, October 25, 2011

Apa Ya ?

12 kawan yang bezz
Salam Semua !! Annyeong-Haseyo.., Sawadikap..


Genap dua purnama tak bersiaran sampai tak tahu nak citer apa. Short of idea ? Idak ahh. Time constraint bak kata mereka-mereka. . yelah tu kannn.  Tapi bila asyik dipasak oleh ofismate si Noor Aznita  dengan soalan yang sama berkali-kali..." Bila nak update blog kak??". Oklahh.. kasi can sikit. Biar dia puas hati. heeeee..


Sebab-musabab ? sibuk itu, ini, begitu, begini... bla-bla-bla... tak habis citer. Kalau citer gerenti boring. Salah satu reasonnya..kerja mencabar sikit sejak pindah ofis baru nih. Ada-ada  aje dan macam-macam ada. Kerja di building materials company...macam ni lah..



"Never leave ’till tomorrow which you can do today bak kata Benjamin Franklin" 


Meh tengok gambar Along, Angah dan Adiq masa raya hari tu...
lama nau nak publish.  kan ?

gaya bebas




gaya cool 



Note : Terima kasih pada Gadis Bunga, Kak Chik SerojaKak Kasih, Ibu Intan,Yun, K'Eja dan juga pada yang teringat tapi tak bertanya  kemana aku menghilang. Ada juga yang ingat rupanya.. 

Saturday, July 23, 2011

SERAM.......

16 kawan yang bezz
Jam 2.55 pagi
Layan TV sampai kebas 
Tahan mata berbekas


Sunyi
Sepi
Seram


Esok nak kerja
tapi
Wallet tertinggal dalam keta
yang 250km dari rumah


Adehhh...
Mintak-mintak pagi esok takde roadblock.



Note : Abi & anak-anak balik kampung malam tadi.

Saturday, June 25, 2011

Yang Ditanya Lain Jawapannya Lain..

29 kawan yang bezz
Mula terpikir nak buat entri pasal mendealah ni bulan lepas. Tapi tak jadi. Mendealah ni yang buatkan aku penat tak hingat. Agaknya dah masa dia. Hari tu Ain Noraini pun sama dengan masalah ni. Baru-baru ni Ati Masrif pulak yang kena macam yang dia citer di entri yang ini.




komen aku  di blog Ati




komen Ati di entri olok-olok hari tu


Alang-alang dia dah suh aku citer...
Meh aku citer betapa frustnya aku mulanya sebab tak dapat benda yang  berkenan di hati.


Dalam bulan lepas bila  nak mula membasuh;
Air & sabun semua keluar balik... Bila boleh spin tak boleh rinse..
Kengkadang tu O.K, kengkadang K.O.  aku sendiri K.O. minggu tu sebab kena basuh dengan tangan
Teringat masa emak dulu ... haiiih...




Mind set  nak yang lagi besor..ceh!


Tapi abi berkenan yang lain
Jenuh aku pujuk bagai..
Aku kata senang nak  basuh semua langsir, cadar, sarung sofa, narita




Akhirnya aku ikut aje ..

Pilihan hati abi berbaloi-baloi jugak walaupun kurang 500gm dari dulu.
Sejak 2 tahun lepas, Kitorang tukar-tukar duty kat rumah
Duty baru Abi;  berus baju sekolah & kasut sekolah.
Bila laki yang buat... memang bersih !


Tahun ni  Angah dah sekolah
Baju kena berus dalam 18 pasang (Untuk Sekolah& Kafa)
Setiap pagi Sabtu abi  memberus bagai nak rak !


Alhamdulillah....
Yang baru ni; front loader, Elehtolak. ;o)
Tak perlu cuci tangan dulu.

Sekarang ni , cuti memang hari senggang dia....tengah fikir-fikir nak mintak tolong apa pulak lepas ni... ehehehe..




..yang lama..



Ati, harga untuk yang kita berkenan tapi tak dapat tu  dalam RM1k-RM1.5K (Toshiba, 13kg)

Tuesday, June 21, 2011

Lelong ! Lelong ! Macam-macam pun ada...

50 kawan yang bezz



Gambar 1 : dua tahun lepas sejak diorang pindah masuk
Tembok jadi tempat rak kasut anak-anak dia 
Aku tak suka  bila orang laki orang suka sangat pandang dalam rumah
Dalam rumah sendiri pun rasa tak selesa nak berlenggeng
Jadi, tahun lepas tembok pemisah didirikan.

Gambar 2 & 3 : baru-baru ni

Tak sensitif.. kan ?
Kengkadang tu kain buruk pun ada.
Abi  kata kalau dia jemur cadar, dia nak paku kan ... hehehe



Bukan apa..tak sedap mata memandang..
Yang peliknya depan & belakang rumah diorang ada tempat jemuran.
 Aku sendiri pun tak buat macam tu.



Semalam baru aje abi bersihkan longkang belakang rumah yang tersumbat.
Baunya..... huh.
Merungut  dia bila tengok macam-macam pun ada...
Jiran aku  ni suka basuh pinggan mangkuk kat belakang rumah.
Habis basuh, sampah sarap tu habis dibuang dalam longkang.




Nak aje masa berborak aku bagi tahu pasal longkang tu. Ok tak ?

Friday, June 17, 2011

FIRMING

32 kawan yang bezz
Moh kita merelekskan muka
Jangan kata nak ke gym, nak ke beautican pun tak sempat-sempat.



Umur dah meningkat
Konon nak memudakan wajah kurangkan double chin, sagging cheeks, darkened skin, firmness dengan masker 3 dimensi ni..ceh-ceh-ceh...



Kesannya; entah..aku baru pakai 3 kali je. ...huahuahua...






..garisan-garisan khatulistiwa sudah banyak kelihatan..


Thursday, May 26, 2011

2-3 bulan

50 kawan yang bezz
Adiq dah minta bilik sendiri

Agaknya sejak dah sekolah ni kawan-kawan bercerita.

Plannya Ahad lepas nak mula memunggah semua barang-barang dalam bilik menggosok/solat untuk jadikan bilik dia. Bersebelahan dengan bilik yang Along & Angah kongsi. 

Buat masa ni Adiq tido di day bed sebilik dengan aku.

Pagi Ahad tu; dapat panggilan tefon dari Adik Ipar Abi.  Bagitau FIL&MIL ada di rumah diorang di Puchong. Kansel lagi rancangan.

Makan tengahari masakan MIL memang bikin aku semput dan mengah ! Kenyang Giler.


Punyalah leka sampai terlupa  nak amik gambar. heeee...



Kitorang balik lebih kurang jam 3 petang.


lalu sini (belakang USJ21)  
dah 4 tahun tinggalkan tempat cari makan masa 10 tahun dulu.
Sayu.




Singgah di Mydin USJ. Borong stok alat tulis untuk 2-3 bulan. Senang citer. Budak-budak sekarang tak macam kita dulu. Kita dulu, jaga barang macam jaga emas. 


Bila potong duit belanja, kesian pulak. Bila tak dipotong, macam-macam dibelinya di luar sekolah. Pesan jangan beli makanan yang takde logo halal di belinya mainan.  


Dah banyak kali MPS terjah Penjaja Haram tu, tapi dorang ni tak serik. Setiap hari kena pesan kat Angah. Dia macam biasa; angguk-angguk tapi balik macam-macam di belinya.



Sebelum sampai rumah, singgah makan dulu. di kawasan rumah aje.  Sedap. Nama sama seperti rupa. Betul-betul Mee + Udang tapi ada telur. Vege yilek.



Note : Sabtu ni kerja. Projek bilik Adiq kena tunda lagi.


Monday, April 18, 2011

Balas Dendam

26 kawan yang bezz
Jam dah 3:30 pagi. Takleh tido. Apa taknya..dah tido dari pukul 3 sampai 6 petang pastu sambung dari pukul lapan lebih sampailah 1 lebih. Masa bulan mengambang ni memang tak tahan betul sakit kepala ni .... Takkanlah asyik-asyik telan ponstan. Bangun tadi kepala terus ok. Pekena roti choc-raisin gardenia dua keping + minum air white coffee tongkat ali. Buntang bijik mata ni.  Apa nak buat lagi. Baju minggu lepas dah habis lipat dan susun. Baju yang baru basuh dah tereban dalam dryer. Nak jemur kat luar tak berani lah pulak. Kang terserempak ngan menda lain ..hihihi... Tetiba teringat pulak lama tak membebel kat sini. 



Lama tak cerita panjang lebar. Kok ada yang baca ke tak; tak pe janji ada citer. Teringat komen Kak Erna yang lama tak baca entri panjang lebar aku. Sori kak, memang tersangatlah sibuk bulan lepas. Meh citer sikit...


Ofis
Bila dah join co. bersangkut-paut ngan building material ; kenalah tahan sibuk tak hingat bila rega raw-mat semua naik.
Bonus nak lebih, takkan keja takleh lebih ...kan ?....
Ingatkan boleh setel 2 minggu lepas.
Berlarutan sampai minggu lepas.
Sabtu minggu lepas sepatutnya off pun kena datang
Kansel appointment dengan dentist untuk cabut gigi Angah lagi.
Kesian pulak tengok boz macam mengharap aku datang.
Tapi dia sampai kul 11..huh..
Lega  sebab server shut-down pukul 1. 
Kalau tak, gerenti balik macam hari biasa... 4 jam atau lebih. Berjanggutlah anak-anak & abi tunggu kat rumah.
Sabtu tu weii...
Kalau berbayo takpe jugak ..



Talian mati Deadline hari Selasa lepas.
Ada dua hari lagi.
Meetingnya hari Khamis. Setel.
Jumaat mintak menda lain....jadi sambung pulak task untuk next meeting dengan ED senin nanti.




COO baru dah masuk awal bulan ni, jadi kena go-thru dia dulu... haiiisssh.
Kena pulak ngan company yang berhierarki..
Paham-paham ajelah; kalau tak paham buat-buat paham ajelah eyh..
Ok, sambung balik....  slide itu taknak, slide ini tambah... bozz aku ni jenis yang 'i leave it to u' atau 'u see lah what u can do'.. hambik ko...
Berkuntau lah sendiri carik menda yang dia nak. Meja dah macam kumpul 'old newspaper !'  Nak jer aku upah 'green hornet ' keja kan dia... hehehe
Mula-mula dulu hangen lah jugak. Rasanya aku ada kata jugak kalau gaji ko bagi sikit kat aku baru aku ada idea nak buat... ..tapi dalam hati jelah..    



Lama-lama aku dah biasa dengan cara dia lagipun dia tak er-er-owt  part bonus ngan increament. 
Tang tu dia memang fight habis. Tu yg buat aku tak kisah cara keja dia. Takde pilih bulu atau tengok kaler. 
Bila aku membebel atau apa aje reason yang aku bagi. dia  ok aje.  
opsss fullstop. Kita citer lain pulak. Kang ada pulak yang bowing-wing.




Rumah
Macam yang korang tahu . Anak dah 2 yang sekolah. Adiq di tadika.
Balik keja;  lepas sibuk masak(kalau masaklah..) dan makan, layan anak-anak pulak. 


Adik  baru 5 tahun. Lain sikit dari Along & Angah. Tak payah tanya ada homework  ke tak.
Bersemangat betul sejak dari  January hari tu.
Sebelum ni dia tak ke mana-mana tadika, jadi bila tahun pertama paham-paham ajelah. 


Along & Angah.........hmmmm.. tak tanya = tak buat.
Manjang aje dah siap... bila nak tengok.."eh adalah ibu." 


Tak macam tu kalau hari Jumaat. Sampai rumah terus kemas buku untuk hari Isnin dan siapkan homework. 
Sebab ?   Isnin-Khamis memang 'no tv-tv' jadi dorang memang dah tahu. 
Along suka join aku layan Mega Movie @ tv3 kul 10.00 malam hari Jumaat. 
Kebanyakan citer-citer memang boleh-lah untuk dorang tengok..(citer untuk budak-budak) tapi ibu budak ni memang suka nau layan citer macam tu. 
Ate..kena jugak layan citer merepek kebudak-budakan ni supaya sentiasa ceria dan happy go lucky macam anak.. heeeeee.   *tengah tunggu citer POTC masuk wayang 19 may nanti. Dah plan nak tengok ngan Along . 
Aku ke Along yang lebih menunggu  Kapten Jack Sparrow tu..huahuahua.. 



Note :  harapnya meeting hari ni ED puas hati; kalau tak,gerenti aku sibuk lagi....

Tuesday, April 12, 2011

'BB'

41 kawan yang bezz
"..Kesian dia & kawan-kawan.. Dah layu baru dapat minum.. "
*bukti yang aku memang sibuk.... huwaaaaaaaa...


..curi masuk sini jap..



Note: BB bukan untuk BlackBerry atau pun BB Cream  tapi BusyBody.  Tak suka betul !

Tuesday, April 5, 2011

TAK BAHAGIA KE KALAU HARI-HARI MACAM NI ?

53 kawan yang bezz
alif kaf wau   sin ya ba wau kaf.
 
 
 
bagi kengkawan tengok
 laluan ke tempat keja
untuk entri kali ni.
 
 
 
masyuklah tuan punya ladang getah ni..
luas & besar  kawasan ni!



Siapa yang lalu hiway ke utara  gerenti perasan sebelah kiri sebelum Tol Rawang






lalu sini juga
kalau berhenti mesti 'dia' dan famili nak datang






lokasi : dekat dengan kawasan rumah

burung-burung bertenggek kat sini bila musim sejuk di tempat asal
masa khirtoyo jd MB dengar kata tempat ni nak dicantikkan tapi..... 

aku tinggal sini dekat 10 tahun.... ! hampa+gas ajelah..







Note : Bahagia bila dah 4 tahun tak  tempoh jem pergi balik kerja WALAUPUN ada kawan yang kata tinggal di tempat ceruk ...

Wednesday, March 30, 2011

MELAYUNG..

33 kawan yang bezz
Nama kan aje ...
Tak kiralah masa cakap, jalan, masak, driving, kerja.... semua nak cepat


Kalau cakap dengan anak pun kena ulang..
Dorang akan cakap... "Ibu cakap apa ?" lajulah...   huhuhuhu...
Dah jadi habit agaknya..



Kat bawah ni email dari Abi pagi tadi.
Takkan nak seyes aje… ye tak ?

Sekali-sekala kena lah melawak, merepek dan seangkatan dengannya.
Abi bukan jenis banyak cakap tapi bila dia melayan aku cenggini , aku suka betul.






Kalau nak faham, mula dari bawah...










Korang pernah tak tersasul macam ni ?





Note : Puncanya aku nak sebut MELAYANG dan MELAMBUNG.... tersebut MELAYUNG. Abi pulak nak sebut HUTANG tersebut UDANG.... seri lah kami.. ngeh-ngeh-ngeh...


Tuesday, March 29, 2011

Jumpa International Actress & Blogger ..

41 kawan yang bezz
Betul ! Aku tak tipu..
Aku memang jumpa  actress ni kat sini.



Agaknya macam mana lah orang yang dapat berjumpa artis obesi  kan ?
Punyalah excited sampai tak lalu nak makan aku dibuatnya..huahuahua..
Itu baru jumpa  artis a.k.a rakan blogger.
Kalau artis hindustan atau korea ...tak tahulah macam mana ...




Anis dan family balik ke Malaysia untuk perkahwinan adik ipar dia dua minggu lepas
Singgah di ofis  di Sungai Buloh untuk hantar batu-batan yang aku kirim
Speckybee (suami Anis)belanja aku, Nita, G dan Ana (ofis-mate) lunch
Leka dengar citer tentang tempat kelahiran anak pomfuan dia ; Uyin
Pot-pet-pot-pet....cepat betul masa berlalu..


Nampaknya tak jadi nak jumpa lagi hujung tahun ni
Anis tak jadi balik ke sini untuk melahirkan anak kedua dia nanti.


Nis,  masam mencuka muka  dan bam-bam aku wei...
..*aku pinjam gambar ko ..



Dari Bentong ke Mempaga
Singgah untuk membeli gula
Gembiranya hati dapat berjumpa
Anis & Keluarga si rakan blogger





Batu-batan dari  Sri Lanka
Jangan tak caya....ada certificate dari sana



Dapat Teh Berperisa Peach & Strawberry.
Aku biasa guna Ahmad Tea.
Lepas ni  gerenti aku carik brand ni kat sini .
Rasa nya .....Fresh betul  !

Tak dapat Noritake set ;
dapat sekeping pinggan hiasan Cik Nori  tu pun jadilah... huhuhu..
Aku rasa mesti buntang bijik  mata Abi  kalau aku bagi tau rega Set Cik Nori  tu...




Note : salute pada ibu yang berkerjaya menjadi SAHM demi keluarga.

Wednesday, March 23, 2011

TETIBA...

32 kawan yang bezz
Siapa rindu aku angkat tangan !
huahuahua....


Rindu betul nak jengok blog kengkawan tapi masa memang tak mengizinkan.
Balik jer kengkadang matahari ntah kat mana....
Nampak katil..... gedebush...  
Abi setelkan anak-anak..  ...timaseh bang...
Penat ya amat.


Bak orang puteh kata..... HECTIC konon...
Atau pun  bahasa orang putih yang biasa didengar..... busy yang teramat busy !
Atau bahasa kita pulak..sibuk yang teramat sibuk !



Minggu depan kita jumpa macam biasa  !
ceh-ceh-ceh...macam lah nak berdating... kan ?



Tengah bertenang dari semput dengan segala maklah report dan paperwork.



Note : fuhhhh...nasib baik malam Khamis... bunyik anjing kat belakang ni bikin saspen betul... dahlah tinggal aku sorang jer kat ofis waktu ni.

Thursday, March 3, 2011

Anak Dara dan Mak Dara Yang Pemalu

41 kawan yang bezz
Aku rasa semua orang mesti ada satu sikap yang 'mengganggu' diri sendiri. Sikap aku yang satu ni memang tak boleh nak ubah dah. Dari masa anak dara sampailah sekarang ni yang dah beranak pinak.  Jangan sampai aku bercucu pun macam ni; tak dapek den nak nolong...


Nak kata negatif, tak lah jugak. Positif , macam tak pulak.


Mana tau korang pun ada sikap yang sama macam aku. Tapi aku ni dah tahap kritikal rasanya.


1) Kalau tengah tunggu bas (masa anak darre) dan LRT @ Komuter (kalau aku malas nak drive ke KL) Masa nak naik bas atau masuk tren)


2) Tengah tunggu nombor kena panggil tak kira di bank atau di kaunter pejabat gomen.


3) Tengah makan di public - open area  (makan mesti tak nak facing  'lelaki' kecuali abi..ngeh3)


Percaya tak kalau aku kata memang gabra tahab gaban masa-masa tu. Jantung berdegup macam nak tercabut lajunya. Abi pernah  letak tangan dia kat dada aku masa dekat turn nombor aku  di bank pastu cakap..." huii lajunya..."   geram betul aku ! ....


Jangan ketawa ahh..



Korang ada tak ?












Jom tengok keywords yg orang carik kat sini... 






 Banyaklah sangat ular anakonda kat sini !



Timaseh kengkawan..










Note : BW memang berhantu ! huhu... tido macam tak tido aje. 

Saturday, February 19, 2011

Setelah 20 Tahun.... ....Teringat Kisah Lama

29 kawan yang bezz





Jumpa kawan-kawan lama pada Cuti Maulidur Rasul hari tu.


Terpaksa merentas hiway
kesian kawan-kawan yang tinggal di NS



Selepas 20 tahun tinggalkan alam persekolahan baru jumpa
Gamat !
Itu belum jumpa kawan kolej lagi.
Gembira ?
Maunya tak.

Berbual tanpa henti







Ibu-Ibu orang














Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, February 2, 2011

Macam-Macam Ada.....

30 kawan yang bezz
err...tajuk entri takde kena mengena dengan blog Daddy Ziyyad tau..
Jawapan utk doc, proxy ofis ni yg buat tak boleh komen di kotak komen embedded lorr..





Sebelum kaum tionghua  mula cuti semalam, sessi membuka segala hamper yang diterima dari supplier. Super banyak ! Lucky draw di buat petang Isnin. Semua dapatlah sorang sikit. Limau janganlah cakap. Bertambah-tambah batuk aku ni.  Bawak balik 2 kotak beri pada jiran . Anak bagi  sorang 3 biji. Tak boleh lebih.  Panjang muncung  masing-masing... "Tak cukup" kata Along.  Bila tunjuk lucky draw cinonet tu.. terus senyum.






..jadilah..



Setiap tahun management akan beri semua staff limau mandarin, kacang dan air kotak. Walaupun tak banyak, bawa balik untuk anak-anak.. Dah nama pun budak-budak, pantang nampak....sengeh sampai ke telinga.






..setahun sekali layan anak-anak makan kacang..


Promosi untuk orang cina , ... orang melayu ni pun sibuk nak jugak.  Suka tengok bekas-bekas ni. alasan. Dah setahun lebih  tunggu promotion bekas cenggini. Boleh isi biskut raya nanti. alasan lagi...bekas.yang lama ?... Masuk aje keta,  Abi geleng kepala...  (sebelum masuk kedai tupperware tu aku kata nak beli bekas minum anak-anak aje...)
Aku buat camni kat dia... Emoticon  tehehe....



EmoticonNote : Lunch jauh dan lama sikit hari ni..




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, February 1, 2011

Bila Kawan Dah Mula BerSMS Pasal Kita.....

53 kawan yang bezz
SMS Pertama - pagi semalam

Saya ada somethin nak cakap ngan akak sebenarnya tp x tau samada saya patut cakap atau tidak la.. tapi benda ni kira superb personal + sensitive sikit la



SMS Kedua
Kak, bukan pasal keja tapi hal lain, saya bukan busuk hati nak buruk2kan orang tapi akak kena tau at least akak berhati-hati ngan keje akak. Itu saje.. saya tak sangka pulak ader jugak insan kat ofis ni yang selfish.



SMS Ketiga
Nanti kalau saya cakap…saya takut akak assume yang saya ni busuk hati pulak..tapi terus terang saya cakap , saya nak bagitau sebab saya cuma nak ingatkan akak hati-hati ngan keje yang akak buat aje. Selebihnya akak boleh pk sendiri la… sekarang ni masa x sesuai, nantilah yer..



SMS Keempat
Nantila …ader masa saya bgtau tapi sebenarnya hati saya berat jugak nak bgtau…nantilah ye..




SMS Kelima  @ 2pagi tadi
Sorilah kak pasal aper yang saya nak cakap pagi tadi. Saya pk2 balik, saya rasa better kalau saya tak payah cakap dulu. Saya xnak nanti orang salah anggap.




1) Semua tu sms dari ofismate yang aku sangka kawan pada kawan lain .

2) SMS kedua & ketiga paling aku hangin.... sepanjang aku monitor kedua-dua orang baru dua bulan ni..  tak pernah aku 'membosskan diri'..
3) Yang forward message kat aku ni salah-sorang dari orang baru tu. Dia risau sebab text "berhati-hati dengan kerja "
4) layan kartun lagi best dari layan benda semua ni..





Note : kawan-kawan jugak tapi  pasal kerja kenalah professional ...





Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Linky's Magical


ShoutMix chat widget