credit to google |
Ayam.
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar
Bermacam ayam
ayam turki, ayam belanda
Ayam hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar
Itu lagu Jalil Hamid.
Tetiba aku teringat sorang kawan yang cerita berkaitan ayam ni.
Cerita pertama.
Tahun lepas masa dia buat open house-Hari Raya. Ramai jugaklah jiran yang datang. Kawan aku ni masak takdelah banyak tapi salah satu menu ialah bihun tomyam. Kebanyakan Jiran yang datang makan yang lain kecuali bihun tomyam ni. Dia pelik. Dia terus tanya.
Sorang jiran dia kata, “ayam kau tu ayam capkelekuk ke ?“ Kawan aku ni pelik tapi bila jiran dia bagitau yang dia hanya makan ayam keluaran HP* aje. Ayam yang lain tak halal kata dia . Puas jiran dia promote sebab dia ajen/stokis kawasan tu. Baru dia paham. Kesian dia. Nak jamu orang dah jadi membazir.
Cerita kedua
Adik kawan aku ni kahwin baru-baru ni. Memandangkan Ayah dia sakit (stroke) di kampung, emak dia minta dia buatkan kenduri di rumah dia kat sini aje. Adik dia kahwin dengan mualaf jadi buat satu pihak jelah. Nak dijadikan cerita di sebabkan jiran tetangga dia yang hanya makan ayam HP* aje jadi dia terpaksa berbelanja lebih untuk beli ayam-ayam tu. Dia pun bukan orang senang. Suami kena buat part-time sebelah malam lepas balik kerja sebab tak cukup belanja.
Cerita ketiga.
Dari cerita kawan aku; jiran yang lain pernah buat kenduri kahwin anak yang beli ayam selain dari ayam HP* diboikot. Suami jiran dia ni kerja di Colgate sebelum pencen. Satu keluarga dicop makan & pakai hasil haram .Ingat tak kes “colgate” yang dorang heboh-heboh di email dulu ? Orang macam ni pun ada.
Cerita keempat
Bapa mertua aku memang makan & beli ayam HP* ni tapi tak pernah mengutuk atau mengata-ngata pasal ayam yang lain. Note : Kalau aku; aku tak beli di stokis kawasan tu...aku cari di kawasan lain. Emo aku dibuatnya.
26 comments:
ayam HP?
alamak kak.. saya tak faham pulak.
hehehe..
*saya sangat suka makan tomyam..
apatah lagi yang pedas2..
sangat sedap..
kak rina
bakpe cheqna macam blur je ni??
huhuhu
Ish..x patut!
Mak yun pun beli ayam HP* gak..
Tapi kalau kat kenduri atau makan kat luar kami makan gak ayam..Xde plak tanya tukang masak tu ayam ape yg dia guna..hehehe
assalam reen..tak baik le macam tu kan..sian kat dia
itu dah kira jiran tu menganiaya jiran lg 1 dan mengaibkan tuan rumah. kalau yer pun nak promot bisnes, promot masa open house rmh sendiri la...
sekarang ayam dah mahal la kak.....
xkesah la kak...
lantak le dorang nak makan ayam HPA ke ape, janji kita tak curi ayam orang...
kokkk kokkk kokkk...
dah sahur, jom2 puasa...
hahaha...
apa2 pun ayam tetap menjadi kegemaran semua orang...
org bodoh jer tak makan bihun tomyam :((
reen
akak tak faham atau sedikit jakun..hihi
ayam hp tu ayam apa?
ayam tu mahal gila, setakat untuk sekeluarga atau saudara mara oklah, tp nak buat kenduri alamat menu ayamlah saja..
as salam Reen,
meniaga cara tak betul camtu... menganiaya orang lain juga
kalau saya pun tak ingin juga nak beli daripadanya... cari kat tempat lain saja
alamak kak reen..
kass baru tau pasal ni..adehhh
tapi tak patut lah buat mcm tu..nak boikot pun berpada2lah..ni sampai lukakan perasaan org lain pulak..asbestos betul..!
sue pun blur juga krina.. ayam caklekuk tue apa? Hp tue apa?.. ngeeeeeeeeeee..
salam ziarah, cantik blog..ok ni mesti pasal ayam HPA kan..tak baiklah macam tu, takkan senang-senang nak tuduh yang makan ayam selain HPA tu haram dan tak halal. Selagi kita yakin dan tak was-was, boleh je makan. Janganlah kutuk2. Tak semua orang mampu beli ayam HPA tu..
penulis datang melawat, follow dan komen blog kamu
;-)p
gila kalau nak beli ayam cap HP* tu utk jamu org makan ramai2...mahal tu!!
kalau aku pun, aku carik kat kawasan lain...
Azrina,
kitarang pun mmg pengguna barangan HP ni. tapi tak lah sampai langsung tak makan di rumah orang. tak baik tau buat cam tu...
Itulah Melayu!
Penuh hasad dengki dan serkap jarang.
Kononnya nak yang halallan toyyiban (macamlah ayam bukan HPA tu tak sembelih ikut syarak!), tapi benda asas macam mengadu domba. memfitnah dan hasad dengki tetap buat. Bagus!
Dah acap kali saya dengar 'style meniaga' kaum HPA ni. Buat malu Islam aja. Segala benda lain semua haram.
reen ayam hp tu apa?
Rambut sama hitam,kalau iya pun nak mempromosi janganlah masa tetamu masih ramai,kesian tuan rumah.
Ayam HP sahajakah yang halal?
Setahu saya ayam yang TIDAK disembelih sahaja yang tidak halal...
Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!
Saya pernah 2,3 kali hadir ceramah/kursus Halalan Toyyiba ni. Tidak disebutkan jenama pun, tetapi lebih kepada bahan kandungan, dan cara penyediaan.
Jenama tidak menggambarkan keseluruhan halal haram.
aidid muaddib taknak buat entry ke pasal ni? ihihi~
salam kenal..ayoyo..camni pya orang pun ada ke sis..dashyat penangan ayam HP ni ye..
giler keji perangai jiran itu ... ni taksub ngan product HP gamaknya huhu
Post a Comment