Friday, November 18, 2011

Tak Ramai Yang Minat Projek Macam Ni...

Orang kata, kalau dah minat ....sanggup. Mungkin genetik dari arwah ayah dan emak yang suka 'menanam' turun pada aku...  Penuh satu rumah dengan pokok bunga masa mula-mula pindah dulu. Adalah dekat 30 ke 40 biji pasu. Cakap aje kat mana... depan, kiri, kanan. Penuh. Balik kerja mesti singgah nursery untuk tengok pokok baru. Myanmar workers kat nursery tu sampai dah kenal.  Sampai aje rumah mesti belek, siram dan cakap dengan pokok dulu...  hehe... tin-tong ke hapa..?



Masa tu ada dua orang jiran  yang minat menanam jugak ; Kak Jah dan Yati. Kalau nak ke nursery di Sungai Buloh, kitorang mesti pergi bertiga. Penuh bonet kereta isi dengan pokok-pokok dan kantung tanah. Tapi sekarang ni tak macam tu lagi sebab diorang dah pindah. Bila dah takde kawan, mood pun dah kurang, nak buat apa pun jadi tetangguh.


Bila teringat balik memang seronok. Boleh tukar-tukar anak pokok, gembur sana-gembur sini. Lepas 'projek' sama-sama, pergi pulak ke rumah salah seorang yang memang  rajin ke dapur; Kak Jah.  Mesti ada habuan tekak disediakan.



Memang paling best bila waktu malam.  Sebab ? Bau-bauan dari bunga Melati, Monday-Tuesday, Kesidang dan  Kerak Nasi. Huiyai.... memang harum ! Silap-silap kalau yang lalu-lalang  terbau, mau diingatnya  bau menyeramkan.. hehehe..




Tahun 2004 - Along; 3 tahun lebih
Tak cukup tempat di lantai,  gantung pun ada...



Tahun 2007 - Angah ;3 tahun lebih



Tahun 2007 - penuh sampai depan pintu !




Tahun 2007 -  bila  kawasan rumah sekangkang kera; atas longkang pun jadi..




Tahun 2008 - Tinggi pokok dah melebihi bumbung porch
Di gambar pertama,  pokok ni baru setinggi 1 meter.


Tahun 2010-  sedih bila tengok kosong macam ni
Pokok-pokok yang ada aku bagi pada emak dan kawan-kawan

Tak berseri langsung....




 Masa tak mengizinkan.... tak bermaya dah 'diorang'
-lebih-lebih lagi bila dah duk belakang rumah..




Tinggal yang ini aje sekarang kat depan rumah



Dapat 2 pasu pokok ni dari emak
*  mungkin sebab aku bagi tau aku nak mulakan projek  'menanam'  



Baru ambil mood untuk mulakan bulan lepas ...
Habis daun-daun dari 6 batang pokok bunga ni dikerjakan dek musuh..



Siput Babi si musuh ketat  terbaru ! Tiap-tiap pagi mesti ada...
Petua  : tabur garam kasar 

Note : bila pergi kerja lalu, waktu lunch lalu, waktu balik lalu......... mood yang hilang pun boleh datang balik.
*sejak nursery berdekatan  Hospital Sg Buloh dipindahkan dekat dengan kawasan ofis.

19 comments:

bujal X said...

tahun 2010 tu rumah baru kah? he~~

kaklong said...

sg.buloh?
nusery yg tepi highway tu ke?
heheheh!

kakngah said...

comel kepala kuning tuh!
kehkehkeh!!!

gadisBunga™ said...

saya suka rumah akak yg dulu. byk pokok!

kesidang pun akak bagi org?? alaa......saya nak....!!!! *saya pun ada kesidang tapi belum berbunga. heheh~

Ms.Lilies said...

umah saya xde 1 pasu pun kak kehkehkeh

Yong Kamariah said...

wahhh rajin ko menanam Rin, aku suka tengok je tp malas nak menanam, last2 tinggi lalang dr bunga hahaha..

Pencinta ALAM & PENCIPTANYA said...

Oklah kalau dah ada pengalaman berkebun... seronok berkebun sebab ada aktiviti utk masa terluang.... kena pulak kalau ada geng2 yang kongsi minat sama...

Unknown said...

saya pun suka rumah banyak pokok santek, tapi takleh nak tanam sekarang sebab duduk apartmen, huhu...

Queen said...

akak boleh geng dgn cik..cik kalau menanam..habis semua...kitorang tgk dah penuh dah..tu pun die kata kosong..nak tambah itu ini..ada je projek di.e..haha

kasihibu said...

rajin reen
akak bab bunga2 malas banyak, tp bab pokok yg boleh guna untuk masak masak rajin sikit lah..(,")

sitinaminah02 said...

rajinnya. sy tak suka tanam2 ni, tp suami sy suka lahhhh. tp dia suka tanam sayur2, duduk apartment pn sebok angkut tanah, tanam kat balkoni

secangkir madu merah said...

dulu rumah mak penuh pokok bunga di halaman rumah, dia rajin menjaga pokok bunga.. memang cantik tapi hobi tu sampai kat akak ni.. huhuhu.. rumah kita takde pokok bunga.. pernah cuba tanam tapi tak menjadi, last2 malas dah..

Zaitun said...

Kak Zai macam Reen juga dari dulu memang suka memanam pokok,suka tengok laman yang dipenuhi dengan pokok tambah lagi kalau pokok yang berbunga cantik dan tahan lama macam orkid..

azieazah said...

Tanhniah REEN.
Kak Azie tabik pada orang yang minat menanam, tak kira bunga atau sayur. Tangan sejuk. Bagus lah. Tak rugi. Sejuk mata.

Teruskan usaha. Nanti tunjuk bunga2 yang cantik2 tu yaaa...

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah lepas ni berseri baliklah halaman rumah Reen, ya. :)

idasm said...

ida pun suka jugak. dulu2 suami belikan sampai 30 pokok dlm pasu. sekali balik raya kat kampung cuti seminggu habis pokok layu. sekarang tinggal bonsai ngan bunga kertas aje kat depan rumah. lagipun rumah kondo ni susah sikit nak maintain sb xde tanah..

Cik SHiNJU said...

kReen... mak yun pun suka tanam n bercakap ngn pokok2 bunga neh...
Sori lama x nyinggah,bz sesangat skang ni..jrg update blog..melepas nk makan biskut sarang semut... :'(

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

ramai je yang minat kot :)

Yanti Othman said...

wah sejuk je mata memandang pokok2 yg ada ya reen.. tak pe lepas ni boleh continue menanam lagi :D

Linky's Magical


ShoutMix chat widget