Perjanjian menonton ‘Harry Potter’ ditukar pergi kesini. Undian dibuat. Ketiga-tiga anakku memilih untuk pergi ke-park ini. Tiba di sana dalam pukul 9.00pagi. Keadaan masih sunyi sebab tak ramai pengunjung lagi.
Dengan 3 jenis sandwich untuk bekfes yang simple (scrambled eggs, sardine & jem). Ditambah pulak dengan Air Teh O Passion Fruit Ahmad Tea… memang layan...
Suasana yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi burung terkukur /merpati. Anak tupai meniti rumpun-rumpun buluh tanpa rasa takut. Aku duduk sambil membaca surat khabar dalam keadaan yang releks sambil menjaga barang-barang. Hubby melayan anak-anak bermain.
Setelah puas bermain, pergi ke Taman Rusa & Kancil yang berdekatan. Dalam pukul 12.30 tengahari bertolak pulang sebab matahari dah berada tepat di atas kepala.
Dalam perjalanan pulang singgah di Tesco Extra Selayang untuk membeli barang keperluan dapur.
Berhenti untuk makan tengahari sebelum tiba rumah. Semua keletihan dan kekenyangan sebaik sampai jer di rumah . Anak-anak dah buat perjanjian baru.... nak pergi lagi nanti...
Tuesday, August 4, 2009
Saturday, August 1, 2009
:: JANJI :
Labels:
Kidz
6
kawan yang bezz
Along : assalamualaikum...
Aku : wa'alaikumussalam
Along : ibu.. jam pukul berape ?
Ibu : ye..kenapa, jam kat umah rosak ker?
Along : a'ah dia tunjuk pukul 6.
Aku : dah pukul 12.55..jap lagi ibu balik..
Along : aaa..
Aku : nanti Along kata kat abah tukar bateri
Along : ok.
Aku : Abah mana ?
Along : Abah tengah basuh kasut sekolah Along (timaseh bang..) Ibu ..
Aku : ya..
Along : Ibu tengah kemas ke ? Ibu balik pukul berapa?
Aku : a'ah. nak dekat balik lah ni...
Along : boz ibu takde ker ?
Aku : takde.
Along : sape jadi boz pulak?
Aku : (camne aku nak jawab nie...) ibu lar...hehehe.
Along : ooh...ibu jadi boz eh..bila boz ibu takde... macam kat umah eh..Angah selalu kata ok boz; ok boz kat ibu bila ibu suh dia tolong kemas menan......
Aku : taklar..ibu main-main jer... Kenapa Along tepon ni ?
Along : Nak tanya ...jadi ker pegi tengok Harry Potter nanti ?
Aku : (Laa...baru aku teringat janji dengan Along last week)... hari ni kan Along ada Abacus Class..
Along : Lepas habis lah ibu...
Aku :Tanya abah eh..
Along : OK.
Aku : Ibu dah nak balik ni..
Along : OK .Bye.
Aku : (dalam ati) rupenya Along tepon nak tengok wayang..
Note: kena tunai janji nie.
(Transformer tengok DVD(pirated dvd) kemarin sebab Along kata nak tunggu aku lambat sangat)
Till Now.
:: NURKASIH ::
Labels:
Me..
2
kawan yang bezz

Pada asalnya, aku tidak begitu teruja untuk mengikuti slot drama ini yang disiarkan pada jam 9.00 malam setiap hari Jumaat. Entah kenapa, mungkin rasa ‘terpanggil’ untuk menonton drama ini selanjutnya selepas aku yang tanpa sengaja menonton siri kedua selepas buletin utama beberapa minggu yang lalu. Secara jujurnya, aku tidak begitu gemar menonton drama atau filem Melayu bersiri kerana bagi aku kebanyakan drama dan filem yang disajikan terlalu stereotaip.
Mungkin juga pengaruh ceritanya yang ’kehindustanan’ sedikit yang menyebabkan aku berminat kerana sejak dari kecil aku memang disajikan dengan cerita-cerita hindustan dan hanya dikurangkan sejak berkahwin kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak-anak dan rumahtangga.
Pada pandangan aku , Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi ini telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Beliau seorang yang bijak mencari dan dapat membaca apa yang penonton inginkan. Bahkan juga, beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Tahniah juga kepada penulis skripnya, Mira Mustaffa. Jalan cerita yang menarik, lain dari biasa. garapan yang tersendiri, Moga-moga menjadi teladan dan iktibar.
Nama Tiz Zaqyah kurang mendapat perhatian, drama terbitan Filmscape itu pastinya membuka mata ramai peminat, oleh lakonannya sebagai gadis kampung, Nur Amina. Mendengar suaranya sahaja sudah membuatkan aku merasa sedih dengan penderitaan yang ditanggung. Dalam drama Nurkasih ini, Tiz beraksi di samping Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah.
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tenaga produksi drama Nurkasih ini daripada pengarah sehinggalah kepada pelakonnya kerana telah mampu membuka hati aku untuk menonton drama bersiri ini.. Semoga mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton. .

Subscribe to:
Posts (Atom)