Monday, October 4, 2010

Tak Serius.... Tapi Along Ditahan Wad....

20 kawan yang bezz
Balik dari kerja terus ke PMC, Sg Buloh. Abi di sana dengan Along. Tunggu specialist yang masuk kerja jam 6 petang. Abi amik halfday tadi bila Along tepon kata nak pitam... Doktor cek sana-sini....tak serius katanya tapi Abi minta Along ditahan. Masuk air...

Kesian anak ibu. Mana taknya...apa yang diminum atau dimakan tak sampai lima minit bersembur keluar semula.


Muntahnya agak teruk. Masa on-da-way ke PMC petang tadi aje tiga kali Along muntah. Penuh baju dek muntah. Abi ajak Along ke Pusat Pakaian Hari-Hari berdekatan cari t-shirt.


Ni...aku balik untuk mandi-manda dan amik baju spare.


Sebelum balik tadi sempat Along pesan nak McD atau Pizza.. Ya lah anak...boleh aje bila dah sakit ni... dekat 3-4 bulan jugaklah anak-anak tak makan junk food tu...



Doakan Along segera sembuh ya.


Note : esok cuti. lusa abi pulak.

Till Now.

Selamat Semuanya..

19 kawan yang bezz
Tepat jam 4 lebih terima tetamu pertama pada hari Sabtu. Ex-Colleague yang kebetulan nak ke Bukit Sentosa semes direction ke sana. Aku mintak dia singgah..



Tak lama lepas tu Kak Lang & famili ; bawak mak sekali....Kak Ngah dan Famili... Azura dan Famili. Kak Ndak lambat sikit sebab kereta ada masalah semasa dia & famili di Kuang.. Adik2 blogger kembar Nyza, Nita dan famili,dan yang terakhir Kak Long. Sampai jam 8 lebih.


Masing-masing membebel kata jalan ke rumah jem ya amat ! Memang teruk giler sejak tahun lepas tapi hanya pada bulan Syawal aje.. Lain-lain bulan okey je. Semua keluar & masuk ke rumah terbuka agaknya.




Waduh..memang penat tapi berbaloi. Maaflah pada semua kalau-kalau tak terlayan. *yg rajin baca blog aku ni ialah azura, kak lang dan kak ndak..



Jam 11.30 malam Kak Lang & Kak Long tetamu terakhir balik.



Zass..Layan gambar...itu sudah semestinya.. (*_*)




Tetamu pertama.. thanxs Julia.

Sudi jugak ko datang..


Ini aje yang sempat..

Nasi Jagung, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Baked Makaroni dan dadih




Azura & famili





Mak, Kak Long, & Abg Long ; Kak Ndak & Abg Fairuz.





Bila dah jumpa sepupu; turun-naik-turun-naik...main..makan..pastu main lagi...makan lagi..



Angah memang dah berisi sekarang ni..!




Bergambar dengan emak sebelum Kak Ngah balik. Jam 10 malam..

Semua ada kecuali 3 orang adik-adik lelaki.



huishh.. kaflam kabut sampai baju pun tak sempat tukar..



..kenyang sudah....

masa untuk melepak dan jugak berborak tanpa henti

sambil tengok cerekarama, Mak Mur..

Di luar hujan lebat..




naklah bergambar jugak ... hehehe.. (@_*)





Kak Lang & Azura.
lor..adalah pulak sikat kat situ ..





Menu yang diplan tak dapat dimasak semuanya. Along tak sihat dari Jumaat petang. Pembantu Nursery bawakan Along ke klinik. Dapat MC satu hari.



Aku tak jadi ke ofis pada hari Sabtu . Tukar dengan minggu depan. Keadaan Along yang memang lembik tak bermaya dek demam dan muntah-muntah.





Hari ni Abi bawa Along ke klinik lagi. Kesian Along. Lebih dari lima kali jugak dia muntah hari ni.



Note: .....



Till Now.





Saturday, October 2, 2010

Tak Ada Yang Datang Tapi Bila Nak Datang..... Aduhai...

28 kawan yang bezz


Banyak sangat cerita terkumpul sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu.


Cerita pasal aku beraya ke mana-mana tu; aku nak kumpulkan ...



Esok ada tetamu nak datang... Punyalah risau...


Siapa ?



Mulanya adik aku; Azura dan famili nak datang ... diajaknya KakNdak dan famili... pastu pulak Kak Lang yang tinggal di Pagoh nak turun rumah mak pun tahu. Dia bawak emak sekali... Kak Long yang tinggal sebaris dengan rumah emak mungkin datang jugak.... Sekali datang dekat 30 orang ... Aduh... sempat ke tak ni.. Esok aku kerja..






Baru jer siap blender cili dan bawang > Basuh ayam sampai sakit pinggang... huhu.. 3 ekor tau... Jenuh nak membuang lemak-lemak... kolesterol tu..






Aku siap pesan kat dorang kalau nak datang cepat kena tolong...kalau tak; datang petang ke malam... hehehe.. Harap sempatlah nanti..














Menu dalam perancangan :

1) Nasi Jagung

2) Ayam Masam Merah

3) Jelatah

4) Nasi Impit ~ dah rebus separuh... dapur kecik, periuk pun kecik.. huhuhu..

5) Kuah Kacang ~ siap !

6) Bihun Singapore

7) Baked Makaroni

8) Kek

Faham kan kenapa aku risau..... sekali -sekala adik-beradik nak datang.. kenalah bagi makan puas-puas...

Note :

Alahai... hanya ada 2 tetamu aje yang datang tahun ni.
Pertama ~ jiran sebelah rumah.
Kedua ~ Anak2 yatim (rumah hujung lorong) + Anak-Anak Jiran








Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget