Tuesday, November 2, 2010

Ini Adalah Magik Buatan Sendiri Dan Pasti Bukan Magika..

37 kawan yang bezz
Perbualan seorang ibu dan anak yang berumur empat tahun.

Anak : Ibu.. nak tengok tak

Ibu : Tengok apa ?

Anak : Adiq pandai buat magik ..

Ibu : Ya ke ? Adiq belajar kat mana ?

Anak : Adiq taulah.... Adiq nampak Along bu-aaat kat bilik dia ..

Ibu : Tunjuk kat ibu ..

Anak : Ni haaa....... kan ? Adiq kever tak ?..

Ibu : Huiiiii...kevernya anak ibu....

Anak : Tersengeh-sengeh.... meleret senyum dia ..




Tak caya jom tengok…


:


:


:


:


:





:


:





*gambar-gambar adalah aksi semula












Note : kena guna gam gajah utk fridge magnet lepas ni....









Till Now.




Untuk Kawan2 Yang Nak Tahu Lokasi Tempat Makan Dekor Lama2 Kelmarin; Aku Sertakan Map Sekali..

11 kawan yang bezz
Tak sangka ada yang berminat rupanya.
Harap-harap ini dapat membantu




No rumah : 52 (Ayob)
Lokasi : Seksyen 7, Kota Damansara,PJ
Landmark : facing main road.






Jalan Terus selepas jumpa McD KD di sebelah kanan

Jarak dalam 2-3km




tak lampak arr..



close-up

Till Now.




Monday, November 1, 2010

Lama-Lama Semuanya !...Suka betul

29 kawan yang bezz
*auto publish

Memang lama semuanya! Pertama kali ke sini. Adiq minta mainan masak-masak, jadi malam minggu hari tu cadangnya hendak ke Tesco Mutiara Damansara dan sebelum ke sana singgah di Kota Damansara dulu.


Ada tempat makan best kat situ.. Gugel dulu di wikimapia sebelum nak pergi. Selalunya ke Paya Jaras untuk makan makanan western ni. Jauh ? Saje-saje hujung minggu bawa anak-anak makan tempat yang jauh sikit.


Tengok dari luar pagar tak tahu yang rumah ni tempat menjamu selera. Masuk aje dah suka dengan interior di depan dan tepi rumah @ tempat makan ni. No asap-asap tau ! Dimasak di bahagian dapur dalam rumah jadi taklah mengganggu jiran tetangga dengan segala bagai bau-bauan..


Teringat pulak zaman kanak-kanak bila tengok kesemua barang-barang lama yang dijadikan dekor. Emak ada semua tu dulu.. Lagi pun dengan gaya makan yang santai memang sesuai bagi mereka yang ada anak-anak kecik. Bersila aje, senang cerita..



Segan nak snap banyak2.. ramai betul hari tu..







pintu masuk; ownernya nama Ayob kot...


..anak-anak paling suka ni..
...disuruhnya cari dan letak di bumbung rumah...

order chicken chop dan fish & chip..
sosnya....hmmm (^__^) !

.. kat manalah nak cari lampu gasolin tu sekarang !..


..sabar ajelah tengok gaya dorang nih !...

..dah tak ramai baru snap !..hehehe..

Tahu tak kat mana ada jual barang-barang lama ?



Note : Timaseh pada Nita - bagi tau tempat ni. Lenkali boleh datang lagi..


Till Now.


Linky's Magical


ShoutMix chat widget