Thursday, July 16, 2009

Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia

3 kawan yang bezz
Email dari sorang kawan.
Rujukan bagi yang dah berumahtangga atau yang nak mulakan hidup berumahtangga...


1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anakanak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

• Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
• Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

• Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.

• Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

• Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
• Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

• Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

• Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

• Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
• Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

• Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

• Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.

Till Now.



Wednesday, July 15, 2009

"Abah ! Duyan Jatuh !!"

6 kawan yang bezz

Masa dok get ready nak balik kemarin.


Aku dengar dari dalam umah, "Abah !! Dah jatuh ". Aku pun kuar tengok. Along dok pegang sebiji buah duyan. Mesti Along xcited sebab tak pernah makan buah yang baru jatuh dari pokok.. (sama cam ibunye.. hehe solok tul...)



Tetiba ,


MIL : "Betul ke gugur Hariz ? " (MIL aku jer panggil Along ngan nama pangkal dia, family aku lak panggil dia dengan nama hujung dia; Fa'izin)


ALONG : hmmm...


HUBBY : kat mana Along jumpa?


ALONG : kat belakang store Wan ... (pokok duyan tu memang rendang)


MIL : Hariz jolok ker ?


ALONG : mmmmm (mata melilau pastu tunduk..)


MIL : Hariz jolok pastu dia jatuh kan ?


ALONG : a'ah..



Alahai.. anak aku.. kesian tul..

Nasib baik MIL aku kata boley wat gulai duyan muda tu..


Till Now.




Monday, July 13, 2009

~ Update... ~

5 kawan yang bezz
Antara gamba2 yang sempat disnap masa balik kampung ari tu...
Aku misti singgah beli bahulu ni setiap kali balik kampung. Fresh gitu.. panas2 lagi.. RM10=50biji (Mak cik tu mesti pelik naper aku snap gamba kuih dia... hehe..)

Nak dekat sampai umah FIL/MIL ada tempat ni tapi aku tak pernah gi...
nak gak tengok sumer burung2 mandi-manda ... camne ek ?


Dah sampai.

Along ngan Angah pau AyahLong dia ..ajak gi kedai..

Hero aku lak sampai tak sempat tuka baju gi petik buah mbutan atas permintaan anak kesayangan dia..

Tengah melepak tunggu Aki dengan Wan dorank balik dari kebun sambil makan buah bidara ngan limau madu...

Along nak jadi penternak berjaya ..dari pagi ke petang tak habis-habis bagi kambing2 makan ngan minum...

Hubby ajak Angah ikut masuk... dia takut kat tanduk kambing tu... ghee...


Sapekah pompuan dan anak2 yang sempat berposing itu .??..



Till Now.


Linky's Magical


ShoutMix chat widget