Saturday, March 27, 2010

~ Kerja-Kerja Terakhir ~

10 kawan yang bezz
Entri ni khas buat adik-beradik. Nak tunggu sampai ...tak taulah bila kannn.. Korang tengok kat sini jelah ye...Kak Lang, Kak Ndak, Azura.. kalau sudi datanglah.. Mesti aku masak special.. nak Laksa ? Nasi Minyak ? Nasi Jagung ? Nasi Dal ? call jek mesti aku buat ..wokey ! Jangan tengahari nak datang; pagi baru tefon.. Berantakan aku nanti.. hehe.



Alhamdulillah. Dah siap ! Apa yang siap? dapur aku ler...

Kira okeylah sebab buat sumer ni unplan dan harga yang dibayar pon memang berbaloi-baloi ..

Sumer berjalan lancar walaupun ada gak sikit2 yang kena buat balik. Pekerja kontraktor tu gunakan cat yang salah. Cat Internal dorang gi guna untuk luar. Hubby kata dia nak buat semula.. Tak sampai hati nak suruh dorang buat balik sebab dorang pun untung tak banyak. Tersilap kira masa bagi quote dulu. Hehe.. huishh nasib baik tu ! Peluang hanya sekali.



Terima kasih buat hubby; Tak perlu bayar extra untuk buat kerja-kerja terakhir. Kipas dah siap dipasang. Hanya tinggal kerja mengecat di luar saja dan touch-up sikit bagi kat bahagian dapur.


Terima kasih bang, sanggup bersusah-payah tanpa merungut.
Bertambah-tambahlah sayang saya pada abang !
Segan nak cakap depan2..macam mentel lar pulak..biar hubby baca & senyum !




beli kipas pun unplan !
Ingatkan nak beli cooling tower jek pastu tengok yang ni ada lampu sekali..zasss jerlah..
Kena pergi Pekan Rawang sampai dua kali pasal nak ukur takut kena siling.... .adoiyai..




Note :gambar sepenuhnya tungguuu... eh! ada ker orang nak tengok..hehe..
yang benornya aku tak sempat snap lagi ...





Till Now.


Thursday, March 25, 2010

Kebakaran Yang Bermula Dari Rumah

5 kawan yang bezz
Baru-baru ni ada Safety Talk di ofis. Mula-mula bila dengar jer macam tak rasa pape..Benda yang sama kan.. Konon macam dah tau tapi lama-lama perasaan takut pun datang . Lebih2 lebih lagi bila Organiser tu kata percentage bagi kebakaran adalah bermula dari rumah. Huissh ! Semangat aku macam dah takde bila dia edarkan gambar2 kebakaran yang berlaku kebelakangan ni.





Paling aku sedih kes 4 adik-beradik kaum Tionghua mati dalam kebakaran di Melaka baru-baru ni. Aku menangis ! Bab-bab ni memang aku fail betul.. cepat betul merebeh.. Habis tudung jadi mangsa ..huhu.




Sini aku nak share antara yang aku ingat dan kena ingat sampai bila-bila pasal ni..sebab ini antara yang kena sangat dengan aku...


~ Charger Handphone ~ kes berlaku kerana mangsa hanya mencabut cable tanpa mematikan suis & mencabut charger dari plug . Lebih2 lagi bagi yang menggunakan multi-plug point/extension plug. Walaupun dah matikan suis di extension plug, main suis masih HIDUP ! … ~ Aku kena lakukan..aku kena lakukan.. macam Kapten Boleh lah pulak.. ... ops ..serius !


~ Pastikan barangan elektrik 1000watt ke atas menggunakan direct socket dan bukan dikongsi dengan mana-mana barang elektrik. Kalau terpaksa, pastikan tidak digunakan pada masa yang sama.
Waduh... susah ni ! ..Fridge kena sentiasa on.. kena alihkan jug kettle ke tempat lain lahh jawabnya ... Sekarang ni aku back tu zaman menggunakan flask dan dah tak guna Thermal Pot atas sebab2 keselamatan jugak. ~ Hai... sumernya risau aku ni !


~ Rumah yang lebih dari 25 tahun digalakkan untuk membuat pemeriksaan ke atas wiringnya. Kena panggil wireman/electrical man check bagi pastikan segala wayar dalam keadaan baik. Lebih-lebih lagi pada atas siling. Segala bagai makhluk kecik tinggal kat atas tu..Mana tau kena gigit ker… ~ Ni takpe banyak masa lagi ..

~ Pastikan kunci grill bagi tingkap disimpan di tempat yang senang dicapai ketika berlaku kebakaran. ~ Aku simpan di drawer yang berkunci…. Kena cari tempat yang sesuwaiii… !


~ Bagi basic knowledge pada anak-anak tentang kebakaran & langkah-langkah keselamatan.



Pada akhir sessi tu tanpa fikir panjang terus jek beli fire extinguisher yang memang di bawa untuk dijual. Dapat subsidi maka murahlah dari harga pasaran. Di rumah memang ada satu tapi simpan di kereta hubby, yang jenis powder tu.. maklumlah keta tua (tak sia-sia simpan.. masa keta dia problem beberapa bulan dulu.. spark tu bermula di accelerator..tp tak sempat keluar api dah disembur oleh hubby..alhamdulillah, takde major problem).



.. jenuh ditanya anak-anak pasal fire extinguisher nih!.. layan dengan penuh penjelasan..





Note : Teringat kisah tiga tahun lepas. 1st degree burns atas kesilapan sendiri. 3 minggu MC dan alhamdulillah tak de kesan yang memudaratkan.



Till Now.



Tuesday, March 23, 2010

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

4 kawan yang bezz
Sumbangan sumbangan: Lan; Ceritalucu @ goggle



Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa. "Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertaya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.


"Apakah kelakuan kamu baik disini?""Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."



Note: adehh.. siannya.



Till Now.





Linky's Magical


ShoutMix chat widget