Baca entri YB pagi ni berkenaan KERAMAT, terus teringat kenangan semasa tinggal di sana dulu. Emak & Arwah Ayah turun dari MELAKA pada tahun 1971. Menyewa di Datuk Keramat (dekat dengan LRT stesyen). Dah ada duit sikit pindah ke KERAMAT juga tapi di Kg Bumiputera.(stinggarden). Aku lahir di sana. Tak pernah dengar ? ...Sekarang tempat tu dah tak wujud dah..Kalau nak tahu tempat tu berdekatan dengan Ampang Boys School atau pun kawasan belakang-belakang Hospital Gleaneagles.. Eh..itu baru introduction tau, belum lagi citer sebenar... Seperti biasa, karangan mesti ada pengenalan...hehe.

Arwah Ayah & Emak bukan dari keluarga senang. Jadi setiap hari-setiap jam 2 petang , Arwah Ayah akan balik dari kerja sekejap untuk menghantar emak dengan menaiki motor ke Chow Kit untuk mula berniaga Goreng Pisang..ke Pisang Goreng ? dan kuih-muih sehinggalah jam 10 malam lebih. Emak berniaga di depan Emporium Selangor dan sekarang sudah tukaar ke Mydin. Nak cari duit lebih untuk membesarkan anak seramai 9 orang.
Rumah tu ayah siapkan pagar jaring sekeliling rumah..Maklumlah, 6 orang anak dara ! Lagi satu, Arwah Ayah memang GARANG ! Budak-budak di kampung tu memang takut dengan Arwah Ayah.
Ada satu malam dan bukannya satu malam sebenarnya kakak-kakak aku terdengar bunyi pelik di luar rumah. Tak kiralah dari dalam bilik atau di bilik mandi.
Nak jadikan cerita, Kak Ngah balik agak petang..( berjamming dengan Awie,..kalau Arwah Ayah tahu masak dia.. hehe. ) Kak Ngah terdengar bunyi pelik tu lagi. Masa tu Kak Ngah terus kata dengan kuat..."nak mandilah !..". Terus dia masuk bilik mandi.. cepuk-cepuk air dari kolam yang Kak Ngah buang ke lantai... lepas tu Kak Ngah terus bersuara.. "Eh, sabun habis pulak.." Kak Ngah keluar dari bilik mandi terus ke pintu dapur (dekat) dan ada sorang anak jiran berdekatan depan pintu dengan muka pucat lesi ! Kak Ngah sempat jerit... "DAH GATAL KE ? TAK MALU MENGINTAI ANAK DARA ORANG !" Kelam-kabut terus dia lari.
Malam tu bila Arwah Ayah & Emak balik Kak Ngah mengadu tapi pada Emak aje.. Kang ada pulak yang patah-riuk kena dengan Arwah Ayah nanti. Emak mengadu pada emak budak tu.. Memang padan dengan muka dia sebab kena pukul dengan abang-abang dia. Tak lama lepas tu dengar cerita emak dia hantar dia ke kampung sebab tak tahan dengan perangai dia yang suka MENGINTAI di rumah orang . ..Rupa-rupanya ramai yang dah kena...
Sejak berpindah dari sana pada tahun 1987, dah tak dengar cerita pasal dorang lagi..
Note : Bila ingat semula..kesian pada emak & arwah ayah yang terpaksa mencari rezeki hingga ke tengah malam.
Till Now.