Pada Raya Kedua: Kak Long, Kak Lang, aku, & Azura sibuk di dapur dari pagi hingga ke petang sebab adik2 mak dari Melaka datang, maka kami tak jadi ke Melaka. Datang dalam 20 -25 orang... memang penat sangat.
Malam tu bawak adiq ke klinik sebab nampak ruam tebal kat leher dia. Doktor suspected chicken pox atau measles. Doktor beri ubat demam dan tahan gatal bagi melegakan sakitnya.
Pagi raya ketiga, on the way balik ke kampung hubby, kami singgah di klinik yang sama untuk minta calamine lotion untuk disapu pada kulit Adiq. Doktor kata ruams tersebut bukan simptom chicken pox atau measles. Doktor refer ke specialist.
Kesian kat hubby sebab tak jadi balik kampung dan tak rasa lemang MIL tahun ini. Pusing satu Kajang cari speacilist tapi semua masih cuti. Hubby cuba telefon Hospital Pusrawi KL, Putra Medical Centre dan beberapa panel company tapi jawapan memang mendukacitakan.. Hanya Specialist di Kajang Medical Centre sahaja akan mula bekerja pada malam raya ketiga jadi kami pulang semula ke rumah emak.
Pada malam tu Adiq tak boleh tidur dari jam 2 hingga ke 6 pagi. Menangis kesakitan. Hubby ambil tuala yang direndam ais lap di badan Adiq bagi melegakan sakitnya. Aku dan hubby tak tahu nak buat apa bila tengok keadaan Adiq... hinggakan aku turut menangis tersedu-sedu barulah Adiq perlahankan tangisan dia... Hubby pujuk dan beri susu barulah Adiq tidur.
Bila Adiq dah bangun keesokan harinya, kami ke hospital kerajaan. Bukan tidak mahu memilih hospital kerajaan pada awalnya tetapi hubby fikirkan keselesaan di hospital swasta ditambah lagi kanak2 boleh keluar masuk tanpa sekatan.
Tiba di bahagian kecemasan pada jam 2 petang. Kami bernasib baik kerana tidak ramai pesakit hari tu. Dalam jam 430petang Adiq ditempatkan di wad pediatrik. Setelah membuat pemeriksaan, keputusan tisu dari kulit Adiq akan diperolehi dalam jangkamasa terdekat. Buat masa tu doktor hanya mengatakan skin infection sebelum sakitnya disahkan.
Aku dan hubby bergilir-gilir menjaga Adiq di hospital. Along dan Angah ditinggalkan di rumah emak. Kesian pada kedua-dua anak aku tu tapi keadaan tak mengizinkan.
Semalam hubby meminta kebenaran agar Adiq ditukar ke hospital berdekatan rumah memandangkan minggu hadapan sudah mula bekerja. Aku bergegas ke rumah emak pada jam 4 petang untuk mengemas baju2 yang hendak dibawa pulang. Tiba di Hospital Kajang pada jam 640petang terus ke Hospital Sungai Buloh.
Kak Long mengajak emak ke rumah Kak Lang jadi aku tidak perlu risau mengenai kedua-dua anak aku tu kerana emak membawa mereka sekali.
Tengahari Sabtu FIL & MIL dan juga Kak Ndak & Famili datang melawat Adiq. Tersenyum-senyum jer Adiq tadi bila ada orang melawat dia. Sekejap-kejap Adiq ambil baju untuk tutup muka dia..Malu agaknya..
Pada masa aku menaip ini, baru jer selesai bercakap dengan Adiq di telefon. Adiq masih di hospital ditemani hubby. Aku pulang untuk berehat setelah beberapa hari tidak cukup tidur. Bila sampai di rumah tanpa anak2 dan suami di sisi memang sunyi. Tak boleh bayangkan hidup tanpa mereka .
Esok aku akan ke hospital semula. Aku juga akan menunggu Along dan Angah dihantar oleh Pak Cik mereka.
tanda2 bermula di leher dan mulut
selepas proses pemeriksaan, Adiq tido kepenatan..
Seluruh muka berparut akibat dari peel-off dan garu.
kesian kat Adiq bila dia tengok cermin dan kata yang dia dah tak cantik...
Di Hospital Sungai Buloh. Doktor mengesahkan Adiq menghidapi SCARLET FEVER dijangkiti Streptococcus Bacteria. Tak pernah aku dengar sebelum ini.
Adiq kelihatan sihat di sini.
Kesemua kulit bahagian badan beransur kering dan mengelupas.
Faktor persekitaran yang sejuk turut membantu.
Gambar yang disnap pagi tadi.
INFO TENTANG SAKIT ADIQ SILA KLIK
Till Now.