Wednesday, June 30, 2010

Udang = Prawn .. Masak Apa Pun Sedap !

19 kawan yang bezz
Salam Semua.



N3 masakan pulak kali ni ye kawan-kawan. Ada banyak keje menanti ni. Al-maklumlah.. sudah 2nd quarter of the year. Report oh report !..



Memang bertuah punya bozz.. Diajaknya kita nanti untuk discuss benda yang dia nak present pada CEO, Exco .. * bangga ketar pun ada.. kekeke...



udang butter + susu cair

..untuk anak-anak ..


sambal udang chinese stlye *mesra.net
.. daun kucai tu balen2 yg dah layu-longlai..
.. campakkan aje..
untuk makpak anak2






Note : minggu yang bz tp masih sempat bertenet..huahuahua..





Till Now.





Tuesday, June 29, 2010

Lauk-Pauk Segar ... Jom Ke Tanjung Karang !

26 kawan yang bezz

Salam Semua.


Ahad lepas kami sekeluarga ke Bagan, Tg. Karang untuk beli lauk segar dari laut. Plan asal ke Taman Rama-Rama, KL..ding-dong-ding-dong…. Adalah satu perkara yang menimbulkan kemarahan abinya.. jadi Along di’grounded’. Kesian Along... takde tv & takde games. Maka ke Tg Karanglah hala tujuannya.


Selalunya abi akan telefon dulu peraih di sana tapi hari tu dia tak teringat pulak. Sampai aje takde ikan sebab angin kuat malam minggu tu. Hanya ada Udang. Patah balik ke Pasar Penambang.


Terus ke tempat jual ka-che Ah Fong yang biasa kami pergi. Ikan dah tak banyak yang tinggal. Hanya tinggal tenggiri, senangin dan gelama.. hambikkk…kalau tak mesti habis. Kalau nak ketam kena tunggu. Apa lagi... abi memang sanggup tunggu kalau ketam.



Kami ke Kuala Selangor untuk makan tengahari. Makan di Ani Sop Utara. Ramai yang kata sedap jadi nak jugak rasa.... komen aku average aje... takdelah superb macam orang kata.. Jam 1.30 tokey ikan tu tepon kata ketam dah sampai.


Ketam ni spesel sebab idup lagi.. manis yang amat.. Pernah bawak mak aku gi sini. Dia kata ketam tu dah tiga minggu dalam freezer pun manis lagi.


Dalam pukul 2ptg gerak balik.



Note : ikan2 di tempat ka-che ni fresh. Aku suka sebab dia friendly. Sampaikan ikan2 dia pun ada gerenti pulang balik kalau tak fresh. hehe..





atas : senangin
bawah : tenggiri


kena ikat..kalau tak kena sepit !
Till Now.



Alhamdulillah...Rezeki..

23 kawan yang bezz
Salam Semua.


Kebelakangan ni n3 asyik citer pasal abi jer.. Rupanya ada hikmah. Alhamdulillah.
Balik kerja petang tadi.. dating sekali lagi... wah...!. .



Aku sampai lambat sebab ke celcom dealer centre untuk bayar bil sebelum dipotong.bil tak pernah tengok,tunggu reminder aje..hehe. Lepas order makanan...*dapat jugak makan western food, abi buka mulut bercerita..


Big boz panggil utk beri surat dan ucapkan tahniah !
Aku tumpang gembira untuk dia.. ahhh...tak nak tumpang-tumpang, aku pun gembira sebenarnya!


Kata pada dia yang big boz percayakan dia sebab tu tak monitor langsung apa yang dia buat dua tahun ni... dia senyum jer...


Dapat 2 gred kenaikan = 20% + transportation allowance..
Gaji baru bermula dari April. Syukur.




Note: nak bodek apa ya? gelang besar? PC baru? PS3? apa lagi ye?.



Till Now.






Sunday, June 27, 2010

Aku Dan SD II... Sihat dan Kurus..

20 kawan yang bezz
Salam Semua.


Nak kongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. N3 seminggu lepas kan aku kata nak turunkan berat badan... Lepas 10 hari minum SD II , MENJADI !!!. Tahniah untuk aku !.. Suka!Suka!Suka!


Yang penting... badan terasa sihat berbeza dulu.
Jiran aku merangkap office-mate perasan yang aku dah tak migrain dari pagi-tengahari, dah tak de burp-burp-burp.. *angin dan tak dengar aku menguap lagi..yess! I'm happy for me.. ekeke..



Walaupun baru turun 3kg, memang teruja !giler.
Tanpa perlu berlapar, makan macam biasa..
hanya perlu kontrol karbohidrat yang masuk dalam perut aje...
Aku nak cepat, jadi disiplinkan diri ... no karbo for 8 days.. Kenapa 8 days?.. Dua hari tu tak berani lagi.. masih masukkan karbo dal
am perut..




Tak sabar nak habiskan tin kedua.



Pada kawan-kawan yang nak mencuba tu.. boleh lah bagitau aku... kita kongsi kegembiraan ni sama-sama.





..kaki aku..
.lepas ni kena jaga kaki pulak.. baru perasan..keringnya kan? hehe

Note: tak sempat jalan2 semalam, takde di rumah. Pagi ni nak keluar ke Tg Karang...carik lauk segerrr..

Till now.



Saturday, June 26, 2010

Temujanji...

10 kawan yang bezz

Salam semua.

Perbualan sebelum balik kerja petang tadi.


Salam. kat ne?

Wsalam. Hiway.. Elmina...

Lorr... kata pergi Serendah..

Lepas Jumaat terus pergi SA..

Dah dekat tu.. jumpa nak..?

Kat mana ..? Ayeem Burger?

Tak nak lah.. jauh nak pusing.. lagipun jammed kat sana.. orang balik kerja..

Habis tu?..

Cariklah pot lain..

hmmm..

nanti tepon kata katne tau!..

hmmm..nak makan apa?

fish & chips lah.. kalau takde; nak telur bungkus jer.

air?

macam biasa .. limau asam boi..

ok.






Maka, bergegaslah aku keluar. Di depan ada sebiji keta Wahh.. dah bikin cantik . Eterna Perdana kaler itam. Ekzos besar ala-ala kepala baby .. Bunyik pun dah power.. tapi.......... tersengguk-sengguk kat depan aku. Lorr...kena man-man lei......



Tengok odometer, 20>30km/j. Biar betul ? Berderet-deret keta kat belakang. Aduh ! Nak overtake, kat situ ada tiga-empat hump.. terjongket2 lak nanti, jadi.... ikut jer dia sampai satu simpang; keta tu ke kanan dan aku ke kiri. Nak jugak jengok, huisssh.. kan dah agak ! Kok ya pun, janganlah perlahan sangat. Tak ke menyusahkan orang lain..


Lepas tu terus zasss.... fikirkan temujanji aku tu..


Sampai. Semua ada atas meja..*macamlah banyak lauk!
Apa lagi... bismillah ler...
Pastu baru sambung cerita..


temujanji dengan siapa ?






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



haaa. dengan siapa lagi..
sekali-sekala makan berdua macam ni..memang banyak topik boleh diborakkan.. anak2, kerja,semasa, politik ..eh..taklah.



Note: suka tengok Portugal vs Brazil tadi !


Till Now.



Friday, June 25, 2010

Bila Dah Kalah ...

28 kawan yang bezz
Salam semua.


Aku tak berapa gemar bolasepak. Kalau masa kecik-kecik dulu minat jugaklah pasal arwah ayah dengan Kak Long memang hantu bola. Tak boleh lepas. Kali terakhir tengok beria-ia masa zaman Fandi Ahmad & Subadron Aziz main untuk Kolompo. Masa tu memang best betul sebelum Fandi Ahmad balik Singapore.


Tadi tengok tipu2 teman hubby. Mata dia depan tv; mata aku depan tv jugak tapi tv kecik ni... hehehe... Bila gol atau striker nak sumbat gol baru sibuk pandang dengan ayat skema aku.. "team mana bang? player tu main club mana ?"..konon amik tahu.


Baru berapa minit dah kena Satu.. .. mengeluh ..
Dua.. diam..
Tiga... terus monyok + masam ..



Aku menambah api lah pulak kan..
"Kenapa last minute baru nak beria-ia nak main...kalau dari mula dah tentu lebih dari Portugal"!
Lagilah masam.. kekeke... saja jer usik.



Kesian Italy. Kalau tak off-side dah tentu seri tapi takpe, Argentina ada lagi.


Note : hubby jarang bersuara masa tengok bola. Selalu jugak perhati.. cool jer manjang. Kali ni baru dia bersuara sikit. Apa nak buat 2nd team favret dia kalah dan disqualified.



Till Now.



Wednesday, June 23, 2010

Kenapa Tikus Kena Kurung ?

18 kawan yang bezz
Salam Semua.

*entri sambungan.


Lepas puas bermain di playground, anak-anak mengajak ke Taman Rusa & Kancil pula. Jaraknya tak jauh dari tasik. Bila dah biasa ke sini, kita yang diajaknya bukan kita yang mengajak.





entrance.. sangat menarik..
percaya lagi..tiada bayaran dikenakan !




seberang jalan di luar entrance.
Kalaulah ada air di dalamnya..
*upgrading works sedang dijalankan di sekitar taman



Angah : Ibu!... kenapa dorang kurung tikus ni!..
Along : .. tu kancil lah Ngah.. bukan tikus..
Angah : tapi muka dia macam tikuslah..
Along : tu.. ada tulis kat tepi tu..
Aku: Itulah kancil yang bijak tu...nanti ibu citer..
Angah: citer tau..




.. lanskap yg simple tapi menarik..



..boleh amik buat nasi lemak & kuih ke ni? berumpun2 ..gewwam betul..




..naik ke atas...
..mengah sikit jer...




..rusa-rusa..
* rumah penjaga rusa agaknya kat belakang tu




Adiq panggil.. "rusa !"
rusa tu menoleh
"Dia pandang lah ibu !"



..view dari atas ..




Jinak.
..kalau weekend ada orang yg jual roti kat sini..
..kesian kat anak-anak tak boleh bagi makanan kat rusa2 tu..
..Dorang bagi rusa2 tu makan twisties! Alahai anak...



..tempat lepas lelah lepas penat menaiki tangga..
..kipas pun ada!.
..terus tekan suis..hehe..




..masing-masing penat !..
..Adiq dah tak larat ..




"Ibu ! scary hut"... kata Along
hahaha..bukanlah Long... tempat rileks tu..





..tiba sini..sambung main lagi..



Jam dekat 5.15ptg

Berangkat balik sebab nak escape dari jalan sesak.





Till Now.


Monday, June 21, 2010

Seronok Bertapa

17 kawan yang bezz
Salam semua.

Baru balik dari bertapa. 4 hari rasa macam berhari-hari rasanya. Dunia ini ana yang punya! ... Memang bezz.. , No personal call.. office call dan what so ever called... Nak apdet tapi rasanya nak enjoy the holiday dululah kan....


Bertapa tak ke mana-mana selain di rumah dan kawasan yang sewaktu saja.. hehehe.. Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan anak-anak. " bezznya ibu & abah ada kat rumah !", kata dorang... Alahai.


Kami sekeluarga ke Dinosaur Park & Taman Rusa & Kancil di Lake Garden pada Khamis lalu.




..rambang mata budak-budak di buatnya walaupun tak sebesar playground di KLCC..



..sebegitu rupa senyumnya..






naik syatel keliling lake garden..
..jangan tak caya.. harga hanya 20sen utk kanak-kanak; 50 sen utk dewasa..




..menung panjang Adiq... tegur tak dilayan...



turun dari syetel. Kita minum dulu !



k
..lamanya tak bergambar camni..hehe ..




..berjalan ke arah tasik..



..get ready nak naik..

Aku siap keluarkan 15hengget..
rupanya harga RM3 sahaja per boat /30mins !



*gambar ini khas untuk Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Kak Ndak



See...aku dapat naik jugak mendealah ni ..
Korang tinggalkan aku 29 tahun lepas nak ke sini kan? huhuhu....
Akhirnya aku dapat kayuh pedal boat ni walaupun bukan jenis yang dulu ..*roda besar tu..





Along merajuk nak kayuh..
..lepas 20 minit..*huissh.. mengahnya!, aku dan Adiq turun..











..SEGALA DINOSAUR-DINOSAUR YANG ADA DI SANA...








Stegosaurus




Tyrannosaurus rex (T-Rex)


Velociraptor



Triceratops


..dinosaur paling chomel..

Banyak betul dinosaur kat sana.




Note : next n3 di Taman Rusa & Kancil pula..




Till Now.


Thursday, June 17, 2010

Kayanya Melayu Sekarang !

16 kawan yang bezz
Hajat hati hanya ingin tahu cara-cara atau melihat sendiri pengguna-pengguna produk kurus kan badan.


Tiba di KL semalam jam 830malam.

Di lobi bangunan Wisma Sejarah, banyak sungguh kereta.

Tujuh ke Sepuluh biji 325 series.... * kete datuk2 mana nih..sama jer?

Bila turun.... baru tahu ..

Rupa-rupanya..

semua tuan-tuan dan puan-puan punya kereta hanya menjual susu kolostrom Alphalipid sahaja selama 2-3 tahun.

Rata-rata berumur 30-45 tahun.

Sampai rumah 1230 malam.

Tak sempat duduk terus bercerita pada hubby.


Note : gembira bila ramai Melayu dah senang dgn menjual produk, berbanding dulu dipelopori kaum lain.


Nota lain : hari ni dan esok cuti. sekejap lagi ke dinasour park, bird park dan park2 berhampiran.


Till Now.




Wednesday, June 16, 2010

Apabila Suami Yang Pendiam Bersuara....

35 kawan yang bezz
Bagi suami yang tak talkative biasanya akan diam bila badan si isteri mengembang.

Maka, isteri lah yang akan menanya samada ok atau tidak.


Awal tahun bila ditanya… jawapannya : ok jer…
Selepas tiga bulan…… jawapannya : hmmmm..
Bulan ni tanya….. kurangkanlah sikit..


Bagi isteri yang talkative ..aku ker tu ?… pasti ada soalan tambahan..
Naper dulu tak kata apa bila tanya.. bla-bla-bla…
Jawapannya : ….senyap…… lambat …baru bersuara.. “nak sedap mata memandang..”


See… kena berbuat sesuatu… sebelum matanya sedap memandang orang lain.. xoxoxo jangan itu berlaku!.


Keadaan badan berbanding 8 bulan lepas:

*Mengah masa naik tangga… yang jadi mangsa..
“Along, Angah..tolong ibu amik..bla-bla-bla…..” lagilah kembang!

Kebanyakan baju sudah sendat… takkan nak beli lagi !

Seluar jeans dah tak boleh lepas… takat peha saja.. ! Kes parah..



Semalam nekad.
Kalau tak mulakan bila lagi.
Memandangkan boleh makan seperti biasa.. jadi..pejam mata jelah kan..



Nak tahu bagaimana produk SD II ni membakar lemak, cadangan makanan harian dan peraturan mengenai produk ni boleh ke sini : http://www.myhealthportal.net/



Note :

* jeles bila tengok LiNda yang slim-melim walaupun anak pun tiga... semangat berkobar-kobar bila tengok dia....



*Nak cuba produk yg fofular dari doc rambut ensem tu..tapi feedback dari kengkawan membantutkan keinginan...chewah... yg benornya mah-hal sikit dari yg ni.


* aku jadi ahli..pada sapa nak beli dan dapat harga murah boleh roger-roger ek..




Nota lain..


*45kg - berat masa anak dara
53kg - bersalin anak ketiga VS sekarang .....63kg
jadi.... bagi sesiapa yang masih muda, belia, remaja anak dara tu... tak semestinya badan kita akan menten sebegitu pabila beranak-pinak... huwaaa...







Till Now.

Tuesday, June 15, 2010

Berlagak

13 kawan yang bezz
Empat orang duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi. Seorang warga Amerika, seorang Afrika, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.


Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 US Dollar lalu dibakarnya untuk menghidupkan rokok. Semua terkejut dengan tindakan si Mat Amerika dan belum sempat bertanya, si Mat Amerika ni kata „Its ok..too many dollars in America“.


Tanpa mengendahkan kata-kata si Mat Amerika tu, si Mat Afrika pula mengeluarkan sekotak cigar yang termahal di dunia...dibakarnya satu dan yang lain dibuang ke tingkap... tersentak dengan tindakan si Mat Afrika ni.


Si Mat Amerika bertanya, “Why?“ si Mat Afrika ni kata „Its ok..too many cigars in Africa“.


Si Mat Malaysia dan si Mat Bangla terpinga-pinga dengan perbualan Mat Amerika dan Afrika tadi. Belum sempat Mat Bangla berkata apa-apa, si Mat Malaysia terus campak si Mat Bangla keluar tingkap dengan selamba berkata…”Nevermind..too many Bangla in Malaysia”.



Note : ekeke... senyum & sengih sebelum mulakan kerja..

* misi menjenguk kengkawan lambat sikit hari ni... ada pezentesyen whole day dgn sumer boz


Till Now.




Monday, June 14, 2010

Semua Nak Power...Haaa Kan Dah Kena..

36 kawan yang bezz
Minggu lepas anak-anak dah bising sebab boring di nursery sehari suntuk. Along minta permission bawak laptop.. Abahnya tak bagi.


Jadinya aku janji untuk balik awal. Selalunya dekat 7 malam baru sampai & ambil diorang. Terus masuk rumah.


Bila dah balik awal, agenda Angah & Adiq tentulah naik basikal. Angah dah tak minat naik basikal dia. Tak power kata dia... basikal Along power.. *macam-macam. Along memang depan laptop jelah dia..

Bila dah boring main games, Along pergi cari Angah…

Dari jauh dengar suara Angah menangis…

Tiba depan rumah.. Along membebel..

“tulah, naik basikal Along lagi...
Orang kayuh pandang depan.. dia borak-borak pandang belakang“
...dosa tau, tak minta izin Along.. *lerrr.. budak-budak dah ikut gaya ibu dia dah..


"Angahkan power, lelaki takmoh nangis.." kata aku.
"sakiiiiittttt.... ". Kesian Angah. Bibir & gusi bengkak dan pecah, dahi & hidung berdarah.



Angah buat pacak ke? ... tanya aku lagi
"Taaaaaakkk... Angah tak nampak ada pasir kat situ.... Angah borak dengan kawan tapi pandang belakang.... " huhuhu.... sambung nangis lagi.
sapu franch oil kat luka..... dia diam.. tapi kejap-kejap tengok cermin. tak boleh lupa dengan cermin Angah ni..



2 batang gigi depan Angah goyang sebab jatuh tu...
Hubby bawak ke klinik gigi petang Sabtu lepas.



Along ikut sekali sebab gigi geraham dia pun perlu tukar tampalan sementara ke tampalan kekal.*masih musykil tentang geraham yang tak pernah cabut dari kecik memang geraham kekal ke? Itu kata dentist tu lar....





sehari lepas jatuh
di SR, Rawang sempena besday Adiq.


" ensem tak Angah".. kata dia..
abah dia usik.." habislah awek angah lari.." hehe..



Note : biar jatuh dari tak jatuh... boleh belajar dari kesilapan dia.


Till Now.






Linky's Magical


ShoutMix chat widget