Sunday, May 23, 2010

Geraham Susu Ke Kekal ?

Balik kerja Rabu lepas bergegas amik Along di sekolah. Appointment dengan dentist hari Isnin tapi tak sempat sebab jam 730 malam dah tutup. Along dah mula sakit gigi dari minggu lalu. Hari Ahad sebelum tu dah jumpa ; sedia maklumlah kalau tengah sakit memang tak boleh cabut, jadi Along kena makan ubat tahan sakit dan kena datang lagi.


Along baru tahun tiga. Dentist tu kata gigi geraham Along yang sakit tu geraham kekal. Aku musykil jugak.... yalah...tak pernah cabut lagi gigi geraham Along melainkan gigi kacip.


Xplore cik gugel pun tak banyak info. Apa yang aku tahu, gigi susu ni dari kita kecik hingga umur 6-9 tahun dan bila dah dicabut @ tercabut, akan tumbuhlah gigi kekal. Aku ni dok...ye ke ? ye ke? Pastu hubby kata dia doktor... dia lagi tahu. Eh..yalah.. hehe.. Maknanya dah dekat separuh abad baru tahu yang gigi geraham hujung tu memang gigi kekal rupanya..
tak belajar habislah ni..




INFO pasal gigi susu dan kekal memang tak jumpa banyak. Aku kopipes mengenai kesan pengambilan flourida berlebihan bagi kanak-kanak. Kalau ikutkan macam-macam hal nak kena amik tahu pasal anak-anak ni.






cool jek Along...
..sebab dah selalu jumpa doktor ni agaknya..


aku pulak yang serun dan ngilu tengok ....
sakit tak Long ?... sempat geleng... tapi kaki dia terhentak2..
hehe.. nerveous tu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan

Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.



Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.



Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.



Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .

Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul

Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik


TETAPI


Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.

  • Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.

Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.


Kalau nak tahu lebih lanjut klik sini> Ministry of Health.

Note: geraham sendiri pun bilalah nak cabut ..takut..




Till Now.





3 comments:

Maiyah said...

akak pun nyilu tgk huhuu.. tp baru pas cabut n buat gigi pelesu nih

mazru said...

salam..

wah berani nye anak aok te weh..tahniah!

pasal hypro tu mmg boleh buat duit kak,koi da dptpulangan 4 angka setiap minggu..nak join?

email koi di
mohd.mazru@gmail.com

Relevan said...

6 bulan sekali kene g pereksa gigi..kawan 6 tahun sekali jer..hehe!

Linky's Magical


ShoutMix chat widget