Tuesday, August 23, 2011

Dengan Makan-Makan Biasa Boleh Tambahkan Rezeki Orang

*Auto publish


Siapa sangka dengan order untuk makan-makan biasa boleh tambahkan rezeki orang. Aku pernah citer tentang 'keteringinan' dan  'keterujaan' mencari tart nenas sedap pada entri ni- pada Raya AidilAdha tahun lepas. Sejak tu, tak kira masa aku & ofismate order.


Sebelum puasa hari tu adik aku tanya kalau-kalau dia boleh tolong jualkan pada ofismate dia sebab diorang pernah rasa sebelum ni. Aku ke Cheras Jaya untuk amik sampel kuih dari Isteri kawan dari Plant di Balakong. Mak aaaiii... sampel punyalah banyak ! *tak teringat nak amik gambar masa tu.


Sebagai permulaan, jumlah semua yang order sebanyak 66 balang.  Jadi orang tengah pulak aku kali ni. hehehe....Semalam bahagian aku dihantar ke ofis. Adik aku amik 16 balang di rumah kawan aku tu  Jumaat lepas.


Niat nak tolong kawan aje tapi dapat saguhati pulak dari isteri kawan aku tu. heeeeee..Dia beri RM1 setiap botol. Jadilah ! RM66. Siapa nak bagi duit percuma...kan ? Bukan susah mana pun. Isteri kawan aku tu telefon lagi dan kata dia akan bagi lagi kuih tambahan untuk aku secara percuma lepas raya . Duit yang aku dah collect nanti, bila aku free baru bagi dia. Sampai macam tu sekali dia percaya kan orang. Kalau lah aku ni 'mata duitan'..hissh..  

Boleh jadi long-time bisnes nih ..hehehe..


*order awal tahun. makan suka-suka di ofis & rumah




semua ada; tart nenas, london almond, makmur, sarang semut & dahlia


makmur

sarang semut

Note :  Jumaat ni aku mula cuti, jadi baru nak mula 'mengukies'. Tak tau lagi nak buat biskut apa...

37 comments:

kakngah said...

k.reen.. sekut makmur tu berapa hengget sebalang???

Ann Huda (Ate) said...

Lamanya tak makan sarang semut.. yg beli kat 'emporium' tak sedap mcm home made kan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak ngah >

doploh hengget jer sebalang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ann Huda (Ate) ;

setuju..
kuih lama yang dicari-cari..

Anonymous said...

Assalamualaikum Reen,

Itulah rezekikan. Allah berikan pada siapa yang dia nak beri melalui cara yang tak terfikir dibenak kita.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk Reen sekeluarga.

bujal X said...

saya nak sarang kerengga~~keh keh~~

mak encik | SZ said...

sadapppnyaaa kak!
saya pun suka makan sekut2 raya bukan time raya...
sebab apa ye? lagi "feel" kot...kuikui

izz said...

sarang semut tu nmpak menarikkk...

Ms.Lilies said...

Paling suka kuih makmur mil :)
Dia buat guna kaedah lama...xyah bakar2

Dr K said...

Alhamdullilah...murah rezeki kan....

Dah lama saya tak makan kuih makmur

CS said...

Azrina
Dah 'rumah baru' sempena raya ya?

Kata takde biskut raya lagi? Tuhaa..kan banyak? Psst..sebenarnya kita takde satu apa pun, belum buat dan belum beli (kat blog kita tu acah jer, hehe)

gadisBunga™ said...

org memberi kite merasa... :D

Acik Erna said...

assalam reen..biskut makmur..sedapnya..

Acik Erna said...

assalam reen..biskut makmur..sedapnya..

Maya Mayana said...

Alhamdulillah,rezeki tu...Selamat hari raya,maaf zahir dan batin :D

kaklong said...

kita punya porjek kukies halfway..sikit2 lama2 jadi bukit kannnn...

cheqna said...

cheqna pun jumaat ni baru nak stat mengkukies =)

julietchun said...

saya tiap tahun mengukis di kedai je :D

kasihredha said...

selamat mengukies ye reen

secangkir madu merah said...

wah banyaknya cookies.. buat sendiri ke tu?

kasihibu said...

semagat raya tu, jumaat dah coti!!

erpp tersama dgn enpakwe akak
hehehe.. ;p

eLLy said...

Bulan ramadhan korang jual biskut .. aku jual pes Rendang/Nasi briyani/kuzi :)

Cik SHiNJU said...

K.Reen...
yun suka beskot sarang semut...sedap..
ingt nak try buat thn ni tp "M' la pulak..huhuh...

Anonymous said...

mesti sedap kan tart tu..

selamat hari raya maaf zahir batin yer..selamat mengukies hehehe

nadbaptist said...

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Selamat hari raya buat reen sekeluarga..moga berbahagia dihari mulia ini

zhrhtoodem said...

kak reen, lama tak menjengah sini. selmaat berpuasa & tak lama lagi selamat hari raya!

kakrose said...

lama tak mkn biskut sarang semut.dulu slalu buat..ank suka mkn.skrng ni dah lupa resepinya tarok mana..

Yanti Othman said...

selamat hari raya reen...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam raya
maaf z/b
ada orang kata .. sarang semut nama tempat
ada yang kata sarang semut tu tempat semut bersarang ada yang kata kueh.. gasak la..he he

idasm said...

itulah namanya rezeki... sapa sangka kan...
tp kalau kuih sedap mmg ramai yg suker!

selamat hari raya...

Queenie said...

syoknya tak bisnes?
dlm main2 buleh dpt rm..
saper nak bagi kan?
buleh jadi usaha berpanjangan tu...
selamat maju jaya...

Cik SHiNJU said...

kReen pun mcm yun,malas hapdate belog..huhuhu...

Ade lagi x biskut sarang semut tu?
Ngidam neh... :)

en_me said...

rajinnyer buat biskut akak rin tewwww.. ehehe

kasihibu said...

lamanya meyepi....

Unknown said...

Hai reen,
Lama sungguh tak menyinggah di sini. Gambar nampaknya macam dah kurus .. ngeh ngeh ngeh. Anyway, sedap nampak kuih tart tu.. takda buat give away ka? hehehehe

Ati Masrif said...

hb kita suka sgt sarang semut

berapa sebalang tart tu reen
50 biji ke?

kasihredha said...

apakabar reen?? lamanya tak dengar khabar...harap reen ok2 saja

miss you

Linky's Magical


ShoutMix chat widget